Februari 22, 2013

Awkward Agama : Corakkan Keluarga Ikut Ketua Keluarga

Hidup aku sekarang ni ada kelam kabut sikit sebab aku tengah restructuring balik apa yang perlu financially sebab memikirkan nanti2 beban financial akan bertambah (kitorang beli rumah) Susah gila nak dapat rumah yang affordable ni..padahal bukannya affordable tapi sebab rumah dah jadi mahal sangat harganya...300 ribu ke bawah dah jadi affordable.

Gila kan? 300 ribu ke bawah berapa bayar bulan? RM1200 ke atas!

Orang selalu kata, kenapa nak kena risau2 hidup ni, just enjoy dan jangan fikirkan masalah2 yang ada, bila bangun pagi a new day, kan senang camtu? Aku rasa siapa yang cakap camtu mungkin dia takde anak atau dia terlalu kaya sehingga duit dia mampu beranak pinak. Aku orang working class...majoriti orang kita working class.

Sebagai seorang lelaki yang aku rasa ok la hidup, tak susah dan takde la senang sangat, nak melupakan masalah atau cabaran adalah sesuatu kemewahan yang aku tak mampu nak buat. Sebab once kau dah jadi bapak, kau bangun aje tidur kau kena fikir susu anak kau ada tak, pampers anak kau cukup ke tak, makanan anak kau ada tak bahan2 dia, selesa ke tak family kau hidup.

Semua benda tu ada orang kata share la, kongsi dengan isteri, padahal, benda camtu takleh nak share. Beban tu, sebenarnya suami yang kena tanggung. Isteri tak sepatutnya susah hati pasal benda camtu. Isteri, macam2 benda nak kena fikir. Tuhan cipta isteri boleh mengandung supaya dia tak perlu fikir masalah pasal  welfare family dia. Provider bukan isteri.

Orang kita, bila dah kahwin automatically assume lepas kahwin, beban menanggung keluarga dapat dikongsi bersama. Suami bayar itu, isteri bayar ini. Salah bang benda tu. Sepatutnya suami yang bayar semua benda dan isteri sepatutnya tak tanggung beban2 macam tu. Tapi ada suami yang gunakan kesempatan isteri dia kerja dan assume isteri pun perlu tanggung some part of the financial responsibility. Benda tu dah jadi kebiasaan sebab ramai orang kata "zaman sekarang kena buat camtu, kalau tak macam mana nak survive?"

Kalau kita cek balik apa yang agama suruh kita buat, benda tu jadi tak selari. Isteri tak sepatutnya kerja untuk sapot keluarga. Isteri sepatutnya kerja supaya dia mampu beli apa-apa yang dia suka.

Walaupun begitu, dalam satu sudut lain, ada jugak isteri yang ambik kesempatan dalam benda ni, khasnya isteri yang jenisnya meminta-minta....walaupun dia tahu suaminya sebenarnya hanya mampu 5, tapi dia mintak 10. Tak ada balance dalam benda ni sehingga membuatkan suami perlu mintak isteri sapot sama-sama.

Sebab tu, kalau kita tengok balik, semua statistik pasal pendapatan isi rumah, gaji isteri akan dimasukkan sekali. Dah jadi norma. Padahal gaji isteri tu tak boleh lah dikira sebagai pendapatan keluarga...melainkan, dia bagi. Sebab tu bukan tanggungjawab dia.

Cara paling mudah adalah, tengok gaji laki atau suami, tengok macam mana boleh hidup dengan nilai tu. Kalau isteri nak sumbang, sumbang. Tapi base value dia, kena ambik berapa suami boleh provide. Kalau suami mampu bayar Rm1500 sebab dia kerja kilang, pakai motor dan makan pun Rm3 sehari...takkan la kau sebagai isteri nak hidup macam orang mewah semata-mata sebab gaji kau double dia punya gaji, kan?

Kerana apa?

Sebab pada mulanya, memang la suami akan rasa lega isteri nak membantu. Tapi lama kelamaan bila "ketakutan untuk jadi provider" tu hilang dalam diri suami sebab dia tau, isteri ada....yang tu lah boleh jadi bergaduh tu. Especially kalau kes suami bergaji lagi kecik daripada isteri. Isteri akan ada ego dia (takyah tipu) dan suami akan jadi lemau dan malas. Kalau dia jenis lain, dia jadi malu pulak.

Bila dia jadi malu dengan diri sendiri, dia akan lupa yang dia ketua keluarga dan isteri akan take over tanggungjawab tu sikit-sikit. Dari kecik2 hal macam tu, akan muncullah kes suami kena arah dengan isteri dan suami hanya mengangguk atau dalam sesetengah kejadian yang aku pernah saksikan..isteri berani marah suami depan orang ramai.

Kita hidup dalam sebuah masyarakat yang sangat valuekan berapa nilai pendapatan sehinggakan dalam bab siapa jadi ketua keluarga pun, ada yang gunakan berapa gaji yang dia dapat jadi berapa kuasa yang dia ada.

Point aku, isteri, boleh jadi kedekut dengan gaji dia.

Suami perlu paham benda tu. Suami kena pemurah dengan gaji dia sebab dia kerja untuk keluarga. Itu satu konsep yang agak susah nak dimplementkan dalam dunia sekarang ini yang benchmarknya adalah pendapatan isi rumah yang memerlukan ibu dan bapa kerja.

Aku baru potong Astro. Aku kira-kira...bayar RM90 sebulan. Bukak pun masa bola aje. Kalau takde live, aku carik stream kat internet. Kalau aku boleh tengok stream kat internet, kenapa aku perlu langgan Astro? Setahun berapa aku dah save tu? RM1080. Untuk sesetengah orang, itu gaji dia sebulan....aku buat bayar Astro semata-mata. Belum masuk caj terlambat bayar kena potong, ada reconnection fee.

Gila rasanya kalau difikirkan secara siuman.

Bagaimana kita boleh jadi masyarakat yang gemar berbelanja walhal sebenarnya kita tak mampu? Pelik kan? BR1M kita ambik sebab layak tapi pakej Mustika Astro ada dekat rumah...padahal kalau kau layak ambik BR1M, Astro adalah satu bentuk kemewahan yang expensive untuk kau.

34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada kes suami lagi sikit dari isteri sebb hutang kos perbelanjaan kawin yg ditanggung oleh suami..disebabkan si suami buat pinjaman utk kawin,si isteri kena bayaq balek ansuran kat suami sbb suami pinjam duit utk kawin dgn isteri dia.jadi si suami kira si isteri berhutang ngan si suami tu.jadi si isteri kena tanggung separuh kos sara hidup keluarga.mcmana tu?

Mantot berkata...

kahwin, buat la sekadar yang termampu

haizam berkata...

nak beranak ramai pun jadi takut2..ye lah byar nursery anak jer lebih 300 sebulan..tu baru sorang,kalau 2,3?kena pulak jenis beranak rapat2..mmg wajar mak kena benti keje jaga anak kat rumah..tp gaji bapak tak besar gak..tapi kena bersyukur,sbb rezeki Allah yang bagi..bukan kerajaan hahahah

Tanpa Nama berkata...

kiraan tu x berapa nak tepat. bg cth diri sendiri laaa senang:

pendapatan: 6000

epf+socso+tax: 800

rumah (340k): 1650

api+air+unifi+utiliti: 270
(1)nasib air free! 2)xmampu pakai astro! 3)a/c 2biji, just on 1 at time, avrg usage 7-8hrs/day)

kereta: 800
(1 bijik jer, mpv, senang nak bawak family jln2, 600??? preve auto pun lebih 600!!!)

minyak + tol + servis: 500
(suka hati xletak tol dlm calc diorang!!!)

makan + minum: 1200
(rm20 x 30days x 2, mana dpt rm15/day dah skrg!!!)

barang dapur: 200
(rm100??? dpt apa??? seriously!!!)

anak-> nurseri + pampers: 600
(nasib anak bf, xyah beli susu!)

total belanja: 5820

baki:rm180

Tanpa Nama berkata...

sy isteri yg berkerjaya, perbelanjaan rumah mmg kongsi2 dgn suami, sy betul2 ikhlas dan xkisah. kehidupan zaman skang ni yg buat pemikiran sy cmni agaknye, kalau nak hrp suami sorg yg menanggung semua mmg xmungkin la lgpun kalau da suami sy mampu tanggung semuanye baik sy berenti keje jer duk umah leh jaga anak. taun lepas kitorg br dpt bli rumah (lepas setahun kawin)n mase tu jgk sy tgh sarat preggy. just imagine kitorg kene adjust2 payslip sampai dpt tunjuk kat bank yg income kitorg berdua (joint income) 9k br lulus loan tu, tu pon kene letak downpayment 10% iaitu 36k..perghhh hasrat nak beranak kat spital swasta trus dilupekan cmtu jer..rumah lg penting sbb skang kitorg duk menyewa xberbaloi byr sewa byk2, baik byr ansuran umah sindri. hihi tu jer, skian

Tanpa Nama berkata...

Akak setuju dengan apa yg Mantot cerita kat sini. Realiti zaman sekarang. Masih ada yg menidakkan kesempitan hidup. Itu tak termasuk those yg dah terpedaya dengan credit card lagi tu.

Irfa berkata...

setuju sesangat dgn apa yg ko tulis ni...tp astro kena ada jugak sbb anak2 tgk katun.huhu

just azura! berkata...

jomlah ramai-ramai kita duduk kampung dan buat kerja kampung! tak payah fikir pasal duit minyak/tol/travel kerja hari-hari jauh, tak payah fikir pasal makan sehari sampai cecah rm10, tak payah fikir pasal nursery sebab bini tak payah keje laki je yang keje - kalau bini keje pun buat kueh kat rumah jee.., tak payah fikir pasal harga rumah mahal - 300k boleh dapat lot banglo dengan rumah sekali!

kesimpulannya, kalau duduk bandar memang macam-macam benda tak cukup.. besar periuk, besarlah keraknyeeeeeee... peace..

Tanpa Nama berkata...

untuk just azura!

duduk kampung dan buat kerja kampung! tak payah fikir pasal tue semua? lawak la ko azura oiiii....

Kak Mah berkata...

"Isteri sepatutnya kerja supaya dia mampu beli apa-apa yang dia suka."

akak suka ayat ko ni dik.. hahaha.. ko potong astro pastu pasang SKYBOX ler.. boleh layan sume siaran satellite sampai kejang. bayar utk 6 bulan baru brp ratus jer..

takkan ko taktau pasal skybox kott..

Tanpa Nama berkata...

skybox tu apa statusnya kakmah...
halal ke haram sumbernye..
bincang2kan..

bukan org astro

Tanpa Nama berkata...

Bukan saja harga rumah mahal tapi bank pun cas mahal atas alasan insuran MRTA faedah etc. Jadi kita bayar rumah berkali-kali ganda dari harga sebenar.. kalau ada cash baik beli rumah save banyak..

Kalau ada epf gunakan epf kurangkan prisiple.. kalau tak jenuh bayar bunga fedah bertahun22.. tak kira la komersil ke kalau Islam pun sama cuma term dia tukar nak menghalalkan dari segi syariah.. dia kira kau beli harga mahal tu draw sampai 30 tahun.. padahal harga kereta berpuluh ribu takda pun sampai berpuluh tahun leh settle.. harga rumah berpuluh tahun baru settle..


cewek.medusa berkata...

refinance rumah, dpt la setel kredit kad,personal loan..tobat dah tamau tambah hutang.ehem donlod movie pn tumpang umah kwn wifi laju

Tanpa Nama berkata...

Kecik belanja keciklah gajinyee

amer akat berkata...

aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
http://slapmestore.blogspot.com/

suami berprinsip berkata...

mmg wa bg wa pny bini kerja soh tlg la mana yg patot.kalau ikot dia kerja sbb tok blanja dia baik wa xpyh bg dia kerja.dok rmah jaga anak jaga rmah.mmg tu pn tgjwb bini.buat apa wa nk baya maid ssmata2 dia nk kerja dia nk enjoy lupa tgjwb jd istri betol tak?

Tanpa Nama berkata...

Kalau ikut Islam memang begitu la mantot.. Itu sebabnya TANGUNGJAWAB perempuan/isteri tu kecik aje.. tapi amat payah juga nak dilaksanakan sebab nafsu kehendak keinginan dalam harti setiap perempuan..

Lelaki BESAR TANGUNGJAWABnya.. kalau kawin kena tangung Isteri kalau bapak mati kena ambil alih tangungjawab jadi ketua keluarga kena tangungjawab kat ibu dekat kakak dekat adik perempuan semua sampai la mereka kawin baru transfer kat suami mereka.. kalau dah kawin kena tangungjawab kat anak-anak pulak Nak kena semua yang dibawah tangungjawabnya kena ajar fardu ain mereka kena carik nafkah lagi dan sebagainya.. Kalau nak ikut rasanya memang tak mampu tapi alhamdullilah kalau Isteri boleh bantu... semoga Allah permudahkan para perempuan yang sudi membantu suami dan orang yang bertangungjawab di akhirat kelak.

Buat lelaki jangan ambil kesempatan dan buat perempuan jangan pula lupa diri.. Yang PENTING jangan sampai lupa apa tangungjawab sebenar masing-masing..

Ramai yang lupa buat lelaki dan perempuan bila dah mix dah sama-sama kerja atau ambik alih tangungjawab.. perempuan dah kerja dah pegang duit etc.. perempuan sebagai isteri lupa la nak laksanakan tangungjawab sebagai isteri dan suami lupa tangungjawab sebagai suami dan ketua keluarga yang patutnya membimbing mendidik dan menjaga keluarga dsb..

Tu lama-lama jadi adat kemudian timbul muncul pelbagai jenis masalah..

So mantot kalau ada anak lelaki ajar bertangungjawab dan derdikari sebagai lelaki dalam Islam.. kalau ada anak perempuan kena ajar jadi perempuan yang faham tangungjawab sebagai perempuan..

moral: didik anak lelaki lebih susah dari anak perempuan sebab perlu didik dan sediakan mereka sebagai pemimpin tetapi orang dan masyarakat selalunya abaikan anak lelaki tu la hasilnya ramai lelaki kurang bertangungjawab dan tidak tahu bertangungjawab malah menjadi perosak pula..

Tanpa Nama berkata...

Bagus entri ni..ni memang realiti...Aku setuju dgn anon atas aku ni...anak lelaki perlu dididik dgn tanggungjawab, anak perempuan biasanya ditekankan kena jaga tiga ni: Solat, aurat, pergaulan (akhlak).

Konsep asal:isteri2 bekerja utk tlg suami. Tp ntahlah lama2 ada suami jadi selesa tanpa ada rasa tekanan utk berusaha jadi soul breadwinner dan isteri tak keje pon takpe..but at the end of the day, ada suami yg hanya berkesah kereta,hobi dan rokok dia je, yg lain semua isteri tanggung, sadis gilerr...mungkin ada salah part isteri jgk,ntah..yang tak mcm tu, bagusla.

Aku ada dgr Prof Muhaya ckp kt IKIMfm, "suami yg tak berusaha menarik keluarganya ke dalam syurga, maka sia2la hidupnya di dunia ni. jadikan mendidik anak tu tujuan hidup"
motivasi utk suami:setiap apa yg diberikan utk keluarga adalah sedekah.

Pasal loan rumah, kalo ada baca buku Azizi Ali, jutawan dari planet jupiter or english version millionaires are from a different planet or buku seumpamanya, dia ada bgtau 3 cara utk cpt byr umah, kalo kata 30thn blh dpt dlm 15thn. Kalo tak awal2 tu byr interest jer, licik btl bank ni..tp harga umah tu tak dapek nk tlg..tu tanggungjwb kerajaan utk kawal kot kalo tak akan bubble burst jgk...dalam buku tu byk jgk tip2 personal finance management,kita kdg takdela nak sampai millionaire tp asal keluarga selesa..Dan kebanyakan buku finance yg aku baca org kaya ni diorg Live below their means..bukan within..kebanyakannya camtu...tp jgnla kedekut...bykkan sedekah.. wwww.mohdzulkifli.com pun byk membantu..tgk cara dia urus hutang..aku terjumpa mula2 sbb nk byr ptptn...lps pada tu aku wat cashflow sendiri and pay yourself 1st (wat simpanan dulu br byr hutang, walaupun mula dgn sikit), ptg benda2 yg tak perlu.

Nak berjaya di akhirat perlu ilmu nak berjaya di dunia pun perlu ilmu.Ilmu penyuluh hidup.

Mungkin ada yg lbh tau, i just sharing. Hrp komen ini bermanfaat.kbye (tak kawin lagi so mungkin tak rasa situasi sbnr)

-mks-


Tanpa Nama berkata...

Mohon mks dan lain-lain untuk berkongsi maklumat loan rumah yangpaling bagus...

Loan bank mana yang kita boleh kurangkan prinsipal dengan epf tu?

Terima kasih...

Tanpa Nama berkata...

Anon 12.57
Stakat ni,apa2 loan bank rumah pn..kau bole guna epf utk kurangkn prinsipal tu. Yg best epf bank in duit terus dlm saving acc.kau. Jd pandai2 la blanje duit tu
-c

Black Pearl berkata...

bagi lah jugak tips utk kami yg masih belajar (tak kerja) lagi ni cara untuk simpan duit, lepas tu dapat beli rumah dgn kurang interest.

Tanpa Nama berkata...

Rujuk EPF/KWSP dia akan gunakan akaun kedua untuk loan rumah nak tau berapa banyak sila la perhi ke mesin kwsp then cetak guna mykad.. boleh juga register i-akaun kat situ then leh view online. Boleh check gak kalau majikan masukan atau tak.. ada rekod kemasukan bulan2.

KWSP/EPF



Master Yoda berkata...

ASTRO?? Sgt tak perlu utk aku..

Unifi lagi penting dari ASTRO...

Takde ASTRO, leh survive...

Takde intenet connection, mati kutu bai...

Setkt tak dpt tgk bola secara live, bagi aku, tak kisah...

Higlight dari footytube.com kan ada...Abih2 pun org citer psl gol je

Tanpa Nama berkata...

Anon 4:43

Terima kasih di atas info. Setahu saya boleh guna epf untuk kurangkan tempoh loan...tapi bukan jumlah prinsipal. Kalau boleh kurangkan prinsipal, tempoh loan pun kurang, jumlah interest pun kurang.

Anon 6:59

Memang dah lama dah daftar i-akaun. Tak perlu tunggu yearly statement untuk tengok jumlah duit dalam akaun..

Tanpa Nama berkata...

Boleh kurangkan prinsiple kemudian adjust tempoh loan kalau nak 30 tahun jugak maka kurang bayar bulan2..

nak kurangkan tempoh laod kemudian bayar sama bulan2 pun boleh kot..

Tapi kalau tak silap kena penalti ke apa kalau settle loan awal.. biasa la mana-mana pembeli jugak yang kena.. BANK nak untung saja..

Tanpa Nama berkata...

Illegal. =)

Tanpa Nama berkata...

Anon 9:37

Tak kisah kena penalti. Main target is to minimize interest. Interest sama banyak dengan harga rumah... Bank nak untung sampai menganiaya orang....

Bilalah property bubble mau meletop?

Tanpa Nama berkata...

"Orang selalu kata, kenapa nak kena risau2 hidup ni, just enjoy dan jangan fikirkan masalah2 yang ada, bila bangun pagi a new day, kan senang camtu? Aku rasa siapa yang cakap camtu mungkin dia takde anak atau dia terlalu kaya".. khas utk adik ipar n suaminya yg dah 3 tahun kawin tapi still duduk rumah mak mertua aku tanpa byr bil api/air /astro/ sewa bilik??/duit brg dapur.....sib baik ler mak mertua aku tu baik orgnya..

Tanpa Nama berkata...

Yang aku buat bayar kurangkan prinsiple then adjust loan
Kalau ada duit lagi nanti nak settle habis rasa leh habiskan sebelum 30 tahun

Nak buat ni kena bagi notice sebulan

Zonkers berkata...

tgk keadaan la. kalo suami gaji rendah, bini gaji lebih sket (byk dh camni skrg) apa salahnya kongsi.



Tanpa Nama berkata...

untuk anon February 23, 2013 at 6:19:00 PM GMT+08:00 aku tertarik dgn komen kau dan aku mohon copy komen kau.

onn Lajer berkata...

Tempat gua lagi pelik , bukan setakat astro, kereta berbiji-biji rumah sikit punya besar boleh pulak layak dapat br1m. pulak tu mengikut kata cawangan lebih dari 250 orang gila eh dia orang ni sebenarnya gaji dia orang berapa

Tanpa Nama berkata...

aku suka artikel ni

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong!!! Dan aku doakan yg terbaik dari Allah kpd Bapa2 Mertua yg ikhlas tolong menantu lelaki mereka demi merealisasikan konsep suami, isteri & keluarga mengikut Al-Quran...