Ogos 10, 2011

Cerpen 06 : Antara Handsome dan Cantik

Ina membelek-belek wajahnya di depan cermin.

"Aduh...blackhead lagi.Baru aje aku gi treatment minggu lepas...sekejap aje dah naik blackhead balik.." Ina fikir dalam hati.Dia pun melangkah ke belakang sikit lalu memerhatikan badannya di cermin. Ina adalah seorang yang sangat risau mengenai penampilan dirinya, bukan sekadar dari segi kebersihan tetapi juga dari segi bentuk badan.

Keyakinannya pada diri Ina hanya akan datang apabila dia rasa dirinya menawan.

"Kenapa lah Tuhan tak jadikan manusia ni perfect figure aje setiap masa?" Ina memusingkan badannya di cermin."Aku kena pegi gym setiap minggu semata-mata nak maintain badan aku..."

Dia memalingkan badannya ke sisi."Aduuh....macam mana pulak perut aku boleh terbesar sikit ni? Isk..." Pantas Ina baring lalu melakukan seat up sebanyak 20 kali.

"Huff..huff...hufff.....19....huff....20......" Ina lalu duduk sambil melunjurkan kakinya ke depan.Barulah dia perasan, kulit kakinya kering. "Adus...." Pantas Ina bangun menyambar losyen pelembap kulit dan dilumurkan rata-rata ke tapak kaki nya.

Ina tidak tentu hala.

Hari itu dia ada date dengan Daniel, jejaka hangat gilaan ramai siswi dan sesetengah siswa universiti.Bukan senang nak ada peluang sebegini datang jatuh ke riba. Dia mengambil telefon lalu menyemak semula mesej dalam telefonnya.

"Meet me at the Uni food court @ 8pm this Saturday :P "

Wajah smiley pada akhir ayat itu setiap kali dibaca mampu membuatkan Ina tersengih sendirian.Mujurlah roommatenya pulang bercuti pada hujung minggu itu,kalau tak, mesti dialah mangsa sengihan Ina yang tak henti-henti tersenyum. Mesej diterima hari Khamis...maknanya sudah hampir 2 hari Ina tersengih sendirian.

Pintu bilik Ina diketuk.Ina bangun membuka pintu. "Ina...kau ada seterika tak? Aku punya iron tah kenapa tak menyala..." Diana tercegat di depan pintu biliknya. "Eh...kau ni apasal tersengih sorang-sorang ni?" Diana tersedar Ina tersengih lebar.

Ina pantas menukar raut wajahnya menjadi selamba."Hehehe...aku ada date kejap lagi..." Bagaimanapun, Ina kembali sengih bila mengingatkan smiley dalam mesej itu.

"Dengan sapa?Mamat yang kau minat dari dulu tu ke?" tanya Diana kembali.

"Sapa? Zack? Mamat poyo nama Zakaria mengaku nama Zack tu? Tak kuasa aku nak layan mamat tu.." Ina bangun mencapai seterikanya lalu dihulurkan pada Diana. "Ada la...aku rasa tak elok la kalau aku bagitau sekarang...tapi nanti bila dah serius...aku bagitau kau, Ana. Doakan aku tau...."

"Insya Allah. Thanks pasal seterika ni..nanti aku bagi balik," Diana pun pulang ke biliknya.

Ina pun bingkas bersedia untuk mandi lalu ke bilik mandi yang dikongsi bersama penghuni hostel yang lain.Habis satu badan disabunnya dengan sabun mandian. Giginya digosok sebersih-bersihnya.Dia mahu pastikan dirinya menarik hari itu.Selesai mandi,dia pulang ke bilik.Satu almari dipunggahnya.Semua baju yang dirasakannya cantik digayakan di depan cermin.Akhirnya Ina memilih untuk memakai baju blouse bunga merah dengan tudung ungu dan seluar jeans Ladylike warna hitam.

Make up?Gincu dikenakan.Eye shadow pun sudah disapu pada mata.Ina pun mengambil botol perfume CK hadiah pemberian bekas teman lelakinya lalu disembur pada tubuh.

Bila selesai bersiap,dia kembali memandang cermin memeriksa tubuhnya, mencari cacat cela pada dirinya.

..................

Daniel terjaga dari tidurnya."Oh shit...pukul berapa dah ni bro?" tanya Daniel pada Fariz. "7:35 dah ni...apsal bang?" Fariz menduga Daniel.

"Aku ada date dengan minah yang sama kelas dengan kita tu..." jawab Daniel.

"Minah mana ni?" Fariz tertanya-tanya.

"Alaa...minah yang kau kata jalan terkepit-kepit control ayu tu.Yang kau kata hot tapi perfume sembur tak hingat punya banyak tu!" Daniel sedaya-upaya menerangkan.

Fariz bertanya,"Salina?"

"Ye la tu kot...aku panggil dia Ina aje..." Daniel menjawab.

"Gi lah mandi! Karang lambat," tempik Fariz. Daniel pun bangun mengambil berus gigi.Dia pantas melangkah ke bilik air.Sekelip  mata tiba-tiba sahaja dia dah berada kembali ke dalam bilik.

"Cepatnya lu mandi bro?" tegur Fariz. "Takyah la mandi..gosok gigi,sembur sket2 dah la.." Daniel membuka almari baju lalu menyembur pewangi badan dan menyarungkan sehelai t-shirt.

"Wish me luck bro!" pinta Daniel pada Fariz, sambil mengenyitkan mata lalu menutup pintu biliknya.Fariz hanya tersenyum memandang Daniel lalu sambung membaca di internet.

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1ST LG BRO......!!!

Tanpa Nama berkata...

aiseh. baru nk first...

Tanpa Nama berkata...

aiseh. baru nk first...

mamee hot n spicy berkata...

"Hari itu dia ada date dengan Daniel, jejaka hangat gilaan ramai siswi dan sesetengah siswa universiti"
hahaha.. lawak part nih..

best giler. sentap hati mak nak.perempuan..gitu ler gayanya.part laki tu ntah ler. gitu la lumrahnya agaknya kot. haih.. kagum la dgn detail yg diberikan pada part perempuan tu.. sengih sepanjang masa tu mmg betul sgt lah tu.haha.. mesti observe cik isteri tiap2 hari. hehe..

Cik Bucken berkata...

EELLLEHH...MAKCIK I NAME ROSMAH BANYAK DUIT TAPI XKISAH PON PASAL PEROT GENDUT KE HAPE.ASALKAN LEH GI SHOPPING TIAP2 HARI...>_<

Sadun berkata...

laki rilek je, berus gigi pun dh ckup.hehe

aleng berkata...

Diana yg pinjam iron tu dah kembali ke pangkal jalan ke?

~aYeeN & SuE~ berkata...

baju merah,tdg ungu x matching..hehe..

Solahuddeen berkata...

lebih kurang.

hidayah berkata...

tudiaaaaaaaaaaaaaa.

toink! kena kat btg idong sapa weh?

aqel berkata...

hahaha.. perbezaan lelaki dan perempuan ye.. :p

muhsin.aminudin berkata...

kena jaga gak, tp takde camtu

nadz ruslan berkata...

so apa kesimpulannya?

perempuan amik banyak effort,laki x discriminate?

al- ifudin berkata...

lelaki simple je.. perempuan pulak nak nmpk sempurna didepan laki2 yg dia suka.. wanita oh wanita....

Syawal berkata...

Aku follow siri2 cerpen Mantot. Memang sengaja tak buat kesimpulan sbb nanti ramai pompuan kecik hati lagi. Baca balik cerpen2, semuanya tersirat mesej how pathetic women generally are. Jangan salahkan kaum Adam, hakikatnya korang la yg buat2 buta dgn hukum & ignore your common sense. Happy Ramadhan.

profwacko berkata...

hahahaaa... best baca cerpen nie.. tak sabar tunggu next one.

Selamat berbuka semuaa..

Ozgur Cek berkata...

fuh...cerpen tot terbaik...

Alex Fuentes berkata...

diana is a attention whore ..
salina is a typical scumbag woman..

they have no pride at all..

Sang Hijau berkata...

Diana yang pinjam seterika tu pun minat kat danial gak kalau ikut cerpen sebelum ni. Nasib baik si ina ni tak bagitau si diana pasal dia nak g date dengan daniel. kalau dia bagi tau sure berbekas pipi si ina ni kena seterika.haha...

Rumusan cerpen:
1) Persiapan g date
Perempuan - akan bersiap sungguh-sungguh nak g date. sembur sampai abis botol perfume kalau boleh. Pemilihan baju toksah cakap. Apatah lagi penjagaan diri. Semua kerna terbaik & tip top condition.

Lelaki - men sebat je asalkan siap untuk g date.

2) Ucapan sebelum g date pada kawan
Perempuan - "Doakan aku tau"

Lelaki - "Wish me luck bro!"

3) Perhubungan
Perempuan - Hanya lelaki itulah the only one

Lelaki - Kalau danial ini adalah sambungan cerpen terdahulu, maka tiadalah the only one antara kamu wahai si ina dan diana. sebab aku hot!haha...

Kesimpulan: Renung-renungkanlah!

Tan berkata...

Hmm.. Diskriminasi thadap wanita... Mmgla aq x nafi, bnyk pompuan yg control ayu, etc.. Mmgla kadang2 ade jgak pompuan yg cari attention.. Tp, laki pn sameje... Ade je pompuan yg x men pg date2 ni(kolotla).. Adeje pompuan yg pentingkan bende lain lebih dari pnampilan, and x ksah psl att laki.. And kalo tgk stats, sape lg bnyk kat ipt? Sape lg bnyk kat Pusat serenti?? Kalo pg bnyk negara lain, kt akan sedar btapa aktifny wanita2 malaysia dlm masyarakat..

Oh, lg satu, 7.35-8 waktu solat maghrib...

Tanpa Nama berkata...

mohd

ade jgak yg butthurt, klau rasa bkn xyah nk terase. org yg terase tu nmpak beno dia mcm tuh..haha

Unknown berkata...

1.bezakan biler pompuan bersiap dgn biler lelaki bersiap.

2.bezakan the way pompuan treat laki yang die suke, dgn lelaki treat pompuan yg die suke.

adeh

Mohd Shafizam Abd Latif berkata...

Erm..memang lelaki nie nampak sempoi jerk tapi rasenya die tetap akan jaga penampilan n sesuaikan ikut keadaan..bab tak mandi tuh no komen le..keh2..

ADam Dryx berkata...

"Lelaki dari mata jatuh cinta, wanita jatuh cinta melalui telinga" :)