Mei 02, 2012

Kisah Rekaan Imaginasi Di Sebalik Perhimpunan Bersih 3.0


Aku sampai ke Central Market dalam jam 12 lebih. Tengok orang ramai dah berpusu-pusu ke situ. Harapan aku hari tu dapat jumpa A.Samad Said dan dapat borak dengan dia. Aku nak tanya dengan dia apa pandangan dia pasal nama model terbaru Proton..PREVE! dan tujuan asal aku, aku sokong Bersih. Ahli UMNO atau mana2 ahli parti politik sekalipun tak boleh lead Suruhanjaya Pilihanraya.

Majoriti orang di Central Market kebanyakannya orang Cina. Aku ada masalah dengan tu? Tak ada. Bersih 1.0 dulu masa aku join ramai orang Melayu...yang tak suka kata "tu lah, jadi lagi kuda orang Cina. Orang Cina duduk rumah, orang Melayu sibuk nak berdemo." Sekarang, orang Cina pun dah ramai. Aku siap selisih seorang lelaki India pakai topi berlogokan "Islam Untuk Semua." Parti mana tu?


Dah 50 tahun lebih memerintah...BN gagal untuk pupuk benda tu. Even between anggota komponen BN pun kalau kau tinjau2 grassroot dia, orang UMNO tak suka MIC, MCA dan begitu jugalah sebaliknya. Kau nak tengok 1Malaysia paling pure...join Bersih.
Dalam jam 1 lebih, ramai la bergilir-gilir nak berucap. Tapi semua aku tak kenal. Lastly, Ambiga bagi ucapan. Aku tak berapa dengar sebab dia pakai haler aje dan sekali sekala helikopter lalu kat atas membuatkan bunyi agak bingit. Keadaan pada waktu tu, macam picnic. Ada havoc? Tak ada.


Lepas dapat arahan untuk berjalan ke Dataran Merdeka dalam pukul 1.40 camtu, kitorang pun beramai2 berjalan ke arah situ. Ada rusuhan? Tak ada. Tak ada langsung bunyi2 "HOI CINA KAU BUAT APA JOIN BERSIH? BALIK CHINA LA JAGA EMPEROR KAU!"
Sambil berarak, apa kitorang buat? Menyanyi. Bertakbir. Melaungkan "Hidup Hidup, HIdup Rakyat." Sambil tu adalah beberapa lawak kelakar melibatkan Power Rangers.
Lepas Bangkok Bank, perarakan jadi slow sehinggalah terhenti. Aku pun blur jugak waktu tu, aiseh, takkan sampai sini aje. Dataran masih agak jauh. Duduk dan check internet dengan member aku, takleh nak access. Peserta semua dapat arahan untuk duduk. Kitorang pun beramai2 pun duduk. Untuk menghiburkan peserta, penganjur bagi lah kitorang belon besar untuk main. Hahaha. Kau nak buat apa lagi?


Sampailah pukul 3 lebih, keluar arahan daripada Ambiga untuk bersurai. Aku pelik. Ini adalah perhimpunan paling aman antara semua Perhimpunan Bersih yang aku join. Terus aku berbincang dengan member aku dan topik perbualan aku, kerajaan sekarang dah matured, dah dapat accept benda2 macam ni tak mendatangkan masalah kalau dikawal dengan baik. Majoriti orang yang berkumpul sekali dengan aku semua berangkat pulang.


Pada waktu tu, perhimpunan itu adalah perhimpunan paling aman dan tersusun.
Aku dan kawan aku berjalan balik, fon aku berbunyi. Member aku yang ada kat Masjid Jamek ajak minum. Aku ok aje, lagipun awal lagi. Cuaca pun ok membuatkan sesuai untuk jalan2. Aku pusing ke arah Masjid Jamek dan beratur beli air dekat lori penjaja. Hari tu bisnes dia memang kencang. Kat depan LRT Masjid Jamek aku tengok ramai yang tengah berkumpul lagi.
Aku call member aku tanya dia lokasi dia, beberapa kali gak aku try. Dia kata FRU dah start tembak orang ramai depan Masjid Jamek lepas tu putus. "Bukan dah bersurai ke?" fikir aku. Aku berjalan menuju ke situ sebab nak tengok dan memang betul, dua group FRU diescort oleh sebuah truck merah tengah mara ke arah orang ramai kat situ sambil orang ramai tua muda,laki pempuan berlari dengan muka merah dan mata berair, ke arah aku.
Diorang memang dah tembak rupanya. Masa kes Bersih 1.0 dulu, FRU provoke orang ramai. Kali ni aku tak sure kenapa tembakan dah dilepaskan.
Berdirilah aku kat situ sekadar memerhatikan apa yang jadi (pada time tu aku tak tau apa jadi dengan group kat Dataran) . Bom! Satu das lagi kena dan untuk kali ke dua aku kena tear gas. Cepat2 aku lari ke belakang dan ada mamat Cina hulur garam kat aku. Telan garam,teguk air..cuci muka. Hilang rasa pedih. Member aku tah hilang ke mana sebab keadaan time tu masa FRU start tembak agak kelam kabut.


Aku berdiri aje la kat situ tengok apa yang akan terjadi. Ada la beberapa das lagi diorang tembak disekalikan dengan bom asap 4-5 biji yang dibaling ke arah orang dari arah bangunan Maybank. Habis aje FRU tibai dari jauh berlarilah polis2 masuk dan polis masuk hanya dengan satu tujuan...nak belasah orang yang dia dapat. Dapatlah jugak aku tengok beberapa orang polis belasah beberapa orang yang diorang dapat cekup.
Aku jalan kaki nak ke Puduraya sebab rupanya member aku dah berlari ke sana. Sambil jalan dekat simpang nak ke Petaling Street, depan Kota Raya, group FRU yang lain tembak lagi bom. Tak ada provokasi sebab semua orang yang ada kat situ semuanya nak balik dah. Lepas aku kena kejar.


Aku expect FRU is a better person than hooligan tapi rupanya..level pegawai FRU ni sama je macam hooligan.  Cuma hooligan kali ni is a trained officer lengkap beruniform dan membawa belantan dan riot shield. Simpati pun ada jugak sebab diorang sekadar mengikut arahan. Kalau tak ikut arahan, nanti kena disciplinary action, kan? Takpelah..aku faham. Jaga lah periuk nasik anda tu dan bom lah.
Aku sampai kat Puduraya, gerak ke Lowyat Plaza, beli barang dan balik.
..................
Ada 3 persoalan aku;
1. Siapa kumpulan berbaju merah tu? Kalau kau pergi sana, kau akan nampak 3 kaler..kuning, hijau dan merah. Siapa kumpulan berbaju merah yang agak ramai bilangan diorang? (Aku kenal Unit Amal mana satu, ada lagi satu jenis yang pakai baju merah...dia tak berkumpul, tapi agak ramai bilangan dia)
2. Kenapa perlunya di disrupt- kan phone signal sehingga membuatkan kau nak call,bukak internet dan sms pun tak boleh? Kalau sebab nak kumpulan peserta Bersih lost contact antara satu sama lain untuk membolehkan arahan tak sampai...siapa yang nak create havoc sebenarnya?



3. Kenapa perlu kejar dan tembak orang2 yang tak langsung mengancam ketenteraman? Kenapa perlu polis gang up 5-6 orang bantai sorang budak seperti apa yang aku nampak sendiri? Nak tangkap..tangkap la. Yang kau pegi pijak kepala dia kenapa? Kau polis. Kau bukan kaki pukul kongsi gelap.

.....................

Berdasarkan pandangan aku, perhimpunan aman adalah sesuatu yang tidak berapa digemari pihak pemerintah sebab kalau perhimpunan tu berlangsung dengan aman, pemerintah takkan ada bullet point untuk degrade Bersih. Itu adalah sesuatu tindakan immature dari side kerajaan. Even kau tengok persediaan diorang keliling Dataran pun dah menunjukkan diorang expect riot berlaku.
Aku faham kerajaan takut kalau diorang berkumpul di Dataran akan nampak betapa ramainya orang yang bangkang kerajaan dan imej kerajaan kat situ tercalar. Lagilah pulak kalau diorang tak nak beredar lepas tu.
Tapi berapa lama peserta perhimpunan tu mampu nak duduk kat padang tu? Yang ramai orang tua, family, budak2....
Serius shit kalau tak ada sekatan dan Bersih dibenarkan ke Dataran...pihak2 dalam pembangkang yang nak ambik kesempatan pun akan morale down sebab tak ada isu nak tembak gomen. Apa isu Anwar Ibrahim nak bangkitkan kalau diorang dapat ke Dataran? Dia terpaksa puji tindakan kerajaan ada la. 
Kerajaan boleh jadikan isu Bersih ni sebagai satu plus point yang sangat positif untuk imej kerajaan...dan diorang blew it.
Dua2 side ego dan yang tersepitnya..manusia2 biasa. Polis dengan arahan yang tak boleh diingkari..peserta dengan amarah yang diapi-apikan. Benda paling mudah adalah buat orang marah dan benda yang paling susah adalah buat orang tenang. Orang Melayu pulak terkenal dengan panas barannya..jadi sangat mudahlah orang Melayu nak dimanipulasi mana2 pihak.
................

Apa yang TV takkan tunjuk? TV tak tunjuk perhimpunan tu aman. TV takkan tunjuk orang Melayu,Cina dan India bersatu.TV takkan tunjuk yang perhimpunan aman sebenarnya boleh diadakan kat Malaysia. Perhimpunan tu terlalu aman sehinggakan aku dan member aku terpinga-pinga sebab tak percaya. Takde FRU takde meriam..polis sengih2 sambil lepak2. Tapi itu yang aku join la.
Ini rumusan aku....
Aku sayang bangsa aku. Aku bangga aku Melayu. Tapi macam mana sayang pun aku dengan bangsa aku, aku tak perlu benci bangsa lain. Kita ada agama, agama tak pernah ajar kau supaya kau tindas bangsa lain. Aku masih lagi mencari pemerintah yang adil dan aku tak nampak benda tu dekat kerajaan Barisan Nasional. Sebab itu aku sokong Bersih sebab aku nak tengok apa yang PAS boleh buat, apa yang DAP boleh buat , apa yang PKR boleh buat.
Tapi sistem pilihanraya sekarang ni seolah-olah pengadil yang berat sebelah kepada satu side aje. Mencari pemerintah yang adil adalah tanggungjawab kau kalau kau orang Islam.
Kau nak deny benda tu? Pegi tengok sendiri. Tanya cikgu2 yang sekarang ni tengah manage daftar pengundi macam mana tiba-tiba bertambah bilangan pengundi kat sesetengah kawasan. Tanya dengan member kau yang foreigner, apa syarat yang diorang kena setuju untuk dapat PR sini. Baca pasal gerrymandering. Time pilihanraya, pegi kejar bas yang bawak pengundi hantu. Mesti akan ada sebab aku pernah kejar.
Orang2 yang nak jugak kata SPR itu fair dan pilihanraya kita bersih adalah orang2 yang tak nak UMNO kalah sebab dia tak nak terima yang buat pertama kalinya..PAS diterima orang bukan Islam dan DAP diterima orang Melayu. Kalau pejuang Melayu perlu menipu untuk terus memperjuangkan bangsa Melayu...aku tak setuju dengan benda tu. Sebab bila kau cakap pasal Melayu..kau akan cakap pasal Islam. Kalau berpandukan Islam..adakah Islam membenarkan politik kotor?

Orang Melayu nak menang..biarlah menang dengan betul. 
Kau pass SPM dengan result elok tapi kau meniru tak bermakna kau pandai dan layak masuk IPTA.
.....................

Benda yang paling takut diorang nak tunjuk adalah macam mana orang Melayu, orang Cina dan orang India serta pelbagai kaum lain berhimpun ramai2 dan jadi orang Malaysia. 

Aku sebagai seorang Melayu takde rasa malu langsung nak kata...aku bangga keliling aku penuh orang berbilang bangsa dan agama. TV takkan tunjuk benda ni tapi apa yang TV akan tunjuk dengan jelas sambil memberikan detail dan penjelasan yang lengkap selengkapnya? Skandal seks Azmin Ali atau apa2 saja yang berkaitan dengan seks, biseksual dan liwat.
Aku tulis pasal "perhimpunan seks Bersih" secara sarkastik,dua hari lepas tu Kerajaan keluarkan isu seks secara official siap ada butt crack awek depan frontpage Utusan Malaysia. Hahaha. Kelakar la pulak rasanya. Menegakkan bangsa dan agama dengan menggunakan porno? Satu masa dulu aku buat camni gak tapi aku dah stop. Tak sangka kerajaan sendiri pakai taktik yang sama.
Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa perlu berarak dan berhimpun dan sebagainya, buang masa aje. Takpelah. Kau rasa camtu takpelah.

Perhimpunan Bersih is working. Tahun 2007,Bersih 1.0...hampir2 berjaya buat pilihanraya 2008 guna dakwat kekal sebelum kena tarik balik oleh arahan orang2 tertentu. Pilihanraya akan datang..surely dah pakai dakwat kekal ni. Daftar pemilih pun SPR baru nak update. Banyak benda SPR baru terhegeh-hegeh nak implement lepas Bersih berjalan.

Berkesan ke Bersih? Berkesan. Join the revolution. Kalau tak dapat pegi pun takpe..yang penting simpan dalam hati..."aku nak pilihanraya yang adil."

41 ulasan:

Kaki Merapu berkata...

"Orang Melayu nak menang..biarlah menang dengan betul"

ni la punca ramai org2 kita takut...n pemimpin yang memainkan isu ni berjaya menakut2kan org Melayu...

redzabes berkata...

udah2 la sarkastik hang yg melampau2 tu

Rai berkata...

hairan bila orang yang pro bersih panggil ia sebagai perhimpunan.. while mereka yang tak sokong kata org2 ni merusuh..hairan hairannn

Tanpa Nama berkata...

ya bro.. aku pun cuma mahukan pilihanraya yg adil.. menang kalah belakang kira.. janji adil..

LetihDah berkata...

Tak kisahla apa yg ko tulis mantot. aku tetap suka majlis BN. Ader pempuan seksi menari, ader artis nyanyi2 tunjuk bontot,ader makan free, dapat duit poket. Barulah berkembang minda aku sbg org melayu.

Pilihanraya aku akan vote BN, sebab senang. Kalau aku tak pegi mengundi pun ader org tlg undikan, even org mati pun diorg boleh tlg undikan, efisyen sungguh SPR kita.

Akhir kata, Undilah BN utk kesenangan hidup di dunia, akhirat aku xberapa sure la plak.

Tanpa Nama berkata...

merah - unit amal PAS
hijau - anti-lynas
kuning - bersih

Tanpa Nama berkata...

ade satu sbb je aku rase knpe dirong risau klu PKR amek alih ( klu niat BN tu betul), iaitu orng bukan islam memerintah & islam/melayu akn di tindas. n klu diorng da dpt memerintah & pilihan raye akan penuh jgk dgn rasuah sbb x nk orng islam/melayu memerintah semula.

ape pandangan korang?


n kate la PKR ( cina or india) memerintah, n tetibe x adil, bnyk kes, mcm mane nk guling or bubar kan parlimen tanpa ade rusuhan? time tu mereka pon akan main kotor kot sbb x nk BN memerintah.

camne weh?

aku masih sokong pilihanraye yg adil cume takut klu kite ditindas je.


kid

Darus Interferon berkata...

kalau ada BERSIH 4.0, aku cadang ahli bersih menyamar jadi polis pulak

fasha berkata...

kool lah ko Mantot. aku usya jugak kt KLCC pagi2 tu, tp jalan semua kena block. then aku pusing2 cari geng Bersih, tp tak jumpe. jumpe polis yg ramai2 tengah block jalan. frust jugak tak dpt tengok sendiri.

Sang Merah berkata...

@kid

bile pilihanraya dah bersih...maka spe2 y keje sbgai pemerintah 2 otomatik berigt y dorg kt atas 2 bekerja...bukan hidup sbgai raja...

tugas kita sbg rakyat adalah utk memilih dan trus memilih sehingga kita dpt peminpin y kita perlu...

skrang sudah pn ditindas bn..rakyat bangkit...
jika pr pn nk tindas rakyat...rakyat bangkit lg...
smpai la spe2 y nk jd pemerintah rakyat 2 sedar bahawa jawatan mereka itu adalah amanah...bkn nya kuasa utk pkai smpi kiamat...lau x mampu pgg amanah maka berikan kepada org lain...itu la demokrasi....

ni pandangan aku la... :D

p/s : mantot...aku ada dkt kolam dbkl dkt dataran 2 kih3

Tanpa Nama berkata...

Jawapan untuk soalan no dua :-

2. Kenapa perlunya di disrupt- kan phone signal sehingga membuatkan kau nak call,bukak internet dan sms pun tak boleh? Kalau sebab nak kumpulan peserta Bersih lost contact antara satu sama lain untuk membolehkan arahan tak sampai...siapa yang nak create havoc sebenarnya?

-kalau ko org yang ikut perkembangan zaman, ko x kan bangkitkan soalan tak logik nie, dan akan buat org ketawa then menyatakan ko kurang ilmu sbb blh bangkitkan solaan yg agak klaka...soalan ko nie leh jadik fitnah sebenarnye, sbb kenapa aku ckp mcmtue, kalau ko pernah gie tgk bola dkt stadium...lagi2 waktu final, penuh gile org dlm stadium...ko akan tahu kenape signal phone ko waktu bersih terggangu...

opisboi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

soalan tok anonymous tok no 2.

"-kalau ko org yang ikut perkembangan zaman, ko x kan bangkitkan soalan tak logik nie, dan akan buat org ketawa then menyatakan ko kurang ilmu sbb blh bangkitkan solaan yg agak klaka...soalan ko nie leh jadik fitnah sebenarnye, sbb kenapa aku ckp mcmtue, kalau ko pernah gie tgk bola dkt stadium...lagi2 waktu final, penuh gile org dlm stadium...ko akan tahu kenape signal phone ko waktu bersih terggangu..."

kalo cam tue kenapa time jom heboh xde lak jd line xde...ke sebab dia buat kat dataran yang besar dan maju?waw...

Tanpa Nama berkata...

Jawapan no 2. dari seorg yg terlibat dlm industri telekomunikasi..

Masa konsert, atau apa2 event besar syarikat telco ni akan upgrade atau pasang satu pencawang baru khas utk cover traffic area yg terlibat.

untuk bersih, takde pun upgrading dibuat ke, atau letak pencawang2 khas . traffic tinggi dari tu, masyuk operator telco...

kyo_9 berkata...

huhu..
ak baru nk jawab soalan no 2 tu.. x sangka dah ada orang jawab.. memang betul kalau waktu orang ramai dalam satu kawasan, memang akan ada gangguan xde line.. Mengikut orang yang belajar telekomunikasi, satu2 kawasan tu hanya boleh terima 128++ signal dalam satu masa.. kalau lebih daripada itu, maka orang lain memang tidak dapat menerima signal langsung..

ak yg kt Jpon ni pon selalu gak kena setiap kali ak join matsuri ke ape.. memang itu perkara biasa.. kalau Jpon yg negara maju leh jadi, memang logik kot Malaysia pon jadi benda yg sama..

no 3 tu ak rasa mereka pon manusia.. ko sendiri pon tulis orang melayu memang terkenal dengan panas baran.. kalau dah kena keji ape sumer, sape x marah.. nak2 bila dah diberi power untuk kejar, bila dah ramai2 memang xde sape dapat kawal dan terlupa yang banyak mata2 kt situ yang merakam untuk dimuatkan dalam YouTube..

******

Pada ak, perhimpunan "aman" cam ni memang susah nk di buat di Malaysia sebab rakyat kita memang unik di kaca mata ak.. sebab kita memang "over" dalam segala benda.. kita tgk bab mercun; kerajaan Jpon ngan China x haramkan pon penggunaan mercun.. tapi kerajaan kita haramkan terus.. sebab yang ak rasa paling relevan ialah rakyat kita bila dah di beri peluang, akan menunjukkan kreativiti ntk hasilkan yang lagi mantap.. sehinggalah boleh mengakibatkan kerosakan yang serius..

Perhimpunan aman boleh jer dilaksanakan di negara lain.. tapi negara sendiri.. hmm, kena betulkan mindset dulu sebab sorry to say, mindset rakyat kita masih ramai kebelakang..

just my 2 cents..

Wheewit berkata...

pendapat peribadi aku - BERSIH lebih ramai participant daripada konsert2 rock,juara lagu,akademi fantasiska,sure heboh,sure kecoh
dsb..

Tanpa Nama berkata...

sorang member aku baru tersedar dari seorang ignorant kepada penyokong pilihanraya bersih n penyokong PR setelah berusia 32 tahun, tersedar selepas melihat peserta BERSIH dipukul n lari berlindung dalam kawasan bangunan yang mana security dibawah seliaan dia. lepas tu dia diarahkan buat laporan polis mengatakan peserta BERSIH merosakkan bangunan kerajaan dan memecahkan cermin tingkap yang sememangnya dh sedia pecah..lepas tu wartawan siap bagi teks suruh buat statement tipu..

dia buat statement tipu tapi xbuat repot polis sbb org yg masuk dalam kawasan tu xbuat apa2 kerosakan pn melainkan hanya berlindung sebalik tembok untuk basuh muka,dia bergaduh dgn bos dia sbb xnak buat repot polis.

jack

Ketika Ini berkata...

Wow, Mantot. Tu kau ke sebelah amoi baju oren? Cewah..

Btw, posting kau hari lagi OK dari sblm ni.

quxiena berkata...

Bro Mantot,

Komen kt bwh2 yg sarcastic yer bersih tu byk sgt nk bace x larat ar tapi 1 part yg gua nk share dgn lu bro..

Nape org melayu kte ni takut sgt dgn perubahan?? bile dh nmpk majmuk dlm bersih, bile nmpk PAS ditrm oleh org bkan melayu, bile DAP pun melayu dh leh accept trus pk nnti melayu islam xde tmpt nk solat laa masjid xde laa cmnni laa cmtu laa...otak diorg kt bontot ker??

Pesal kt ngr China sendri rmai islam cina lg rmai dr org msia kte leh ad masjid n tmpt sendri elok2 jer...xde plak gua tgk kerajaan komunis diorg bwt hal pun kt rakyat islam diorg..

Pesal melayu kte lembap sgt berfikir?? Ske sgt ker diorg jd katak bwh tempurung??? Dh ilang percaya pada akidah dan Tuhan sendri ker diorg ni smpi sggup butakan mata hati smpi tahap cmnie sekali??

Tanpa Nama berkata...

Cara Mantot crita psl signal xdpt tu menunjukkan mantot bkn dak engineering, specifically telco eng.

maafkan la dier, tgh panas lg tuu..

hehe

-peugeot-

azizol berkata...

soalan no 2 dah tejawap sudah, usage more than coverage... ada line tp xleh call or msg.. lgpun area2 stu agak dilindungi bangunan yg tggi.. situasi mcm ddk dlm lif la jugak..

saya antara pserta bersih yg ada kat trafik lite dataran aritu, smua bangsa ada... smua bangsa tolong menolong time kn tembak pmedih mata...

tapi, mmg terasa lagi boot dan bengkak kn sepak pukul ngan polis aritu.. polis yg bkawal aritu mmg tidak profesional..

Mantot berkata...

thanks. aku baru balik tadi.

aku ingat sbb ada signal jammer...limitation tu bukan setakat effect GSM, 3G punya line sekali affected ke? ada sapa2 boleh konfemkan tak apa benda sebenarnya device yang ada atas jip tu?

(aku updatekan posting aku letakkan gambar)

Tanpa Nama berkata...

another boring entry by mantot... btw menyampah gila doowh aku tgk quxiena tu... ckp berdekah2 mcm bagos melayu lembab la apa la... diri sendiri tak betul... tutup aurat tu dulu la bitch

Tanpa Nama berkata...

Weh Quxiena!,

ko nk citer psl tuka kerajaan ke, buta hati ke, pejadahnye smpai masuk xpecaye akidah ni pe sume?

pe yg ko merepek nih (tambah lak ko pn bkn 'btol' sgt tgk gaye pemakaian ko tuh..sorry..)

mana ko tau Kerajaan sana x kacau??

Negara China ade 55 suku kaum (wlpn dorg ni mmg dikenali sbg 1 bangsa China)

Kt sana fragile, n dorg lagi senang bertempur kalo xpuas sentuh psl kaum masing..

ahhh, x kesah la psl China tu, yg penting, Quxiena ko nk suruh org sokong DAP ko jgn nk lelebey ckp psl Aqidah lak.. xkena dowh

voltron

Tanpa Nama berkata...

akak quxiena sengal..

1. Aku pn melayu, aku rs ko pn melayu..so jgn hina "melayu kte" ni lembab sgt mcm ko tu "melayu kering" sgt..haha (akronim lembab=kering)

2. Nk sokong Cina DAP tu lantak ko la, tp ko penah g China n kaji Islam kt sana sblm ko ckp muslim sana elok je, xkena kaco pe sume..hish

3. Aku sokong bro Voltron atas ni, ko nk sokong sape pn walhal Cina kapir (aku ulang cina kapir, bkn cina Islam. cth: Ridhuan Tee), ko jgn rs ko dh islam sgt, n jgn ko persoal Aqidah org lain, ape ni weyhh..cis

4. Aku xtau knape, ble aku baca ayat2 ko tu, geli je aku rs kt telinga aku..(agaknye ni kot yg org slalu ckp "hish aku bebulu je dgr statement dia tu"..haha

thanks mantot, aku x kaco ko..lol

quxiena kontra

Tanpa Nama berkata...

aku sokong quxiena.

tengok lah kerajaan islam malaysia sekarang.

tengok suratkhabar utusan pun dah tawu agama islam kuat dekat malaysia. :D

Tanpa Nama berkata...

ade signal jammer pun iye jugak.

Tanpa Nama berkata...

Sape2 yg sokong quxiena..aku bangkang dier

Nk citer psl Agama Islam kuat, tarbiyah dlm diri dlu..kuatkn nilai2 Islam dlm diri dlu..

kalo nk citer kerajaan Islam yg kuat, tp korg psl cacamarba..tu bkn nk kerajaan Islam kuat, itu sebenarnya ko nk tuka kerajaan je..xyah la citer bab kerajaan Islam lg skrg ni..blom nmpk lg..kn?

saya anon upahan umporno berkata...

anons,

kalau nak tggu manusia yg sempurna utk memberi nasihat atau pendapat, kau tggu la sampai kiamat pun takkan jumpa..

mgkin ada betul dia ckp, mmg wujud org2 berfikikiran mcmtu kan.. klu tak mesti korg takkan nk butthurt kn..

tp yg akidah tu aku taktau dia ckp apa mende..

k..

shidaidris berkata...

i like this post. well said :)

Tanpa Nama berkata...

gua paham lu TOQ!

- mas dangdut -

Prince of Noob berkata...

tapi yg lagi gila... polis malaysia suka sangat main facebook mcm kat sini. langsung tak professional dan boleh menggugat keamanan negara. bodoh betul. sepatutnya semua anggota keselamatan awam seperti polis dan tentera dilarang sama sekali utk ada akaun facebook.

Tanpa Nama berkata...

entry mcm ni lah yg aku nak. direct to the point. utk org2 lurus bendul mcm aku ni senang faham. cayalah mantot!

ni aku copy komen di FB dr salah seorg peserta Bersih 3.0 :

kita pi tak niat ganas, tapi kami pi nk tuntut keadilan yg dituntut dlm 8 perkara bersih minta tu. bila kena gas kami lari selamatkn diri,kami lari 1km, tp polis masih kejar lg.kami tolong org, kutip sampah, tuhan tahu niat kami overall kami selamat..
-----------------------------

cik_biskut

Hunny berkata...

Nak tengok pelbagai bangsa bersatu? Pergilah ke Sabah, menetap kat sana. Mereka bergaul antara kaum macam biasa, bagaikan tak da kelainan bangsa langsung.

Tanpa Nama berkata...

Aku ebrharap, 1 hari nnt PAS berani berpisah dengan PKR dan DAP dan berdiri sendiri.

Selulit berkata...

Ape quxiena cakap tuh betul
Do you guys know her that well, just from judging her from her avatar?

Pityful la woi
Belajar2 la membaca dgn amik point yang betul

cursingmalay follower berkata...

good post bro. aku harap apa yg ko tulis ni tersebar, byk org sekeliling aku tak abis mengeji bersih ni padahal stakat sbb byk jalan tutup.

Lady Milo berkata...

kita kena bodo sokmo..

Tanpa Nama berkata...

Ramainye Melayu cap ayam / BTN dalam niee... Muahahaha.... Otak sempit.

Ayyman Rahim berkata...

Malaysia perlukan perubahan. Tapi perubahan tu yang ditakuti oleh 'orang2 besar'.

Love Peace No Bersih berkata...

samekom Kawan sebangsaku..
Dptke PKR janji yang benda yg sama takkan berulang kalau diaorang memerintah?
Korang boleh confirmke semua ini just berlaku kat pemerintah sekarang bukan dekat PKR?
Korang sndiri tak boleh jawabkan..
No matter what you doing u just waste your time...
Jgn pertikaikan what Polis Do if you cannot do?!kenapa ko tak saja kerja polis? sebab berani berselindung di belakang orang ramai...
Lagi satu cikgu selalu pesan kalau belajar duduklah depan...bilako duduk belakan message yang ko dapat tu dah lain wei...
Pendek kata semua orang bersih ini kalau ajak pergi dengar ceramah tengahari buta kan ramai tak nak join???kim salam lah kan.....