Mei 11, 2012

Awkward Agama : Mintak Tolong Tangkap Mereka Yang Pakai Seluar Jeans di Sekolah dan Maktab

Buat pertama kalinya dalam seumur hidup aku, minggu lepas aku beli seluar jeans brand Levi's dengan harapan betul2 tahan macam digembar-gemburkan sebab jeans aku 2 helai koyak dalam minggu yang sama. Takde la mahal sebenarnya Levi's ni kalau kau tau mana nak beli. Factory outlet dia ada banyak.

Beza dengan brand jeans "murahan" lain macam Mustang atau GA Blue pun ada la dalam Rm30 ke Rm40. Kalau pegi beli kat butik dia memang la mahal...sehelai 2 ratus lebih.

Bila pakai jeans ni, tiap2 kali aku sarungkan seluar jeans ni membuatkan aku terkenang balik memori lama aku dulu2 masa zaman sekolah.

Aku sekolah asrama. Dalam sekolah asrama ada satu peraturan ketat, student tak dibenarkan pakai jeans. Tak kiralah jeans kau tu jeans kaler hijau seluar sekolah atau kain jeans tapi cutting seluar slack. Kau buat cutting jeans tapi pakai kain seluar slack pun tak boleh.

Kat sekolah aku ni, ada sorang aje warden yang cukup anti seluar jeans ni jadi dia akan cuba tangkap sapa pakai seluar tu. Budak2 pulak...benda2 yang dilarang ni lah yang dia nak buat.Peraturan kata takleh pakai seluar jeans, lagi la aku teringin nak pakai. Adalah dalam beberapa kali seluar jeans aku kena rampas dengan warden masa inspection locker atau terkantoi time tengah pakai lalu disuruh tanggalkan on the spot kat situ jugak.

Lepas seluar aku kena rampas, selalunya apa yang aku dan beberapa orang kawan aku akan buat adalah pecah masuk bilik warden dan ambik balik barang kitorang. Time tu, thrill nak memecah masuk membuatkan jantung agak laju tapi dengan bacaan Bismillahhirrahmanirrahim...aku tak pernah kena tangkap.

Time tu nak beli jeans sehelai pun punyalah seksa...jadi sebab dah terdengar banyak kali barang rampasan yang konon2 nya akan dipulangkan bila cuti selalu hilang sebab senior kebas, aku dengan kawan2 aku nekad pecah masuk jugak. Siap tolong member2 lain yang mana jeans dia kena rampas atau ada jugak la sekotak dua rokok yang berjaya diseludup keluar sebagai hasil rampasan.

Jeans ni masa zaman aku sekolah menengah...macam dadah..macam rokok. Sejenis contraband yang sangat dilarang dan "maut" akibatnya kalau ditangkap memiliki jeans. Nak bawak masuk dalam beg dari kampung pun kena senyap-senyap. Bila cuti penggal...dapat pakai jeans...perghhh...nikmatnya. Rasa tak skema seolah-olah seorang outlaw yang bakal buat jahat.

Seolah-olah siapa berani langgar larangan ni, dia memang carik nahas. Itu memang law sekolah aku yang agak ketat...entah kenapa aku tak taulah, apa yang buruk sangat pakai seluar jeans ni tak pernah pulak diterangkan kat kitorang. Aku rasa law tu bukan setakat sekolah aku aje...kat semua sekolah asrama pun ada rasanya...even kat maktab perguruan pun sama.

Semalam adik ipar aku datang rumah. Dia pun cerita la pasal seorang lecturer maktab dia yang concern sangat pasal seluar jeans ni sampai dia keluarkan statement "kenapa bakal cikgu pakai jeans? Ini bukan imej cikgu!" dekat adik ipar aku. Takleh aku bayangkan...budak2 lepas SPM still kena ikut law ni...aku dah cukup la 5 tahun hidup tanpa seluar jeans. Lagipun aku start pakai seluar jeans lepas mak aku dah give up nak beli seluar untuk aku sebab lutut selalu koyak dulu..jadi mak aku belikan aku seluar jeans.

Sekarang ni aku tertanya-tanya...kenapa sekolah aku mengambil berat sangat pasal seluar jeans. Bukan sekolah aku aje kot...Kementerian Pelajaran pun sama jugak. Seluar jeans ni berdosa ke siapa yang pakai? Dulu mungkin sebab aku rasa nanti ada yang pakai jeans koyak lah...jeans lusuh lah...budak sekolah asrama imej kena jaga,bang. Kitorang harapan negara...hahahaha....harapan BN sebenarnya.

Aku hidup dalam environment yang buat seluar jeans tu satu benda buruk. Warden aku pun bertungkus-lumus berusaha sepenuh keringat cuba tangkap sapa yang pakai seluar jeans. Bermacam-macam inspection dibuat untuk tangkap sapa ada seluar jeans. Kena paksa dengan warden untuk bukak locker pun aku pernah kena sebab dia suspect aku simpan seluar jeans....nasib baik aku tak kena tangkap sebab bukan setakat seluar jeans..rokok pun ada sekotak dalam locker.

Tapi tak ada seorang pun warden sekolah aku yang tangkap sapa-sapa yang pakai short dan kenakan tindakan disiplin kat diorang , sebab tak ada law yang melarang kitorang pakai short dekat sekolah.

Short, boleh. Jeans, haram.
Pelik, tapi benar.

36 ulasan:

ComOt berkata...

saya tak pernah nampak ayah saya pakai jeans.. memang orang kata dia skema tapi pada pandangan saya, ia smart. dan saya suka lelaki yang smart mcm captain america. tapi.. suka jugak dekat iron man yang suka buat loyar buruk dan sukahati dia... hmm..mana satu nak pilih ni~ ~

Cik Siti Fairuz berkata...

aku hari2 pegi keje pakai jeans. jiran dpn umah pn heran aku keje apa agaknye,tak ayu langsung bdk ni..huuu

Tanpa Nama berkata...

aku pun dulu hidup dalam suasana yang sama, dimana dimata mereka siapa2 yg pakai jeans ni jahat, nakal, liar, etc. so aku pun tak pernah beli jeans sampailah aku masuk uni. bila pakai, pergh nikmat gila! hahaaha. bagi aku jeans adalah seluar yang perlu ada sebab boleh masuk dengan kebanyakan warna dan jenis baju.. jeans aku pun dah dua helai koyak. kena cari yang baru.. aku tak dapat rm15,000 mcm mana nak carik duit beli jeans baru ni.. sob sob

Tanpa Nama berkata...

Aku paham. Artikel ni ada double meaning. Sgt sinikal.

Tanpa Nama berkata...

anon, sama la sinikal..perempuan pakai jeans longgar..tak ayu. pakai skirt ketat br ayu,feminin.

RieNa berkata...

suami aku hari2 pakai jeans.maklumlah,kerja sendiri. tp aku tak larat basuh jeans dia. nak bilas payah. nak alih sebelum dijemur pun payah. sakit tgn aku. last2,"abg, ayg dah basuh semua baju,baju abg,anak2.. tp seluar2 jeans abg tu, abg basuh sendiri ya."

mujur suami faham. dah nak pakai jeans sgt kan.

RuzBerduri berkata...

Assalamua'laikumm.
NAk tanya,kalau ustazah boleh tak pakai jeans?
dulu time aku belaka kat univ,ustaz aku pernah cakap tak ada dalil dalam alquran yang kata jeans tu haram jadi boleeh pakai.
Tapi ada sorang lagi ustaz aku cakap,pakaian kita melambangkan peribadi kita.kalau ustaz/ustazah pakai jeans tak ada bezalah dengan orang lain.
Pastu?

Tanpa Nama berkata...

Tot, Anon kat atas tu kata ada dabel meaning.. aku tak nampak pon mane dabelnya.. tolong la aku yg selow ini...

Tanpa Nama berkata...

apelah cik ruzberduri ni tanye.pkila ape nk pki pon, x kire la kau ustazah ke ustaz ke event manager ke mc ke presenter ke, asalkan capai objektif tutup aurat.

Tanpa Nama berkata...

kat ofis aku tak leh pakai jeans masa kerja ..slack aje... t-shirt pun tak boleh... kemeja aja...kat rumah malam pakai kain pelikat... hujung minggu baru pakai jeans...

Prince of Noob berkata...

seluar jeans pernah kena rampas, padahal tak pakai pun, simpan nak pakai waktu balik cuti sekolah, warden buat spot check kat asrama bukak beg dan locker sorang2... lepas tu semua jeans yg dirampas diorg bakar... termasuk komik2 alam perwira, pedang setiawan dan pendekar laut gua... bangsat betul... tapi yg lagi sial waktu maghrib tak turun musolla, lepas tu warden naik buat spot check, lari gi toilet, daripada 6 jamban 5 dah kena occupy, gua lari pergi #occupyjamban yg terakhir nyorok, sekali warden tu masuk toilet tu sepak pintu jamban satu2 disertai dengan bunyi tamparan... sampai je turn gua, gua baru nak bagi alasan, bukak je pintu paaaaaangggg kena jugak sedas...

sampai sekarang gua ingat... cibai betul.

Tanpa Nama berkata...

Tapi aku rasa ok ape warden2 tu buat mcm tu..limit sket kejahatan budak2 sekolah haha

selalu kat sekolah dulu org ckp "alaa sejahat2 bebudak asrama ni, sebaik2 budak sekolah luar nuh.."

so kire berjaya lah warden punye objektif nak disiplin kn student..sampai skg pun krg sume baik lagi kaan :p

Tanpa Nama berkata...

noob masik sibuk dok promote blog dia...anda sangat kental...kahkah

-orga-

Unknown berkata...

"kita tak boleh pakai seluar jeans sebab hanya jin je boleh pakai.." kata warden ex-school aku..

Aieda Adnan berkata...

kahkah..aku pon budak asrama. sampai sekarang aku still xleh nak figure ape releven larangan pemakaian seluar jean..

maybe sebab mentality sesetangah org yang judge bdk pkai jean=jahat, bdk pkai suar slack tight in=baik dan beramal soleh..

pape je r..kehkeh

Tanpa Nama berkata...

ape brand jeans ys ssuai utk manusia2 bersaiz beruang 40". Kami pun teringin mau pakai jeans. Boring giler dah pakai kain pelaikat je....

kaihnsn berkata...

sejarahnya kenapa seluar jeans adalah benda haram di sekolah asrama disebabkan budaya hippie 70an dulu2. zaman itu budak2 muda yg kaki ganja pakai jeans. budak rock selekeh pakai jeans. budak universiti malaya yg suka demontrasi pun pakai jeans hahaha. saya sendiri selama 5 tahun di sekolah asrama ta pernah mahu beli atau pakai jeans sbb haram hahahah. bila abis spm je terus aku beli jeans.

tapi nikmatnya pakai jeans di zaman universiti adalah anda tidak perlu mambasuh jeans tersebut 1-2 minggu pun masih ok hahahaha rock maaaa.

Adi berkata...

Post ni bukan inteded utk Jeans sangat. I like the message, Bro.

misznanarizal berkata...

setahu saya kalo di IPG, guru pelatih tidak dibenarkan memakai jeans utk ke kuliah dan aktiviti2 rasmi kampus sebab perkara tu memang ada dalam buku peraturan..tapi tak tahu la kalo nk outing pon xboleh pakai jeans kat IPG tu...

Tanpa Nama berkata...

jeans itu ciptaan levi's strauss seorang yahudiiii... so jeans itu haroooooommm

Laici berkata...

masuk akal gak, takkan nak pergi kuliah, belajar pakai jeans?


ps: in be4
Prince of Noob,
dah la komen ang nak promote blog mangkuk ang tu..kat ayamdanbabi pun ang kena balun, lani dok mai promot sini plak..tiap2 komen post plak tu

Tanpa Nama berkata...

warden aku yg sgt anti sluar jean selalu pkai sluar slack tinggi hampir ke paras dada.

Mohd Naim bin Ahmad berkata...

weh mantot..adik ipaq hang maktab temenggong ibrahim jb ka?

laicikangsemangkuktigakupang berkata...

@Laici,

Malaysia terlalu nak bersistem sgt, bagi aku pemakaian jeans tak menjadi isu pun, aku duk blaja luar negara, pakaian ke kuliah bebas, awek2 toksah cerita dress nyer macam mane, even mat metal pun selambe jek pakai seluar jeans rabak, baju nama band2 ganas haram jadah maksud tapi takde isu pun, depa siap boleh berbincang ngan prof pasal ilmu. So segalanya berbalik kepada attitude dan sikap melayu itu sendiri yang suka menilai dari luaran

Tanpa Nama berkata...

pakai seluar slack n kemeja dah macam salesman<-kata bos cina aku...
abis bos melayu aku malu sebab soh aku pkai cam tue...

Sekarang just pakai seluar jeans+baju berkolar siap xmasok kan baju pown...xde saper nak marah...wahahaha

perempuan pakai seluar jeans boleh kalo xketat...

Sophia berkata...

mak aku x pernah pakai jeans
katanya nampak x senonoh kalo dia pakai
mak aku 55 taun hehe

Prince of Noob berkata...

kita follow sistem pendidikan British, sbb tu skema nak mampos... kalau kita ikut sistem US mmg kita nak jadik apa nak pakai apa lantak pi la...

btw, aku cuma tukar warna tulisan komen aku dari hitam ke biru + underline. tiada paksaan pun utk klik tulisan tu. kata demokrasi terpimpin, hak asasi manusia, bersih, reformasi, solidariti, dsb. kalau benda kecik mcm ni pun ada bangkitkan... mmg kesianlah

Cik Siti Fairuz berkata...

noob, aku suke je baca blog ko tu. kiut

Tanpa Nama berkata...

aku anon yg kemukakan double meaning bagai.

artikel ni reflects bahawa pandangan kita dipengaruhi sekeliling dan orang yg lebih berkuasa membentuk pandangan ramai ie majlis fatwa etc.

see the idea, not the story.

D-SIM berkata...

larangan pakai jeans untuk mengawal penyakit scabies berlaku kat asrama. kan kita semua terkurung dalam kawasan asrama. Kalau seorang kena, naya yang lain~~~

Tanpa Nama berkata...

makin perasan dan makin rajin la si noob tu promote blog dia tu pas cik siti fairuz puji dia kehkeh

btw...tak perlu tukar warna tulisan komen tu dari hitam ke biru + underline...kalau blog ko best...ko xperlu buat mcm tu pun...ada la org yang g baca...

-zonan-

Prince of Noob berkata...

zonan la orga la... apa2 jelah anon ni. btw D-SIM lu mmg betul... lama siot tak dengar perkataan scabies tu... gua pun pernah kena hahaha nokharooommm

hanafijaafar berkata...

aku rasa larangan tak bagi pakai jeans tu satu benda yang sangat kuno. dulu jeans tu melambangkan keliaran seseorang manusia muda. dulu tu maksud aku zaman awal lepas merdeka.

jadi para cikgu dan warden asrama yang membesar kat zaman tu masih ikut pemikiran bahawa jeans itu jahat, jeans itu memberontak.

padahal jeans tu la sejenis seluar yang tahan lasak, tak cepat rosak.

Tanpa Nama berkata...

di maktab boleh guna jeans asal bukan untuk ke upacara/majlis rasmi dan ke kelas je :)

Seroja berkata...

Aku blaja kat middle east dulu.. Biase Student m'sia terbhg 2 kelompok alim ngan X alim.. Kalo lelaki pkai jeans mmg org kate x baik la.. Kalo pompuan pkai baju kurung mmg kena kata ;),

Tanpa Nama berkata...

Sekolah aku bukan setakat jeans,short dan boxer pun tak boleh. Tapi cikgu boleh pulak pakai. Cikgu pun ada yang merokok.