Mengikut tradisi, setakat ni, Kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat akan melantik Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tradisinya begitulah, siapa Presiden UMNO, dialah Perdana Menteri. Aku rasa kita, kena ubah benda tu, sebab itu tradisi Barisan Nasional, bukan tradisi kita.Kita, ada kuasa pilih kerajaan..tapi...kita tak ada kuasa pilih siapa Perdana Menteri kita.
Siapa bakal jadi Perdana Menteri? Selama ni, Perdana Menteri kita dipilih berdasarkan siapa yang sekumpulan manusia yang gemar berbaju merah, menghunus keris dan bersongkok tinggi pilih. Perdana Menteri kita dipilih oleh orang-orang itu, bukan kita. Kriteria pemilihan Perdana Menteri adalah dilakukan berdasarkan kebolehan pemimpin "geng baju merah" ni berpolitik.
Padahal, sepatutnya Perdana Menteri perlulah dipilih berdasarkan kebolehan dia memacu dan memimpin negara.
Kenapa politik dijadikan asas ukuran memilih Perdana Menteri? Kenapa bukan orang lain dalam UMNO yang jadi Perdana Menteri? Aku sure ramai lagi orang bijak pandai yang lebih layak jadi Perdana Menteri ada dalam UMNO....tapi pengaruh politik jugak la yang dijadikan pengukur.
Walaubagaimanapun, jika kita hendak diberikan suara untuk memilih Perdana Menteri, satu lagi pilihanraya perlu dilakukan selepas Pilihanraya Umum, hanya sekadar untuk memilih Perdana Menteri. Ini akan mewujudkan perselisihan dalam kabinet sendiri (sebab kita orang Malaysia, hasad dengki itu normal) dan ini juga akan memerlukan kos yang sangat besar.
Aku ingin menyeru kepada Suruhanjaya Pilihanraya.
Sehari selepas pembubaran Kabinet, wujudkan peraturan agar mana2 parti politik yang bertanding wajib menamakan calon siapa yang akan jadi Perdana Menteri dan siapa yang akan jadi Timbalan Perdana Menteri. Sekurang2 nya golongan pengundi sudah tahu awal-awal siapa bakal jadi pemimpin nombor satu dan dua negara. Ini bakal membantu pengundi membuat pemilihan parti mana yang mahu dipangkah.
Sistem demokrasi kita ni dah ok. Tapi suara rakyat tu sepatutnya pergi jauh lebih besar. Setakat ni, undi kita hanya mampu tetapkan parti mana bentuk kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kita pilih pemimpin setempat dan pemimpin negeri. Daripada situ dijumlahkan semua,.undi kita dihitung dan parti yang dapat bentuk kerajaan dilantik Tapi....berapa percent yang setuju Najib naik jadi Perdana Menteri?
Aku tak suka Perdana Menteri aku dipilih berdasarkan pengaruh politik dalam parti semata-mata. Dia bukan setakat akan jadi Perdana Menteri kepada ahli2 parti yang menyokong dia, dia jugak akan jadi pemimpin kepada negara kita.
Wajibkan parti bertanding menamakan calon bayangan siapa jadi Perdana Menteri dan Timbalannya. Dari situ biar rakyat nilai, siapa yang lebih berkaliber. Baik kepala, baiklah pemerintahannya.
Tapi ni cadangan aku aje la. Kalau kau ada cadangan lain, sila bersuara.
Gambar hiasan : Wajah tukang pilih Perdana Menteri Malaysia
.jpg)







.jpg)







