Ogos 16, 2011

Cerpen 10 : Rumah di Atas Bukit Bahagian Akhir

"Mak,ada lelaki datang.." kata Munirah sambil memandang ke bawah tangga."Dah boleh turun ke?"

"Sekejap.." sahut seseorang.Joe hanya berdiri memandang sekeliling sambil tangannya terus memegang erat tangan Munirah.Munirah senyum memandang Johan yang berkelakuan seperti orang dungu.

"Turunlah anakku.." sahut suara wanita itu selepas beberapa ketika.Joe dan Munirah melangkah ke bawah berpimpin tangan seolah-olah pasangan kekasih.

"Mak,saya suka dia ni,nama dia Johan..." kata Munirah sambil tersenyum manja menjeling Joe.Joe seolah-olah terpukau hanya mampu tersengih dan mengangguk. Mak kepada Munirah itu melangkah ke depan. Cahaya lampu yang kuning itu membuatkan suasana jadi sedikit kelam.Joe melihat mak kepada Munirah itu agak kecil orangnya.Makcik itu menghampiri Joe,lalu memandangnya ke atas dan ke bawah.

"Kau kenapa nak?Kenapa kau nak jaga Munirah?" tanya makcik itu.Munirah menggenggam erat tangan Joe.Sejuk rasa tangan Joe apabila dia dipegang begitu.Dengan tidak disedari terpacul keluar jawapan dari mulut Joe,"Ya makcik..saya sanggup jaga Munirah sehingga ke hujung nyawa saya.."

Makcik itu tersenyum lebar."Hahahaha..pandai kau Munirah.Pandai!Mari,kita duduk makan dulu..." Makcik itu mengajak Joe naik ke atas semula ke ruang tamu.

"Kau duduk di situ..." kata makcik itu mengarahkan Joe supaya duduk di meja makan. Pinggan,garfu dan sudu sudah tersedia diletakkan kemas dan cantik.Tapi cuma untuk Joe."Makcik dah makan...Munirah pun dah makan.." jawab Makcik itu apabila melihat Joe kehairanan.

Munirah mencedok nasi lalu diletakkan ke dalam pinggan Joe lalu disendukkan dua ketul ayam kari."Makan bang.." Joe terus menyuapkan nasi berlauk ayam kari itu ke dalam mulut.

...............

Rahman memandang dari luar.Dia nampak Joe sedang duduk di meja berhabuk itu sambil memegang sudu dan garfu yang sudah berkarat itu.Dia nampak Joe memasukkan sudu itu ke dalam mulutnya lalu dikunyah-kunyah karat dan debu yang sudah bertapuk entah berapa lama.

Dia juga nampak perempuan tua tadi yang menghalaunya keluar, duduk di depan Joe.

"Joe!Joe!Kau buat apa tu!" tingkap itu diketuk perlahan-lahan untuk membangunkan Joe dari lamunan.Perempuan tua itu memandang ke tingkap. Rahman pantas tunduk untuk mengelakkan diri dilihat. Rahman menjeling semula.Joe terus diam..sekali sekala dia tersenyum dan mengangguk. Ada juga beberapa ketika Joe bercakap sendirian.

"Gila hapa Joe ni..." kata Rahman,lalu dia melangkah meninggalkan rumah itu menuju ke motorsikalnya yang diletakkan di kaki bukit tersebut.

...........

Makcik dan Munirah memandang tepat ke arah Joe.Munirah tidak habis-habis memandang tepat ke arah mata Joe.Joe hanya mampu tersenyum.Tak pernah lagi seumur hidupnya ada gadis secantik ini duduk sebegini rapat dengannya.Dapat dirasa bau harum tubuh Munirah menerawang di udara.

"Kau betul Munirah?Betul kau pilih dia?" tanya Makcik.Munirah mula berang."Aku dah kata,aku suka dia!AKU SUKA DIA!KENAPA KAU NAK TANYA BANYAK KALI LAGI?"

Makcik itu tunduk."Munirah...kau anak aku.Memang salah aku buat kau jadi macam ni..kau tak payah la seksa lelaki ni nak..biarlah mak aje yang jaga kau..."

"KAU TU BETINA SIAL!SIAL!KAU LAHIRKAN AKU!KAU BUANG AKU!KAU BIAR AKU MATI!SEKARANG KAU NAK JAGA AKU!BERAMBUS KAU!AKU NAK DIA!AKU SUKA DIA!" pekik Munirah.

Makcik itu tunduk memandang lantai.Dia mencabut sebentuk cincin dari jarinya lalu diletakkan di atas meja.

"Johan..pakaila cincin tu.Itu hadiah Munirah untuk Johan.." Munirah yang baru sebentar tadi terpekik-pekik tiba-tiba bertukar lembut.Johan memandang cincin itu lalu tangannya mencapai cincin terus diletakkan dijari.

"Kau setuju jaga Munirah?" tanya makcik itu kepada Johan."...err....errr..." Johan sedikit gagap apabila ditanyakan soalan itu.Munirah menggenggam tangan Johan dengan kuat dan Johan dengan wajah tiada perasaan menjawab.."Ya,saya setuju.."

"Minta maaf dik..makcik dah sorok diri makcik dan semangat Munirah ni 43 tahun..kau la orang pertama yang ketuk rumah buruk makcik ni dan kena tegur dengan Munirah,maafkan makcik," kata makcik itu.

"BERAMBUS PEREMPUAN TUA!BERAMBUS!" Jerit Munirah.Makcik itu dengan perlahan bangun dan membawa dirinya keluar.Munirah tersenyum riang.

"Johan....jom kita main batu seremban..." pinta Munirah keanak-anakan.

..........

Rahman terjaga dari tidurnya.Dia dengar bunyi ramai orang kampung sedang bising.Dikuakkan tingap terbuka dan matanya terbeliak besar apabila melihat rumah di atas bukit itu sedang marak dijilat api. Dia menjeling jam di dinding. Tepat jam 4:35 pagi.

"Ya Allah!Joe!" Rahman berlari keluar rumah."Cepat Man..rumah tu terbakar!Orang kampung semua tengah tolong!" jerit salah seorang penduduk kampung. Dia bingkas bangun mencapai kunci motor lalu dihidupkan motor terus dipacu ke arah rumah di atas bukit.Sampai saja di sana dilihat orang ramai sudah mula berkumpul dan cuba memadamkan api.Dia nampak Makcik Rosnah,ibu Joe.

"Makcik..makcik..Johan ada balik rumah semalam?" tanya Rahman.Makcik Rosnah memandang Rahman kehairanan."Bukan dia tidur rumah kau ke Man?Dia mana balik semalam." beritahu Makcik Rosnah,mula risau.

Rahman diam. Dia hilang punca. Mana pergi kawannya,Johan?


25 ulasan:

pidot berkata...

nice...
padan muka si JOE tuh..

tapi mantot, mcm mana rumah tuh boleh terbakar..?

al- ifudin berkata...

nasib baik bula ramadhan ni setan2 kene gari..xdela seram sangat..haha

erin berkata...

ala.. apa kesudahannya niii..mati la joe tu eh?

aleng berkata...

kau kata bahagian akhir tot? macam ade sambungan je..

kenapa rumah tu terbakar?

joe mati ke?mak munirah tu cmne?

tergantung la tot..

Tanpa Nama berkata...

hihi...seram jgk..

~nadyahoney~ berkata...

cm boleh smbung lagi jer ni...akhir part 2 please...:-)

Hasrul Affandi a.k.a CarbonizerFreak berkata...

Nice !! bole buat filem pendek.. :D

Aini Afifah berkata...

cerita la lagi! tak habis la cerita tu.

Master Yoda berkata...

byk persoalan tot oit...sila2 kasi sambung sket...tq

kristalbiru berkata...

Joe adalah insan terpilih.. hehehe(gelak hantu)...

mr edz berkata...

oh aku ingatkan dia nak mintak biasiswa dari rosmah

Lya berkata...

aik...xkn last episod kot...
mcm ada smbgn ag jerk....
joe tu mati ker or kena culik bunian??
persoalan...persoalan...

Tanpa Nama berkata...

macam blm abis seja cerita kau ni...tapi bikin seram juga hehehe

Mohd Rasydan berkata...

ini bahagian akhir yang pertama ke mantot? harap ko berkata ya.

Nona Azhar berkata...

bro kasi sambung la sikit. jgn la buat kan hamba ternanti nanti ewaaah. ishh buat novel la macam ni leh ganti Laksamana Sunan

slay berkata...

aku faham.

ini hantu munirah balik rumah.

dan yang bakor rumah tu, usop wilcha!

Özgür Çek berkata...

sambung2

Aslina berkata...

ko panjangkan lagi wat novel citer ni bleh tak??

mcm best ahh...

Mummy Najdah berkata...

sambung lagi boleh tak?plez.

Sirr al-Asrar berkata...

mcm cite dlm mastika je..

aQ aNk ABAH..... berkata...

huhuhux...
mmg x leh pkay..
wt aq cuak jew..

Ayu berkata...

hurmm.. sungguh misteri...

Tanpa Nama berkata...

Sudah Terang lagi Bersuluh:

Jangan pangkah dacing.

-MatCermin-

Tanpa Nama berkata...

ok apa cerita tergantung. terpulang kpd imaginasi setiap individu untuk pikir sendiri hehe

Tanpa Nama berkata...

memang thrill habes. terbaek!

seram jugak...