Februari 07, 2013

Makhluk Yang Paling Comel Dalam Dunia Nombor Satu

Tiap-tiap pagi sebulan dua ni adalah cabaran besar pada aku.

Sebab wife aku tukar sekolah petang jadi jadual mengahantar anak aku ke rumah pengasuh dia dah lain. Nak tinggal lama-lama nanti ada la terlajak sampai lepas Maghrib baru ambik, jadi hantar la anak aku lambat sikit.

Takde la rasa sedih sangat dia harapnya duduk dengan pengasuh dia terlalu lama tapi aku terganggu sikit jadual harian aku....

Aku selalu berada dalam dilema sebab aku tak suka apa yang seorang lelaki kena buat. Aku tak suka pegi kerja...walaupun aku suka apa yang aku buat. Aku rasa terkongkong.

Dalam hidup kita, ada 24 jam. 1/3 daripada sehari kau hanya untuk kerja dan itu tak termasuk lagi time nak travel ke tempat kerja. Aku cukup tak suka benda tu. Mungkin kau tak macam aku tapi aku peduli apa...itu life kau. Kalau kau puas hati spend masa lebih untuk kerja dan less untuk family..terpulangla. Hidup kau.

Kalau ada orang tanya aku, mana lagi penting, kerja atau keluarga..aku jawab keluarga. Kita ada satu aje family (yang boleh diexpand jadi 4..hehe) tapi kerja ada banyak. Tapi mental kita dah dipengaruhi dengan frasa "kau ingat senang ke nak cari kerja?" jadi aku rasa ramai antara kita yang slogging through work...for the sake of money dan bukan for the sake of enjoying your work.

Lama-lama kepala boleh short circuit bai kalau kau terus macam tu. Kalau kau kerja hanya semata-mata untuk duit...kau sedang melakukan kesilapan yang sangat besar. Kalau kau terus jugak kerja hanya semata-mata sebab kau takut tempat lain tak dapat bayar kau sama macam ofis kau yang kau tak suka, kau jugak silap.

Benda yang paling penting sekali adalah taraf mental kau. Kalau kau duit banyak pun tapi otak kau setiap masa dok fikir pasal benda2 yang stresskan kau...apa pointnya kau dapat provide kemewahan dekat family kau, tapi kau tak dapat nak enjoy benda tu.

Jujurnya...aku suka kerja senang. Aku akan carik paling senang dan paling cepat supaya aku dapat setelkan kerja aku. Objektif aku...supaya dalam sehari...masa aku lebih banyak guna untuk keluarga aku berbanding ofis aku. Orang yang kutuk sapa2 yang suka kerja senang...tu penipu besar tu. Cuba tunjuk kat aku siapa prefer kerja susah?

Cuma kena tau beza dia antara suka buat kerja tanpa banyak effort atau straight forward pemalas. Mana satu kau? Haha.

Tapi untuk buat dua2 benda ni; cover family dan cover kerja, sebenarnya agak memeritkan fizikal dan minda. Nak tak nak, salah satu kena korbankan. Aku tak tau kenapa, mungkin sebab kita third world country jadi budaya kita camtu. Orang2 yang aku kenal mana yang pernah kerja oversea semuanya sumpah seranah bila balik Malaysia. Budaya kerja kita ni terlalu menekan dan terlalu overwhelming. Aku pernah ditanya nak ke gi oversea...tapi aku tak sanggup nak tinggal isteri aku. Family...mesti nombor satu..karier nombor dua.

Bagaimanapun, aku sekarang ni berada di satu crossroad yang dah lama aku try elak. Crossroad yang paksa aku pilih sama ada dapat main dengan anak aku setiap hari atau tiap2 hari balik tengok anak dah tidur dan hanya dapat main dengan anak aku time weekend.

Aku cukup takut nak decide sebab aku tak nak hilang dua-dua. Tapi aku tau mana yang aku prefer...cuma nampaknya jalan hidup aku memerlukan aku berkorban sikit dan let go certain thing yang aku tak nak let go.

Seorang anak akan ubah mengenai kau.

Dan benda yang paling susah untuk seorang bapak macam aku nak buat, adalah tinggalkan rumah sebab nak pegi kerja. Lagilah pulak, time kau nak pegi kerja tu la time dia nak manja2 dengan kau. Setiap hari dalam hidup seorang bapak, pilihan perlu dibuat. Family? Kerja?

Sebab tu agaknya....selalunya suami mati dulu.Dan ini juga salah satu sebab kenapa aku sokong pertukaran kerajaan. "Apa kaitannya?" tanya kau.

Pandai2 la fikir sendiri.


28 ulasan:

hani berkata...

Baguslah kalau ko berfikiran mcm ni.Ex boss aku pompuan,dia punya mentaliti keje ialah,lg lambat balik,maknanya ko sgt rajin.Walhal sebenarnya dia start keje pukul 4.Masalahnya staff lain nk blk tak boleh,kene tunggu dia.Dia xpelah,urusan rumahtangga,laki yg uruskan.Staff lain ni dlm kepala asyik pikir nk amik anak kat umah pengasuh,taska,nak masak utk laki lg,etc.Camno tu tot?Sebab apa dia bermentaliti camtu?

Unknown berkata...

paling susah bila nak pergi kerja pagi2.

anak2 aku K dan F dah pandai nak panjat kaki aku nak ikut gi kerja.

pagi pagi mesti ada adengan nangis sebab nak ikut..

tapi aku rasa nangis tu part of tumbesaran. rasanya diorang sayang dekat aku sebab tu nangis tak nak kena tinggal. sesuai lah peringakt umur sekarang.

kalau diorang tak nangis dan rasa happy duduk dengan bibik itu aku pulak yang susah hati nanti kan?

apa pun, alhamdulillah kerja aku flexi hour. awal aku check in, awal lah aku check out. janji cukup 40 hours per week.

aku selalu akan cuba laik awal untuk main dengan diorang.

aku rasa untung juga tak duduk KL. kalu tak pukul 9 malam belum tentu sampai umah lagi

alhamdulillah

Ami Scott berkata...

Kalau aku la tot aku prefer dok umah mengulit anak2 dari bergegas ke tempat kerja cam orang gila setiap pagi...

mr edz berkata...

memang patut tukar kerajaan...

Tanpa Nama berkata...

cari rezki yg halal utk sediakan keperluan keluarga pun dapat pahala kan. boleh je ngadap anak 24 jam tapi kena kerja dari rumah la. pun boleh. tapi nak dok rumah taknak keje nak bagi anak mkn apa. pun pening jugak. mmg rezki daripada allah tapi kalau tak usaha takde jugak. silap2 r/tangga pulak berantakan. lagi2 suami kan. t/jwb suami kena bagi nafkah anak bini.

cik siti fairuz berkata...

kau dah tau keje oversea tu stress-free, kau pun da dpt offer (ke kau hanya ditanya??)..kenapa tak suh je isteri benti keje. kau angkut je famili gi keje sana.
banyak ckp je mantot ni. masuk la bertanding pilihanraya kalau xnak "mati dulu"

Tanpa Nama berkata...

aku nak komen panjang, tapi mcm malas.

If only you knew what a working mother feels..

AkuBukanLelaki berkata...

11 jam aku bekerja (skola+tusyen)
2 jam aku celik
baki aku tidor..

tgk muka mak abah waktu nak maghrib,itu pun tergesa2 nak pegi kerja.hoh

plain83 berkata...

the pursuit of happiness never ends...

Tanpa Nama berkata...

Moga dgn tukar parti pemerintah, hidup kita semua akan berubah menjadi 'senang 'mcm omputih.

Soh je bini berhenti keje. Biar dia jual cupcake / wedding cake/ tudung / etc online. Income best woo... Dah ramai berjaya apa....

Masalahnya, tak berani resign. Keje guru/gomen selamat, takkan dipecat. Maka, mengeluhlah selama2nya.

BiasaLaTu berkata...

Hurm culture kot? kat Kl memang 24jam kerja malam pun ada opis masih terang berderang..

Aku pi australia 4:30 orang dah cabut balik.. Aku pi US 4:30 kul 5: mat salleh dah cabut.. balik takdanye nak settle atau balik lambat family first.. Aku pi eropah pun sama..

Cuma satu yang aku pelik orang Malaysia kat mana-mana pun balik lambat? tu agaknye orang suka ambik orang malaysia kerja.. workholic macam jepun..

tapi tu la kau memang tak boleh dapat semua masa aku kerja dengan Multinasional company boleh kerja dari rumah tapi ada pro and cons la

pro memang save duit minyak save masa harung jalan jem etc.

tapi cons agak tak berapa produktif atau privacy kerja.. sebab wife & anak tgk ko kat rumah "mentaliti" bila kat rumah tak kerja so mintak tolong itu ini kadang tengah ada urusan kerja tengah meeting on-call anak dok melending kacau hish.. masalah family ni tak kisah sangat sebab lama-lama diaorang faham aku kerja dari rumah so kalau aku dok talefon ngadap laptop tu memang tgh ada kerja la..

tapi satu lagi cons yang haru iaitu mentaliti orang malaysia culture la kita lebih kepada visibiliti walau kerja 24jam dari rumah diaorang tak nampak ko diaorang ntah jeles atau apa mula la kata bukan-bukan macam ko curik tuluang atau makan gaji buta .. macam kompeni depa pulak.. haish masalah tu pulak.. sampai boss mat salleh aku pun minta datang opis sebab manager lain komplen ceh.. padahal takda sangkut paut dengan depa pun..



Aslina berkata...

Pendek kata, selagi belum tutup mata, kerja kerja kerja -filem labu labi-

Tanpa Nama berkata...

tot aku tgh alami nya sekarang, aku xsuka company ni tapi takut nak breti sebabnya bila aku nak out je dia naikkan gaji dalam dilema sungguh ler huhu kot dapat keja baru gaji tak sama

Tanpa Nama berkata...

mmg la omputih org eropah kul 4.30 kul 5 dah balik. masa keje diorang buat keje betul2. masa balik mesti la balik semua keje beres. org m'sia masa keje mengular (tak semua). masa keje berfesbuk berblog mcm2 lagi. dah nak balik baru hegeh2 buat keje. mmg la kena balik lambat. kdg2 mmg sengaja masa keje buat benda lain. pastu stayback nak siapkan keje. nak claim ot.

aku keje dgn bos jepun kul 5 wajib berambus dari opis. tak kuasa dia nak bayo bil elektrik ke telefon ke nak bayar ot ke lelebih. semua tu kos. tapi bos m'sia lagi lmbt blk lg bos. mentaliti.

Tanpa Nama berkata...

Btl tu.yg pntg mcm mana kita manage masa.org kita mmg byk selingan masa keje.pastu nk compare dgn mat saleh plak.

Tanpa Nama berkata...

Ko resign 10x tgk company brani up gaji ko 10x ke tak.

morovlizki berkata...

56 tahun tahap umo pencen kita duk ngadap n rasa kejaan pemerintah yg sama...ape perubahan transformers yang kita rasa???yang aku nampak perubahan dasar setiap kementerian yang makin membebankan para pekerja macam kita je.makin lama makin teruk n menyusahkan.tu pasal aku sokong tukar kerajaan. tak salah mencuba sesuatu yang baru. cukup2lah bn jadi pemerintah.cukup2lah khazanah negara yang banyak,diorang rembat untuk kroni2 n kaum keluarga diorang. dasar haramjadah golongan nih.

Tanpa Nama berkata...

nak salahkan kerajaan??
kau sendiri yg x pandai handle mase ko.setiap org ade 24 jam je sehari,tapi boleh je spend time untuk anak bini diorang. lagi senang lau ko suruh bini ko resign,dok uma,jage anak,.full stop.jangan asyik nak slahkan org je.adohai.

Tanpa Nama berkata...

kadang2 aku pelik.pengkomen yang pantang kerajaan kena kutuk ni sebenarnya ada sangkut paut dengan org politik ke apa?ataupun dia seronok orang tengok dia sorang je berpikiran positif la konon padahal dia xtau semua org duk kata dia ni bodoh tak leh nak diselamatkan dh.

rela kena tipu forever dari dilihat sebagai sorng yang suka mengomplen.

Tanpa Nama berkata...

betul tu ..memang bangang bertingkat la org yg konon selesa dgn kerajaan memerintang sekarang..entah la mungkin depa sedara mara kroni lembu..

Tanpa Nama berkata...

Anak ko comel =))

Mya Amyra berkata...

sokong ! tukar jee :P

Tanpa Nama berkata...

Ala Mat salah pun manusia juga ada yang mengulor ada tengok facebook masa kerja ada tengok dating site etc.. Ada tengok stock saham dsb.. aku jaga traffic tau la apa diaornag buat..

Korang je yang puja Mat Salleh tu perfect.. lol. Tapi diaorang tak suka pulak kerja lebih masa ot atau balik lambat..

Tanpa Nama berkata...

malaysia.. malaysia.. syg..
aku pernah keje kat msia 2yrs under a very well known company.. majoritynya melayu.. yg sedihnya kenapa subur sgt budaya jilat menjilat & kipas mengipas dlm syarikat2 Msia.. esp yg majoritinya melayu? yg ni proven! bkn baru dgr dr 1, 2 org(company yg berbeza) and aku sendiri pernah experience this type of culture..

Terbaru adik aku yg keje dgn company bumi jgk & quite well known kat sblh south.. nak dijadikan cerita boss dia ni bkn jenis nak please kan org2 atas.. hbs support team dia kene cantas / reduced.. tgl la boss dia ngan few ppl to support him.. adik aku 1 of the guy yg kene transfer to other department..

other things yg nampak kurang adil is favoritism/cronyism.. kat M'sia ni mostly Company2 besar, ex-MCKK yg pegang.. so, diorg ni selalunya akan get bdk2 diorg jgk to fill in the top post eventho within the company ada org yg lebih layak..

Target nak jd world class international company.. but mentality still kat takuk lama.. Sampai bila?

Tanpa Nama berkata...

Kroni ni biasa mungkin culture? sebab kita percaya dan biasa dengan orang yang kita kenal berbanding dengan orang asing yang kita tidak rapat atau kenallangsung..

Cuma sayang kadang orang yang kita rapat dan kenal kroni kita itu sebenarnye tak tahu buat kerja dan menjahanamkan..

Masalah juga bila kepercayaan disalahguna.. orang bagi kepercayaan seharusnya digunakan sebaiknya dengan prestasi yang baik dan membangakan..

Sebab tu aku malas nak rekomen adik beradik kawan-kawan etc. kalau mereka buat tahi aku jugak yang kena melainkan kalau mereka proven dari segi kemahiran dan etika yang tu aku memang sokong dan rekomen. kalau hanya kenal saudara mara kawan-kawan ni aku hanya boleh tolong hantarkan resume kat hr aje le..

Tanpa Nama berkata...

kau mmg rajin Tot... kat opis aku ramai waktu keje tengok internet, main game, dah ptg baru nak buat keje pastu komplen takleh balik awal pasal keje byk... aku fokus pada keje selalu dpt balik kul 5 tapi bos dok puji yg selalu balik lambat, komited katanye.....WTF tul... itula gaya keje Meleis...sib baik hari ni cuti..

Tanpa Nama berkata...

Hahaha..

Tanpa Nama berkata...

aku masuk keja pagi, check smua email, list downkan suma keje yg aku ptut buat, and selesaikan semuanya before 5.30 pm.

pastu aku cauu..

tapi boss lg syg kwn2 aku yg ot smpai kul 9,10 mlm xtau keja apa depa buat.

=(