Januari 29, 2010

The "No-Panties For Valentine Movement" Official Poster

Ni Lah Contoh-Contoh Mangkuk Nak Menjahanamkan Orang Melayu!Tapi,Siapa Mangkuknya?


SHAH ALAM: Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends.The “no-panties promotion”, being held for the first time, has apparently been gaining interest among the students, who are passing the news by word-of-mouth.

Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion.”

“I feel it is personal,” said Ummi with a smile.

“Valentine’s Day is a good time to express one’s love. And, what we use or don’t use is our right, our freedom. But we will do what is right. It’s a new world now.

Melissa claimed that there was already a large group who planned to go ahead with it.“We will know how many by Valentine’s evening.”

State Islamic Affairs Department (Jais) director Datuk Mohammed Khusrin Munawi said:“We will not allow Muslim students to be taken in by such celebrations that deviate from the teachings of Islam.” (The Star)

..........

Siapa yang persuade ni?Takde pun pihak tu disebutkan?

Tak pakai underwear untuk boyfriend,BODOH.
Sambut valentine,LAGI BODOH.
Melayu ikut benda-benda camni,SUPER BODOH.
Tersenyum apabila ditanya benda-benda camni DAN sambut valentine,UMMI BODOH!
Perempuan Melayu ramai jugak sebenarnya yang suka dieksploitasi.

Siap aa,aku nampak perempuan Melayu tak pakai panties 14hb Februari,aku pegi swipe credit card dekat celah bontot dia. It's A New World Now! Takleh marah!

Filem-Filem Untuk Mat Bunga atau Sesiapa Yang Ingin Menangis

Minggu lepas,sambil tunggu nak ambik isteri aku dari kelas dia,aku bukak la TV tengok apa yang ada,takde benda sangat nak dibuat.Sebab hotel tu takde Astro,aku tengok aje la apa yang ada.Bukak TV2 tengok ada drama Melayu tajuk dia "Mat Bunga."Layan aje la,best jugak sebenarnya.Layan punya layan punya layan,makin lama drama tu membuatkan aku sedikit "terkena." Cilakak,drama ni kutuk orang macam aku ke?Beza "Mat Bunga" dalam cerita tu dengan aku hanyalah:

1. Hero dia pegi gym,aku selalu jalan tepi gym
2. Hero tu pandai berkawan dengan kaum hawa,aku pulak tidak langsung reti

Tapi persamaan dia banyak.Jadi,sebab aku malas nak tulis benda berat-berat,kat sini aku senaraikan untuk lelaki-lelaki yang ingin "melembutkan" sedikit hati mereka;

..................

COUNTDOWN FILEM-FILEM CINTA/KASIH SAYANG YANG MAMPU MEMBUATKAN AKU SEBAK SAMPAIKAN TERPAKSA KUNCI PINTU BILIK BILA TENGOK 

Chasing Amy



Filem kedua yang membuktikan pada aku Ben Affleck boleh la berlakon jugak.Kisah seorang pelukis komik yang gilakan seorang gadis yang bersuara nyaring yang mempunyai kisah silam yang sangat menjijikkan.Walaupun hujung-hujung tu macam nak habiskan cepat tapi emosi dalam filem ni agak realisitk kerana latar belakang wataknya yang bukan dibuat2 dan hanyalah seperti orang kebanyakan.Filem ni menujukkan yang cinta tak boleh dipaksa.Kalau dipaksa macam mana pun,tak berhasil jugak.


Brokeback Mountain




Iye,aku tau cerita ni cerita cinta sesama jenis tapi memang sedih gila filem ni dengan endingnya yang menyayat hati.


Million Dollar Baby/Gran Torino




Clint Eastwood adalah specialist jika perlukan karakter seorang lelaki tua yang garang tetapi berhati suci.Million Dollar Baby digerakkan oleh Hillary Swank tetapi Gran Torino adalah milik Clint Eastwood sepenuhnya.Dua-dua sedih gila.


What's Eating Gilbert Grape?


Ada sesuatu yang sangat istimewa melihat Leonardo Di'Caprio menjadi seorang kanak-kanak spastik yang hensem.Johnny Depp pula menjadi seorang abang yang tersepit sama ada mahu membesar sebagai abang atau mahu membesar sebagai seorang ayah.

Kuch-Kuch Hota Hai



Walaupun aku tak mampu nak layan lagu-lagu dia (aku forwardkan aje) tapi jalan cerita filem ni agak seronok diikuti.Shah Rukh Khan berlakon sangat poyo sampai kadang2 naik menyampah tengok tapi filem ni digerakkan oleh Kajol dan Rani Mukherjee.Bermula dengan penceritaan pada masa tersebut kemudian disusuli pula dengan flashback dan kembali semula penceritaan apa yang terjadi selepas itu,jiwa dan perasaan aku bergolak galik setiap kali melihat Rani Mukherjee memakai pakaian seksi.Membuatkan aku selalu terfikir; "Adakah mampu aku menggantikan cinta pertama aku yang sangat seksi dengan orang yang lain yang tak berapa seksi?"

Cold Mountain


Impian seorang isteri menantikan saat suaminya kembali ke pangkuan setelah bertahun menunggu dengan setia.Lakonan yang sangat hebat daripada Nicole Kidman dan khasnya Renee Zellwegger sebagai seorang perempuan yang memberikan semangat kepada Nicole Kidman untuk meneruskan hidup ketika menanti Jude Law pulang ke pangkuan.

Kabhi Kushi Kabhi Gham



Sebuah cerita kasih sayang keluarga yang terbelah akibat cinta.Susah betul nak kawal perasaan bila mak Shah Rukh Khan terasa macam anak dia dah dekat dengan dia kat shopping kompleks tu.

Frequency



Siapa-siapa yang sudah kehilangan ayah tercinta,sila lah tengok cerita ni untuk mengingatkan kepada diri kita betapa besar kehilangan kita.Walaupun tak logik tapi bond yang ditunjukkan Dennis Quaid dan Jim Caviezel sangat2 menyentuh kalbu.


Jerry Maguire



Tah berapa puluh kali aku ulang tengok cerita ni.Ada sekali aku tengok kat ofis,bila ada rasa2 nak "ter-syahdu" sket aku terus lari keluar hisap rokok.Setiap kali aku tengok cerita ni,perasaan yang sama aje akan muncul.Berani berubah,berani bertindak,yakin dengan diri sendiri dan belajarlah mencintai orang yang mencintai kita.Babak bila Tom Cruise balik rumah dan carik bini dia "Where's my wife?" dan keluarlah Renee Zellwegger dari dapur dengan muka yang sangat comel,berlinangan air mata kat pipi.Aku suka gila Renee Zellwegger berlakon!

Aku tau aku jiwang.
Kutuk lah aku.

Januari 28, 2010

30 Hari Mencari Syampu Bahagian 02 - BAWANG


Sedang aku duduk dan membaca-baca,member aku balik sambil meninjing satu beg plastik."Yo,apa kau beli tu?"tanya aku.

"Yo,wassup my bradah!Aku beli syampu ni...awek aku suruh aku pakai.Dia kata dia dah geli geleman tengok kelemumur aku yang teruk.Kadang-kadang kulit aku yang gelap ni menjadi cerah akibat daripada diselaputi kelemumur,"kata housemate aku dengan slang-slang Jamaica nya.

Dikeluarkan daripada plastik tu satu kotak bergambar Jackie Chan."Ni ha,BAWANG!BAWANG!" kata dia.

"Apa kebenda bawang kena letak dalam kotak ber-Jackie Chan ni?"Pada detik itu barulah terfikir kenapa bila aku tanya pasal syampu hari tu ada dua tiga orang yang kata "PAKAI BAWANG!PAKAI BAWANG!" dan yang paling legend "JACKIE CHAN PUN PAKAI BAWANG!" Mati-mati aku ingatkan korang suruh aku :

1. Gi kedai beli bawang dua tiga ulas
2. Balik rumah buang kulit bawang tu dan potong halus-halus
3. Rendam dalam air dan tuang atas rambut
4. Yakin dengan Jackie Chan

Aku tak pernah dengar langsung ada syampu brand "BAWANG."
Jadi dengan eagernya aku terus meluru ke bilik air untuk mandi.Terus aku basahkan kepala aku yang dah dua hari tak bersyampu sebab aku tertinggal syampu dekat rumah mertua.Dalam hati aku,aku dah tak peduli lagi,rambut macam Jackie Chan pun takpelah asal bebas kelemumur.Aku tuang atas tangan dan bau syampu tu."Bau dia sungguh pelik...tak semacam syampu langsung.." fikir aku.Aku lumurkan ke kepala,gosok2 kepala aku sampai berbuih...kemudiannya...

Tiba-tiba aku dapat merasakan wujud satu kenikmatan yang hebat bermain-main di kepala aku.Seolah-olah ramai amoi-amoi Hong Kong sedang mengusap kepala aku dengan jari jemari mereka yang lembut di tepi pantai yang bersih dan berangin,sambil Jackie Chan meniup nafas lembut ke dalam telinga aku.Lembut sekali perasaan ini.Nafas aku menjadi tenang.

Lalu aku biarkan syampu itu meresap ke dalam kulit kepalaku.Biarkan herba-herba itu meresap masuk membunuh semua fungus dan kutu babi yang ada.Indahnya perasaan ini.Oh Jackie Chan,esok kita jumpa lagi....

Syampu "BAWANG" boleh didapati di pasaraya-pasaraya terkemuka dengan harga RM15.00 satu botol 200ml.Disahkan halal daripada JAKIM.Walaupun packagingnya agak "sangat tidak menarik" tetapi aku dapat merasakan pengurangan kegatalan kulit kepala aku dalam nilai yang minimum.Dipakai kali pertama baru sekejap tadi dan setakat ini tidak ada tanda kesan2 sampingan.

Januari 26, 2010

(PSA) Perhatian Untuk Rakyat Malaysia Yang Budiman



Aku mengharapkan jasa baik anda semua..

Jika anda atau anda kenal sesiapa yang mempunyai darah jenis B+ dan sanggup mendermakannya,bolehlah kontek nombor 012-3916731.Ni member aku,nama dia Lie.

Bapak dia sakit dan memerlukan transfusion darah berjenis B+ dan sekarang ayahnya berada di Subang Jaya Medical Centre.Boleh kontek terus untuk menghulurkan bantuan.SMS ke call ke kalau anda sudi dan ikhlas nak membantu.

Terima kasih.

Assalamualaikum.
Mantot

Januari 22, 2010

Mempercepatkan Kiamat

1. Zina bermaharajalela



Bukak TV aje bermacam-macam jenis zina ada.Best woo!

2. Menghias masjid dan membanggakannya


Masjid Terapunglah...masjid salah kiblat lah...masjid besi lah

3. Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan



Gua sambung belajar sebab gua nak dapat gelaran Doktor dan kasi up gaji gua

4. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang



Cik Zahida Rafik (A.M.N)

5. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita



Sudahkah anda membaca Utusan Malaysia?

6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
Abang Ezam "6 Kotak Bukti"

7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
"Sumpah dengan nama Allah saya tak kenal dia.."

8. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat


Tengok sekeliling anda.Tesco,Carrefour,Jusco,Giant..dekat2 kan?

9. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
Bang,projek ni aku dah bagi...takkan takde komisen sket kot?

10. Orang akan melakukan homoseksual.



 BITCHIN!Lelaki yang bergaya seksi bukanlah lelaki namanya

 

11. Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya



12. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
Ketua Polis Negara borek,pegawai polis rintik.

13. Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
"Berapa harga jawatan Datuk tu?Isk,mahalnya!"

14. Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam




15. Bermaharajalela alat muzik dan penyanyi wanita



Tapi orang Melayu tak pernah salah!

Ini semua salah orang putih!Ini salah sistem kapitalis!Ini salah bangsa lain!Kita cuma ikut aje!Bersama-samalah kita memperjuangkan nama Allah daripada diguna bangsa lain!Orang Melayu!Bangkitlah mempertahankan Islam!Islam mesti dibela (bila perlu!)

Januari 21, 2010

30 Hari Mencari Syampu

Kepala aku mengalami satu masalah yang teruk.
Kelemumur dekat kepala aku makin lama makin tak terkawal.

Satu masa dulu aku try semua jenis syampu,daripada yang berjenama mainstream (Rejoice,Sunsilk,Pantene etc.) dan juga kepada syampu-syampu pelik yang orang akan tanya aku apasal aku pakai syampu tu (Selsun) dan syampu yang berjaya dan berkesan kepada aku hanya satu,Selsun Blue yang bertudung ungu.

Baru-baru ni Selsun dah diambik alik oleh satu syarikat lain.Selain daripada packaging yang makin kecik dan mahal (syampu ni dah memang agak mahal berbanding syampu2 lain) harga dia naik.Apa yang mengecewakan aku adalah apabila aku try syampu Selsun yang baru ni,kesan dia pada kepala aku tak sama.Kalau sebelum ni lepas basuh rambut aku rasa kesat,sekarang ni rambut aku macam biasa aje.Seolah-olah kepala aku immune dengan syampu baru tu.Dan kelemumur makin teruk.Aku cuci rambut aku sehari sekali dan hasil dia still sama (aku rotate dengan syampu Clear).

Aku malu dengan masyarakat sebab aku tau masyarakat khasnya golongan2 wanita cantik memandang serong kaum lelaki kacak yang berkelemumur.Aku adalah salah seorang golongan itu,sangat kacak dan berkelemumur.Isteri aku kata bila dia bermanja-manja dengan aku,seolah-olah seperti di Antartika.

Aku segan.Aku sudah tidak berdaya membeli 3 jenis syampu setiap bulan untuk mencuba (seperti mana aku buat satu masa dulu sebelum aku menjumpai Selsun Blue; seperti yang disyorkan oleh Brad Pitt dalam cerita Ocean Eleven)

Ada sesiapa yang ada petua untuk mengatasi masalah kelemumur?
Aku dah la suka pakai baju gelap.Aku tak suka sangat pakai baju cerah ni sebab bila basah kena hujan,aku dapat merasakan orang ramai tidak suka melihat baju aku yang transparent.

Januari 19, 2010

Adakah "Raja Lawak Astro" Satu Scam SMS Yang Dihalalkan?



Aku tengok Raja Lawak hari tu,saje aje la sebab aku suka tengok pengacara dia.Lagipun aku takde benda nak tengok tunggu game Arsenal pukul 12.00.

Mula aje rancangan keluar la dua orang pengacara dia.Sorang tu memang la lawak dan seorang lagi tu macam malaun mana tah.Tak lawak sangat pun dia.Habis diorang merepek2 dalam beberapa minit keluar la ranking kedudukan undian "Bakal Raja Lawak" ni.Lepas tu terus la pengacara2 ni announce;

"Okeh,anda boleh mulakan undian anda sekarang."

Keluar la peserta2 ni cuba membuat lawak.Ada la yang kelakar...ada la jugak yang membuatkan aku dengan member aku saling pandang memandang kemudian mengeluarkan ayat "Apa ke bangang mangkuk ni punya lawak?" Ada la jugak seorang peserta yang give up tengah2 buat persembahan.itu adalah benda yang paling kelakar dibuat antara semua peserta malam tu.

Habis aje peserta terakhir,break iklan kejap.Kemudian habis aje iklan..pengacara announce "Undian kini telahpun ditutup.."

Aku duduk situ dan termenung kejap.Benda2 yang aku fikir :

1. Apa benda semua tu?

2. Kenapa undian SMS dibuka ketika persembahan sahaja?

3. Apa guna penonton mengundi kalau diorang terpaksa "blind voting" ?Pilih satu peserta favorite kemudian undi ajelah masa rancangan.Kalau dia punye lawak macam haram dan tak menjadi pun takpe la,orang dah undi awal2.Sama la kalau macam kita nak mengundi calon pilihanraya tapi kita tak tau dia tu ok ke tak.

4. Apa guna peserta bertanding?Katakanlah peserta yang mendapat undian paling hampas berusaha untuk menjadikan diri dia lawak malam tu dan nasib dia pulak giliran dia last,maknanya time frame dia untuk convince penonton yang dia mampu jadi Raja Lawak sangatlah singkat.Jarak masa persembahan last dengan time voting ditutup hanyalah 5 minit.

5. BOB LOKMAN?BOB LOKMAN?LAWAK?

6. Mana pegi geng2 Raja Lawak yang tak berapa "marketable" dulu?Kenapa sekarang ni yang tinggal ni yang "muka ada market" aje yang Astro terus ketengahkan?

.................

Aku rasa undian2 SMS ni sepatutnya diharamkan aje oleh kerajaan sebab benda macam ni dah keterlaluan.Tapi aku tau harapan aku takkan kesampaian sebab ehem..ehem..kroni bang.Orang ramai tak nampak ke "loophole" dalam sistem SMS tu?

Rancangan tu seolah-olah dibuat bukan untuk menonjolkan bakat-bakat baru komedi,tapi seolah2 membuka ruang supaya masyarakat/peminat spend duit mereka dengan mengundi "calon pilihan" mereka dan membuka ruang kepada seorang dua Melayu menjadi glemer.(Glamour = Impian Majoriti Orang Melayu).

Dah la sekarang kononya untuk memudahkan penonton,boleh vote 20 undi terus!

Banyak kali jugak la pengacara dua orang tu mengingatkan penonton supaya "mengundi" peserta kegemaran mereka,dengan nada sedih mengingatkan akibat kemungkinan terkeluarnya mereka.

Nak undi undi la.Dia menang jadi Raja Lawak,anda pulak?
Jadi bahan lawak.Jangan lah perabih duit anda dengan benda2 camni.Ananda Krishnan suka betul duit masuk tanpa perlu berusaha keras ni.

Tengok boleh,SMS jangan!

Yang buat lawak bodoh orang Melayu.
Yang SMS dan rugi orang Melayu.
Yang makin kaya orang India nama Ananda.
HIDUP UMNO!

Januari 15, 2010

Film Review : Twilight Saga (New Moon)

"Adakah kau sakit,Bella?" tanya Edward.

"Kenapa kau berkata begitu sayangku?" tanya Bella."Sepanjang masa kau menggeletar dan muka kau,takde pernah aku nampak expression lain.."jelas Edward."Balik-balik muka blank sambil menggeletar.."sambung Edward lagi."Kau tak sayang aku ke Bella?"

"Kau pun sama.Kenapa setiap masa kau catwalk?Kenapa bila kau nak carik pasal dengan Volturi kau kena berdiri dekat tepi pintu dengan sungguh bergaya sambil menayangkan dada kau yang sasa?Apasal bila kau tengok aku,kau pose macam aku tengah pegang kamera?" tanya Bella sedikit tersinggung.

"Shuh,shuh.Senyap..Jacob datang.."pintas Edward mematikan perbualan.

"Hai Bella......I love you.....terimalah aku...love me...repay my love to you," Jacob merenung Bella lalu mengalihkan perhatian kepada Edward."Isk,mamat Vampire ni...ada aje sini,"

"Apahal kau tak pakai baju?" tanya Edward.

"Suka hati aku la tak pakai baju!Kau nak carik gaduh?WARGHH!" Jacob terus bertukar menjadi werewolf.

"Jacob,Edward,jangan gaduh.Tak baik!" jerit Bella sambil menggeletar bibirnya seolah-olah kesejukan melampau.

"Kau tengok Bella...kau boleh suka dengan orang macam ni?Apa yang kau nampak dengan orang macam ni? pekik Edward."Mana pegi seluar pendek dia tadi?" fikir Edward dalam hatinya sambil matanya melilau mencari ke mana pergi seluar pendek Jacob tadi,manalah tau boleh direcycle untuk dijadikan kain buruk.

"Grrrr..grrr..grrrr..woof woof.." Jacob menyeringai.

Bella terus resah,tidak mengerti kenapa dua lelaki yang penting dalam hidupnya tidak dapat bertolak ansur membuatkan wajahnya terus blank dan bibirnya menggeletar semakin kuat.

Rating : 6/10

Januari 14, 2010

Tujuan Murni Kerajaan Adalah Untuk Membuka Peluang Perniagaan Kepada Orang Melayu

"Ustaz,ustaz!" panggil Amin sambil mengangkat tangan."Haa..apa kau nak tanya?" tanya Ustaz tu.

"Macam mana urusan nak berkahwin ni?Susah ke?" tanya Amin

"Eh,senang aje.Takyah risau.Islam tu kan mudah..." jelas Ustaz tu."Yang paling penting sekali,kita mintak persetujuan wali dan pihak perempuan.Kalau dah dapat tu,yang lepas2 tu ikut aje la rukun nikah ni," sambung Ustaz tu lagi.

"Apa rukun nikah tu?"

"First sekali,engkaulah.Pengantin laki.Pastu pengantin perempuan.Wali dah bersetuju,carik dua orang saksi.Sempurnakan akad,iaitu ijab dan kabul.Ada 5 rukun tu,lengkap semua nya.Senang kan Islam ni sebenarnya.." terang Ustaz tu.

"Habis tu apa yang saya buat kat sini Ustaz?Apasal saya kena pegi kursus kahwin sekarang ni?Apsal kalau saya tak hadiri kursus ni,perkahwinan saya tak sah?" tanya Amin,ikhlas.

"Err...ni sekadar nak berkongsi ilmu...Kita kena pastikan pasangan suami isteri tu bersedia...Ikut law Malaysia...." jawab Ustaz tu tergagap-gagap.

"Tadi Ustaz kata Islam tu mudah aje?"kata Amin.

.......................

Rukun Nikah 
1. Lelaki
2. Perempuan
3. Wali
4. 2 orang saksi lelaki 
5. Ijab kabul

 Rukun-Rukun Lain
6. Pergi kurus kahwin
7. Isi pelbagai borang
8. Berulang alik ke Pejabat Agama banyak kali sebab penerangan yang dibagi biasanya tak lengkap
9. Bermacam protokol yang KARUT
10. Bayar itu ini untuk "yuran proses"

Seperti kata Bapak Mertua aku;
"Benda tu dah mudah ikut Islam,kenapa nak disusahkan?Satu masa dulu itu semua tanggungjawab Kerajaan (Pejabat Agama).Free aje.Bawak duit untuk makan.Takde perlu sijil2 pun.Bila dah diswastakan macam sekarang,dah jadi bisnes pulak kursus kahwin ni,diwajibkan pulak tu.Kenapa kerajaan lepas tangan dalam tanggungjawab 'pembangunan sosial'?Semua benda nak duit....."



Januari 12, 2010

Khas Untuk Kaum Hawa : Gambar Baby








Ni anak buah aku.Baru 3 hari umur dia.First time aku tengok,aku nampak muka dia macam budak Jepun.Dia takde nama lagi sebab adik aku dengan husband dia tak decide nama dia lagi.Adik aku lagi sorang suggest satu nama tapi nama tu mungkin tak sesuai dengan seorang budak pempuan Melayu.Dalam perjalanan balik,aku yang lebih2 compare dengan isteri aku."Ayang,ayang,saya nak baby.Saya nak baby." Isteri aku tengok aku semacam.Mungkin dia tak sangka dia kahwin dengan seorang lelaki yang tak berapa normal walaupun dah kenal lama.

Sayembara Pantun : "Melayu dan Letupan Bom"



Aku hari ni balik rumah,
Security guard borak meriah
Apa dia cakap aku tak petah
Orang luar yang jaga rumah

Aku ingat nak pegi makan
Singgah kedai makanan Melayu
Apasal lauk nampak tak sakan?
KONONNYA kedai makanan Melayu

Berapa ringgit semua ni kak?
6 ringgit semuanya bah!
Gadis muda berpangkat kakak,
Nak tersasul tersebut rupiah.

Jalan-jalan kat kawasan pembinaan,
Mana tau jumpa harta tertanam,
Dulu ni tempat kerja si Leman,
Sekarang ni penuh orang Vietnam

Gadis Melayu inginkan kawan,
Jadikan boifren tempat berteman,
Penat mencari orang tempatan,
Bangladesh jugak macam Shah Rukh Khan

Habis mana lelaki Melayu?
Apa mereka buat di siang hari?
Bawah jambatan mata pun kuyu
Dapat dadah sengih berseri

Perempuan pulak senang nak jumpa
Silalah ke Dataran Merdeka
Naik motor punyalah gembira
Punggung nampak satu Malaysia

Orang Cina jual DVD,
Orang India tercabut sendi,
Orang Melayu apa peduli,
Lapar?Pegi pau kat Pasar Seni

Oi kerajaan ku sayang,
Bangunan tinggi pandai kau pacak,
Lampu Putrajaya bertiang-tiang
Tapi Melayu jugak yang haprak

Agama aje Islam,
Perangai macam haram.
Sanggup tak tidur malam,
Kau bom buat apa jahanam?

Januari 09, 2010

Lawak Perdana Menteri KIta Hari Ini Supaya 1Malaysia Bergelak Ketawa

Kadar baru tol lebih memuaskan



SUBANG 8 Jan. - Kerajaan melalui agensi berkaitan kini dalam peringkat akhir melakukan kajian menstrukturkan semula pakej baru kadar tol lebuh raya yang munasabah dengan kualiti perkhidmatan.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kadar baru itu akan mengambil kira mutu perkhidmatan sama ada ia memuaskan hati orang ramai atau sebaliknya, termasuk memastikan kurang kesesakan dan tahap kualiti yang tinggi.

Dalam pada itu, Najib berharap, PLUS terus menyediakan kemudahan lebuh raya yang selesa dan bermutu kepada pengguna termasuk menambah bilangan lorong Beliau membayangkan kos penambahan lorong-lorong baru itu mungkin boleh dikongsi antara syarikat pemegang konsesi dan kerajaan untuk manfaat pengguna.

"(Dengan penambahan lorong baru itu), kalau kadar tol dinaikkan sedikit, orang tidak akan marah sebab perjalanan akan menjadi bertambah lancar dan tiada kesesakan," katanya.

Menurut Najib, syarikat dan badan kerajaan lain yang banyak berhubung dengan orang ramai juga harus mencontohi PLUS yang meletakkan standard tinggi terhadap kemudahan termasuk menyediakan tandas yang bersih.(link asal)


Kata negara Islam,orang Islam,kan kebersihan tu sebahagian daripada iman.Tandas bersih bukan stended mangkuk,tandas bersih tu wajib,keperluan. Orang tak marah?Hahahahahaahahaha.Aku balik Kedah kena tol dekat seratus dengan tempoh perjalanan 12 jam setiap kali aku balik raya,naik motor cepat sket...8 jam.Adakah pemimpin kita ni deluded sebenarnya?Adakah mereka syok sendiri menganggap ekonomi orang Malaysia ni sama hebat dengan Eropah?Dengan orang Arab?

Kau umumkan benda ni masa waktu pelancaran "Ibu Pejabat Baru Management PLUS" mangkuk.Tak ke itu menunjukkan betapa fuckup nya Malaysia ni?

Trend-Trend Dekad Yang Lepas di Malaysia

Sedar-sedar dah 9 hari dalam tahun baru 2010.Laju betol masa berjalan.Kalau tengok-tengok balik,tahun 2000 aku masih lagi seorang student yang struggle.Sekejap betol rasanya.Apa perubahan yang berlaku dekat sekeliling aku?Macam-macam.Tapi aku suka tengok perubahan trend.

1. Perkembangan Internet

Awal tahun 2000 dulu,internet waktu tu masih lagi ditakuk 56kbps.Nak connect internet pun kena dail dulu dan waktu tu internet dikira ikut berapa lama kita pakai.

2. Semakin Mudah Mendapatkan Porno

Industri porno terus lumpuh akibat daripada perkembangan internet,puncanya daripada kemunculan website-website porno streaming yang berlambak-lambak.Dulu nak tengok porno punyalah susah,sekarang ni tulis aje "www.*******.com" dah boleh tengok porno berjam-jam lamanya.Patutlah budak2 sekarang jauh lebih advance.


3. Orang Gila Gadget

Trend yang dimulakan oleh handphone.Kini diteruskan dengan apa-apa saja produk yang bermula dengan huruf "i" didepan.Mungkin kerana consumer sangat mudah dicucuk hidung dan ditarik merata-rata,wujud persaingan antara orang ramai untuk membeli gadget2 terbaru agar tidak merasa ketinggalan.Aku agak menyampah dengan trend ni sebab aku tak suka ditanya "kau tak berminat ke nak beli iphone?" Bet dengan aku,mula-mula memang la seronok pakai iphone tu tapi lama-lama kegunaan dia ada  2 aje; telefon dengan sms.Ada beribu2 phone lain yang harganya tak sampai Rm200 yang boleh buat benda tu.

4. Realiti TV

Demam realiti TV masih belum tamat di Malaysia.Kita masih ada "Sehati Berdansa" (di mana kita keluar duit untuk melihat artis kesayangan menari) Akademi Fantasia (kita mengeluarkan duit untuk memastikan seorang pelajar menang) dan Raja Lawak (kita keluar duit untuk seksa diri sendiri,satu2nya rancangan di mana aku layan sebab pengacara dia aje).Di luar sana masih lagi hangat dengan realiti TV.Hulk Hogan pun ada realiti TV.Yang aku tak faham sampai sekarang,siapa Kim Kardashian dan kenapa dia pun perlu ada realiti TV?

5. Lambakan Filem-Filem Seram

Aku tak sure bila start trend keluarnya filem2 seram dekat Malaysia ni tapi TERLALU BANYAK filem seram sampaikan aku rasa macam masuk "Rumah Hantu" kat fun fair bila nak pegi tengok wayang.

6. Frasa 1Malaysia

Adakah Najib mengharapkan "1Malaysia" akan menjadi satu catchphrase?Bukak radio dengar "Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia." Sekarang ni ada "Klinik Kerajaan 1Malaysia." Benda ni takkan berkesan jika pihak pemerintah pun tidak ber"satu Malaysia." Berapa lama lagi frasa "1Malaysia" ni akan bertahan?Budak-budak kecik boleh la terikut.Orang besar tak main dah frasa2 meaningless ni.Aku nak dengar "Harga gula turun" atau "Gaji Rm800 boleh hidup senang,tak susah di Malaysia." Dan kita boleh tengok banyak pak turut kaki ampu lain yang ikut sama dengan meletakkan angka "1" di apa benda sekalipun.Ada sapa2 nak beli "1Pod" ?

7. Facebook/Twitter

Semua orang ada FB.Najib pun ada Facebook.Anwar Ibrahim pun ada.Tak sure pulak aku Najib add Anwar sebagai member ke tidak.Dan Twitter.Aku tak pernah ikut benda ni sangat tapi kalau update twitter anda ada tertulis "Aku tengah lunch,nothing interesting to write :( " sedarlah,TAKDE ORANG NAK TAU PASAL BENDA TU.

8. Penjagaan Kesihatan

Ada satu masa,aku pegi mana2 shopping kompleks,ada booth rendam kaki dalam air lepas tu keluar macam-macam dari kaki.Lepas tu ada wujud pulak kolam ada ikan,rendam kaki dalam tu,ikan gigit2 kaki.Penuh aje orang nak mencuba.

9. Gadis-Gadis Melayu Semakin Berani




DAMN!Aku selalu hantar kereta aku basuh dan kereta aku dibasuh oleh seorang lelaki yang lurah juburnya kelihatan apabila dia mencangkung nak berus tayar.

Ada sesiapa nak tambah lagi?

Januari 07, 2010

Borak-Borak Bergaduh - Proton Suck atau Aku Yang Suck?


Suatu petang di Cyberjaya...

"Ko ni,apasal suka sangat kutuk Proton?"kata Jimmy (bukan nama sebenar)."Dah terang2 pengusaha lain buat kereta ambik kos lagi murah dan lagi elok,nak buat macam mana.."jawab aku tersipu-sipu.

"Tapi kau tak bangga ke Malaysia ada kereta sendiri?" kata dia lagi.

"Bangga memang bangga tapi aku rasa kalau kereta lain sama harga macam kereta Proton,barulah orang nampak kualiti Proton tu macam mana sebenarnya,takdelah wujud rakyat Malaysia yang bengap kata kereta Proton murah," jawab aku dengan cool.

"Stended aa negara lain ada cukai.Kau tau kan negara lain kereta murah tapi cukai pendapatan tinggi," kata Jimmy lagi."Tapi negara tu takde la merata-rata ada tol." jawab aku."Harga gula pun takde la dinaikkan dengan alasan separa bangang.."

"Tu lah kau,reti komplen,komplen.Kutuk aje tau. Bangga la sket kita ni negara pengeluar kereta!Bukan semua negara mampu buat kereta!" sambung Jimmy sedikit mengherdik."Kita kena sabar la sementara Proton nak membesar,kau tengok la Toyota,Honda,berapa lama diorang nak sampai level tu...kalau kau komplen aje tau,sampai bila diorang nak maju.Bagi la support.Jangan la reti nak komplen aje."

"Ye lah.Lepas ni aku akan support Proton sepenuh hati mengikut saranan Mahathir Mohammad,"jawab aku.

Sampailah makanan yang diorder.Aku order nasi goreng biasa,Jimmy order nasi goreng cina dengan telur dadar.Kitorang pun mula la makan sambil mata aku melilau mencari gadis cantik untuk direnung ketika makan.

"Bang,bang," Jimmy memanggil brader kedai air."Apsal bang?" tanya brader itu dengan sopan.

"Air saya tak cukup manis.Tambah gula boleh bang," jelas Jimmy kepada brader tu.Brader tu pun ambik balik air Jimmy dan tambahkan gula sket.

"Aaaahhhh.Macam ni la baru sedap,"kata Jimmy dengan muka puas hati gila memandangkan cuaca waktu tu agak panas."Cayalah bang." Brader tu pun sengih2 lepas Jimmy puas hati dengan air teh o ais dia.

Aku pun sengih aje la.

Januari 05, 2010

Warkah Pengubat Luka Untuk Gadis-Gadis Single Berumur 18-28 Tahun Supaya Mereka Boleh Move On

Sila gantikan ................ dengan nama timang-timangan anda.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sayangku ................,

Apa khabar?Sihat tak?Dah makan?Bagaimana dengan kehidupan awak,................?Abang di sini sihat belaka mengharungi kehdiupan baru bergelar seorang yang sudah berumah tangga.Agak janggal rasanya pada mulanya tapi Alhamdulillah,segala-galanya lancar.

Sebelum abang meneruskan warkah yang abang karang khas untuk ................ ini wajarlah jika abang menjelaskan dahulu apa yang terjadi agar tidak berlaku salah faham.Abang sudahpun selamat melangsungkan perkahwinan abang pada 18hb Disember 2009 bersamaan tarikh menyambut Awal Muharram.

Tujuan abang menulis warkah ini adalah untuk meredakan kekecewaan dihati ................,ini kerana abang merasakan ................ berhak mengetahui kenapa abang memilih perempuan lain dan bukan ................ Pertama kali abang ingin memohon maaf jika semua ini terjadi secara mengejut dan membuatkan ................ terkejut seperti terkena kejutan elektrik.

Abang menghargai cinta ................ tapi apakan daya jodoh kita tiada.Seperti kata orang2 tua,sudah sampai serunya jadi abang mengambil keputusan untuk bernikah.Bukan niat abang untuk meninggalkan ................ begitu sahaja tetapi abang tidak sanggup lagi untuk berseorangan.Sudah terlalu lama abang menunggu ................ masuk meminang tapi sayang ................ terlalu sibuk dengan *clubbing/belajar/kerja (potong yang mana tidak berkenaan) sehingga membuatkan abang merasa kesunyian.Abang sudah tidak mampu menunggu ................ lagi jadi untuk kali kedua abang memohon maaf kerana tidak memilih ................ sebagai permaisuri hidup abang.

Ini bukan salah ................,ini semua salah abang.Abang yang tak sesuai dan tak memahami ................

Masih ingatkah lagi memori ketika kita bersama?Simpanlah semua memori indah kita kerana itu semua adalah detik-detik manis yang abang harap ................ tidak lupakan.Abang masih ingat bagaimana manisnya senyuman ................ ketika kita bahagia dahulu dan semua memori itu abang akan simpan sampai lah abang tiada.

Mungkin alasan yang abang berikan tidak cukup untuk menjelaskan segala-galanya kepada ................tetapi ingatlah,dalam hati abang,masih ada ..................

................,lupakan abang.Ramai lagi lelaki lain yang lebih baik daripada abang.Abang boleh rekemen seorang dua jika ................ mahu.Pasti hati ................ retak seribu apabila mendengar berita abang sudah berkahwin tetapi ingatlah ................, kumbang bukan seekor.Walaupun satu masa dulu abang adalah kumbang yang senantiasa bersarang di hati ................ tapi kini abang sudahpun menjumpai bunga yang mampu membuatkan abang tidak mahu lagi terbang ke sana ke mari.Ada banyak lagi kumbang yang jauh lebih baik dan hensem berbanding abang jadi abang doakan agar ................ dapat menjadi pilihan hati seorang kumbang lain.

Lupakan abang.Move on.Jangan terlalu kecewa kerana jodoh kita tak kesampaian.


Ingatlah, ................ pernah menjadi sebahagian daripada hidup abang.Abang tidak mungkin dapat melupakan ................ walaupun abang sudahpun beristeri.Kenang abang dalam doamu walaupun jodoh kita tidak ada.. 

Maafkan abang kerana melukakanmu.


Pecah kaca pecah talam,
Sudah baca minta faham

Ikhlas,
Mantot