Februari 19, 2013

Golongan Melayu Suka Sudu Terbang dan Parang Terbang

Satu hari bila kau free, cuba jalan-jalan dekat shopping kompleks, kemudian kau tengok kalau ada iklan terpapar kat depan kedai. Bukak Jobstreet, tengok iklan kerja, ada beribu dalam tu. Apa persamaan antara majoriti kebanyakan iklan kerja kosong yang kita boleh nampak?

Requirement : Chinese....kalau nak lembut sikit....Mandarin/Kantonis speaking only.

Kuang hajar betul orang Cina! Itulah respon2 tipikal yang akan selalu kedengaran. Pundek punya Cina, dasar kaum pendatang masuk Tanah Melayu kerjanya hanya nak mengayakan bangsa sendiri.

First sekali, kenapa perlu marah, bang/kak?

Itu company dia, itu hak dia, nak menggaji siapa yang dia nak. Mana ada tertulis dalam Quran pun sebab kau Melayu, kau kena ada keistimewaan perlu diberikan kebenaran untuk diinterview. Company dia, suka hati dia. Tapi apa yang memelikkan aku mengenai fenomena ini (fenomena,ceh!) adalah .....kenapa orang Melayu marah kalau company Cina nak ambik orang dia kerja sama dia. Point aku...marah. Kenapa marah?

Logically, kau Melayu, kau pun senang nak kerja dengan orang Melayu, kan? Nak bercakap pun senang. Tapi kenapa bila orang Cina buat, orang Melayu marah?

Aku cuba digest benda ni dan aku rasa perasaan marah tu datangnya sebab dalam diri tiap2 orang Melayu...dah tertanam, ini Tanah Melayu, orang Cina pendatang. Betul kan? Takyah tipu. Dalam diri aku pun ada rasa macam tu sikit-sikit, rasa tak puas hati.

Adakah tiap2 orang Melayu mempunyai perasaan inferiority complex dengan orang Cina? Yang paling memelikkan mengenai benda yang aku akan tuliskan ini...Kenapa...kenapa.....tidak ada yang marah, kalau English adalah requirement yang diperlukan?

Kenapa? Cuba jawab.

Tidak ada pulak semangat perkauman yang wujud kalau English dijadikan requirement bila orang Melayu nak pohon kerja. Kerana apa? Agaknya...pada fikiran orang Melayu, orang putih, bahasa mereka, cara hidup mereka, adalah superior berbanding orang Melayu. Jadi, kita akur, kita patuh. Tapi orang Cina, mereka pendatang. Di Malaysia, orang Cina adalah second class citizen (sesuatu yang majoriti orang Cina rasakan),  jadi, sepatutnya, requirement sebegitu tak boleh diwujudkan.

Betul kan apa aku tulis ni? Kenapa mentaliti kita begitu? Sebab kesan pemerintahan masih ada dan nak tak nak, kita terpaksa mengaku yang sistem yang kita pakai sekarang adalah sistem yang British create untuk kita. Sebab itu kita salute orang putih tapi kita racist dengan orang Cina. Kita rasa kita better.

Bukak mata luas-luas.

Jika selepas ni kau nampak ada iklan kerja kosong yang memaparkan "Mandarin/Kantonis speaking" as a requirement, jangan marah. Jangan jadi tipikal Melayu. Kalau ada requirement sebegitu , gi belajar bahasa tu. Belajar Mandarin, belajar Kantonis. Senang. Kau nak buat bisnes nanti2 ada gunanya.

Sebab apa? Sebab orang Melayu selama ni memang rugi. Gi workshop, orang Cina boleh bincang berapa nak ketuk harga depan kau bulat2 tanpa kau sepatah pun apa yang diorang cakap.

Mungkin kita boleh ambik Bahasa Arab sebagai bahasa kedua kita. Tapi tengoklah macam mana implementation-nya di level sekolah menengah. Sekolah aku...sekolah terbaik..sekolah elit...sekolah yang melahirkan bakal pemimpin orang Melayu yang berkaliber pun pelajaran bahasa Arabnya dipandang sebelah mata masa aku belajar dulu.

Aku tak ambik Arab...tapi kat sekolah aku Bahasa Arab adalah satu2 nya subjek elektif yang masuk dalam PMR. Effortnya...mak aih....main-main. Kalay aku comparekan Cikgu Bahasa Arab sekolah aku dengan Cikgu Bahasa Jepun yang ajar aku. Sorang Melayu..sorang lagi datang dari Jepun.

Teka la mana yang malas nak masuk kelas dan mana satu yang punctual dan mintak maaf banyak kali kalau dia terlambat seminit dua.

Inilah legasi Barisan Nasional sekarang. Melayu spoonfeed yang akan marah kalau tak ada sudu terbang suap dia, tapi dia berapi kalau ada orang pertikai pasal parang terbang 13 Mei.

28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ساي كرجا دڠن چينا والاو تق تاهو سڤاته حرام چاكڤ مريك.

Mantot berkata...

alif kap waw pa waw nun

Laici berkata...

masalahnya kebanyakkan kerja kosong swasta didominasi oleh orang Cina, kalau orang bukan cina nak apply susah sikit. Berapa kerat jer yang sanggup gaji orang melayu..

Mindset cina;
Orang melayu
-tak reti cakap english
-tak pandai buat kerja
-pemalas, suka mengular
-susah nak handle
-susah nak kawtim kalau ada hal
-kena bagi waktu break lebih waktu hari jumaat, rugi dah

padahal bukan semua camtu.I can speak english quite fluently and can still do my job. ini kita cakap english pun dorang jawab melayu, tu pun broken melayu

aku pernah try apply part time kerja,

promoter baju;
*kalau saya nak minta 5 minit pergi sembayang,boleh ker?
-err,u ada sembahyang juga ker? kita bagi 1 jam rehat,u sembahyang waktu tu la..orang melayu sini pun sembahyang camtu gak (waktu berkerja 11 pagi-10 malam)

operator kilang;
*so,kerja part time pun dari pukul 8.30 pg sampai 7 malam? rehat sejam? kalau hari jumaat camne? (*note -yg handle aku waktu tu perempuan melayu yg keje bhgn HR)
-oh..tu, awak kena pandai2 bahagi masa la..mungkin 30 minit tu awk pergi masjid utk solat jumaat, 30 minit tu awk makan ke..ni company cina,memang camni


Tanpa Nama berkata...

to Laici,

aku dulu keje dgn kilang jepun. big bos jepun asst korea dept pengurusan dgn pegawai2 90% cina. hari jumaat lelaki dia bagi break 2 jam. tapi kena extend masa keje. biasa sampai kul 5. lelaki stay sampai kul 6. tak bagi ot sebab pekerja sangat produktif masa office hour. keje wajib siapkan masa keje. as long as bos dgn management time tau pasal labour law malaysia dan ada orang yang terangkan kewajipan muslim selalunya dia faham. tapi selalunya pegawai melayu yg spoil kan itu tak boleh ini tak boleh.

Tanpa Nama berkata...

*management team

Tanpa Nama berkata...

saya tak faham nak bezakan antara racist & patriotic.

kenapa tak guna bahasa melayu je?

hani berkata...

Betul,aku pun pernah kerja ngan cina.Takde masalah nk tolerate ngan waktu sembahyang.Tapi,staff kena pandai pandailah,dh bg kelonggaran nk sembahyang,toksahlah meleret leret sampai setengah jam.Pendekkata,jgn punahkan kepercayaan depa kat kita.
Bila kerja dgn management melayu,lg2 ladyboss,skema ngalahkan cina.Walhal,dia gak yg ngular.Just nk tunjuk kuasa..

Tanpa Nama berkata...

aku melayu, kerja dinegara jiran, company yang boss nya cina belaka, dalam industri yang boleh aku katakan, agak banyak berinteraksi dengan negara china.

secara serious, aku menyesal aku tak belajar bahasa cina kecik2 masa sekolah.

baru2 ni aku nak hire staff baru, walaupon aku melayu, aku agak berbelah bahagi nak pilih antara dua calon terakhir, melayu atau cina, sebab.. melayu hanya boleh ckp english dengan melayu, tapi yang cina tu boleh cakap 3 bahasa, melayu, cina, english.
life is so much easier if you can speak the same language as the person you are communicating with.

so the truth is, there is nothing racism about this mandarin/Cantonese language requirement. it's a necessity nowadays, since everything is made in china.

Tanpa Nama berkata...

pernah kerja dgn kampeni french... masa tu dh maghrib dna aku mintak nak solat kejap

french tu tanya, berapa lama utk solat? setengah jam? sejam?

erk... 10 minit je...

disebabkan ramai amik masa sampai sejam, org lain pun kena jugak...

Qazwsx berkata...

bab solat aku rasa kita kena salahkan org islam gak sbb dorg2 ni yg wat non muslim ni pkir ada yg solat,ada xsolat.cntoh kita baru keja kt comp baru,bila kita tny surau ad x,mnta nak g solat kt surau dia kata senior2 melayu yg dlu xda solat,buat mcm ni pn.bnda ni pnh jadi kat aku dlu.orang islam sndri xsolat time keja.reliti ni.

Tanpa Nama berkata...

sebab tu la, ramai melayu wat slack bila berkaitan dengan solat ni,sampai dorang tak percaya dah..dan sekarang, company dan kebanyakkan kilang akan deal dengan orang dr china@ org cina..dorang nak komunikasi tu mudah ,tu yang dorang hire orang yang tau mandarin.


kalau la mandarin tu penting sangat, kenapa tak wajibkan jer kat sekolah?

sekarang aku sambung belajar kat universiti, dan salah satu subjek wajib kat sini tak kira kau diploma@degree apa pun; adalah subjek mandarin..


terima hakikat, industri swasta kebanyakkan bukan dipegang oleh kaum melayu..

Tanpa Nama berkata...

paling obvious kat mana yg ada ramai meleis yg slalu bengang emo lelebih kalau tak di'spoonfeed',kuat merengek dan komplen,ialah meleis yg belajar kat uitm....bumiputera yg dibela tapi x sedar diuntung...lepas grad susah dpt kerja sbb interview tak reti nak cakap hape tp pointer tggi...so sad

Tanpa Nama berkata...

Anonymous 11:15:00 PM

True story..aku study kos IT, praktikal ngan student UiTM, format PC pun taktau...english hancur, pointer tinggi.. last2 apply jadi guru sandaran. tak pun apply keja government jadi kerani 17

Tanpa Nama berkata...

setuju dan tak setuju..

kalau company multinational, business smpai kene deal kat hongkong or china, tak boleh salah kan mereka..itu keperluan..
tapi kalau stakat company local biasa2 je, communicate within malaysian, nape english tak boleh? kenapa bahasa melayu tak boleh? sbb org cina tak pandai english and malay? adakah mandarin wajib masa kat skolah dulu? atau bahasa melayu & english? so bahasa apa yg wajib semua warga msia tau? kalau mandarin sebject wajib di sekolah, b.melayu hanya elektif, mmg bodoh melayu yg x reti mandarin. so, sama lah bodoh nya si cina tak dpt kuasai bahasa wajib di sekolah iaitu b.melayu. majoriti cina ckp melayu lintang pukang kan? padahal tu bahasa wajib belajar. nampak sgt mereka tu tak bercampur dgn org melayu. kalau cina ramai kawan melayu boleh nampak sgt kefasihan nya.

melayu mmg baik hati. kita tak racist sebenarnya. kita suka berkongsi. jadi cuba fikir balik,siapa yg racist dulu? pernah buat bisnes dgn cina? pernah kaji brapa harga kau dpt compare ngan cina lain kalau beli brg dari taukey cina? pernah compete dgn 4 kedai cina lain jual benda yg sama dalam tempat yg sama? pernah tgk DAP membenci melampau pada MCA mcm kerajaan dan pembangkang? siapa tak tau org cina kuat semangat kebangsaan nya, sila observe. sy benci racism & sy ramai kwn cina jugak.....yg mengaku sendiri cina mmg racist sbb mereka syg bangsa mereka.
tuhan tak suruh kita hidup berdasarkan bangsa, tapi jgn lah bias dgn bangsa sendiri dan biar bangsa lain sampai pijak kepala kita. renungkan. assalamualaikum.

-aku ludah semua parti politik melayu yg tak habes2 bergaduh sesama sendiri- puuii.

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju sgnt dgn anon di atas ni. Melayu mmg bulat2 kena tipu la bila tak di hire oleh kompeni yg BUKAN multinasional krn diorang suka2 je letak fasih Mandarin tu wajib. Sori la, bukan emo.. tapi its totally racist. Face it, peraturan tu sengaja dibuat sbb Cina cuma nak Cina keje dgn mereka. BUKAN psl Mandarin tu bahasa dunia, keperluan bersaing bla.. bla..bla..

Tanpa Nama berkata...

Saya nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa? BERNAS! BERNAS milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi o! Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli dari Aliran Ihsas Resources, milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Minum kopi mesti campur gula! Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR, MSM milik Felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar. MSR milik Tan Sri Syed Mokhtar sepenuhnya!

OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan! Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? IPP! IPP terbesar di Malaysia Malakoff, milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja la. Naik motor! Motor Kriss, keluaran MODENAS! Modenas milik siapa?! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Tak nak naik motor, naik kereta! Kereta apa? Proton! Proton milik DRB HICOM! DRB HICOM milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Tak nak beli Proton la. Beli Honda saja. Honda Malaysia milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat! Bank Muamalat milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Kereta kena ada insurans coverage! Insurance beli dari siapa? Uni Asia Insurance! Uni Asia milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Nak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM! Puspakom milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Ok la tak nak naik kereta! Naik keretapi lagi senang! Landasan keretapi siapa buat? MMC! MMC milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari! Sekarang, dia pun nak ambil alih KTMB!

Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la. Nak pergi Johor! Senai Airport milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la. Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas! Tanjung Pelepas Port milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port! Johor Port milik siapa? MMC! MMC milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Ok la. Orang iKL, naik MRT sahaja la. Projek MRT, siapa kontraktor terbesar? MMC! MMC milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Macam ni la. Tak nak keluar rumah langsung! Duduk rumah, hantar surat sahaja! Apabila nak hantar surat, kena lekat setem! Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar Tan Sri SyedMokhtar Al Bukhari, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan!

Tanpa Nama berkata...

ku dah kerja ngan 3 company cina ..firm arkitek, firm designand renovation dan firm engineering..ketiga2 company ni blacklist india dari bekerja sebab banyak kes kehilangan barang..kehilangan duit.. kerja x consistant....so kalau ada company nak ambik cina aje sebagai pekerja ..kemungkinan dia sejarah x baik ngan pekerja melayu...kalau x dia pun mungkin company kawan2 dia..

Tanpa Nama berkata...

hg sekolah mana dulu mantot?
MCKK ka?
aku dulu amik arab jugak tp tak penahnya aku masuk class pun..hahaha..aku jalan2 pi masuk class jepun pasai sensei dia comey ohh..petang2 jenis kayuh basikal excersise..weekend dia buat makan2 ajak budak2 class dia..kalo tak masuk class jepun aku pi class german..sempoi depa siap ada october fest kot..at least budak2 tau la budaya bangsa lain selain dari belajaq bahasa..mcm mantot kata effort..

arghh malas aku nak cita apa ustazah yg ajaq bahasa arab tu..silap2 dia x kenai pun budak2 class dia..

Kak Mah berkata...

mak bapak sila jangan manjakan anak.

just azura! berkata...

melayu memang seronok snagat kena spoonfed.. bukannya apa, memang dari kecik macam tu ma... orang cina tanya aku, kenapa melayu special sangat, masuk universiti senang quota besar, beli rumah dapat harga bumiputra, itu bumiputra, ini bumiputra, so suka ati cina tu la nak bagi specialities pada cina lain..tujeee...

Tanpa Nama berkata...

masuk universiti senang, beli rumah dapat harga bumiputra, dan bla bla


berapa kerat sangat dapat bayar balik pinjaman belajar sambil beli rumah2 yg dpt harga bumiputra tu? last2 duduk PPR, keje ngan gomen kalau de rezeki, tak pun jadi cashier kat tesco,kfc..jadi kerani

Unknown berkata...

agama Islam jadi lebih berkembang setelah orang arab meninggalkan sifat kepuakkan dan keasabiyahan.

Fact!

Tanpa Nama berkata...

ni bdk STAR ni...

Sang Merah berkata...

@ anon February 20, 2013 at 9:11:00 AM GMT+08:00

harga semua naik tau la nk tunjuk jari kt spe ye x? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Tanpa Nama berkata...

Ini statement childish la bro.satu pokok bkn semua buah elok n this apply to all university.btw,ada 4 org bdk uitm pnh praktikal akaun kt tmpt aku.performance tip top mengalahkn parmenent staf.n ada 2 org bdk mmu yg sgt hampeh.xde pun aku nk kata semua bdk2 mmu hampeh.c how u think?what can i say.typical meleis...

Tanpa Nama berkata...

Based on pengalaman aku, mmg cina saje ltk syarat tu sbb nk amik org dia je.bila org melayu buat cmtu kata racist.bila cina buat cmtu kata company dia.lntk dia la nk buat apa..apa punya bias daaa....

Tanpa Nama berkata...

Spttnya bahasa cina dah diajar kat sekolah rendah as basic. Macam cina wajib blajar bhs melayu.. Baru la besar nanti tak kena kutuk dengan cina depan2..

Tanpa Nama berkata...

kalau syarikat tu memang Cina punya kita boleh hadam. tapi, yang peliknya syarikat Jepun, syarikat yang kita tau bukan kepunyaan mereka pun require Mandarin speaking..apakah ini?! kenalan saya yang boleh berbahasa Mandarin dan telah datang interview, ditolak kerana bukan berbangsa mereka. katanya nanti kalau nak entertain guest tak boleh minum liquor dan alasan yg menjengkelkan. lebih pelik, post itu cuma Eksekutif Pentadbiran. rasa nak mencarut pula.

dan untuk tambahan, pengalaman saya sendiri..pernah menerima tawaran kerja dan post yang sama dengan bangsa itu. tetapi, gaji kami berbeza walaupun kami ada kelayakan yang sama. saya juga punyai pengalaman lebih 1 tahun dan bangsa itu cuma fresh graduate. kaku. rezeki dia mungkin.

no point arguing, they want to help their own blood because I once told that Malais can go work in the gov. OF WHICH, I don't think Malais can easily go in without "network". not all Malais. not me. I have tried to apply for gov jobs as well.