Ogos 26, 2011

Cerpen Akhir : Catatan Ramadhan Seorang Lelaki


1 Ogos 2011


Aku sampai lambat ke pejabat pagi ini. First day puasa. Membuatkan biological clock aku agak lari. Lepas sahur aje, aku semayang dan kemudiannya aku tidur balik. Pesan dekat Azam, mintak tolong dia kejutkan aku sebab dia kata dia tak nak tidur, nak main game, aku bangun tengok dia sendiri tengah terbongkang depan TV sambil game tengok dia.

Highlight untuk hari ini? First day Ramadhan,itu satu...

Highlight kedua untuk hari ini? Masa aku nak lif sampai ofis tadi ada minah cun naik lif sekali dengan aku. Turun floor sama! Aku nampak dia pegang paperwork company sebelah ofis aku. Aku senyum kat dia. Dia senyum balik. Memang taste aku...pakai tudung dan pakai baju pejabat dengan skirt labuh panjang. Kalau mak tengok mesti berkenan.

2 Ogos 2011

Azam nak beli barang dapur bulan tu. Aku hulur RM150. Gi ofis hari ini...jenguk-jenguk ofis sebelah.Awek tu takde :(

4 Ogos 2011

SERIUS AKU LETIH GILA HARI NI! Bos suruh aku jumpa client kat Setapak. Minyak bukan boleh claim. Anak haram. Kerja dengan company Melayu ni kebanyakannya macam tu la. Kerja nak staff overtime aje..overtime taknak bayar...masuk kerja mesti on time.

Tapi rupanya ada hikmah di sebalik semua tu. Aku nak keluar aje ofis masa nak pegi Setapak, minah yang aku suka keluar ofis dia. Terserempak lagi. Mana dia selama ni? Adakah Tuhan mentakdirkan aku bertemu bakal isteri aku sewaktu bulan Ramadhan ni? Adakah ini dugaan yang kau sediakan untuk aku hadapi bulan Ramadhan ini?

Adakah ini tandanya jodoh aku dah sampai?Financially aku memang ready. Tapi sebab aku memilih sangat ke? We always want the best for ourselves, right?

5 Ogos 2011

On the way nak keluar solat Jumaat, selisih dengan dia dan kawan dia,seorang amoi. Kantoi pegang paperbag MacDonald....nampak sangat tak boleh puasa hari tu..hihihihi....

6 Ogos 2011

Lepak dengan geng-geng lama,buffet dekat Hilton. Kopak aku RM90...aku makan setakat sepinggan dua. Nasib baik aku tak bercouple dengan dia lagi, kalau tak kopak Rm180... amiiinn! Insya Allah.

9 Ogos 2011

Hari ini, setelah berapa hari menunggu, aku dapat pulak naik lif sekali dengan dia. Kali ni aku tak nak setakat senyum aje. Aku senyum dan tegur dia "selamat pagi" dia jawab balik ucapan sama dekat aku.

Sepanjang hari, aku angau. Aku ada 2 meeting hari ni...tapi apa benda yang jadi masa meeting? Aku tak sedar. ANGAU!

Hari ni, Azam ajak aku sembang jantan. Dia kata dia dengan awek dia nak putus sebab dah stagnant. Aku tak pernah tau macam mana rasa stagnant tu.


12 Ogos 2011

Buku notaku, kau tau macam mana perasaan dia bila sesuatu benda yang kau tunggu punyala lama akhirnya sampai kat kau? Akhirnya hari ini, dia yang tegur aku dulu. Aku hanya mampu senyum aje sebab aku terkejut. Happy? Yes I am!

14 Ogos 2011

Traffic jam sesak benar kat highway hari ni. Tapi Alhamdulillah aku dapat jugak berbuka puasa dengan family aku semalam dengan hari ini. Kak Long Insya Allah dapat anak seorang lagi lepas raya. Abang Ngah pun hujung tahun ni. Sabrina pun dah ada anak seorang walhal dia dengan aku gap 5 tahun bezanya muda dia. Aku? 29 tahun...ada kerja..tak ada calon bini...

Eh..silap..silap...dah ada.

Ya Allah, pertemukanlah jodoh aku dengan dia...Berikanlah aku keberanian nak tegur dia dan ajak berkenalan.. Amin...

17 Ogos 2011

Azam balik dengan muka marah hari ni. Senyap aje dia terus masuk bilik. Aku tak berani tanya apa-apa. Tarawikh pun dia miss hari tu.

21 Ogos 2011

Aku duduk rumah aje weekend ni. Memang tak ada benda sangat nak buat jadi aku kemas-kemas rumah aje sebab dah bersepah sangat. Bila aku kemas bilik, terbukak balik semua memorabilia lama dengan Idayu. Pergh..luntur hati dan jiwa ni bila teringat balik yang aku dengan dia memang dah berjanji nak kahwin dulu. Tapi dah mak dia tak suka aku, nak buat macam mana?

Berapa lama dah aku single? 4 tahun lebih. Senang macam ni. Tapi kadang-kadang jiwa tu agak sakit jugak. Ada orang tanya "takkan kat pejabat takde yang berkenan?" Berkenan nak buat teman beronggeng boleh la. Takut aku dengan ofismate aku yang perempuan ni. Balik-balik cerita pasal clubbing,clubbing,clubbing...

Apa khabarlah Idayu sekarang ni? Aku dengar dia dah anak dua.

22 Ogos 2011

Aku berselisih dengan dia lagi hari ni. Aku suka tudung dia hari ni. Moden tapi still consider tudung labuh. Gay ke aku ni kalau aku tulis dalam diari pasal tudung perempuan? Agak gay...tukar topik cepat-cepat...

Berita terbaik untuk hari ini?Semua ofis yang jadi tenant dekat sini di invite untuk majlis buka puasa Rabu ni. Building management punya event.

Peluang? Yes. Aku rasa ini peluang breakthrough untuk aku.

23 Ogos 2011

Azam balik. Sengih besar. Aku malas nak tanya. Dia suruh aku tanya kenapa dia happy macam tu. Aku pun tanya la. Dia kata dia nak bertunang, lepas raya. Pelik aku, hari tu kata stagnant...cinta ni....memang tak boleh nak jangka.

24 Ogos 2011

Buffet management hari ini, aku tegur dia. Selebihnya? Tak sempat borak sangat sebab datang pulak ofismate aku duduk sekali situ. Member-member dia pun datang...MENYIBUK AJE ORANG NAK AYAT AWEK!

Ramai betul sebenarnya yang jadi tenant kat building ni. Tak sangka pulak kerja satu bangunan tapi ada aje muka yang aku sendiri tak pernah nampak sebelum ni.

Tapi sekurang-kurangnya,dia dah tau nama aku. Aku pun dah tau nama dia.Itu adalah progress untuk diri aku yang aku sangat appreciate.

26 Ogos 2011

Last day kerja hari ni sebelum cuti. Aku tak nak tulis apa-apa hari ini. Mood aku memang teruk...morale aku memang down.

27 Ogos 2011

Pernah tak dalam hidup kau, kau rasa seolah-olah kena campak dari atas langit dan dibiarkan aje jatuh ke bumi? Aku tak sangka semalam aku sendiri merasai benda tu.

Aku ingat luck memang dah menyebelahi aku...aku beranikan diri tegur dia lagi bila naik lif. Aku ingatkan memang Tuhan nak tolong aku sebab bagi aku kesempatan naik lif sekali dengan dia hari ni.

Soalan aku dekat dia mudah aje," tak balik kampung tahun ni?"

Jawapan dia?  "Balik...tapi balik kampung husband I....tahun lepas dah balik kampung I..."

HO SHIT...
HO SHIT...
HO SHIT...

Aku terus diam. Aku tak tau nak cakap apa lagi lepas tu. Rasa macam dinding lif himpit-himpit aku. Rasa macam lif tu jatuh freefall ke bawah.

28 Ogos 2011

Balik kampung.Jam teruk. Bukak aje puasa,mak tanya kat aku, aku ni gay ke sebab tak nak kawin-kawin lagi? Abah senyum...kalau aku ni gay...aku rasa dah lama dah aku kawin.

29 Ogos 2011

Esok raya? Lusa raya?

Azam sms aku. Dia betunang 17 September. Ajak aku ikut dia. Bila aku pulak nak ajak orang temankan aku bertunang?

50 ulasan:

mr edz berkata...

anak rosmah pun dah bertunang kalau tak sempat la jugak

Tanpa Nama berkata...

1st of all bro...

Tanpa Nama berkata...

mr edz...

ko wat spoil mood aku...hahaha

kedut berkata...

kesian gila doh

Tanpa Nama berkata...

aku baca mcm dah kisah benar..hebat ko menulis mantot

PELiK berkata...

kisah benar dalam hidup aku. apstu aku terus tak jumpa dia lagi :D

Adibah Baharum berkata...

best dol. emosi lak aku.hahahha *tetibe*

bLaCk | maWaR berkata...

ala! ingtkn bakal tunang azam! haisyyy~

rehaljingga berkata...

setuju dgn black mawar..kalau ko buat cite minah tu bakal tunang azam lagi gempak cite ko ni..silap2 ahmad idham buat filem "cintaku kecundang di dalam lif"

ohh..

Tanpa Nama berkata...

kesian gile dowh...
sabau jela...

aqel berkata...

siaaannn... :(

4feet8 berkata...

mcm kisah benar..

Tanpa Nama berkata...

terasa beb...

perempuan itu berkata...

sbnarnye i la pompuan dalam cite encik mantot ni. hahaha

KiD berkata...

menunggu lagi la si lelaki tu.sadis cerpen kau mantot.haha.

kuncisudu berkata...

1.yang aku pikir awek dalam lif tu awek azam. and mamat tu kapel ngan dia pas azam putus.

2.setakat pengalaman aku, bini org takkan ckp dgn stanger "i,you",biasanya "saya,awak" or tiada kata nama.

secret berkata...

Frust dowh.... aku feel terlebih sudah la. haha

situkanghambar berkata...

len kali tanye la "puan duduk mane" dulu.. ahaha~

Ursula berkata...

As it is...

Cursing Malay= Menyumpah Melayu
Mantot= Mantat (itulah tujuan utama waktu penulis blog mewujudkan blognya...)memang bahasa yang kasar, tapi itulah yang menunjukkan peribadi penulisnya...


Orang ISLAM nak murtad dikatanya dusta,
Itulah jawapan orang ikut suka hati,
Wahai Mantot guna la akal kepala,
Jangan tau menyumpah bangsa sendiri...

Kristianisasi yg ko bersungguh nafikan dan siap buat lawak dalam post ko yg dulu, sekarang dah depan mata, adakah ko nak tunggu KEDAH dikristiankan baru la ko nak kata bende tu wujud???

ps: ko nak tau x mantot awat budak kedah sembah setan dulu awal 2000? sebab kena basuh gan MP sungai petani la, orang kristian yg cucuk budak melayu islam, jadi Black Metal! ko x taukan??? yela ko kan suka betui sokong pembangkang ko tuh!

Mantot berkata...

FITNAH!

Mantot = Main bontot!

Aku nak ajak orang melayu main bontot bukan "memantat" satu sama lain!

FITNAH!
DOSA BESAR!

Mintak tolong perbetulkan statement tu ya?

fara abdul berkata...

Ursula ni mana mai tetiba komen keluar tajuk ni?

Ckp2 pasal kristian, sila tunjukkan bukti2 yg sahih adanya perkara sedemikian. Sy x menidakkan ada muslim yg murtad; jd kristian, hindu, buddha, freethinker etc. tp jgn sebab mastika dan utusan, kita nak kelam kabut x tentu pasal.

er...bukti ko tu daripada mastika dan utusan ke?

al- ifudin berkata...

jangan dilayan.. off topik dah ursula di sula ni.. btw,, nice one.. instead ko reka yang perempuan tu tunang azam, rupanya bini orang lain.. xdela jalan cerita yang sama je.. boring kot sebab cerita melayu semua boleh diagak,,,since yang ni dah salah teka, im satisfied.. good job bro..

al- ifudin berkata...

jangan dilayan.. off topik dah ursula di sula ni.. btw,, nice one.. instead ko reka yang perempuan tu tunang azam, rupanya bini orang lain.. xdela jalan cerita yang sama je.. boring kot sebab cerita melayu semua boleh diagak,,,since yang ni dah salah teka, im satisfied.. good job bro..

rama-rama koma berkata...

cerita yg menarik..pedihnya bila frust..

seasick82 berkata...

sib baik aku dh kawen :)
byk kali dh nek lif gan awek cun,nk tegur,tp pikir bini kt rumah....
best baca,bila ko nk wat cerita pasal gay pulak?

Ursula berkata...

As it is...

Fitnah???

Bukan ia benar sekali. Ko boleh cakap ape2 je ko nak, tapi ko yg sepatutnya bace balik perlahan-lahn post ko yg lepas, fahami dan jiwai betul2. Memang ko permainkan perkara kristianisasi. Sebenarnya dah lama jadi di negara msia, tapi x seteruk indonesia, cuma sekarang bende tu dah nampak jelas.

Ko je mantot yg x jelas2 sampai sekarang, Awat ye???

Pasai hang x kena batang idung lagi. Kena Kedah hang baru hang tau langit tinggi rendah! Mantot, Mantot, hang ni negetif betui, hang kata aku fitnah, penulisan blog hang selama 5 taun ni lagi penuh fitnah, dosa dan menghina. Kalu awai2 dulu penuh gan citer lucah, ye la ko kan ade koleksi bende2 ni, cuma ko dah buang (mungkin pasai ko dah 30 taun ade la sket rase mau bertobat)...

FARA ABDUL
-bukan mastika atau utusan la cik adik, memang dah jadi, x pernah nak menyulamai ke ape dah jadi gan orang ISLAM MELAYU??? itu la jadinye klu asyik bace blog x bermanfaat macam ni, im non partisan in politic, filthy msian politic is too dirty for me.

Mantot berkata...

kau ni mesti kaum2 yang hanya hot pasal sesuatu isu kalau isu tu tgh hot kan?

sbb tu baru skrg ni kau nampak jelas kan?padahal sbnrnya aku dah banyak kali post pasal benda yang kau nak perjuangkan sangat tu...

http://cursingmalay.blogspot.com/2006/11/untitled-gerakan-penyebaran-kristian.html

http://cursingmalay.blogspot.com/2009/03/bahagian-02-ke-mana-pembangunan.html

isk...
kata baca dah 5 tahun,takkan kau boleh miss?

Mantot berkata...

kau google aje pasal Window 10/40..

dari situ kau boleh tau apa taktik yang diorang pakai sbb link Time Magazine dalam posting tu dah takleh bukak

Mantot berkata...

manusia yang tak paham ayat sarkastik dan sebarang bentuk sarcasm mmg ada something wrong dgn otak dia

pidot berkata...

deym, 4 tahun lebih single leps putus cinta..
respect sama mamat tuh..

kpd Ursula : get a life dude..

Burungman berkata...

mood aku nak komen dirosakkan oleh ursulla.. get a life dude..

pydot berkata...

ursula: typical meleis

Tanpa Nama berkata...

silap org zmn skrg ni,bkenalan @ bkawan dgn org yg nk dibuat sbg psgn idup,knalkn kt parent lmbt sgt..

cuba dlm smggu slps declare nk serius tu,knalkn kt parent dlu sblm pegi jauh dlm hbgn..klu parent rejek calon kte,xde la rsa frust nonggeng sgt,sbb x pegi jauh lg,hehehe

klu calon kta tu baik,insyaAllah parent kta leh trima,no prob..lain citer klu parent kta xleh trima sbb parent sndri ada prob,tu mmg kna cri wali hakim la,hahaha~

Ursula berkata...

hahaha

aku typical malay, sebab aku melayu. bukan macam ko Mantot

Yup otak aku ade problem, susah sangat nak paham kot, haha padahal ade master dah weh

yup i got my life already... tgu wat Phd jer klu ade rezki,
ko mantot...rosakkanlah pemikiran orang melayu kita, aku pun x sure ko ni melayu ke x...

blog penuh negetif gan diea2 ko asyik menghina org2 lain

ntah2 luaran je melayu, dalamanye ntah bangsa apa, rosakan orang mude lagi senang dari orang yg dah tua cam aku ni, kah3

oh lupe plak mantot, selamat hari raya!!!

wootwoot berkata...

"aku ade master! aku nk amek phD!"

tapi bodohny nampak jugak.haih puasa2 ni aku da kutuk orang pulak.selamat hari raya.maaf zahir batin

warden raja berkata...

bodohnya ursula.. mantot tu melayu la, sebab sekurang-kurangnya nama dia bermaksud 'main bontot'.. so kan bhs melayu tu.. ursula tu apa?

Mantot berkata...

bill gates yang tak abis belajar pun tak berlagak camtu...

Tanpa Nama berkata...

Rupenye ade Master n PHD tu xmenjamin kebijakan seseorang itu.. haih...

btw cybertrooper xcuti raya ke? huhuhu...

wootwoot berkata...

bijakny dekat kertas je.hahaha.

okeh nk komen cerpen ko.aku sgt suka! sbb ending bkn mcm yg aku sangka.huhu

Tanpa Nama berkata...

boleh bakar panggung woa cerpen kau nih..sad ending.

ursula aku TOMBOK kau kang!.. pergi neraka PHD kau.. simpan jauh2 "Perasaan Hasad Donkey" kau tu!

Tanpa Nama berkata...

sama kes mcm aku!!!! org tanya "dekat upis hang 2 xda ka anak dara yg leh wat calon?" kahkahkahkah.. gila!!!?? sekor2 ntah apa2!! xda ciri2 isteri mithali langsung.. bila jmpa yg agak sesuai, pakai tudung, tertib, matang.. check2 rupanya tunang org or bini org!!!!! dimmm!!! mana p suma gadis2 comel yg baik2!!!?? (-__-')

Paolo Balam berkata...

to ursula : dosa2 hang baca gak...bodoh. letak link la kalau berani

nadia berkata...

baca komen2 dlm post ni, terharu plak rasa.... rupa2nya ada lg insan yg mncari bini bkn sbb paras rupa...:)) bagus bagus... zmn2 aku dulu mmg x der nye la....
to ursula: mcm2 bdk plak ngaku ada master & nak buat phd... berlambak wei kat luar tuuu bkn ko sorg... ko ni idup dunia mana? ursula, ursula... ada phd pun kdg2 bodohnya mngalahkan kala lipan... org pandai x pernah ngaku pandai... yg suka ngaku pandai tu sbenarnya x berapa nak pandai mana pun... poyo je lebih... wekkk benci aku baca statment ko yg bab ada master tu... geli weh!

naqib faiz berkata...

hahaha.. gila.. bikin suspen je bro.. hahahaa

Tanpa Nama berkata...

Gambar siapa tu? Mantot ke? Handsomenyya!!!!

atiqah berkata...

ingatkan dah bertemu jodohnya, belum lagi rupanya. hehe.
(gambar seungri bigbang? waw. like3)

Tanpa Nama berkata...

mantot ske cte korea
haha

makna06 berkata...

Aku pun antara yg teruja baca citer ko nih, memang sadis weh...xperlah klo amoi cina td tu cun, buleh la try pulak...tp jgn lupa tanyer dia tahun baru blik kg mane dlu, takut hampeh last2 nanti...

A.s.t.i.n.a berkata...

Ayo kelakarrr maha sedih kot...
Terganggu emosi raya ko bang...

Tanpa Nama berkata...

mantot ursula tak pernah rasa gurau kasar kut.. mesti dia anak manja..