Februari 26, 2010

Resipi Orang Bujang : Nasi Goreng Kegawatan Ekonomi

Bahan-bahan Yang Diperlukan

1. Nasi putih 
2. Dua ulas bawang merah atau sebiji bawang besar
3. Segenggam ikan bilis kecil
4. Setengah sudu teh garam
5. Sebiji telur ayam
6. Minyak masak

Cara Penyediaan

1. Potong bawang sambil panaskan minyak dalam kuali
2. Tumis ikan bilis sehingga rangup
3. Ketepikan sebentar ikan bilis,tumis bawang sehingga naik aromanya
4. Bila bawang sudah masak,masukkan nasi putih,kacau.Pastikan nasi itu tidak berketul-ketul
5. Pecahkan telur ke dalam nasi bila nasi sudah digaul rata,kemudian gaul nasi dengan telur tadi sehingga telur masak
6. Masukkan garam,kacau sehingga sebati.Cuba rasa jika garam tidak mencukupi,tambahkan sedikit demi sedikit

 Variasi Resipi : 
1. Boleh gunakan kicap manis jika anda suka rasa nasi goreng yang manis.
2. Potong kecil2 atau kisar cili padi 4 biji jika anda suka pedas.
3. Telur boleh digoreng atau dimasukkan dalam nasik tetapi pada pandangan aku,bila pecah telur dalam nasik,rasa nasi goreng tu akan jadi lebih sedap.
4. Potong sawi dan masukkan selepas ditumis bawang untuk menambahkan sayuran ke dalam nasi goreng

Kos penyediaan :
Sangat murah,tak lebih Rm1.50 jika anda masak nasik sendiri

10 ulasan:

Days berkata...

wahhh nape kau masak sendiri nih bro? ur wife xsihat ke? heee

Mantot berkata...

aku berjauhan bang.
suami hujung minggu sahaja

AcanCapik berkata...

susah gak bila berjauhan nih...

tubelawak berkata...

eh? camna tajuk boleh dekat2 sama.. ahahahaha... orang buat schedule post.. bukan tiru aaa

mantul berkata...

tot, ko tak ajar cane nak masak nasi dulu..susahla nk wat nasi goreng camni! hahahaha...nape tak makan megi je? sedap dan byk pilihan..

yem berkata...

ouhh ni la nasik goreng abang man tu tot? lame tak rase ko msk.

milo boyd berkata...

demm..lapa..

Tanpa Nama berkata...

cian abg mantot... huhu.. sabar laa ye..

My_Aqeelah berkata...

bila dtg mood M, nasik goreng type ni jugak jadik pilihan..tak payah tunggu gawat lah.

plain83 berkata...

hmm..ni kira agak mewah dah ni, ada 2 sumber protein - telur ayam dan bilis. masa aku study dlu aku slalu makan nasi putih + telur ayam + kicap pon dah kira bukan gawat dah bro...alhamdulillah le ada makanan :)