Ogos 03, 2011

Cerpen 02 - Ayam Percik dan Sirap Bandung Special

Malek merenung jam di tangannya."Dah pukul 4 lebih ni?Mana dia tak balik-balik lagi?" fikirnya.
Perut dah berbunyi.Takkan nak tibai air kosong aje.

Di dalam kepala dia masih lagi terbayang keenakan ayam percik yang selalu dijual setiap kali Ramadhan datang.Dengan kuahnya yang manis dan ayamnya yang lembut,Malek selalu tertanya-tanya ke mana ayam percik itu menghilang setiap kali Ramadhan tamat.

Apa yang paling digemarinya setiap kali pasar Ramadhan di rumahnya mula beroperasi adalah minuman bandung yang saling tak tumpah macam air batu campur. Tapi seperti biasa,mana hilangnya penjual-penjual makanan dan minuman kegemarannya itu setiap kali bukan bulan puasa...entahlah,dia sendiri tak tahu ke mana hala tuju mereka.

Pintu rumah diketuk.Malek senyum. Rahman dah pulang membawa juadahnya.Malek bingkas bangun membuka pintu."Macam mana Man?Ada tak gua punya ayam percik?" sapa Malek."Jangan la risau...ada ni.." jawab Rahman.

"Terbaik!" Malek pantas menyambar plastik di tangan Rahman lalu terus duduk di meja makan.

"Aku pelik la dengan kau Lek,kau bukannya makan minum apa pun dari pagi tadi,hisap rokok pun tak...baik kau puasa aje,lagipun sekarang dah 4 lebih dah ni..3 jam aje lagi.Alang-alang baik kau puasa.." tegur Rahman.

"Ek eleh...kau puasa?Sejak bila pulak kau pandai bersyarah bagi nasihat agama ni?" tanya Malek sambil menghirup bandung merah pekat yang sejuk dan segar.

"Rugi la...aku memang dah set dari pagi tadi tak puasa.Kau pulak sanggup tunggu aku balik dari pasar..tak makan apa-apa tak minum apa-apa...tah la Lek..pelik la kau ni.." jawab Rahman.

"Puasa ke tidak itu antara aku dengan Tuhan.." jelas Malek sambil mata memandang ke atas.

"Tapi kau dah libatkan aku...aku dah le tak puasa..kau pulak camni.." sambung Rahman.

"Camni camne?Cuba kau jelaskan sket.." Malek agak berang nadanya.Tangannya masih lagi bergerak mencubit daging ayam yang lembut sambil pantas disuapkan ke mulut.

Rahman pandang muka Malek tajam."Aku dah banyak dosa,tapi kau dah tambah dosa aku ni...walaupun aku tak buat apa yang Tuhan suruh aku buat...tapi aku tak nak la jugak dosa orang lain kena kat aku sekali.."

"Apa benda kau merepek ni bro?" tanya Malek,makin jelik.

"Aku memang tak puasa.Aku gi pasar ramadhan beli makanan untuk aku,kau nak pesan.Aku balik,kau terus batalkan kau punya puasa semata-mata sebab aku dah balik bawak makanan untuk kau.." jelas Rahman.

Sambung Rahman,"Kau macam mencabar Tuhan pulak.Sepanjang hari kau puasa..tiap2 kali lepas balik pasar Ramadhan kau batalkan puasa kau...dengan makanan yang dijual untuk bukak puasa..." Malek diam merenung ayam perciknya yang tinggal tulang."Aku bukan sengaja Man...ni dah macam tabiat aku...dah berapa lama aku camni...20 tahun lebih rasanya.."

"Apa yang berat sangat dekat kau nak tahan 3 jam lagi?"tanya Rahman."Apa pasal kau pulak nak menasihatkan aku padahal kau dari subuh langsung tak puasa?" herdik Malek.Rahman diam.

"Bro,lu ada lagi rokok?" tanya Malek pada Rahman."Nah.." kata Rahman mengeluarkan sepaket rokok dari poketnya.

"Cantik..." kata Malek sambil tangan mencapai lighter.Rokok diletak dibibir.Pemetik api dipetik.Zaaasss!Api panjang menyala."CILAKA!TERBAKAR BIBIR AKU!ARGHH!PEDIH SIOT!ARGH!PEDIH!PEDIH!"

Malek minum segelas air kosong untuk membasahkan bibirnya.."Kau ke ubah setting api ni jadi paling kuat?" tanya Malek sambil menepuk2 bibirnya."Tah..Tuhan ubah kot.." kata Rahman berlalu pergi masuk ke dalam biliknya.

"Pedih siot!Tak sedap la hisap rokok camni!" jerit Malek.


23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nice story..

Sang Merah berkata...

Gud one!!!

mr edz berkata...

jangan pangkah BN

Tanpa Nama berkata...

mende moral of the story citer ko ni tot

-azwanbakhtiar- berkata...

'tuhan ubah kot.'

statement mendalam tu tot. nice!

Shaza Kasih berkata...

aku tak paham ... sapa paham,terang skit~~

Paolo Balam berkata...

campuran baik dlm jahat, satu blend yg hipokrit dalam ketidaksedaran malek dan Rahman...permainan teguran secara terus dan sindiran oleh Rahman. Hanya penulis tahu api itu kerja Rahman atau Tuhan...

(kalau silap tolong betulkan)

Panca berkata...

Moralnya, jangan isap rokok. U can do it, Tot!

Adlilatun Nur berkata...

Nice one.

Tanpa Nama berkata...

si bebal berborak dengan si dogol...

Zonkers berkata...

moral of the story buat yg blur cam gaban: kalo api lighter pn xleh tahan, apetah lg api neraka.

Master Yoda berkata...

Lu kene kasi draft ni kat Puan Ainon Mohd (Chairman PTS)...Kot la dia leh amik ko jadi penulis PTS ke..Royalti dia byk woooo...

Tanpa Nama berkata...

haha malek xpuasa 20 taun dulu.tp skrg dia dh puasa....haha

wah_hanim berkata...

t'sirat sungguh,pulun scroll sikit2 x nk jump trs kt die punye ending,takut x suspend

Tanpa Nama berkata...

terima kasih zonker..haha..aku mmg slow hari ni

wootwoot berkata...

Malek ialah seorang yang tongong.3 jam je lagi kot.tapi kalau die x solat fardhu pn sebenarny die just tahan lapar n dahaga je.xde sebarang pahala pn die puasa.x bermakna dia boleh makan sebab itu akan tambah je lagi dosa dia.

kasih berkata...

zonkers..time kasih (sempat gi ko 'bagi' org ye)

Tanpa Nama berkata...

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan.
Rebutlah peluang dibulan yang penuh makna ini.
Bulan yang didalamnya ada malam yg lebih baik dari seribu bulan.
Bulan yang didalamnya diturunkan Al-Quran.
Bulan yang Allah gandakan pahala, Doa diterima.
Bulan yang dibelenggu Iblis & Syaitan.

Tapi ape ape pun :

Jangan Pangkah Dacing.

-MatCermin-

Sadun berkata...

macam selalu, memang terbaik la tot gaya penulisan ko.. membawa pmbaca masuk ke dalam.. hehe..

Cik Bucken berkata...

1.carik kawan yg baik(konfem akn mmbawe kebaikan.cmtu gak pilih krajaan)
2.dengar nasihat kwn yg 'jhat'.sbb yg jhat prangai kwn tu tp nasihat die mmbawa kebaikan(nih xtermasuk 40orang ulama mude umno)
3.api dunie sikit je panas tp dh mengamok.api akhirat lagi panas siap sedie la nk 'mengamok'(langsung xtuju kpd pemimpin2 yg amik rasuah atau pemfitnah)

p/s:betol abg mantot?

Mantot berkata...

hehe,iye Cik Bucken tapi kalau boleh,
takyah la dipolitikkan semua benda...ya?

aku tgk kes Khairul Fahmi putus tunang ni pun,ada jugak yang kaitkan dengan pemerintahan PAS...

Ozgur Cek berkata...

@Zonkers WIN....

ADam Dryx berkata...

Hehhehe..

"Action speaks louder than words"
:)