Oktober 11, 2013

Awkward Agama : Ibu Yang Gersang

Amin terkejut lalu membuka matanya. "Amin! Bangun! Dah pukul 8 dah ni!" jerit Mona dari dapur. Suara ibunya seolah-olah jam loceng yang tidak boleh dimatikan setiap pagi.

Amin bangun dari katil lalu mengambil tuala mandi. Kelas tambahannya bakal bermula jam 9.30 pagi. Giginya digosok, badannya disabun dan air mencurah membasahi badan. Segar rasanya tubuh selepas mandi. Amin membuka almarinya, dicapainya pakaian yang hendak dipakai. Minyak rambut jenama Code10 disapukan ke rambut membuatkan jarinya jadi berminyak.

Amin bergegas turun tangga. Ayahnya, Johar sudah pun duduk di meja makan menikmati sarapan pagi. Ibunya, Mona pula sedang menggoreng sesuatu di dapur.

"Mak, makan apa pagi ni?" tanya Amin.

"Cepat betul kau siap Min, kau mandi ke tidak ni?" tanya Mona. "Mandi la, kan pagi ni ada kelas tambahan," jawab Amin.

Johar duduk sambil meneguk teh susu pekat kaw. Matanya tak lepas menatap akhbar hari tu. "Abah, apa update hari ni?" Amin menegur memulakan bicara. Ayahnya hanya diam merenung suratkhabar di depannya.

"Apa la nak jadi dengan pembangkang ni, makin merapu ayah tengok diorang," ulas Johar. Amin mengangguk. Dia tau ayahnya orang kuat kerajaan negeri dan semangat kepartisan jelas terserlah. Dia sedaya upaya menjauhkan diri dari berbincang mengenai politik dengan ayahnya. "Ayah, mintak duit sikit, boleh?" tanya Amin.

"Kau nak buat apa?" tanya Johar.

"Amin ingat nak beli buku Fizik sikit dekat kedai," jawab Amin/ Johar bangun lalu mengambil dompetnya lalu dihulurkan RM50 kepada Amin. "Baki takyah pulang kan ye Yah?" tanya Amin. Johar hanya senyum.

Mona keluar membawa semangkuk mee goreng panas. "Makan Min, kau kena jaga sikit makan tu. Periksa SPM nak dekat dah ni," pesan Mona. "Ya la Mak, ni saya makan ni," jawab Amin sarkastik. Amin menyuap mee ke mulutnya sambil diselangi dengan teh susu panas. Berselera Amin hari itu kerana dia tau harinya masih panjang.

"Ayah harap kau dapat buat yang terbaik lah untuk SPM. Dapat masuk IPT, kalau nasib baik dapat ke oversea. Perbelanjaan Insya Allah ayah mampu..." Johar tiba-tiba bersuara. "Kalau kau tak cukup duit nak belanja belajar, bagitau ayah. Pasal belajar ni, kita jangan berkira."

Amin mengangguk."Kau tengok abang kau tu, ayah harap kau dapat la turut jejak dia. Jadi doktor ke, engineer ke, pegawai PTD ke, you know, good career for your future," Johar menyambung. "SPM is gonna be the first step for your future, so I hope you do this well."

"Apa la ayah ni. Ayah pun tau my result macam mana kan? " ulas Amin. Johar diam. Dia tau anaknya bagus dalam akademik. Dalam diam dia bangga anaknya pelajar terbaik sekolah. Segala usahanya selama ini berbaloi kerana Amin adalah pelajar contoh. Semua anak-anaknya 3 orang pelajar contoh. Cemerlang dari segi akademik dan ko-korikulum.

Dia, sebagai ayah, cukup gembira dalam hatinya, cuma jarang dia menunjukkan emosi sebenar di wajahnya. Dia sedar perjuangannya belum lagi selesai.

Kedengaran bunyi tapak kaki menuruni tangga. "Ayu, baru bangun?" sapa Mona. "Ye ma, semalam Ayu siapkan homework sikit for the Math class," jawab Ayu.

"Kau mesti tak gosok gigi lagi ni kan?" tanya Amin kepada adiknya.

"Please....everyday lepas bangun I terus mandi ye!" jawab Ayu.

"Mandi, bukannya gosok gigi," kacau Amin. "Maaaa...tengok abang," pinta Ayu.

Mona hanya mampu sengih melihat keletah dua anak remajanya. Dia cukup puas setiap hari dapat bangun mempersiapkan segala keperluan untuk keluarganya.

Penat lelah dia dan Johar selama ini mementingkan pendidikan yang sempurna mula menampakkan hasil. Anak sulung mereka, Amirul cukup cemerlang dalam pendidikan dan kini baru mula bertugas sebagai doktor di Kuala Lumpur. Amin pula terkenal sebagai pelajar contoh di sekolah selain mewakili pelbagai persatuan dan kelab. Ayu pula adalah salah seorang pemidato sekolah yang baru saja dinobatkan johan pertandingan negeri.

Cuma, kenapa, kadangkala, hatinya merasa, ada sesuatu kekurangan dalam hidup mereka semua?
Dia sendiri tidak tau apa jawapannya.

15 ulasan:

wootwoot berkata...

cite ape ni mantot?

onlajer berkata...

Rasanya apa yang kau nak sampaikan ialah didikan akedemik memang cemerlang didikan agama Wallahu a'lam. itu pun pasal kebanyakan bangun tidur terus bla,bla,bla takde pun cerita bab sembahyang .
err betul ke tot

Laici berkata...

agama yg kurang dalam hidup dorang..

anak2 berjaya pun, tapi bangun pagi pun pukul 8...nmpk sgt tak sembahyang subuh

Tanpa Nama berkata...

dia x de cerita pon pasal solat. bangun pon pukul 8.

Shah Rizar berkata...

Bila mak ayah dah meninggal panggil org2 masjid utk menguruskan..

Tanpa Nama berkata...

aku paham ape maksud yg tersirat di balik citer ni... bila dunia didahulukan... pencapaian diutamakan.. akhirat dilupakan

Tanpa Nama berkata...

tot, mona ni mmg karektor yg mona gersang tu ek??

dah 3 rupanya anak dia :)

Tanpa Nama berkata...

Mona tu kan dah gila

Tanpa Nama berkata...

Ini macam olang pun ada...

Tanpa Nama berkata...

Mona lebih advance..

Tanpa Nama berkata...

tajuk pong awkward agama. sendiri pikir la apa yg nk disampaikan

Tanpa Nama berkata...

Ko nk ckp pegawai yg sokong kerajaan x pentingkn agama sgt kn mantot?haha

Ko mmg jahat.

N dia ada ckp 'perbelanjaan insya Allah ayah mampu'

Ade la sikit2 ingt tuhan..

perkataan insya Allah tu kalo ko tau besar maknenye...psl yakjuj makjuj dpt keluar ke bumi, psl nabi sulaiman terlupa sebut...

Heheh, sori lari topik

Tanpa Nama berkata...

Bila gersang, lain mcm pernulisannya. lol

Tanpa Nama berkata...

mona lebih advance...
epic!!!!!hahaha

Tanpa Nama berkata...

Nabi sulaiman ke? Dlm surah al kahfi cerita zulqarnain? Tp xde pn ckp psl insya allah. Zulqarnain ckp yg tembok yg dia bina xkan bertahan sb allah dh janji.

Kdg2 kisah nabi yg kita dgr tu kita kna selidik dulu. Nnt keliru. Jgn marah. Tegur je. Kalau aku salah aku mntk maaf. Ilmu xcukup didada :)