Oktober 10, 2013

Jika Aku Bukan Penyokong Kerajaan, Wajibkah Aku Membayar Cukai?

1. Baru-baru ni, kita semua diberitahu ; duit bantuan Tekun boleh dipohon oleh sesiapa sahaja tapi keistimewaan diberi kepada ahli UMNO.

2. What the hell? Apa kejadah punya pemikiran bangsat camtu? Jika itu adalah idea berasaskan parti...guna la duit parti. Jangan la guna dana kerajaan.

3. Dana kerajaan adalah duit cukai yang semua orang bayar, tak kiralah dia sokong atau tidak kerajaan.

4. Jadi kenapa pula keistimewaan perlu diberikan kepada ahli UMNO? Ada menteri arahkan camtu kan? Hehe....

5.  Sama lah jugak kau declare Klinik 1Malaysia hanya layak untuk orang yang sokong gagasan karut Najib.

6. Jika itu adalah mentaliti yang diambil kira oleh kerajaan sekarang ini......aku rasa, aku tak nak bayar cukai. Aku ingat aku nak try tanya department finance macam mana nak buat supaya PCB aku tak dipotong setiap bulan.

7. Aku bukannya ahli parti mana2 pun dan kenapa pula aku perlu bayar cukai jika ada sesetengah peruntukan itu khas untuk ahli2 parti politik tertentu?

8. Grow up la menteri dan kroninya! Perangai macam budak2 walaupun umur dah lanjut! Tanggungjawab kau menatdbir tanpa mengira parti. Tanggungjawab aku adalah bayar cukai tanpa mengira aku suka atau tidak kerajaan sekarang....


9. Kalau kau takleh nak bezakan tanggungjawab kau sebagai menteri dengan seorang ahli parti politik, takyah la jadi menteri. Jadi la ahli parti aje. Menteri berkhidmat untuk semua...bukan untuk penyokong parti aje. (Video hanya sebagai contoh bagaimana pemimpin UMNO ni berfikir, tak sangka aku sebelum merdeka, semua orang pakai baju daun....)

10. Seorang menteri sepatutnya mampu rise above bullshit party spirit. Dia sepatutnya bertindak non-partisan...tak kiralah dia sebenarnya ahli parti apa pun. Kau bukannya jadi menteri untuk ahli UMNO aje.

11. Semua orang kena bayar cukai. Semua orang deserve treatment sama.

12. Kalau nak camtu, takde masalah...cuma wujudkan la akta "penyokong pembangkang" tak perlu bayar cukai.

13. Kita tengok la berapa kutipan cukai yang dapat dipungut daripada golongan minoriti penyokong kerajaan ni.

14. Kalau jadi camni kat negara lain, dah lama dah kena pecat menteri2 ni.

15. Kerajaan selalu kata "tak ada duit, tak ada duit."  .........tapi spendingnya masih lagi macam orang yang high tengah berjoli. Apa yang Ketua Pengarah, KSU dan Pegawai2 tinggi ni approveken bajet2 merepek camtu?

16. Kita sedang menuju ke zaman kemelesetan dan aku percaya semua orang yang level macam aku merasakan benda yang sama...

17. Tunggu masa aje ni kita nak dengar seluruh Jabatan Audit Negara sebenarnya adalah agen Yahudi dan Zionis, serta kaki main belakang. (link)

17 ulasan:

Andytanimoto berkata...

Aku suka point no 14 tu

Tanpa Nama berkata...

apa yg ko tulih ni sama sebijik mcm apa yg aku fikir. tp bila fikir lelama, plus saket hati, boleh kena migrain. stress betul. masalahnya yg approve belanja org2 kaya negara ni pun kaya jugak, dan ada percent dlm tiap yg deme approvekan, tu pasal la x jadi apa pun kat deme yg gila kan duit rakyat tu. paling tensen bila ada pak menteri yg bg komen pasal anaknye yg x keroje tu beli umah berjuta2, "heh itu bkn masalah saye, kalau dia nak beli istana pun dia mampu..." masaelahnya, mana dia dpt duit juta2 tu klu idak kerana apaknya iye? huh gerem...
-kak jah.

-thethinker- berkata...

hang belum kira lagi ; road tax , insurans kereta , servis kereta , indah water , anak sakit , cukai pintu , cukai tanah , tol balik kampung etc..

suria lekatlekit berkata...

Jadi yang takde sokong mana2 parti pun tak layak la yer.. Oh menteri2 ku.. semakin hari semakin aku rasa macam sangat semut dalam gula yang korang makan.

Panas >>PENGARAH FILEM GANGSTER YANG MUDAH SENTAP
Panas >>MENGKLASIFIKASI FILEM GANGSTER PG13 ATAS DASAR SIMPATI

Carlos Santiago berkata...

well know!

Shahrul Yusof berkata...

Sistem politik negara kita semakin mengarut. Ia membenarkan orang yang kaya tapi bodoh mentadbir orang yang lebih cerdik tetapi miskin.

Tanpa Nama berkata...

Audit tak kecoh pulak dengan "permata" yea haha.. :)

Yang kecoh polis hilang banyak senjata..

Tanpa Nama berkata...

Dah tak amanah nak buat camne tu salah Mahathir jenamakan Kerajaan Malaysia jadi KErajaan BN.. So wakils elain BN ni takda rasa semangat patriotik dah.. Yang wakil BN pulak terlebih terasa negara mereka mak bapak empunya

Padahal semua wakil rakyat dibayar oleh Kerajaan Malaysia bukan duit BN ke parti memana.. atau poket Najib..


Tanpa Nama berkata...

Jika aku bukan penyokong kerajaan, wajibkah aku membayar cukai?

Jawapan aku, kita wajib bayar cukai walau kita tak pi ngundi sekali pun time GE13 hari tu.

Kau anggap je lah duit cukai yang kau bayar pada gomen DUMBNO, tak kisah lah cukai pendapatan ke, cukai rokok ke, duti eksais kereta kau ke, sebagai sumbangan kau kepada kesejahteraan negara ini (dari segi kestabilan ekonomi).

Ape yang gomen DUMBNO buat pada duit cukai kita tu, kalau mereka belanjakan pada jalan yang salah & dengan cara yang salah, aku yakin Allah akan bagi balasan yang setimpal nanti. Kalau mereka terlepas di dunia, mahkamah akhirat sedia menanti..

Aku yakin Allah tak akan lepaskan Mahathir, Badawi & Najib di akhirat nanti atas segala penyelewengan yang mereka telah buat di atas dunia ini..

Tanpa Nama berkata...

Serius aku nebes dengan halatuju negara kita sekarang... tggu mase je jadi kegawatan ekonomi cm dolu2.. dulu ade tun M bole la sket bernafas sbb die bijak... sekarang?? serius bakal melingkup negara kite ni.. dengan pak menteri yang no brainer lg.. rakus tamak haloba bodoh sombong... serious shit aku nebes!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau aku masuk UMNO boleh tak dapat tanah dengan premium rm1 tu.. :)

Murah betui la.. patut la ramai nak join BN ni.. leh dapat tanah beb..

Mantot, ko taknak ke?

LydSunshine berkata...

kalau cukai tu hanya sekadar PCB dlm slip gaji je takpe lagi. Itu jelas ketara nampak jumlahnya. Kalau cukai dalam barangan atau makan kat restoren. Tanak bayar kang terpaksa bayar jugak sebab nak makan. Haiyoo. Dah tu cemana.

Tanpa Nama berkata...

walaupun terbukti mereka yg memerintah kita skrg adalah mereka yg bodo lg bangang.......cmner kita nk jatuhkn mereka ni??pru dh lpas.....nk tnggu yg akn dtg....aku rsa masak kita.....tradisi membela rakyat...hak puii....bangang xsudah.....klau negara lain aku rasa kna bakar dh putrajaya...

nk terima dgn tabah...sori la....dh habis tabah dh.....balik ke zaman sistem barter kot kita ni.....ermm....jln raya luas kn??

Tanpa Nama berkata...

kecik beso kecik beso je aku tgk menteri kuang dlm video kt atas ni..aishh..rasa nak tenyeh2 je kebodohan dia tuh mcm semut..huhuh

Tanpa Nama berkata...

Gua nk hidupkan roadtax kereta kene hidupkan insurance skali. sbb gua kurang duit gua edjust below insert kene bayar 500 hingit. 500 hingit keter baru pakai 4 thn dan kalau jadik aper² aku xdpt ape² dan still kene bayar hutang dgn bank. soalan. ape gune aku bayar 500 hingit tue. sape yang tau mintak tlg sangat jawab sbb gua tgh stress pkir mende nie.

Terima kasih.
Sepitbiru

Tanpa Nama berkata...

Mcm ni lah bila dpt YB,Menteri OTAK Kera...

Tanpa Nama berkata...

Xkan bergeraknye sesebuah kerajaan kalo xde RAKYAT yg BAYAR CUKAI...dh gune duit org tu buatlah gaya cam org xde duit yek...xyah nk bajet bgus sgt...