Februari 09, 2010

Bagaimana Anda Mampu Meningkatkan Penguasaan English Anda Dengan Cara Yang Seronok


Bila aku melayari forum atau blog yang memaparkan mengenai cerita atau "teori konspirasi" yang hangat dan ditulis dalam bahasa orang putih,mesti akan ada yang mintak "tolong translatekan dalam bahasa Melayu boleh tak?"

Aku ada jugak perasan benda tu berlaku sekali dua dalam blog ni bila aku tulis dalam bahasa orang putih dan biasanya malas la aku nak translatekan sebab dah kena buat kerja dua kali,sebab tu aku jarang tulis dalam bahasa orang putih.Agak rugi sebenarnya kalau golongan-golongan orang Melayu yang bukak Malaysia Today dan kemudian tak berapa paham isi penulisan yang terpapar.Sebab itu jugalah blog Uncle Mahathir ditulis dalam kedua-dua versi mungkin kerana Mahathir sedar,orang Melayu agak kantoi bahasa orang putih (Dan dia juga ada tukang translate blog sendiri jadi takde la rasa ralat sangat)

Waktu sekolah menengah aku dulu,aku berada dalam kelompok budak-budak Melayu jadi bahasa pertuturan aku pun 100% BM.Waktu kitorang berdialog dalam bahasa orang putih hanyalah sewaktu kelas bahasa orang putih dengan cikgu yang berbangsa Melayu.Tapi dari segi penguasaan grammar dan writing skills,aku rasa aku ok aje.Cuma bila bab bercakap tu kena fikir dulu sebelum cakap.Susun dulu ayat dalam kepala kemudian cakap.

Kemudian,dalam 3 tahun lepas,aku kerja dekat satu tempat yang memerlukan aku berkomunikasi dalam bahasa orang putih sepanjang waktu kerja.Sebulan dua tu memang agak memeritkan sebab takut tersalah cakap,biasalah lidah orang Kedah ni keras sket.Tapi lama kelamaan benda tu datang secara natural.Mungkin sebab dari awal lagi (lepas sekolah menengah) aku dah mula membuat beberapa tabiat yang membantu aku.

Salah satu benda yang aku buat dan tanpa aku sedari sebenarnya banyak membantu aku belajar cakap bahasa orang putih adalah dengan menonton sitkom.Bukan sitkom-sitkom seperti Phua Chu Kang,yang lebih membantu kepada menjahanamkan bahasa orang putih anda.Maksud aku,sitkom orang putih.

Satu tabiat buruk aku adalah aku tak boleh tidur macam tu aje,aku mesti tengok sesuatu yang buat aku terlelap.Jadi,dari dulu lagi,dua sitkom yang menjadi teman penidur aku adalah Friends dan That 70's Show.Aku akan pusing sitkom tu dari season 1 sampai season akhir dan kemudian aku akan ulang balik sampailah satu tahap di mana aku dah agak boleh hafal dialog dia.

Kemudian aku download lagi sitkom-sitkom lain.Aku layan Everybody Loves Raymond,aku tengok Scrubs dan aku try carik salah satu sitkom yang aku paling suka,Mind Your Language.Zaman sekarang ni sitkom dah makin kurang,yang tinggal adalah sikit macam Big Bang Theory,How I Met Your Mother dan 30 Rock.

Kenapa aku cerita pasal ni?

Tadi,aku pegi gunting rambut tempat aku selalu pegi.Brader tu orang India,bukan India Malaysia tapi India dari India.Masa mula-mula dulu aku tak tau dia orang India dari sana jadi aku agak terkejut bila borak-borak masa Deepavali hari tu dia kata,"saya tak balik,duduk jauh."Aku tanya balik,"Jauh mana?"

"India sana,"jawab dia.
"Dah berapa lama duduk sini?"tanya aku lagi.

"Dua tahun.Saya sampai sini terus kerja sini gunting rambut,"jawab dia.
 "Wow,tere siot kau cakap Melayu!Mana belajar?" tanya aku kagum."Tak belajar.Saya kerja sini dan dengar apa diorang cakap.Lama-lama saya boleh cakap,"bagitau dia.

Orang India pendatang dari sana,tukang gunting rambut,takde pendidikan yang kukuh,2 tahun boleh fasih bahasa Melayu.Orang Melayu yang ada ketuanan Melayu,kerja kilang,ada SPM,bahasa asing yang dia tau hanyalah "piston","voting" dan "gossiping."

22 ulasan:

LANN berkata...

Ada melayu yang tak reti cakap english but they know hw to pronounce FUCK YOU dengan betul. :))

Husky Pusky berkata...

aku pernah chat dengan sorang omputih ni.aku ckp: sorry my english's bad.
then dia balas:at least u know my language.heck i don't even know how to speak malay.not even a word.

bangga kejap.

IntanBerlian berkata...

uh,ye2 sangat kagum kadang2 dgn india yang dtg msia tapi hebat bhasa melayu...saya duk india blaja da dekat 4tahun..nk kate petah langsung x cakap tamil..setakat beberape perkataan dan ayat je boleh.

kyo_9 berkata...

haha..kite berkongsi tabiat pelik yg sama seblom nk masuk tido.. tp ak jenis open x tumpu pada komedi jer.. kadang2 layan movie dan ceramah; of course in english (lol)

Lina Rahim berkata...

hm..saya nak bercakap bahasa inggeris kena fikir vocab& grammar dalam kepala dulu..baru boleh cakap..kalau tidak, speechless..selalunya saya akan inferior sampai tak boleh bercakap bahasa inggeris bila ada orang yang berbual dengan saya bercakap bahasa inggeris yang fasih..

Syed .Z berkata...

Bahasa Melayu amat mudah dipelajari, ada sorang niger sama blaja ngan member aku kat pakistan 6 bulan je lepak ngan org malaysia dah boleh ckp lancar siap boley buat lawak haramjadah lagi. Bahasa melayu mmg amat mudah tp pelik ngan org skrg ada melayu nak ckp melayu pun berbelit lidah..

p/s:mantot aku layan How I Met Your Mother je ngan series Prison break, lOST ngan HEROES. cukup 2 season insyaAllah english korang bley ada slang skit hahaha

Othman Juliana berkata...

Mind Your Language - terbaek!
Aku ada full set series-original. Pelik, kat Malaysia susah nak dapatkan dvd ori cite/sitkom gitu. Mantot, ko try tgk movie lama ni: My Fair Lady-cite psl nk belajar sebutan English yang betul=Phonetics.

NOTA Tambahan: PPSMI?? huh, cadangan aku-the best way to teach the young learners in English by going back to the basic-masukkan blk silibus Phonetics ni. Even English learn to speak English by learning Phonetics!

the artist and i berkata...

btui. orang kedah liat sikit lidah.

ni keja kat sekolah swasta memang improve banyak lah.


semua sitkom tu sampai sekarang layan! :)

hitam berkata...

hoi! menyindir ke!

Syura berkata...

itulah realiti nya.
kalau yang kerja kilang, kita faham lah. tapi kalau graduan pun cakap 'go where?', 'eat what', apa nak jadi tu?

profwacko berkata...

Mind Your Language memang sitcom favourite aku time kecik2 dulu. Full House, Fresh Prince of Bell Air dengan Mind Your Language...

Kekadang, siap ready dictionary kat sblah kalau tak faham ape dorang cakap.

Tanpa Nama berkata...

klu nk hebat lagi, jika lecturer tanya sapa nk buat 'presentation', lu angkat tangan dn konfiden present in english dpan kengkawan anda..lama2 ok lah tu..

afiqsiddhartha berkata...

Entah la. Saya lebih suka bertutur dalam bahasa melayu dengan orang melayu.

budak _kecik berkata...

haha...do have problem as well..
nama je study overseas tp lebih suke ckp melayu bila ngn kwn2 melayu..
but practice makes perfect..bila bergaul ngn classmate saleh..of course kena gak speaking..tergeliat lidah.bila ngn mat saleh.bkn je practise speaking but also listening skill so that bleh reply apa dia ckp..irish accent is totally different from american accent..so tgk citer2 english x membantu sgt...but practice helps a lot

Tsukasa berkata...

aku banyak kawan ngan india ngan cina yg suka cakap inggeris... slalu cakap inggeris... sampai kadang2 ada perkataan ak sebut sampai diorang sendiri x tau.. contohnya 'immortal'.. pastu diorang tanya, 'apa tu ?' ak balas la.. immortal tu maknanya kebal...

sebenarnya kita boleh...
cuma terpulang sama ada nak praktikkan atau tidak.. sekarang, ak tgh blaja cakap Jepun, senang sket nak tackle awek sana.... :D

Days berkata...

sbg sorg teacher gua agk setuju mantot

Nabila Abdul Mukthi berkata...

Aku orang Kedah gak Mantot. And aku cikgu English. Aku setuju dengan si Othman Juliana about teach phonetics balik. Waktu aku ngaji kat Auckland, nz dulu, aku ada jadi tutor untuk a reading clinic kat this primary school. Budak2 ni memang stai tak reti and tak pandai sangat nak baca. So memang kena ajaq phonetics dulu sebut semua bagi betui satu satum then baru masuk ke grammar pulak.

And aku rasa by watching English tv programmes memang boleh blajaq sikit2. Macam org tgk cita Korea, pehtu they pick up the language from there. Lama2 banyak la ayat2 yang boleh tau ye dok?

Ok timakasih byebye

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) berkata...

samalaa. aku sendiri pun agak score lam english subject dulu sbb rajin tgk citer mcgyver, airwolf ngan stargate SG1. mak sedara aku dulu pernah tanye gak "ajar laa anak makteh camne nak speaking" aku terdiam tatau nak guna kekdah lagu mana.

sampai skang pun aku akan beli dvd filem omputih dan pastikan ada subtitle english yg sempurna. dari situ aku boleh belajar konotasi, definisi siap dengan pronounce lagi dengan lebih tepat.

dan itu pun masih tak menjadikan aku mahir english.

setuju dengan budak_kecik. aku skang pun cuma paham american english je. sbb tu byk markah hilang masa jawab peksa dulu.

aku bajet, aku nak bermaustatin kat jepun laa satu hari nanti sbb aku teringin speaking nippon. heheh!

gman berkata...

tahla...aq suka ckp melayu sbenarnya. tp dah english penting, nak taknak kena la blaja jugak...:)

ayie berkata...

pernah pergi woksyop kt filipina..filipinos ni suka berkaraoke, boleh kata setiap mlm je ada sesi karaoke during dinner time..bila aku tanya kenapa? depa ckp salah satu cara nk belajar cakap english..ok gak tu selain tgk sitcom hehe

Tanpa Nama berkata...

aku rase bahasa inggeris perlu menjadi budaya.

Tanpa Nama berkata...

kawan2 aku ada intai web2 nk blaja free dalambi. aku cadangkan lehla layari http://www.talkenglish.com banyak ayat yg simple. nk latih kita bercakap dlm bi ikut slang usa.free je. wat pe nk beli2 padahal ade web free yg bkualiti.