Mei 08, 2012

Aku, Lamborghini Gallardo dan Najib Razak

Aku plan nak angkat Lamborghini Gallardo sebijik sebab dengar ada special edition akan masuk Malaysia 20 bijik. Harga pun agak affordable, RM868 ribu aje. Pegi ke showroom sambil pakai kot sebab nak nampak korporat. Masuk aje usha2 sambil try bukak pintu tutup pintu, salesman dia datang.

"Saya ingat nak beli la Lamborghini Gallardo special Malaysia Edition ni. Harga pun ok, Rm868 ribu aje," tanya aku kepada salesman showroom Lamborghini.

"Sorry sir, the price is not the on the road price. Including the insurance, road tax and the import duty, the total price of the ownership of this Lamborghini Gallardo is around RM1.68 million," terang dia.

"BAPAK AAH! OOPS! MY FATHER! So expensive!" jawab aku.

"Lambo maa.." jawab dia sambil sengih terus keluar slang Cina dia. Terus aku kansel! Tak jadi beli. Tak nak aku bayar tax mahal2 semata-mata sebab nak beli Lamborghini.

Najib tak semena-mena muncul tepi aku, "saya tengah kaji nak turunkan duti import untuk kereta dan motorsikal."

"Betul ke ni Datuk Seri?" tanya aku. "Betul Tot!" jawab dia ikhlas.

"Jadi saya tak perlu lagi bayar duti import pelbagai dan kerajaan tak perlu lagi protect Proton sebab Proton dah dibeli DRB Hicom?" tanya aku.

"Ya Tot. Saya dah plan benda ni tapi saya tak announce kan aje. Malas saya nak diskas dengan Parlimen. Ini adalah inisiatif personal saya," jawab dia lagi.

"Terima kasih Datuk! Terima kasih Datuk!" jawab aku sambil menggenggam erat tangan Najib.

"This is for you sebab saya tahu u memang tak puas hati betul dengan sistem duti import kenderaan kita. I tahu memang membebankan rakyat macam you yang sepatutnya can afford better cars," terang dia.

"You tahu, I am making a lot of enemies by declaring these...." kata Najib sambil raut wajahnya kelihatan risau. Najib senyum dekat aku, aku senyum dekat dia balik.

Tiba-tiba muncul peguam SUARAM ,Cynthia Gabriel. "We have to take him to France now for the Scorpene case," kata Cynthia Gabriel.

"Tapi...tapi...saya nak beli Lamborghini murah ni Cik Cynthia! Bagi la dia announce dulu inisiatif dia nak turunkan duti import untuk kenderaan dan motorsikal, please..." rayu aku.

"No. We need him there," kata Cynthia Gabriel sambil taser Najib sampai pengsan."Sori Tot...sori.." kata Najib Razak sambil menggelupur.

"Jangan buat PM aku camtu!Jangan buat PM aku camtu!" jerit aku sambil seorang lelaki dari mana datangnya tumbuk aku membuatkan aku terjaga dari lenaku.

27 ulasan:

mr edz berkata...

ko tidur kat opis ke tot

Tanpa Nama berkata...

mesti kat bilik tido kau ada gantung gambar pm dan isteri ..sebelum tido mesti kau dah merenung lama gamabar tu ..pastu terlelap..tu yamg mimpi

Tanpa Nama berkata...

hahahaha...najib psti gembira sbb dapat masuk dlm mimpi rakyat2 malaysia & merealisasikan impian mereka...

Sang Merah berkata...

"Sori Tot...sori.." kata Najib Razak sambil menggelupur.

aku terbayang n aku tergelak :P

Tanpa Nama berkata...

wow...RM868 ribu kalau tanpa cukai kau mampu beli tot...? byk duit kau, byk ke masuk income iklan... aku dlm mimpi pun tak termimpi kalu harga camtu...

Tanpa Nama berkata...

again, pathetic story... too stupid

Tanpa Nama berkata...

dengar cerita kerajaan sekarang tengah membangun kan satu teknologi yang menyerupai device dalam cerita inception tu.tapi diorang masih rahsia kan dan pengumuman khas akan dibuat selepas BN menang PRU13 nati.

pm satu untuk info lebih lanjut..

Tanpa Nama berkata...

saya*

Tanpa Nama berkata...

agaknya mulut najib berbuih tak kena taser gun tu?

aizatshafiq berkata...

Ahaks..kelakar la pulak cite tu...
Kalau betul2 jadi kenyataan ape salahnyeee... :p

onlajer berkata...

kalau betul cepat sikitlah impian lu orang nak pakai kerata dari luar

Tanpa Nama berkata...

LOLOLOLOLOLOLOLOL :D

Prince of Noob berkata...

kalau mansuh duti import, gua nak angkat kereta toyota trueno ae86 je.

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah!!!!! sumpah lawak.

Tanpa Nama berkata...

noob xhabis2 duk promote blog dia..toyota trueno konon...padahal link ke blog dia..kesian....

Admin berkata...

untungla hampir2 angkat lambo.. aku mimpi lambo pon x penah.. haish...

Tanpa Nama berkata...

Tetiba dtg seorang pemuda dari belakang lalu menghentak kepala Cynthia Gabriel dengan helmet apollo ms88 die+masking tape.." sial!! Jgn kau apa2 kan najib aku!! Aku nak beli yamaha R1..dah sebu aku ngan ex5" . Lalu pemuda itu pun di taser oleh pembantu Cynthia.. Mantot termangu2.

Tanpa Nama berkata...

lawak tot...ko mimpi najib aku mimpi anak sultan johor kejut subuh pagi td

Tanpa Nama berkata...

hahaha mantot sakit otak

naqib faiz berkata...

macam biasa. gampang abes. cam boleh buat bersiri je

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya ending mcm ni...


lalu datang seorang hero lalu menjilat Cynthia sambil menutup muka Cynthia dengan gambar lisa surihani. Cynthia pun melepaskan najib degan penuh kesedapan....

Paolo Balam berkata...

epic lahanat. hahahaha

Tanpa Nama berkata...

gile punye imagination....

cite sal kak mah xmo masok ke???
hahha

Tanpa Nama berkata...

cerita apa ni? entry2 kat blog ni makin sampah... takde satu pun informasi terkini atau percambahan minda. yg ada cuma cerita bodoh, fitnah, pasal bn, najib, rosmah dan sekufu, itu sahaja... padahal byk lagi benda2 yg lebih utama berlaku di malaysia dan dunia... patutla korang masih lagi baca lagi cerita2 murahan macam ni... harap infra sahaja kelas pertama, pemikiran dan mentaliti masih lagi di kelas ketiga... pathetic

Tanpa Nama berkata...

anon di atas...
get a life...pliz...
tekan x kalau tak suka...

kasih berkata...

org yg malas pikir jgn masuk blog ni

Tanpa Nama berkata...

" nak yg lebih segar kupaslah sendiri - peelfresh"
" nak cite yg best, tulislah sendiri...pui!!"