Oktober 28, 2013

Mengimbas Kembali Projek-Projek 1Malaysia Yang Bakal Jadi Gajah Transparent

1. TV 1Malaysia

Aku pernah bukak TV ni kejap. Kemudian nampaknya agak bosan. Kemudian aku tutup. Last time berita dalam website ni diupdate? 21/2/2012. Lagi beberapa bulan, kita dah dekat dengan 2014.

2. Tablet 1Malaysia



Kah kah kah kah kah kah. Kita semua sedia maklum, ini adalah projek gajah putih dan gajah dia memang tersangatlah putih melepak, tah berapa kilo bedak gajah ni pakai.

3. Kedai Ikan 1Malaysia



"Kedai Ikan 1Malaysia dimiliki oleh Restoran Sekinchan Ikan Bakar." Ayat itu cukup menjelaskan segala-galanya mengenai projek ini. Hari tu dekat rumah aku nak bukak satu dalam 2011, signboard dah naik...tapi kemudian diturunkan semula. Skru tak cukup kot masa pasang jadi tgh tunggu skru sampai.

4. Menu Rakyat 1Malaysia



Kat mana sebenarnya ada benda ni? Aku pernah gi hospital Ampang. Kat situ ada, tapi diletakkan di satu sudut lain sebab lauk dia lain berbanding lauk harga retail....tapi, kualitinya, mak aih. Sama macam makanan aku masa asrama dulu. Memang betul la kot, kat Malaysia, nak elok, kena bayar lebih.

5. Email 1Malaysia



RM100 Juta untuk sesuatu yang sangat2 useless dan tah hapa outcomenya. Last update website? 2011. Apa gunanya? Entah. Apa matlamatnya? Entah.

.................

Kenapa terlalu banyak projek hangat2 tahi ayam yang berlaku menggunakan dana kerajaan?

Sudah jelas ada sesuatu yang tak kena mengenai pelaksanaan dan penggunaan dana yang diperuntukkan. Apa yang kerajaan buat dengan diorang ni? Adakah kerajaan sekadar memandang ringan semua benda yang berlaku sebab diorang ni usahawan Melayu dan diorang ada effort berbanding aku yang hanya tau complain?

Pada aku, lagi baik tau complain aje berbanding ada effort tapi habiskan dana awam tak tentu hala. Effort dah bagus tapi execution selalu cincai boncai. Orang yang ada idea elok dan ada kemahiran terpinggir sebab takde the right connection atau tak sokong gagasan BN.

Kenapalah kita camni?

Bajet dah diumum....pasti ramai Melayu yang menjilat bibir berfikir tender mana yang dia nak kaut sebab dia kenal Ketua Pengarah, KSU mana2 kementerian. Menteri berubah, portfolio bertukar, target pun bertukar. Daripada projek IT tiba2 boleh try tender pertanian pulak. Padahal company buat benda lain. Cepat2 la gi Suruhanjaya Syarikat register company baru sebab nak dapat tender.

Itulah dia antara punca kenapa tiap2 kali bajet diumumkan, aku gelak. Berapa elok pun bajet diorang announce kalau pelaksanaan nya tak diubah, sama aje.

Kalau pembaziran juta2 pun kerajaan pandang sebelah mata sebab nak tolong Melayu punya pasal, what's the point tolong Melayu?


22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku try register kat myemail.my Tak dapat apa pun.

Terimalah hakikat Bajet hanyalah utk umat BR1M je, penentu masa depan Tanah Melayu. Hahaa..

Tanpa Nama berkata...

Khidmat Negara.
Nak tau la juga berapa ramai bekas peserta yang hidup baik atau dalam kejayaan.

Ada statistik? Nak tau berapa penjenayah, peragut yang pernah sertai Khidmat Negara.

Kalau dari tadika sampai sekolah menengah, disiplin, sikap sivik dan moral tak berakar dalam seseorang itu maka tiadalah bunga atau buah sedemikian rupa.

Master Yoda berkata...

nk sgt capai target kuota pegangan ekonomi 30% tuk Bumiputera = UMNOputera, mcm ni lah jadinya Tot

Hahahaha

Gua jumpa geng2 UMNOputera ni live... Si macai ni bukak pusat tuisyen kat area Saujana Utama sekitar thn 2008 - 2009..then, gua jadi one of the cikgu tuisyen kat centre macai ni...

Berlagak, bajet bagus, ckp nak besar, action almost zero, pastu nak keje senang, tu je yg aku leh simpulkan

Last sebelum dia hilangkan diri, gaji gua RM 500 tak bayar...puuiiii

Tanpa Nama berkata...

Dah terang lagi bersuluh.

Tapi aku suka..disinilah pointnya untuk macai2 BN yg 'boleh berfikir', berfikir balik kerajaan apa yg diorang dah pilih kalau tak kerajaan gajah putih, kerajaan yang korup.

yang tak boleh nak berfikir tu pi mampuslah ngan korang semua. sampai bila2 pun mindset korang takkan berubah. buatlah apa pun.

yang boleh berfikir ni, jomlah kita tukar kerajaan lagi 4 tahun. jomlah..

aku merayu, jom lah...

Tanpa Nama berkata...

Semua cari mcmana nk create sesuatu utk buat duit.. tak kira bermanafaat atau tidak.. byk lg sebenarnya.. PPSMI.. byk alat yang dhantar wpun tidak dminta. Contoh bracket tanpa LCD, peti besi bernombor rahsia mcm nk simpan duit berjuta (sampai skrg xbukak sbb leceh..).

Tanpa Nama berkata...

Projek yg nilai sebenarnya tak seberapa..mungkin hanya 20% dari nilai tender..yg byk masuk dalam poket pak2 menteri, 'penjual' dan 'pembeli' tender.

beat berkata...

ada yang macam lawak pun ada..

Tanpa Nama berkata...

Tablet 1 malaysia & kedai ikan 1 malaysia ni bawah tokey sama (sekinchan ikan bakar). Nampak tak kehebatan seorang kroni. Dari jual ikan boleh jadi 'pembuat' tablet. Masa tu capacitive touchscreen ni baru lagi, developer elektronik lain kat malaysia yang aktif R&D pun tau resistive touchscreen je. MIMOS, UPM baru reti buat resistive touchscreen je. Ada kompeni nama K-one buat gps. Resistive juga. Tapi tokey kedai ikan bakar boleh buat tablet capacitive touchscreen, murah sikit dari galaxy tab & ipad. Harga promosi RM999, akan dijual pada sekolah2 yang akan beli guna duit kerajaan.

Cuma yang dia tak tahu, real market will always prevail. Tak lama lepas tu, china tablet yang ada capacitive touchscreen mudah didapati di online. Harga pun dalam RM300+ je. Bayangkan apa akan jadi kalau kroni berjaya jual tablet 1 malaysia pd budak2 sekolah. Berapa banyak kerugian terjadi. Berapa banyak kebodohan tersebar.

Fizah berkata...

aku baca part melayu jilat bibir, tak semena2 aku pun jilat bibir. haha..

Tak payah perah otak nak menipu sangat la.. jom jual produk kesihatan online.

Tanpa Nama berkata...

aku sgt setuju sgt...sedih btl ramai org melayu dok tido lg

Tanpa Nama berkata...

aku sgt setuju sgt...sedih btl ramai org melayu dok tido lg

Tanpa Nama berkata...

Aku tak tau lah yg lain2 tuh. Tp yg menu rakyat 1 malaysia tuh ada la gak kat Uni. aku. UUM. Nasi 2 senduk, lauk ayam atau daging satu. Sayur satu. Boleh dpt RM2.50-3.00. Lauk2 dia sama. Tak ada level rendah ke apa ke. Bg student mcm kami, agak bermanfaat jugak..

Tanpa Nama berkata...

Tak boleh jadi ni tot. Kita kena cr jalan spy orang xlupa smua ni. Org kita kan mudah lupa. Aku cdg kan dape yg ade modal n bisnes minded tu, jual tshirt, sticker kereta, penanda buku, dan macam2 lg merchendise yg sebut pasal PKFZ, NFC, jembatan p.duyung, laporan audit etc. Bior mana2 pegi pun org nmpk. Xdapat nak lupa

v berkata...

hidup BN...hakk pui

Tanpa Nama berkata...

jgn lupa, tahun 2011 jugak... laman web sosial 1malaysia.com, nak buat ala2 facebook tu.. rasa dah xde dah laman web tu.. takde sambutan kot

Unknown berkata...

ada lagi ... kedai 1malaysia ... klinik 1malaysia ... bustop 1malaysia ... tandas 1malysia ... akhirnya bangang 1malaysia...!!!

Tanpa Nama berkata...

Sakit hati la aku baca.
Keluor duit macam ayor..
Eiiiii

ain berkata...

Subsidi ditarik,kononnya to save govt fund. Ok understandable.
But why kita bagi rebate pd bdk muda utk beli smartphone...which models will be outdated within months.
But why kita bring in PSY just to perform 1 song n paid him millions
But why kita bring in kpop artises utkmperform walhal ramai gila da singers kt msia
But why kita bagi br1m which anybody je bole layak if ikut general syarat....walhal ramai keluarga susahyg betul2 susah
But why kita bg insentif soh budak amik lesen memandu
But why kita bg laptop utk budak sekolah..sedang cikgu2 terdesak2 nk pakai comp utk siapkan neverending paperworks
But why kita hire so many MPs, adun etc....tp tempat org nk mengadu susah hanya kt Bersamamu or Karam Singh Waila...

Seriously why?

ain berkata...

Klinik 1msia x payahlah...baik upgrade klinik desa n klinik kesihatan. Tried once.org takde,tp tunggu lama jugak lps tu terus refer ke ER hosp.setakat selsema je. Buang masa

Tanpa Nama berkata...

Klinik 1 Malaysia...seriously no point at all...betul cakap anon oct29,2013 9:43....kalau betul emergency pergi ER atau emergency KK berdekatan...lagi pulak ada certain klinik kesihatan tu ada extended hour...cer pikir dorang ni keje berbayar claim...sorang dah berapa...yang keje at leas dua orang penolong Pegawai Perubatan dan dua orang jururawat serta dua orang atanden, keje dari 8 hingga 10pm...gilir2 ikut shift...kena hari sabtu ahad or public holiday dorang ni boleh claim ot, sewa premis untuk buat KK..sebulan pegi gak RM3000...nak setup klinik tu lagi pakai gak duit...dari membazir duit tu leh buat menda lagi bawak manfaat...dah la nak dapat barang keperluan medical punya la susah...berokrasi banyak sangat

Tanpa Nama berkata...

aku suka idea ko.....bernas sgt2....ha...satu lg...projek 1mocc.....aku nk tau..ada org call ke x....hey hey.....

Tanpa Nama berkata...

Aku nak cari sape bole print kan tshirt tulis quote ni "kebodohan tidak boleh didakwa". Sape bole wat small order, reply cni ye