Ogos 04, 2011

Cerpen 03 : Gadis Desperado

"Kau dah bagitau kat siapa lagi pasal benda ni?" tanya Yati. "Pasal ni? Gila kau nak aku bagitau orang lain..kau la orang first yang aku bagitau!" kata Diana.

"Hihihi...seronok jugak rasanya.." sengih panjang Yati."Apa pasal kau happy pulak?" soal Diana.

"Sebab aku aje tau pasal benda ni.." terang Yati."Kau buat aku rasa best!" Diana senyum aje.Lapang rasa dadanya. Sekurang-kurangnya ada jugak kawan yang dapat dia luahkan perasaan dia yang selama ini tersimpan.

"Hati aku jadi tak betul la bila dia ada..." bisik Diana."Rasa serba salah..fikiran tak fokus...time kelas tah ke mana otak aku sampai aku pun tak pasti.."

"Kau ni..jatuh cinta pun kena la kawal sket kau punya feeling tu..nanti nampak sangat hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong..." Yati cuba menasihatkan Diana yang agak gila bayang.

"Nampak sangat ke?Obvious sangat eh yang aku dah jatuh cinta?" tanya Diana,seolah-olah bertanya kepada diri sendiri."Hahaha..kau ni...cuba kau tengok cermin...sengih sampai ke telinga,kang ada orang cop kau betina gatal,camne?"Yati cuba berdiskusi serius.

Diana pandang wajah Yati,"aku admit...aku dah suka dengan dia...tapi kalau kau jadi aku,macam mana kau nak approach dia?Segan la.Aku memang tak pandai benda-benda cinta-cinta ni."

Yati termenung sejenak.Otaknya ligat berfikir."Kalau aku jadi Diana..apa yang aku akan buat nak try tackle dia?" Puas kepala otaknya meningat kembali semua taktik-taktik yang selalu ditonjolkan dalam filem-filem Amerika,tapi tak ada satu pun yang dirasakannya sesuai.Diana melakar2 kosong di atas kertas di depannya.Tapi satu idea pun tak mampu diolah sempurna.

"Dia kan anak orang kaya...jadi kau kena la ubah sket penampilan kau...barula sepadan dengan dia...kau kena buat makeover imej kau.." kata Yati."Makeover macam mana?"tanya Diana.

"Tu haa..tudung...kolot la orang pakai tudung labuh.Kekampungan!"ketawa Yati."Apasal kau cakap macam tu pulak?"Diana sedikit jengkel."Kan dia player ragbi Universiti!Kau takkan tak tau diorang punya taste macam mana?Takde lah dia nak tengok awek2 macam kita ni,yang bertudung..lagilah macam kau,yang bertudung tapi nampak macam awek kampung baru masuk bandar.." terang Yati...pedih hati Diana mendengarnya.

Diana bangun menuju ke almari bajunya.Di buka pintu almari dan tangannya membelek pakaiannya.Semuanya pudar warnanya.Biru cair,cokelat cair,hijau cair...tak ada satupun pakaiannya yang mampu menarik mata jejaka.Seluar?Sehelai pun tak ada.Penuh dengan baju kurung.Hanya ada dua seluar di dalam almarinya...seluar trackbottom yang kerap dipakainya ketika aktiviti ko-korikulum.Seluar baju tidur bergambar kucing?Nak mati kena gelak kalau ke kelas memakai seluar sebegitu? Diana mula sedar..dia memang gadis kampung yang tak vogue. Agak susah jika dia nak meletakkan dirinya dalam golongan gadis yang mungkin mampu menarik perhatian jejaka yang diminatinya,pemain ragbi Universiti yang boleh dikatakan star player...kacak,tegap dan nampak berduit.

"Ubah aku Yati...aku tak suka orang pandang aku macam awek kolot..." kata Diana. Yati senyum."Kita ada kelas lagi sejam...dia kan register sekali kelas tu...jom ikut aku ke bilik, aku bagi kau pinjam baju aku..." ajak Yati.

"Jom..." Mereka berdua bingkas bangun.

.................

Pintu dewan kuliah terbuka.Dewan kuliah yang dipenuhi seramai lebih 100 orang pelajar itu jadi senyap.Diana melangkah masuk.Rambutnya ikal beralun apabila Diana berjalan.Bajunya yang selama ini jenis baju kurung tiba-tiba bertukar jadi t-shirt.Seluar jeans Levis kepunyaan Yati dipakai...membuatkan dia rasa kurang selesa kerana sudah terlalu lama dia tak mengenakan seluar jeans.

Banyak mata tertumpu.Lelaki,perempuan semuanya fokus kepada Diana.Tapi Diana tak hirau semua pandangan mereka.Matanya pantas mencari di mana Daniel duduk.Syed Daniel Syed Hussein.Jejaka idaman Diana.Jejaka idaman ramai gadis kampus.

Yati berjalan mengekori rapat Diana."Na,Na..dia ada kat atas sana tu.." bisik Yati."Aku tau,aku nampak...dia duduk dengan member2 dia.." jawab Diana perlahan.

Diana pantas memanjat tangga lalu memilih untuk duduk di bahagian tengah barisan.Pensyarah masuk memberikan kuliah tapi dalam 3 jam kuliah berjalan,Diana tak senang duduk.Matanya asyik mencuri2 pandang Daniel."Oi oi..obvious sangat tu Na!Rilek!Jangan nampak desperate sangat!" bisik Yati.

Diana cepat2 menumpukan perhatian pada pensyarahnya.3 jam itu dirasakan sangat lama.

Diana tersengguk menahan ngantuk.Subjek hari itu amat membosankan.Tamat 3 jam,kelas bersurai.Diana dan Yati bangun ingin menuju ke food court.Sampai saja mereka di sana,Daniel dan kawannya sudah pun beratur membeli makanan.Yati sengih melihat telatah Diana yang tidak keruan."Jom balikla..aku segan la..lagipun aku tak selesa la tak pakai tudung ni.."

"Rilek,rilek...beratur aje....buat selamba,macam takde apa-apa.." pesan Yati.

...................

Di satu sudut yang agak jauh dari tempat Diana beratur,Rizal mengeluh panjang.Puas hatinya cuba menyembunyikan rasa kecewa dalam dirinya daripada kawan-kawannya yang sedang duduk semeja dengannya.

Bagaimana gadis yang sangat disukainya itu jadi begitu?Bagaimana mudahnya aurat itu ditayangkan?Semalam Diana masih lagi ke kelas dengan baju kurung hijau muda dan tudung warna cream..sehari sebelum itu,Diana pakai baju kurung cokelat dengan tudung warna hitam.Hari ni tiba-tiba jadi gadis urban yang tidak segan menonjolkan mahkotanya.

"Apa yang terjadi ni?" fikir Rizal benar-benar kecewa,tapi dia masih lagi cuba buat2 selamba.Hatinya berkecamuk.

"Semua dah ada ni.Baca doa Zal..hari ni turn kau," pinta Hafiz. Rizal pun menadah tangan sambil diikuti rakan-rakannya yang lain.

"Allahumma baariklana fimarozakhtana wakhinna azabannar..." baca Rizal."Amiinnn!" sahut rakan-rakannya lalu mula menyuap makan tengahari.

52 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah.. ntah apa2 la Diana ni!!! tp, x semua mcm 2 tot.. ni bkn kes gadis kampung.. ni kes gadis jahil.. kahkahkahkah..

rehaljingga berkata...

ape jd dgn diana?kesudahan cite ni?

Zenmax berkata...

Nak sambungan!! =]

Tanpa Nama berkata...

tergantung...

Angah Izza berkata...

bila cinta manusia melebihi cinta kepada ALLAH..

Paolo Balam berkata...

ending buat aku fikir, hmmm.....macam2...

pertemuan memang di tangan Tuhan,tpi perubahan dari kita sendiri

Hazwan berkata...

ending dia??sambung la

cik marikh berkata...

alahai diana~
jadilah diri sendiri..

Balqis Riza berkata...

what a waste..aiyaa

hidayah berkata...

terkejut dia ni.....

oni berkata...

pergh! rom-com gua suke mantot.

littledolphin berkata...

nak makeover pun kena buka tudung ke? =.="

Rabiatul berkata...

it happens..no doubt

Tanpa Nama berkata...

carilah kawan yang baik. "rakan karib umpama sepasang kasut. jika anda ingin mengetahui bentuk dan ukuran kasut sebelah kanan, maka perhatikanlah kasut yg sebelah lagi iaitu kasut kiri. - saidina ali ra"

Tanpa Nama berkata...

yg aku tau..rizal tu pon jahil ada hati nk dpt awek alim...

mELanKolia berkata...

agree with @rabiatul..

it does happen..

ComOt berkata...

TIPULAH cerita nih!! mana ada perempuan senang2 nak buat perubahan drumstick mcm tu!!!

MinahSpekMerah berkata...

cik Comot,

tak mustahil,sebab pernah terjadi.kepada rakan sekolah saya sendiri.^_^

......

Eray Majid berkata...

aku nak teka...ending die nanti rizal jadi hero, selamatkan diana dari tupai penebuk kelapa si daniel

Tanpa Nama berkata...

alahai...ruginya..
dh mlepas diana nk dpt llki baik mcm rizal tu..

Tanpa Nama berkata...

rizal tu napa tetiba enterframe?

wootwoot berkata...

aku pn nk teka ending dia.Daniel pn xske gak Diana 2 tuka imej.dia lg suka pmpuan yg pndai jaga diri etc etc.

Tanpa Nama berkata...

aku tak rasa ada sambungan - ending yg membuat kn kita berfikir.
NICE!

CyCra~ berkata...

It happens..to me,to ppl around me..even x sedrastik itu..but gurl can really go to that extent..but finally dia akan sdr yg menjadi 'kolot' itu lagi indah..

kyo_9 berkata...

Syed Daniel?
cam pernah dengar nama nih.. tp di mana eh?

Nad berkata...

diana yg desperate..

kueh bakar berkata...

duk kg. bawah lindungan mak bapak.

bila di kl. terasa bebas. mula-mula buat dosa memang kekok tapi lama-lama biasa..dan tak rasa pape..

nak rosak senang.

"lelaki itu durian.perempuan itu timun"

err...citer ni tak sesuai di bulan puasa..terimagin yg bukan-bukan ni.hahaha

Master Yoda berkata...

mcm2 mende le jadi dgn ending yg mcm tu Tot oi...

haish...mcm harun je hang tulis sebegitu rupe..kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

daniel sebenarnyer gay..

sirap bandung soda ais berkata...

tak baik tuduh Daniel.. entah2 dia pun tak hingin pompuan yg mcm tu.. eceheceh. kan da sia2 bukak tudung..
rizal pn blom tentu baik, entah2 kaki pukul?

SN berkata...

ini sekakan2 culture shock juge..mmg gler desperado!maluuuuu

Tanpa Nama berkata...

ape yg tot cube ckp is pompwan baek utk laki baek.. qlw diana pcaye kt diri dy n ttp iman, dy leh dpt laki baek.. may daniel akn ske dyana cmtu, tp stakat ske bwk msuk bilik je laaa~

Tanpa Nama berkata...

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan.
Rebutlah peluang dibulan yang penuh makna ini.
Bulan yang didalamnya ada malam yg lebih baik dari seribu bulan.
Bulan yang didalamnya diturunkan Al-Quran.
Bulan yang Allah gandakan pahala, Doa diterima.
Bulan yang dibelenggu Iblis & Syaitan.

Tapi ape ape pun :

Jangan Pangkah Dacing.

-MatCermin

al- ifudin berkata...

tot saje xbuat ending.. biar kita tertanya dan fikir sendiri...

pndapat aku,, atas pengaruh yati,akhirnya diana dapat tekel daniel.. makin rancak,,pergi berseronok siang malam, pelajaran di abaikan.. bila daniel dah dapat body diana,n terasa dah xsedap dipakai,, diana kene dump.. hati diana berkecamuk.sudah lah jejaka idaman sudah menjadi buaya darat, maruah diri nya pun telah tergadai. dunia sungguh gelap bagi diana sekarang. yati yang sebelum ini berdiri dibelakang diana mula menjauhkan diri. diana amat bingung kerana sudah hilang maruah diri. rizal yang memendam rasa telah tawar hatinya. sudah lah jatuh, ditimpa tangga, keputusan peperiksaan semester diana tidak mencapai tahap yang diperlukannya untuk kekal mendapat pinjaman. diana dibuang daripada universiti. hati diana bagaikan kaca jatuh kebatu.episod malang tidak henti2 menimpa diri nya....

bogl berkata...

Balqis Riza said...

what a waste..aiyaa

August 4, 2011 9:52:00 AM GMT+08:00

Eleh jeles lah tu. Kalau nak tekel Imam muda pakai tudung. Kalau nak tekel Yusri rambut warna.

Mawi pun dulu tunang pakai tudung. Dapat yang rambut warna warni dah tukar.

Yang pakai tudung kahwin dgn penyanyi nasyid..

Semua terpulang kepada lelaki.

Lelaki Arab yang kuat cemubru suka tutup perempuan mereka. Lelaki Amerika, Germany Jepun suka bogelkan perempuan mereka.

Lelaki Arab Osama kena tembak dimata dengan lelaki Amerika haha..


Lelaki yang nak perempuan pakai tudung lemah mcm orang Arab dan tak ada self confident. Bangsa yang maju lelaki dan perempuan sama kuat.

So pilih la lelaki anda..

ngongek berkata...

Blogger Tasha said...

ini sekakan2 culture shock juge..mmg gler desperado!maluuuuu

Apa lak malunya. Pakai tudung hodoh lagi malu.

Apa itu tudung? Bukan budaya Melayu tapi budaya arab.

Di negeri arab perempuan lelaki pakai tudung sebab berpasir.

Kalau tuhan hendak perempuan bertudung nescaya perempuan dilahirkan bertudung tanpa rambut..muahaha.

Ko tak dapat laki lagi nanti lagi nyesal...ngok....!!!

Aslina berkata...

wow. senangnya berubah?

Mantot berkata...

ni golongan sesat mana pulak ni yang dok post komen ni?makin lama makin banyak pulak..aku tgk msg dia sama aje...

Sang Merah berkata...

aku rse nie golongan y percaya "islam dtg dr org arab"....
x slap ada mamat y sma post komen "
Apa itu tudung? Bukan budaya Melayu tapi budaya arab." kt article2 sblm nie hehehe.....

"Kalau tuhan hendak perempuan bertudung nescaya perempuan dilahirkan bertudung tanpa rambut..muahaha."

poor guy.......iq tahap arab sblm kedtgan islam hehehehe...opss mtk maaf terngata.....

Tanpa Nama berkata...

sang merah: tudung bukan soal budaya, tapi tuntutan agama ISLAM..sekian..

Tanpa Nama berkata...

anon August 5, 2011 7:11:00 AM GMT+08:00

sang merah balas komen bodoh ngongek la.baca biar hbs.

brani btl org2 skang permainkan hukum allah.sdh btl.

samehada berkata...

apa nk jd ngan ngokngek ni,,,sesat sgt..ish

jiranmafiarussia berkata...

gila punya Diana -.-'

nasib baik Rizal baca doa makan, buatnya mamai tersalah baca doa dipercepatkan jodoh time tu? kehkeh

Master Yoda berkata...

Another person with "pathethic" attitude had been detected (ngokngek)

Kesian...Mudah2an hidayah ALLAH dikurniakan keatas engkau....:P

Ayu berkata...

sambungan pleaseeee.. mlas nk pikir ending dia...

ngokngek berkata...

Master Yoda said...

Another person with "pathethic" attitude had been detected (ngokngek)

Kesian...Mudah2an hidayah ALLAH dikurniakan keatas engkau....:P"


Kesian kat ko lah Yode, hehe.. melayu hipokrit.

Semoga Allah kurniakan ko kepandaian.

Ko orang yang ghairah sangat nak perempuan pakai tudung mcam orang kampung kenapa. Ko sendiri tak minat..hehe.

Biaq pi ko ambil la perempuan yang pakai tudung ko nak ambik. Memang ada lelaki Melayu yang suka.

Yang pasti masyarakat moden sekarang ada internet berpandangan luas. Tidak terbatas kepada falsafah Arab zaman kuno.

Itu yang nak dimajukan oleh PAS, Taliban Alqaeda dan sewaktu dengan nya.

Tapi tak sampai kemana..syok sendiri je la..hehe. sesat dalam kekunoan.

Oops mengata pula..tapi kalau beno kuno nak buat camne..Kuno mcm Arab hehe.

Apa yang ko orang megahkan..semua yang ko pakai dan buat tak de mengena dgn arab. Tapi asyik dok ulang benda yang sama..

Komen fasal filem moden la, komen pasal makeover perempuan mcm cool banget..la..haih.. mengata lagi hehe.. :)

Mantot berkata...

ngokngek,

katakanlah,suatu masa dulu masa Allah nak turunkan agama Islam...kau rasa lagi sesuai Dia turunkan dekat siapa?

Sebab kau cakap org Arab tak sesuai...tapi Rasulullah itu orang Arab.

Aku konfius la.

Kalau gaya orang Arab "kuno" tu tak sesuai nak diikut orang Islam zaman skrg...kau rasa,apa cara paling baik utk orang Islam tak nak pakai tudung tapi tetap nak tutup aurat?

Tanpa Nama berkata...

ntah nyer si ngok ngek ni, abeh ko nak orang pompuan melayu yg Islam (yer) yg mmg wajib tutup aurat (fokus kat cni rambut yer ngok ngek) nak tutup rambut 2 dgn ape?? plastik giant? surat kabar? tisu lapik bnyak2....aduih...nama dia ngok ngek kan, kita sumer kena 'elaborate' terang dan jelas...dia skolah xabes 2...opssss, termerber'ngata plak, aduyaiii....

Sang Merah berkata...

hmmm dok perati komen2 dlm post2 sblm nie.....harami...fedupla....bogl...ngokngek......smue dok kondem knape kite nk ikot arab....mngkin dorg nie pengikut rasul melayu ye dok? :P

Master Yoda berkata...

"Kesian kat ko lah Yode, hehe.. melayu hipokrit."

Ye, aku org Melayu..hipokrit aku pada UMNO saja..Saja join psl nak tgk kelakuan org2 dlm parti ni..Nak sokong,huish, sanggup aku kunyah kertas soalan periksa student2 aku..Noktah

"Semoga Allah kurniakan ko kepandaian."

Amin, mudah2an....

"Ko orang yang ghairah sangat nak perempuan pakai tudung mcam orang kampung kenapa. Ko sendiri tak minat..hehe..."

Maaf ye, ciri2 isteri gua kene menutup aurat, tak kesah la dgn bertudung mahupun hatta dia kene berselimut (kalau dia sangup)

"Biaq pi ko ambil la perempuan yang pakai tudung ko nak ambik. Memang ada lelaki Melayu yang suka."

Kebykkan masih lagi mengutamakan ciri2 ni kecuali mereka2 yang ase modenisasi tu leih penting drpd agama itu sendiri...

"Yang pasti masyarakat moden sekarang ada internet berpandangan luas. Tidak terbatas kepada falsafah Arab zaman kuno."

Menutup aurat (dlm konteks bertudung) bukan falsafah Arab zaman kuno. Ianya tuntutan drpd Yang Maha Pencipta (yg menciptakan segala-galanya)..Sape kite tuk deny His command...

Aku tegaskan menutup aurat WAJIB utk MUSLIMAH dan betudung adalah slh satu caranya (nak pakai tudung saji ala ronin Jepun pon ok janji cukup syarat)

"Itu yang nak dimajukan oleh PAS, Taliban Alqaeda dan sewaktu dengan nya."

????, apekah??? nape tetibe kaitkan parti2 ini???

"Tapi tak sampai kemana..syok sendiri je la..hehe. sesat dalam kekunoan."

Kalau hang ase bertudung tu memang dh tahap kuno, maka sila lah pakai rain coat, berseluar pjg yang ade hud yg menutup leher,longgar dan pastikan ianya ada corak2 dan manik2 berkilau gitu (nak sgt berfesyen kan)..Aku cuma bg cadangan...

"Oops mengata pula..tapi kalau beno kuno nak buat camne..Kuno mcm Arab hehe."

Sukat hang la nak kate aku kuno...

"Apa yang ko orang megahkan..semua yang ko pakai dan buat tak de mengena dgn arab. Tapi asyik dok ulang benda yang sama.."

Rasulullah S.A.W berasal dari Tanah Arab..Rasullulah S.A.W tu rasul..Salah satu rukun iman: Percaya kpd Rasul..So, ape saja ajaran yang dibawa oleh beliau (Al-Quran dan Hadis) terbukti benar termasuklah isu menutup aurat ni

"Komen fasal filem moden la, komen pasal makeover perempuan mcm cool banget..la..haih.. mengata lagi hehe.. :)"

????Tak faham aku sama sekali...

Maka, lu fikirlah sendiri ye wahai sedara/sedari ngokngek

Selamat bersahur jika lu ni Muslim..

Selamat beroleh hidayah jika lu ni free-thinker

Gen berkata...

ngokngek.ngokgek......memg seswai ngan name ko....

Bertudung untuk tutp aurat bkan untk ikut org arab,org kuno ke ape..yg utamanya TUTUP AURAT..nak fesyen ikut arab ke, ikut barat ke tu citer no 2.

Btw, Ustad aku pnah cakp kalo nak masuk syurga buatlah cara nk masuk syurga, tutp aurat, buat amal, cegah yg mungkar dll..n kalo nak masuk nraka buatlah cara nk masuk nrake x gitu ngokngek??

Ozgur Cek berkata...

Syed Daniel Syed Hussein tu adik-beradik ngan Syed Adney Syed Hussein yang jadi goalkeeper Sabah tu ke?