Ogos 23, 2011

Cerpen 14 : Kasih Bapa

"ABAH JAHAT! TAK SUKA SAMA ABAH!"

Meor mula panik melihat anaknya, Shahrul Anwar atau nama manjanya Shai mengamuk-ngamuk. Isteri Meor,Anissa mula menjeling suaminya.

"Abang ni...apa la salahnya belikan aje barang permainan tu dekat dia...bukannya mahal sangat pun.." Anissa mengomel.Meor hanya mampu buat muka bersalah. "Gila ke apa permainan robot Transformers buruk macam tu pun RM70? Daripada saya spend RM70 baik saya bawak awak dengan Shai gi makan KFC. Dua tiga kali tau kita boleh makan.."

Anissa mencangkung lalu mengelap tangisan di mata anaknya."Dah..dah...tak mau nangis lagi...Shai kuat kan?Shai hensem kan?"

Shai mula senyum dipujuk ibunya lalu tangan dihulur untuk didukung ibunya. Meor pun pergi ke tepi Anissa lalu menghulurkan tangannya untuk mendukung Shai.

Bibir Shai mencebik.

"Tak adil la Shai buat abah camni.." pujuk Meor kepada anaknya. "Dah..dah..nanti mama belikan...takmau nangis lagi dah ye?Ramai orang ni..." Anissa senyum memandang anaknya. Meor hanya mampu sengih-sengih memandang isterinya.

Mereka sekeluarga keluar daripada kompleks beli belah itu lalu terus menuju ke bazar Ramadhan yang berdekatan. Shai mula girang apabila sedar mereka menuju ke sana.

"Shai sayang abah tak ni?Ni abah nak bawak Shai gi beli ayam percik yang Shai suka tu?" Meor memandang ke kerusi belakang,melihat imbasan anaknya di cermin pandang belakang kereta.Shai hanya diam,masih merajuk agaknya.Anissa sedar perkara itu lalu dia menoleh ke belakang,"Shai..Shai..nak abah belikan ayam percik untuk Shai tak?"

Bibir Shai terjuih."Tak nak..nak mama belikan!" Tegas nadanya.Meor hanya mampu tersengih lagi.Mereka pun turun dari kereta lalu mula meneroka bazar Ramadhan yang agak panjang keluasannya.Orang pada ketika itu sudah mulai bertambah ramai dan nasib mereka baik, cuaca pada hari itu cerah.

" Mak..nak bunga api,boleh?" tanya Shai apabila melihat ada orang menjual bunga api.Anissa menggelengkan kepala."Tak boleh sayang...bahaya main dengan api ni..terbakar rumah karang..."

"Tapi kawan-kawan Shai kat Tadika semua dah main bunga api..Shai sorang aje tak pernah main bunga api lagi..." Shai mula memujuk rayu. Anissa merenung anaknya,"Mama tak suka Shai main bunga api...nanti terbakar jari macam mana?Mama dengan abah tak nak tengok Shai terbakar nanti..."

Shai mencebik kembali selepas itu.

"Abang,saya gi beli kuih dekat sana kejap.Abang tengokkan Shai ye?" tanya Anissa.Meor angguk,"ye la..gi la tinggalkan kitorang kat sini.." gurau Meor.

"..tapi Shai nak ikut mama.." kata Shai sambil memegang tangan ibunya,pantas. Meor betul-betul buntu. Macam mana dia nak buat anak dia sukakan dia? Dia melangkah melintasi beberapa gerai dan kembali terpacak di depan penjual mercun dan bunga api tadi.

"Bang..bagi yang ni 2..bagi yang ni tiga..." Meor cepat-cepat membayar lalu disimpan plastik berisi bunga api ke dalam beg plastik lain lalu kembali semula ke tempat asal dia menunggu.Beberapa detik kemudian..Anissa dan Shai muncul sambil Shai sedang menghirup Air Batu Campur dari cawan plastik lutsinar.Meor teguk air liur apabila melihat betapa enaknya ABC anaknya.

"Apa la Shai ni..tak puasa.." tegur Meor.Shai tidak menghiraukan abahnya lalu terus memeluk kaki Anissa.

"Abang ni..toksah la sakat-sakat dia.." pinta Anissa.

....................

Malam itu,selepas berbuka puasa, Meor pun duduk mengadap TV untuk seketika.Berita dirasakan bosan kerana terlalu banyak propaganda untuk menaikkan imej sesetengah pemimpin.Dilihatnya Shai sedang duduk di meja makan sambil melukis-lukis sesuatu di atas kertas.

"Shai lukis apa tu?" tanyanya dengan suara buat-buat. Shai hanya diam dan terus melukis."Shai..Shai..." panggil Meor. Anaknya tidak menghiraukannya.

"Shai..Shai...abah ada beli bunga api untuk Shai.." bisik Meor. Shai memandang abahnya,"Ye ke abah..jom main..jom main!"

"Jom!" Meor pun menjawab.Lega hati Meor apabila anaknya mahu bercakap dengannya kembali.

"Ye ye!Ye ye!"Jerit Shai sambil memusingkan bunga api.Tiba-tiba muncul Anissa di pintu."Abang..ni bila masa abang beli ni?" tanya Anissa dengan nada geram."Tadi,masa tunggu awak tu.." jawab Meor.

"Bahaya tau bang!" Anissa melenting.

"Alah...bunga api dengan mercun roket aje..." jawab Meor.Anissa malas nak berperang mulut kembali menutup pintu. Meor sengih panjang."Kali ni abah menang pulak!Hihihi!"

"Abah..abah..ni apa ni?" tanya Shai sambil memegang sebatang mercun roket."Ni nama dia mercun roket!" kata Meor."Yang ni,biar abah buatkan.." Meor lalu mengambil sebiji botol lalu meletakkan mercun roket itu ke dalam botol.

Sumbu dinyalakan dan zuuuuussssss...mercun roket itu terbang pergi..

....ke arah rumah jirannya.
Tepat mengena ke ampaian baju yang penuh dengan pakaian disidai.

"BOOM!" Mercun itu meletup.

............................

Keesokannya...Meor terpaksa keluar duit lagi untuk menggantikan sehelai baju jirannya yang rosak terkena mercun roket. Kopak RM60. "Kalau aku tau...baik aku beli Transformers tu..." fikir Meor apabila pulang ke rumah selepas puas memohon maaf kepada jirannya. Sampai saja,Anissa sudah menunggu di muka pintu.

"Sori yang...." kata Meor sambil tersengih. Shai sedang duduk leka di depan TV dengan permainan Transformers yang baru dibeli mamanya hanya memandang abahnya dengan perasaan tidak berminat.

27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nyampah nye kat budak syai ni..huh

Cik Siti Fairuz berkata...

kerek betol budak shai ni.. pang! kang

mr edz berkata...

kenapa nama budak tu bukan najib

LS berkata...

Shai tu gua dah terbayangkan 'makhluk annoying' yg lu pernah sebut dlm entry lu pasal Syurga Cinta. rasa nak hentak je kepala budak tuh.

rehaljingga berkata...

jangan manjakan sgt anak tu..ni la jadinya..

Dafinullah berkata...

ye ye.. betul2

Tanpa Nama berkata...

tapi encik bapak tu kantoi la pergi beli mercun semata-mata nk impress budak syai..tak ada cara lain ke?

Master Yoda berkata...

Yg gua nampak, ayah nak tunjuk kasih sayang anak dgn dedahkan anak dgn aktiviti2 yang lasak dan mencabar (cth main bunga api even agak bahaya), bukan setakat main robot (mcm lekeh kot), hahaha, ni pandangan gua yg tak seberapa....

Tanpa Nama berkata...

@Master Yoda
kalau aku mmg suka bwk anak camping tepi sungai,main bunga api,panjat pokok. takut laki aku yg sibuk suruh anak main robot/baca buku/godek ipad je..huh

tapi perangai mcm budak shai ni kena lentur,biar dia respek emak-bapak dr kecik.mengada2 sgt takut bwk perangai sampai ke besar.

bibi berkata...

eleh transformers konon. syai yg nak ke mantot? ahahaha!

roeza berkata...

hehhehheee bijak gile syai ni..:D

Eray Majid berkata...

shai makhluk kecil yang bijak...bapak die x berape nak bijak..sib baik x meletup kat muka shai

Unknown berkata...

tensi gila jadi laki kalau bini tak sapot macam tu..sebab tu shai tu jadi kerek mcm tu..sbb mak dia duk sapot..lastnya bapak dia la kalah..dua lawan satu..

transformers tak bes pon!!!!

Tanpa Nama berkata...

Pff maknye pon satu. Penyayang sangat la dok ikuttt kata budak tu. Pang kang budak Shai nih.

Tanpa Nama berkata...

Apasal terang-terang Mantot eja S.H.A.I orang still nakk jugak eja S.Y.A.I?

tarota berkata...

shai-ton.

gitu. hahah.

nanti lepas dah kahwin, dapat anak, kenalah ajar anak tu jangan mengggedik2 sgt sampai nak merajuk dgn mak ayah.

i'll keep that in mind.

minta maaf ayah, mak, baru saya tahu betapa susahnya ayah mak mengajar saya. sobsob

nadia berkata...

ayah konon nak jimat duit la tu... x nak beli transformer, last skali kluar jgk duit... pdn muka...

yg paling aku x suka baca, bila si wife kata nanti mak belikan, terus bapaknya senyum, sama jgk time shai nak maknya belikn ayam percik tu... naper yea? org laki ni mmg suka yea kl pompuan yg kluar duit... dah mcm gigolo pulak perangainya...

shai mmg la ngada2 skit... tp aku tetap nak memadankn muka bapaknya tuuuu... muahahaha

Tanpa Nama berkata...

shai ke syai ke..sama aja sebutan..tak kesah la

Unknown berkata...

for me this is not about jimat.. this is about working as a team.. isteri sepatutnya kena jadi back up suami..walau pun tak setuju, tapi tak boleh secara terang terangan tunjuk yg dia tak setuju..

sebab tu bila anak dah besar banyak yg tak hormat bapak..sbb dari kecik lagi mak pun taknak back up bapak.apa anak tu nak semua nak belikan..so bapak dah takde value dah..mcm mana anak nak hormat..

semua salah bini dia..

Tanpa Nama berkata...

@Rai
saya setuju ngn komen kak rai..so mcm mane kak rai? elok kite bg pelempang je budak tu? muahahaha

Irfa berkata...

tq Rai..kenalkan saya kat sini.terus je klik tadi :-)

mmg nyampah la kat shai (w,pun watak rekaan tapi biasa berlaku dalam hidup kita)

sgt setuju ngan Rai.dan sesekali terkena pd diri sendiri sbb saya bukan jenis manjakan anak..tengok keadaan jugak la,sblm tido mmg manja la..supaya mimpi indah :-)

nadia berkata...

hbs bapak x salah? bila c mak x suka anak main mercun, bapak tetap belikan juga... ank pun naik konpius dek mak bapak... sorg kata A, sorg buat B...
bdk2 mana yg x suka menan? cercita? x salah sesekali belikn... mak bapak pakai hs ribu riban, dgn ank menan 70 henggit berkira. tu x msk handbag, make-up, rokok, bj branded... huh!
ank x hormat mak bapak bnyk sebab... apa bodoh sgt ke ank2 x leh nak pk bila besar?
w/pun sy x suka cara c mak dlm kesah ni, tp x suka jg kl asyik nak salahkn mak aje...

seasick82 berkata...

realitinye bdk2 mmg cam tu..sakit kpala pikir bila diorg mintak benda yg mahal2,tapi bila main tk smpai 2,3 jam dah boring.tepuk poket tanya duit,jgn tepuk anak tu.skali skala bg bleh laa...
p/s:anak aku mintak ipad,transformer nie langsung dia x pandang!

Tanpa Nama berkata...

nadia : bukan nak salah kan mak or sesape pun kat sini...situasi dia, dua2 salah..mak tak support ayah dan ayah tak support mak..dan kene tau jugak dari sudut ekonomi si Meor ni, klu rm70 pun dia kene berkira maksudnya keluarga dia bukan keluarga berada..

lagi satu, nak komen pasal nie...

... apa bodoh sgt ke ank2 x leh nak pk bila besar?

heh, pasal da ramai sangat yang bila da besar anta mak ayah kat rumah orang2, dah takde respek, masalah sosial...HEH BLEH PK EK...KLU ORANG2 BESAR BLEH BERFIKIR, TIADA MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA...so kene lentur buluh dari saat dia rebung...

warden raja berkata...

mengarut je nadia ni.. aku sokong rai..

Ozgur Cek berkata...

Rai membuka minda ku...

ADam Dryx berkata...

Impress dengan cerpen nie.
Banyak maksud 'tersirat' dari awal hingga ke akhir, samada pembaca sedar ataupun tidak.

Be creative, berfikir pun kena kreatif :)

Tapi bagusnya, membuka debat antara pembaca di blog ini :)