Februari 03, 2010

Kami Kerja Bukan Untuk Tanggung Kerajaan Malaysia

Ura-Ura Mengenai Sistem Pelaksanaan Subsidi Minyak Yang Dikeluarkan Sin Chew Jit Poh

1. Satu tempoh percubaan akan diperkenalkan pada bulan Mac.Kerajaan akhirnya bertindak bijak sedikit mengubah rancangan asal mereka yang mahu memperkenalkan dan melaksanakan sistem itu pada hari yang sama.Plan asal diorang,implement dulu dan biarkan rakyat terkejut beruk pada 1hb Mei 2010.

2. Sesiapa yang mempunyai beberapa buah kereta hanya akan mendapat subsidi untuk sebuah kereta sahaja

3. Sesiapa yang tidak mempunyai kereta tidak layak mendapat subsidi.Mat motor?Mat racing kereta control?

4. Jika anda mempunyai beberapa buah kereta atas nama anda tetapi tidak digunakan oleh anda,contohnya kereta anak-anak anda,anak-anak anda tidak layak mendapat subsidi.Tapi,jangan terburu-buru tukarkan nama tuan kereta anda kepada nama anak anda.Tengok dulu bulan 3 ni macam mana.

5. Sistem kuota had pembelian petrol dengan subsidi dijangka dihadkan antara 100 liter hingga 300 liter seorang.Lebih daripada kuota dalam sebulan,pembelian minyak bayarlah tanpa subsidi.

6. Kerajaan tidak akan mengambil kira nilai kapasiti CC kereta anda dalam pemberian subsidi.

Ingat,semua ni rumours.

...............

Pada pandangan aku,langkah kerajaan ni hanya mampu menunjukkan,kerajaan tak pernah peduli pasal rakyat.Kerajaan hanya peduli pasal kutipan cukai diorang.Ingat.Subsidi 30 sen satu liter.Kerajaan kata kerajaan tanggung 4 billion setiap tahun untuk subsidi.Tarik balik subsidi tu.Tak payah subsidi langsung.Tapi turunkan cukai kereta (atau lebih baik apply sistem macam kat Langkawi).Kenapa?

Katakan Ahmad ingin membeli sebuah kereta "Toyota Vios G."

Harga Semenanjung RM85 ribu.Harga di Langkawi adalah 61,600.Bezanya lebih kurang 24 ribu.Jadi,katalah Ahmad memandu keretanya sebulan dan jumlah petrol yang dipakainya adalah 150 liter sebulan.

Harga 150l minyak 95 bersubsidi : Rm270
Harga 150l minyak 95 tanpa subsidi : Rm315
Bezanya = RM45 sebulan/Rm540 setahun

Bayaran bulanan Toyota Vios G:
Ada cukai - Bayaran 9 tahun 2.8% interest RM8500 downpayment = Rm886.83
Tiada cukai - Bayaran 9 tahun 2.8% interest RM6160 downpayment = Rm642.69
Perbezaan =  Rm244.14 sebulan/Rm2929.80 setahun

Kenapa perkiraan di atas dibuat?

Cuba kita tolakkan penjimatan RM2929.80 dengan nilai minyak tanpa subsidi tu,rakyat akan ada lebihan wang RM2389.80 setahun.Jadi tidak akan ada sesiapa yang bising pasal tidak ada subsidi lagi.


Tapi kerajaan takkan buat macam tu punya sebab diorang akan rugi dan besar kemungkinan pengeluar kereta Malaysia akan lingkup.

Cuba kita apply pulak benda tu dekat kereta nasional.


Perodua Myvi 1.3 SE Auto (RM52,900 ada cukai/RM46,530 takde cukai)
Ada cukai - Bayaran 9 tahun 3.75% interest RM5290 downpayment = Rm589.61
Tiada cukai - Bayaran 9 tahun 3.75% interest RM4653 downpayment = Rm518.62
Perbezaan =  Rm70.99 sebulan / Rm851.88 setahun

Tolakkan RM851.88 dengan Rm540 nilai subsidi setahun,rakyat still untung RM311.88 setahun.

Apa point aku kat sini?Apa-apa perkiraan yang aku buat kat sini takkan memberi kesan apa-apa sebab RAKYAT YANG UNTUNG.Tidak mungkin berlaku selagi kerajaan berperangai Firaun.Yang penting pada diorang,diorang selamat,biarlah rakyat merempat.Sebab tu diorang tengah mencari formula bagaimana untuk memastikan kerajaan tidak rugi.

"Eh,macam mana boleh rugi pulak ni?Duit cukai tahun lepas 88 bilion kan?" tanya anda semua.Komisyen orang tengah beli kapal selam RM500 ribu.Duit kena songlap PKFZ 10 bilion.Isteri perdana menteri pun dapat elaun beribu-ribu sebulan.Apa kejadahnya tu?

Sistem dah korup tak perlulah rakyat disusahkan.

Kesimpulannya,aku tak nak subsidi minyak dan aku tak nak bayar cukai kereta sebab aku tau aku rugi bayar kereta yang makin menyusut nilai dia hari-hari.Aku gi makan KFC pun aku kena bayar cukai.Balik dari makan KFC kena bayar tol.Cukai pendapatan pun kena tolak dari gaji.Beli rokok sekotak kena cukai 5 ringgit lebih.

Kami kerja bukan untuk tanggung kerajaan.Aku nak pegi honeymoon pun tak mampu sebab duit ngam-ngam aje tiap-tiap bulan bayar kereta.

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

minyak naik? tak jadi masalah..

gua kerja kuat2 dan secara tidak langsung gua akan terbiasa dengan harga minyak yang baru.

nak bising2, benda pasti terlaksana juga. nak undi yang lagi satu? lagi korup Malaysia jadinya. jadi cara nak permudahkan hidup, lu buat macam biasa, pandang ke depan, chillek2. nanti hati pun senang.

gua rasa lu ni melayu subsidi. semua nak subsidi macam inilah jadinya. lemah lembik, mengada2 dan banyak komplen - normal melayu.

kan mantot kan?

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) berkata...

fakta : provokasi memerlukan pengkomentar terpaksa berselindung di sebalik nama anonymous.


okeh, aku faham mantot. ko mmg tanak subsidi. sbb tu aku takkan cakap ko melayu subsidi. :P

entah laa. subsidi diperkenalkan untuk membantu. agak2 rasa dah tak perlu membantu boleh laa tarik balik. tapi betul ke tak perlu membantu?

sekiranya ia tidak mendatangkan keuntungan pada kerajaan, maka betullah ia sesuatu yang tidak perlu (point penting dalam entri ko neh)

persoalan aku mudah. sekiranya mekanisma yang digunakan melibatkan mykad, soalnya bagaimana cara mereka mahu menyaring golongan yang layak? melalui cip mykad? tidakkah mereka belajar atau mengetahui berapa ramai rakyat malaysia yang menjadi mangsa cip mykad yang tidak berkualiti. mohon yang baru? mudah, kalau di putrajaya boleh siap dalam masa sehari sahaja. cuma perlu bayar SEPULUH RINGGIT SAHAJA. tak mahal pun kan?

okeh, aku paham, ini rumours, jadi belum ada absolution lagi di situ.

tapi kena ingat, dulu pun ramai yang berkempen agar minyak RON 97 dikekalkan harga. ada mereka amek peduli?

mereka akan menjustifikasikan segala tindakan mereka sebagai suara rakyat 1Malaysia, walaupun bukan 1Malaysia sokong 1Malaysia. ironi, bukan?

:P

nama saya aslina berkata...

eh? aku pun nak jugak la elaun beribu2 sebulan macam isteri perdana menteri...

elaun apa tu wey? belanja dapur eh?

N berkata...

kerja kuat2,kalau rakyat yang slama nih kerja kuat dan cukup2 makan jer nek motor g je kerja,hutang nk bli buku teks skolah anak, cmne?

~memang pun,sokong dua2 pihak pn kita rugi..politik oh politik

sreSHAziela berkata...

sebab tu er gaji 3 ribu pon rase sempit je hidup.. sbb tiap2 bulan nak bg org2 kerajaan mkn.. tiap2 bulan nak byr pcb.. ujung tahun pon dia kaut lagi.. :(

kete kena cukai..
jalan pon ade cukai..
gaji aku pon dia nak cukai..
pintu umah pon dia nak gak cukai..

frust ar camni

Tanpa Nama berkata...

golongan berpendapatan 1.5k ke bawah pula boleh dikira sebagai miskin...

aku pun tak tau akan datang kita rakyat malaysia ni nak jadi cemana... makin merempat agaknya...

Tanpa Nama berkata...

memang madefaker punyer governmnt, cekik rakyat, pru13 aku mau umnobn step down from the govermnet..

balqissy berkata...

aspe boleh dgr suara kita sebenarnye?

echah_syed berkata...

berenti merokok bole tak?? save rm5 :)

alhamdulilah laki aku tak merokok (^_^)

liyana bardi berkata...

suatu hari nanti, masyarakat kita akan jadi sebuah masyarakat yg sangat2 mementingkan wang dan harta..budi bahasa,tolong menolong makn hilang..korupsi dan sebagainya makin banyak..

hmmm,bagusla..sedara mara dan jiran aku kat kampung tu kena makan pucuk ubi+ikan tilapia la hari2..g pekan naik basikal..

Master Yoda berkata...

kah kah kah...

tak sume, tapi ada yang wat

bukan ramai, tapi ade yang wat

wat ape??

wat perkara yg nampak BOD** di mata org ramai yang CELIK, tapi kire dh habis BAGUIH la di mata mereka...

kah kah kah

pelik bukan, tapi wujud....

ini lah satira lucu MALAYSIA

McGuard berkata...

Macamana kalu gomen kita tiru cara negara jiran kita....ckai hanya di kenakan atas penggunaan minyak saja..cukai jalan tak der..hanya insuran saja yang perlu...isi minyak kete RM 10 ...terus tolak cukai jalan..30 sen ke..50 posen ke...atas RM 10 tadi...so sapa yang isi minyak byk dia lah yang kena bayar cukai jalan sbb dia yang paling byk guna jalan..macam aku ..g keje ngan motor..kete simpan dlm stor...tapi tiap2 tahun kena bayar cukai jalan..sebulan adalah RM20..isi minyak setahun..20X12=240..ckai jalan ngan insuran setahun RM850..nasib baik kete beli cash....

~ Muhamad Nor Haqim ~ berkata...

haishhh...

baru berancang2 nak letak sebijik kete kat depn rumah dah kuar citer cmni (wlupn skadar angin lalu)..

jap lagi adelah kuar pulak kate nak naekkan cukai kete,moto..
pastu press sumer turun padang tny pndapat org ramai & rmai lah yg kate kesian gov tanggung subsidi rakyat dah lame...

SHIT lah sumer tu..ptt gov yg kesian kt org ramai..

msia2..

pemerhati =) berkata...

to Anonymous (1st comment)...

memg pon, dieorg nih tau nk mrh je.. name nk majukn diri sndri xde.. sesuaikn diri dgn keadaan tu susah mcm nk mati kot.. ngange n dsuapkn. tu je. fuck n shit jd bhn ucapan, nmpk sngt, type kt blog gune prasaan mrh. aku pon bkn golongn kaye.. tp aku usehe nk majukn diri aku. aku ade dip je, tp aku mrngkak perlahan2 smbung wat degree, sbb dunie ni mkin lame mkin ke dpn.

korg sure sngt ke PR bleh solve the problems bile korg undi? bg chance la kn? try yg baru ye x? aku tgk, PKR nye prjuangn juz nk anwar jd pm jer. dah miskin mlysia ni sok, bleh la die pinjam IMF kn? hahaha.. memg la, short term solution.. jd indon la pasni =).. korg kn suke lepaskn kmrhan kt blog, so nnt, aku nk tgk lak korg hamput PR dlm ni.. sronok tgk korg nih, hehehe..

trpulang la kt korg..

tubelawak berkata...

alaaa.. tak lama lagi banyak pekerjaan pakai robot ja.. tak payah susah-susah.. tukang masak pon pakai robot.. nanti kita tukar gov robot ja senang.. perdana menteri robot perempuan.. undilah robot!!

ShaFeeQ berkata...

aku setuju dgn mantot..kalau nk gune harga pasaran minyak,sume vehicle pun patut harga pasaran la..minyak sebok nk ikut org lain..kete motor xnk..mana bole cmtu..

ni tidak cukai itu,duti ini..kalau kete moto murah minyak mahal ok gk sbb minyak mmg akan mahal macam mane skali pun..

Mantot berkata...

kpd pemerhati yang setuju dgn first comment tu,

ini bukan pasal ko ada kelulusan apa bang/kak.aku kerja pun ok la jugak.bini aku ada master pun takde bezanya pada mata kerajaan ni sebab dia cikgu.ini pasal langkah-langkah kerajaan ambik untuk "menyenangkan rakyat"

tak pernah ke anda terfikir kenapa langkah-langkah yang kerajaan wajibkan tak pernah pun menyenangkan kita?selalunya menyusahkan kita.

satu masa dulu negara kita mampu aje jual kereta ikut harga market.membangun pesat aje.

tapi bila kerajaan kata dekat rakyat,"Jika anda tak cukup duit,anda boleh kurangkan caruman KWSP anda untuk perbelanjaan bulanan" tak nampak ke benda tu bangang?

itu menyelesaikan satu masalah lain dengan menimbulkan masalah lain.

source rakyat tak cukup duit bukan sebab kena bayar minyak mahal.PUNCA SEBENAR majoriti rakyat kita tak cukup duit adalah sebab berhutang bayar kereta.

kereta bukan investment!

kalau rumah mahal,takpe,rumah ada chances naik value dia.kenapa kereta mahal?sebab kerajaan buat dia mahal.

tak nak bagi subsidi boleh aje.
jangan la tekan rakyat kat harga kereta pulak.semua benda nak tekan rakyat melampau la.

~ Muhamad Nor Haqim ~ berkata...

to pemerhati =)..
cuba anda bayangkan..jika artikel ni dipost ke tv,radio,maupn site 1Msia tuh, apakah akan tersiar ngan bulat2 cam apa yg mantot tulis?agak mustahil kan nak bayangkan tu?

kat sinilah suara rakyat yang genuine punya terdengar..

aku bukan pro PR @ UMNO, tapi mana2 pun yang memerintah yang buat camni takkan ada yang sokong (except klu korg taksub tak tau lah kan)

dan please, jangan sama kan indon ngan msia, serious SHIT diorg lagi maju dari kita..kita kononnya boleh wat kete, diorg dah ada aircraft sendiri, UAV lagi canggih drpd kita..yg UAV kat USM tu pun lecturer indon bawak drpd indon sendiri..malu weh klu ko nak banding2 kan ngan negara org lain klu based on cerita kat paper je

Bros" berkata...

aku masih ingat bile kawan aku pro UMNO cakap mcm ni, "bodo, bodo, memang bodo bdk2 U tu nak sokong pembangkang-diorg tak sedar ke yang slama ni UMNO yang bagi diorg loan/scholar utk diorg sambung balajar kat U tu???!!!! Bodo, tak sedar diri!!"

aku tak dapat balas sebab aku tumpang kete dia time tu-kang aku jwb dia yang bodo, mau kena jalan kaki dari highway MRR2 balik serdang!!! mampuih!!!

aku bkn pro mana2 pun, tapi statement dia tu mmg kurang cerdik la~

jadi, adakah pemerhati dok kata gini sbb dok taksub dgn mana-mana parti? contoh mcm kwn aku tu la, ckp la cite mcm mana logik skalipun tetap kata kerajaan buat tu yg terbaik!! hehe~

statement ko yg kasi bau mcm tu PEMERHATI oiiii~

*klu aku kaki subsidi&mintak suap je, aku dok UK-kasi usha dpt kerakyatan sana-tak keje pun dpt elaun sih! br btoi mkn suap!!!

Riochan berkata...

Pe yg aku bole ckp sbb aku mmg terase ngn semua benda mantot ckp(aku mkn kfc, bwk keta nasional,baya tol bla bla)......

F**k them all n Can i F**k u now??

Bob berkata...

Mantot>

Kalau anda belajar ekonomi, subsidi tidak sihat untuk negara. Ia menyembunyikan kos sebenar.

Regim cukai yang cekap penting kepada hasil negara.Kalau kerajaan nak popular, lebih baik dia hapuskan cukai pendapatan.Rakyat mesti suka dan akan terus menyokong kerajaan dalam PRU kelak. Pastu arahkan Petronas bagi RM 1000 pada setiap isirumah. Mesti orang yang takde ilmu pasal ekonomi akan bertepuk girang melaungkan kerajaan memang berjiwa rakyat bukan.

Saya kalau nak ulas benda2 teknikal ni takut susah nak difahamkan pulak.

Tapi pepatah omputih ada menyatakan "saya perlu menjadi zalim untuk memberi kebaikan kepada kamu"

ainee cumi2 berkata...

Bukanlah nak hidup dalam subsidi cuma laungan PM kita, "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" tu macam tak kena. Betul ke rakyat didahulukan? Macam tak je!

Lagi satu, kat dalam berita tu semua asyik nak cerita kebaikan satu pihak je, kebaikan lagi sebelah pihak tak tunjuk tapi tunjuk keburukan je. Itulah gunanya belog. Belog mantot ni byk juga bagi ilmu kat I ni. Hehehe!

Serius I tak sokong mana mana pihak pun cuma kalau orang tu betul betullah, kalau orang tu salah salahlah. Memang bahagia di dunia ni dengan duit duit tu semua tapi nanti kat akhirat meranalah sebab banyak makan duit orang, makan duit rasuah, menipu semua.
Dunia ni hanya syurga sementara je. Kalau sempat bertaubat tak apa. Haishh malas nak pikir pasal kerajaan ni, kita bising pun dieowang bukan dengar pun last last kita terpaksa gaks ikut apa yang tlh ditetapkan..

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) berkata...

haha, ayat ainee gak mantop!

:p

zalim dan tegas adalah dua makna yang berbeza. tak pernah aku dengar sape2 yang berkata "zalimilah aku, memang aku pinta"