Ogos 12, 2011

Cerpen 08 : Rumah Di Atas Bukit Bhgn 2

Joe dan Rahman berpusing di keliling rumah itu mencari jalan masuk. Rumah setingkat itu benar-benar memberikan perasaan yang sunyi dan sedikit menyeramkan kepada mereka berdua.

"Susah sangat kita ketuk aje la!" bisik Rahman. Joe memandang rakannya dengan muka pelik,"kalau ikut aku,jom kita balik aje la!"

"Ni ada tingkap terbukak...jom," Rahman berdiri di depan sebuah tingkap yang sedikit terbuka.Tangan dihulur untuk cuba di tarik tingkap itu.Tingkap itu terbuka dengan agak mudah lalu Rahman memanjat masuk ke dalam rumah itu.

"Come on bro..." Rahman menghulurkan tangan ingin membantu Joe masuk bersama.Joe memandang ke kiri dan ke kanan,memeriksa sama ada orang lain akan sedar kehadiran mereka di situ mencerobohi rumah tersebut.Bila sudah di rasakannya selamat,dia pantas memanjat tingkap tersebut.

Rumah itu kosong sebahagiannya.Apa yang ada hanyalah beberapa almari lama yang sudah berusia tanpa ada apa isi pun di dalamnya.Perabotnya hanyalah sebuah meja makan yang agak besar saiznya yang boleh memuatkan 6 orang. Di atas meja itu tersusun cantik pinggan makan,sudu dan garfu di salah satu tempat di meja makan itu.

"Pinggan ni macam tiap-tiap hari di pakai aje?Bersih lagi ni...tak berhabuk langsung,Pelik..." Rahman memulakan pemerhatiannya.

"Tapi tempat lain semua berhabuk tebal...ada orang makan kat sini hari-hari...dah la..jom,kita dah tau ada orang tinggal sini.Puas hati?Jom balik," Joe menuju ke pintu depan untuk keluar.Barulah dia perasan,pintu depan rumah itu sudah dipaku dengan kayu dari belah dalam,masuk tidak boleh,keluar pun tidak boleh. Di sebelah kanan pintu itu ada suis lampu lama warna hitam. Rahman melihat suis itu dengan teliti,bila diamatinya suis itu juga masih bersih dan tidak diselaputi habuk.

"Memang ada orang on kan suis ni setiap hari.." Rahman memaklumkan perkara itu pada Joe."Dah cukup?Jom balik..." bisik Joe.

"Ok...jom..." Mereka pun kembali kepada tingkap yang digunakan apabila mereka masuk tadi. Rahman memandang keluar memeriksa,"orait...line clear..." Joe pantas menghulurkan kakinya lalu dia meloloskan dirinya ke atas tanah.Lapang rasa dirinya. "Man..jom..cepat.."

Rahman baru saja hendak melangkah keluar apabila dia terdengar bunyi pintu terbuka perlahan. Cepat-cepat dia menyorok di balik salah satu almari yang ada di situ.

Joe kebingungan,"Man,kau pergi mana tu?" Beberapa minit Joe berdiri di luar tingkap itu, dia memutuskan untuk menjenguk ke dalam rumah itu. Dia tidak nampak apa-apa sangat kerana suasana nya yang agak gelap."Rahman..aku tunggu kau dekat tempat kita lepak tadi..aku tak nak masuk lagi.Kau nak panggil aku pengecut..kau panggil la. Aku tak nak kena tangkap polis..." bisik Joe perlahan lalu melangkahkan kakinya meninggalkan perkarangan rumah itu.

..........................

"Cilakak kau Joe.Kau tinggalkan aku seorang kat sini terperangkap..." fikir Rahman apabila dia mendengar pesanan Joe tadi tatkala sedang menyorok di tepi almari. Dia tidak berani keluar lagi kerana takut tuan rumahnya tadi masih lagi ada di situ.Selepas dia mendengar pintu dibuka tadi,dia hanya mendengar ada seseorang melangkah dengan perlahan menuju ke bahagian dapur di belakang rumah itu dan kemudiannya kembali semula ke depan dan menghilangkan diri entah ke mana.

Rahman menjenguk.Suasan sudah sunyi semula.Tiada siapa lagi di sana dan tiada lagi bunyi manusia melangkah.Senyap-senyap dia melangkah ke tingkap.

Dia memandang ke arah dapur rumah tersebut.Barulah dia perasan ada satu tangga lain yang sedikit tersorok yang menghala ke bawah tanah rumah itu.Dia memberanikan diri melangkah menghampiri tangga tersebut.Pintunya sedikit terbuka dan ada sinaran lampu yang agak malap menyala dari situ.

Entah kenapa,Rahman dengan senyap melangkah menuruni tangga tersebut.


31 ulasan:

LS berkata...

habiskanlah cpt bang mantot. hehe

mr edz berkata...

mesti rumah rosmah ni kan?

aleng berkata...

damn!! sambung lagi..

roeza berkata...

cepatt sammbungggg...tertanye2 ni ape ending die:P

jeremymikail berkata...

deng, aku x sabo nk baca lagi... cpt...

adakah rumah ni tmpt Mismah? jeng jeng...

Rai berkata...

mencik aih..main pendek2 cam ni.. cam teka teki pulak..

al- ifudin berkata...

tolong jangan citer yg duk umah tu kanibal..haha

Mummy Najdah berkata...

cepatlah sambung...grr

Sakura8405 berkata...

haihhh suspen btll....

Tanpa Nama berkata...

aku xsuke bace novel ke cerpen ke, tp cerpen kau mmg sial, buat sekerat2 lak, bile nk sambung???

Ayu berkata...

aduii.................

Tanpa Nama berkata...

sambung la sambung cepat neves aku baca

bLaCk | maWaR berkata...

aaaaaaaaaarrrggghhhh suspenn!

Aini Afifah berkata...

aahhh! seram la weyh >__<

kristalbiru berkata...

penunggu rumah atas bukit? arghhhhh... apa solusinya?

aQel berkata...

berdebar. haih.

redzabes berkata...

buat sekerat sekerat ni mesti nk tambah trafik, haha

Özgür Çek berkata...

sambung lambat2 sikit pun xpe..baru rasa debaran tu membukit..kah3

Tanpa Nama berkata...

# Jangan pangkah Dacing/Kati.

-MatCermin-

Nona Azhar berkata...

uishhh sambung la lagi abg mantot!!! adakah itu rumah pusaka rosmahhhhh??

Orked berkata...

mana next chapter?cepat la sambung

Mantot berkata...

sambungan Isnin..

iman Haikal berkata...

mantot, baik ko pergi hantar karya ko pegi mana2 syarikat production buku..
bak kat org kat ats tadi, penulisan ko mmg sial la,,hehe, org yg tak suka baca cerpen pun boleh baca smpai habis..hehe

secret berkata...

lamenya ko cuti mantot.....
dah 2 ari aku bukak blog ko ni xde update. aisey....frust dowh. cepat.hahaha

takpe2. take ur time la. kang effect kualiti lak klo pakse2 ko. huhu

hidop mantot!

sHarpEx berkata...

aku rasa ni mesti ada orang xpuasa dekat rumah ni. kan? hahaha

tengok tengok berkata...

nie mesti ada placur tgah buat projek

Khairul Eqeh Razak berkata...

suspen siot. ko nie bg dadah ke dlm cerpen ko nie. buatkn aku trtunggu-tunggu..haha

Tanpa Nama berkata...

rmh org buat mykad palsu ~

ComOt berkata...

ala.. rumah ni port org ponteng puasa

EmoGiler berkata...

Menarik la pulak.

nick andika berkata...

tot.. nape bahagian 3 aku dah leh bace kat rss feed aku? yg ko gi delete blk nape nye? cepat laaa sambung.. perempuan tuh tgh potong ape????