Februari 15, 2013

Tiga Berita Penting dan Satu Gambar Pejuang Islam Untuk Semua Orang

Kadar Insurans Kenderaan Naik....Lagi.

Kadar premiun insuran kenderaan bagi semua jenis kenderaan akan dinaikkan mulai esok, Jumaat 15 Februari.Maklumat tersebut diperolehi melalui surat edaran yang dihantar kepada pengendali dan agen-agen insuran bertarikh 7 Februari lalu.

Bagi pemilik kenderaan, mereka akan mulai membayar dengan tarif harga yang baru mulai esok apabila ia dikuatkuasakan sepenuhnya.

Bagi perlindungan pihak ketiga motosikal 100cc dan ke bawah, cadangan kenaikan adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun dan RM1 hingga RM2 untuk perlindungan komprehensif.Untuk perlindungan pihak ketiga kereta persendirian 1,400cc, kenaikan adalah antara RM6 hingga RM34 setahun untuk empat tahun dan RM7 hingga RM19 untuk perlindungan komprehensif.

Surat pekeliling itu turut memberitahu kelulusan kenaikan premium itu telah diluluskan oleh Bank Negara sebelum ini. Bank Negara pada 26 Februari 2010 telah mengumumkan kenaikan premium insuran secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai tahun 2011.

...................

Mahathir dan Proton

Mengakui bahawa kualiti yang lebih baik disertai dengan harga yang lebih tinggi, Dr Mahathir berkata Proton berada pada peringkat yang penting kerana ia perlu menghasilkan kereta yang berdaya saing di peringkat global untuk bersaing dengan syarikat-syarikat kereta asing yang membentuk sebahagian besar daripada jumlah keluaran industri automotif Malaysia.

"Kita tidak boleh sentiasa mengeluarkan kereta murah. Jika itu berlaku, kita akan kehilangan keyakinan rakyat Malaysia kerana adalah menjadi pandangan umum bahawa kereta murah tidak datang dengan kualiti," kata beliau.

Nota Kaki : WTF murah!
..................

Undi PAS Haram....Majlis Fatwa, Apa Cerita?

TUMPAT 12 Feb. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.


.............


Pilihanraya dah dekat. Semua orang sedang bersiap sedia.
Seperti individu di atas.

Dia adalah Pejuang Bangsa dan Agama yang kepenatan
selepas seharian pertahan Islam dari serangan DAP.

Kuku pecah kena sabit dengan orang Kafir DAP.
F*CK DAP SEBAB MAINKAN ISLAM!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

first.

Tanpa Nama berkata...

Mamat kat bawah sekali tu nampak stim habis......lintok, memang haram jadah sapa pangkah umno.

Prince of Noob berkata...

the power of google image search... jumpa jugak aku gambar tuan punya badan yang kena urut tu

Tanpa Nama berkata...

teringat kata Mahadir, derma la pada Proton....

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnye kita telah ditipu Mahathir.. Dia yang wujudkan mindset yang mahal tu berkualiti..

Mana taknye harga kereta import + AP semua jadi 300% dan jauh lebih berkualiti dari proton..

Sekarang Mahathir nak buat kereta tempatan sama harga dengan kereta import yang dah dicukai..?? WTF..

Kalau takda AP harga kereta pada tahap mampu milik.. rasanya kat jalanraya tentu lebih banyak kereta hebat2.. caya la kalau ferari tu jarang kita nampak kalau takda AP tentu selalu kita nampak dan at least orang akan bawak camry atau civic kalau takda AP atau tax kereta yang mahal ni..

Proton? huh mungkin lama dah berkubur atau dijual macam lutos.. akibat masalah kewangan..

Sekarang nak naikan insuran pulak..

Tanpa Nama berkata...

Kawan aku beli kereta 2nd singapore (sebab kat sana boleh pakai 5 tahun aje) Mini Cooper 24k aje.. tambah AP ( untuk legalise dan buat insurans) kena rm28k .. so dalam 48k aje.. cuba carik 2nd hand minicooper kat malaysia harga tu..

Kalau tanpa AP kawtin ngan jpj hanya untuk lesen tanpa insuran hanya 24k aje.. tu kereta 2nd hand.. kalau kereta betul korang kira la 1/2 dari harga kereta import korang beli..

So PR punya kempen nak turunkan harga kalau menang memang boleh sangat..

Tu Malaysia tak boleh buat law kereta 5 tahun kat jalanraya gila dah bayar kereta mahal pada 300% nak suruh pakai 5 tahun aje..