Februari 26, 2013

Jika Aku Seorang Pencacai Bab 01

Desas-desus yang mengatakan Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri,Menteri Kewangan dan Menteri Wanita berkuatkuasa semalam, yang tersebar di ruang maya dan blog-blog pembangkang telahpun disahkan tidak benar oleh tuan punya badan sendiri.

"Saya tidak meletak jawatan, saya hanya ambil cuti untuk dua hari, mendalami hati dan perasaan rakyat,"ujar beliau memulakan bicara.

"Saya lakukan ini kerana saya ingin membuktikan kepada seluruh rakyat, saya bukannya golongan cakap tidak serupa bikin," kata Datuk Seri Najib ketika ditemui di Restoran Hassan, Sri Petaling semalam.

Ketika ditemui wartawan semalam, Datuk Seri Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah didapati sedang bekerja sebagai pembancuh air dan pelayan dengan gaji RM30 sehari.

"Tempoh waktu kerja kami bermula daripada jam 7 pagi sehingga ke 7 malam. Insya Allah esok kami akan tukar syif bekerja waktu pukul 7 petang ke 7 pagi pula," kata Datin Seri Rosmah sambil menghidangkan 3 cawan teh tarik kepada kami.

"Saya buat begini kerana saya dah tak tahan masyarakat mengutuk mengeji saya bila saya kata, anda semua boleh hidup setahun dengan wang BR1M," keluh Datuk Seri Najib. "Apa lagi yang anda semua mahu kerajaan lakukan? Saya harap selepas ini tidak ada lagi pihak yang akan berkata pemimpin Barisan Nasional tidak faham rasa susah rakyat kerana saya lakukan ini untuk anda semua."

Dilaporkan Datuk Seri Najib juga berhasrat mengajak anak mereka,Ashman bekerja di situ sebagai pelayan tetapi Ashman dilaporkan tidak diambil bekerja kerana gagal dalam temuduga.

"Kenapa gagal? Saya tidak tahu, dia majikan saya, jadi saya hanya mengikut perintah," terang Datuk Seri Najib sambil menjeling kepada tuan punya restoran yang berasal dari India.

............

"Ini adalah satu perubahan yang sangat sukar pada saya," ulas Datin Seri Rosmah. "Selama ini, saya tidak mengerti bagaimana perasaannya hidup sebagai orang biasa."

"Saya terpaksa meninggalkan segala bentuk kesenangan saya. Lihat bagaimana saya simpan duit saya?" Datin Seri Rosmah lalu menunjukkan kepada wartawan kami satu uncang lusuh yang digunakan untuk mengikat beberapa keping duit syiling dan 3 helai not RM10.

"Ini adalah pengorbanan yang kami perlu lakukan sebagai pemimpin. Hari ini adalah hari yang sangat sukar kerana kebanyakan keluarga yang datang membawa anak kecil dan lantai perlu dibersihkan setiap kali mereka habis makan dan minum," Datuk Seri Najib memandang Datin Seri Rosmah.

"Kesian saya tengok awak mop lantai tadi, yang..." jelas beliau, sayu mengenangkan nasib isterinya.

"Jika hari ini sudah berat seperti ini, esok bagaimana pula? Bagaimana orang ramai mahu terus mampu hidup jika tiada bantaun BR1M? Harapnya, dengan munculnya Program Permata, kita harap ini dapat membantu keluarga miskin supaya dapat keluar daripada kepompong kemiskinan," jelas Datin Seri Rosmah.

"Saya betul..betul..terkilan la...selepas hampir setengah hari saya kerja di sini, saya betul-betul dapat memahami susah payah orang ramai..ini adalah sesuatu yang saya janji saya akan ubah jika Barisan Nasional kekal memerintah..." Datuk Seri Najib mengerutkan dahinya menandakan rasa gusar yang amat sangat.

"Sebab itu la kalau Barisan Nasional kekal memerintah, bantuan BR1M naik jadi satu ribu ringgit. Penderitaan rakyat, biarlah Barisan Nasional yang tanggung," Datin Seri Rosmah memberikan kata semangat.

............

Perbualan kami bersama mereka berdua terpaksa diberhentikan lebih awal kerana ketibaan pelanggan yang ramai secara berkumpulan. Sebelum meninggalkan mereka berdua, wartawan kami sempat menoleh ke belakang dan melihat ketekunan Datuk Seri Najib Tun Razak membancuh air tidak henti-henti dan Datin Seri Rosmah terus gigih mengambil dan menghantar pesanan.

Jika semua pemimpin di dunia berfikir seperti mereka, merendah diri dan tidak kisah mendekatkan diri bergelumang dengan masyarakat, sudah tentulah dunia ini akan jadi lebih baik.

Diharapkan agar suara-suara sumbang yang menghina tindakan Perdana Menteri mengambil cuti dua hari dan bekerja sebagai pelayan di Restoran Mamak ini hanya sekadar sebuah gimik pilihanraya, agar dapat menerima hakikat, pemimpin Barisan Nasional adalah pemimpin berjiwa rakyat, bukan seperti sesetengah pemimpin pembangkang yang hanya tahu mengkritik tapi tidak berusaha mendalami.

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ho ho ho jalan cerita yang aku nampak apa pada Sultan kelantan,..Nik aziz dan haji Hadi...LAIN LAIN VIP XDE CAMTU..

Tanpa Nama berkata...

luls

Tanpa Nama berkata...

Mungkinkah saya bermimpi..
Abg Najib dan Kak Ros bekerja di kedai mamak?

ardy berkata...

bagus betullah! mcm ni la baru boleh undi! muahahahahaha!

lawak ker der? berkata...

apa nama kedai mamak itteww?

Gerb berkata...

Hampir2 terpedaya

just azura! berkata...

aku imagine, dan aku gelak sorang-sorang... lol!

Tanpa Nama berkata...

den akan undi BN kerna najib keje restoran hassan...sungguh terkesan..

Tanpa Nama berkata...

restoran tersebut dimiliki sepenuhnya oleh hassan akidah

Laici berkata...

mati2 aku ingat betul waktu awal2,waktu aku baca yang gaji RM30 tu,aku dah was2. bila aku baca petikan ni

Tempoh waktu kerja kami bermula daripada jam 7 pagi sehingga ke 7 malam. Insya Allah esok kami akan tukar syif bekerja waktu pukul 7 petang ke 7 pagi pula," kata Datin Seri Rosmah sambil menghidangkan 3 cawan teh tarik kepada kami.

baru aku sedar tipu, sebab takkan laaa pm nak kerja jadi kuli susah2 sampai 12 jam...kah kah

Tanpa Nama berkata...

tuan tak nak ulas tentang manifesto pakatan rakyat ke?

Unknown berkata...

HAHAHAHHAHAHAHHAHHAA

Macam biasa, esei ni meme terbaik!

Master Yoda berkata...

Hahaha.....

Mimpi Mantot ghupenye... Chaittt!!!

Tanpa Nama berkata...

Saya Musti Pileh Najib lol..
Kalau Hadi nak jadi nelayan Najib nak jadi penebar roti?

Tanpa Nama berkata...

"sesetengah pemimpin pembangkang yang hanya tahu mengkritik tapi tidak berusaha mendalami."

unfortunately,your sarcasm is reality.

plain83 berkata...

nice fiction man... lolz

Tanpa Nama berkata...

agree with anon February 26, 2013 at 11:52:00 PM GMT+08:00

Tanpa Nama berkata...

Kenapa baru sekarang???

Unknown berkata...

2 hari je ker? skurang2nye buatlh 2 bulan. tido kt atas blk restoran, mngkin lpas ni BRIM blh dpt lebih lg. Jk masih..... :-)