Februari 06, 2013

Food Review : KFC Golden Wrap Chicken


Minggu lepas aku try benda ni sebab aku suka makan ayam.

Kesimpulannya?

1. tak berbaloi.
2. indah khabar dari rupa
3. ayam kecik
4. mushroom tak cukup
5. jagung hambar
6. serviceable la..takde la tak sedap.
7. bahagian drumstick dan thigh sahaja ada

Benda paling bangang sekali aku rasa yang membuktikan kadang2 aku terasa bangang jugak; aku ingatkan ayam tu kena balut dengan roti..rupa-rupanya balut dengan kertas minyak.Kau tengok gambar tu..nampak mcm roti kan? Mati2 aku ingat roti.

RM11.80 dapat ayam suku dan roti atau nasik. APA KEJADAHNYA MALAYSIA NI? Ingat semua orang anak lord ke?

Benda yang lebih rasional untuk dibuat adalah;

Beli ayam seekor. Baru RM10 lebih ikut saiz. Beli garam. Kalau kau ada luck, dapat yang RM6 ke bawah sekilo..tapi selalunya ayam dia besar-besar jadi sama aje la harga dia, lagipun ayam besar, dia liat sikit. Beli kunyit. Beli roti prata brand "Kawan." (TERBAIK!) Goreng ayam. Goreng roti prata. Balut ayam goreng dengan roti prata. Tak cukup dengan tu kau beli cendawan butang dalam tin dan jagung rebus tepi jalan. Makan beramai2. Cukup untuk 4 orang.

Dengan bajet yang lebih rendah jika kau beli untuk 2 orang makan kat KFC..


33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

baru nak try..

Danial berkata...

bru gak buat food review tntg kfc ni.
mmg x de special ape pun. bleh la nk mkn tp pricey, x brbaloi

aku berkata...

makanan cina mmg ada style gini kan. sebab masa ofis lama majoriti cina. kadang sale masyuk bos bagi duit suh beli makanan. yg cina mmg ramai beli ayam balut kertas ni (goreng kot mcm minyak2 sket). yg melayu gi kedai makan lain la. tapi kawan cina aku kata sedap. so kfc dapat idea ni daripada makan cina la.

NenetPenne (NP) berkata...

what do u expect bang? gambar tu adalah ilham pelukis sahaja..realitinya? sendiri tau la kan... tapi i dah makan 2 kali...guna kad diskaun siswa...hidup BN

giha lalala berkata...

aihh. ponat aku komen tak kluar plak.
haa nk ckp baru je dlm 5 minit lepas mkn bende nih.. rugi wooo ayam dah lah kecik!. tak sesuai dengan harga. nyesall tengok iklan yg ntah apa2 tu.
total kerugian hari nih RM12.25 termasuk tax!

Tanpa Nama berkata...

rupa ayam tu mcm utk makanan dinosaur. x menyelerakan langsung.

aku x tau mcmana kau boleh terpedaya tot. mcmlah kau x biasa dengan konsep indah khabar dari rupa iklan2 makanan kat malaysia ni. ko tengok kay suratkhabar,kat tv mmg bertakung air liur. itulah kuasa advertising. tapi percayalah, pekerja2 restoran tu mmg akan buat makanan tu rupa mcm haram in reality. dengan portion ntah kemana, mayonis sikit mcm taik hidung, salad berserabai..itulah standardnya. aku x paham mcmana malaysia boleh accept food serving mcmtu. kalu nak nak je aku baling makanan tu kat muka org yg serve aku tu.

bknnya x boleh buat, boleh.....
tapi pemalas and suka kerja mudah.
byk duit gi mkn kat restoran mahal je.



mummy_icha berkata...

Fuh. Sib baik ada review jujur mcm nih

plain83 berkata...

bg aku double down adalah idea yg paling bangang dan x sihat skali...

Unknown berkata...

Arwah mak aku suka makan KFC....lama dia pantang makan ayam sebab dia ada kanser. Tapi bila dekat nak sampai hujung hayat, dia ada cakap nak makan KFC.

Tapinya ayam goreng KFC ler...itu jer yang paling best aku rasa. Yang lain semua poyooooooooo..

Product KFC yang lain adalah waikiki burger...burger dengan nanas beserta sos Hawaii...terbaik. Yang lain semua poyyoooo..

Apa pun aku dah tak makan KFC sekarang. Takut dapat badan saiz macam Mantot!

Gerb berkata...

Terpengaruh jugak Mantot dengan iklan KFC tu.

Maybe aku tak terpengaruh sebab aku mmg tak suka ayam bahagian peha.

just azura! berkata...

tu kertas lah bukan roti...

Tanpa Nama berkata...

Stuju dgn pendapat. Hampeh sungguh..!!

Irfa berkata...

eh aku nampak mmg dlm kertas la
mcm mana ko nampak dalam roti..
w,pun aku tak makan lagi tp nak uba jugak..buleh wat food review :0

Kak Mah berkata...

same goes to the prev Double Down.. halo tot.. havent u learn anythingggg????????

enon berkata...

baru aku tau kertas...kalo x aku duk wonder kertas ke roti...sbb ade roti yg rupa gitu...
aku memang dah agak...mcm hidangan kfc ngn udang tu...cett...isi udang mcm ikan bilis...

Tanpa Nama berkata...

tu kertas ler..tgk iklan dia dlm tv, budak2 tu koyak adiahkan......

Tanpa Nama berkata...

salam..memang dah keluar iklan dalam radio cakap " ape rasa ayam yang dibalut dengan kertas??" jawapan dia tentulah sedap...
tapi memang tengok pun macam kertas ape..bukan roti..pelik2..

AkuBukanLelaki berkata...

kalau aku nak beli kepsi,aku mesti pk 2/3 kali sbb drpd kepsi baik aku beli ayam instant yg tinggal goreng je tu.sedap jugak dan ade yg murah.rajin2 je la goreng~

Tanpa Nama berkata...

Aku pon mati2 ingat roti sbb tgk gmbr..dahla kertas,brminyak lak tu,serius x frehh...mkn skali n dats the last...klau nk mkn betul sile ke kr atau nandos...p/s:sori aku ank lord

Laici berkata...

aku setuju ngan mantot..1st aku teringin gila nak rasa, ingatkan roti nan ke roti pe yg balut, rupa2 kertas minyak..



mushroom sikit, jagung hambar, tak sedap...ayam aku dapat kecik gila...



KFC punya innovation product sucks, no wonder dorang selalu keluarkan macam2 produk baru, ayam kari thai la, percik la..padahal tak sedaap.marketing strategy smua tu, dan kita yang terpedaya

Tanpa Nama berkata...

Iklan memang sentiasa menipu..

Adibah Baharum berkata...

kat TV pn iklan dia pakai kertas la. Aku x nmpk pn celah mana ha roti. Tapiiiii...satu je aku perasan ttg KFC. Saiz ayam mempengaruhi kawasan yg dibuka. Cthnya kalau kwsn komersial mcm shopping mall, ayam kecik hoi. Tapi kalau kawasan perumahan, ayam besau2 ha.

Hujan Malam berkata...

saya pun tertipu, huhu..ingat kan roti rupenye kertas.,cis!

Aslina berkata...

Aku terpengaruh ngan kaler ayam tu. ingat garing2. Sekali beli dapat bahagian kepak yg kaler cam ayam rebus je. Sadis kot. Rasa tertipu. Ingat bakar sampai kaler cam gelap2 mcm best2 je...

Tanpa Nama berkata...

saya dah cuba..penipu semuanya..
rugi beli..
ini semua poyo..

shidah berkata...

ternyata marketing and advertisement kfc terbaikkkkk!!!! sbb ramai sungguh yg terpedaya... hehehe...

Tanpa Nama berkata...

Ayam kat bandar memang kecik2 sebab dah dicompresskan kadar kandungan vitamin dan dagingnya lol.

Kalau nak ayam yang besar ni pi la lorong haji taib ops tu ayam lain har har har..

pemakan ayam berkata...

radix fried chicken lg best.xrugi korg try. aku skrg dah xmkn kfc. satu fmly aku dah sangkut dgn rfc. lgpn buatan malaysia djamin halal toyiban.so mari la sama2 tuka!huhu

Tanpa Nama berkata...

yg tu aku sokg.mmg hpa pny kn rfc tu.masuk kdai pn mcm islamic.ada lagu2 nasyid.staff pompuan pakai tudung labuh.mana nk cri pjual ayam pakai tudung labuh?huhu

ayam spicy dia lg terangkat dr kfc.

Rafhani berkata...

Haah,betul.Dlm gambar nampak garing elok kaler brown.Bila bukak,pucat lesi ayam tu..terus putus mood nk mkn.

Aslina berkata...

Mohon cawangan rfc sebuah dalam pulau pinang. Aku pun teringin kot nak rasa. Dalam pulau okey? Atau kalo dah wujud, sile la share2 lokasi....

Unknown berkata...

Salam

Terima kasih atas sokongan semua. Pihak kami juga ada keinginan untuk membuka cawangan di banyak tempat, namun untuk merealisasikannya memerlukan pelabur.

Mudah-mudahan akan ada lagi pelabur yang sudi untuk melabur dan mengembangkan lagi rangkaian makanan segera kami.

Tanpa Nama berkata...

emm saya rasa sedap je. tapi harga agak mahal.