Februari 04, 2010

(Borak-Borak Sexist) Ingin Berlaku Curang atau Tidak?

Aku lepak-lepak ngan member aku lepas jamming beberapa minggu lepas.Topik perbualan pagi-pagi buta tu berkisar kepada kehidupan rumah tangga.Ada member aku seorang ni,dia tua sket dari aku dan satu soalan dia adalah mengenai "Kau takde ke terfikir nak pempuan lain sebelum ko kawin?"

Aku terkedu kejap.Apa maksud soalan dia?Adakah soalan dia menanyakan aku hendak mencari calon lain ataupun aku "nak" perempuan lain atas katil sebelum aku kawin?

Nasib baik member aku yang dah lama berkahwin ni mencelah,"Perasaan-perasaan tu memang akan wujud.Stended la,setan memang suka kacau sapa-sapa yang nak mendirikan masjid."

"Aha,setan,setan!" kata aku menyokong.

"Kadang-kadang bukan kita yang carik pun.Perempuan tu yang datang.Macam member aku,dah kahwin ni,tapi perempuan tu nak jugak kat dia," sambung member aku.

"Apsal pempuan tu nak jugak kat dia?" tanya aku mengharapkan agar aku dapat mengenali perempuan tu dengan lebih intim."Entahla," jawab member aku membuatkan aku merasa hampa.

"So,kau takde terfikir nak buat jahat kalau peluang tu ada?" tanya member aku tu lagi.

"Aaaa...agak berat soalan kau tu,"jawab aku."Sebab pada aku,peluang buat jahat tu takkan ada kalau kau tak bukak peluang tu sendiri."

"Kalau aku kaki disko ke,aku kaki clubbing ke,mesti peluang tu banyak datang,"jawab member aku yang dah berumahtangga itu dengan yakin.Dalam hati aku,aku membayangkan jika dia ke disko,sudah pastilah peluang itu tertutup rapat kerana aku pernah melihat bagaimana dia menari.

"Peluang buat jahat ni,peluang berlaku curang,akan ada.Sama ada kau nak ambik atau tidak itu terpulang lah kepada diri kau.Sayang ke tidak kau dengan bini kau,"jawab dia lagi.

"Mantot,kau camne?" tanya member aku.

"Aku lepas bertunang,aku duduk dalam rumah aje.Tak keluar.Sebab campurkan darah manis aku dengan wajah aku ni,aku takut tak tahan godaan," jawab aku secara serius.Entah kenapa,member aku yang bertanya pada mulanya tu pun mengangguk tanda setuju dengan kenyataan aku tu.

"Entah kenapa perempuan sekarang suka benar laki yang dah kawin."

"Kadang-kadang,perempuan tu yang lagi gatal dari lelaki..." kata aku membuatkan kepala aku kena ketuk dengan handbag member aku yang dari tadi diam aje tak tau nak kata apa bila kitorang duk pakat kutuk kaum dia.

"Dalam rumahtangga,jangan carik masalah.Bila kau start carik masalah,datanglah masalah tu," kata member aku yang sudahpun agak lama berumahtangga itu dengan muka yakin.

"Sampai bila nak berenti mencari ye tak?Jumpa yang lawa macam Ramlah Ram pun lama-lama nanti bila nampak benda buruk dia camne?Nak carik lagi?" sambung dia.

(Gambar sekadar hiasan.Ni borak2 antara lelaki.Sebab tu dia bias sket bunyinya)

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haha naper pompuan suke lelaki yang dah kawin?? kekadang susah nak jumpe lagi bujang yang ada karisma.. tapi dah tau lelaki tuh dah kawin aku cepat2 je tepis perasaan tuh.. xbaik kaco org punya.. camna klau org kacau kita punya?? dats y aku stil single.. hahah

Xora berkata...

sbb. apa yg kita takleh dapat.. laaaagi la kita nak.. tapi aku rasa, semua ni boleh diatasi. jgn terlalu rapat dgn laki org tu dan jgn layan sgt perasaan tu.. haish!

Beautiful^Devil berkata...

sgt setuju ngan anonymous.. put ourselves in their shoes if that kinda thing happen to us...lagi satu aku rase.. pempuan2 yg suke kat husband org ni sbb ade thrill.. cuz married guy ni will play hard to get.. =)

Dashing Days berkata...

kalo gua..gua hempuk lu ngn tumit kasut..xde keje la pulak kutuk kaum gua.emo.hahaha

Tanpa Nama berkata...

tapi dugaan masa nak kawen tu mmg ada..makin dekat nak kawen makin ramai plak yang nak kt kite..tu belom lg ngn fikiran2 negatif bile dh kawen sok.aku pon sedg melalui ujian tu..huh! moga tuhan lindungan hubungan aku hingga ke akhir hayat aminn...

pompuan fikir laki2 yg dh kawen nie stabil, lebih2 kalo die syg giler kt bini die,bertangugjawab..huh! lagiii lah pompuan2 suke.tu yg xkisah walaupun bermadu asl dpt hidup brsama..hehehe

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) berkata...

betul2. sebab alasan nampak stabil. padahal kat rumah tu tangga dah tunggang langgang dorang tatau. haha.

yang penting tanye hati. nak buat baik ke nak buat jahat ke, semua pada hati dan selera sendiri.

nak kate nak tutup peluang yang datang, peluang tu tetap sentiasa ada. setan takkan berhenti berbisik.

itu laa sebab kene jujur dgn pasangan, dan juga diri sendiri.

illa berkata...

pompuan skrg bukan betoi ngat..
kwn aku, dia bini org..
dok menggatai ngn laki org merangkap bos aku kt opis..
dan lain2 lelaki yg dia rasa teruja nak ngorat..
mmg cam bangang sbb laki dia adalah baik ok.. alim gitu.. kerja pon kt masjid..
kwn aku ni pon bkn org tak berilmu, kira dulu2 muda2 pakai purdah la jugak..

tak tau la apa dia nak kat laki org ni.. kononnya kasih syg yg laki ni bg lebih baik dr laki dia!

so skrg aku tak salah kan lelaki sepenuhya.. pompuan pon sama leh menggila!

daaaaa renung2 kan.. selamat beramal..

buruhKasar berkata...

confusing la cerita ko ni mantot.
cube ko buat macam dialog ke...
aku rasa ok sket kot..

watak die:

a)member ko yang tua-Jason Wade
b)kau-Mustafa Kamal
c)aku-Tony Stark
d)membe ko yang pompuan-Rosnah Mat Aris
baru ok.

tapi aku tak suka post ni, macam haram. tau la aku tak penah gi clubbing. shaitzer kau!

: a w e n g : berkata...

aku pun konfius. 50% je aku igt citer nih. KO edit ke apa tot?

mArc berkata...

Dalam hati aku,aku membayangkan jika dia ke disko,sudah pastilah peluang itu tertutup rapat kerana aku pernah melihat bagaimana dia menari.


hahaha