November 26, 2009
Orang Melayu dan Masa Depan
Orang Melayu merasakan diri mereka tuan di Malaysia,itupun akibat daripada undang2 dan perlembagaan yang menjadi tempat perlindungan yang membuatkan orang Melayu rasa selamat.Padahal jika kita bukak mata luas-luas dan tengok sekeliling,kita akan nampak ada Wisma Ah Beng,Kedai Ah Meng dan Pusat Perniagaan Chow Sing Chi.
Jarang kita nampak Wisma Ahmad bin Abdul Rahman atau Bangunan Perindustrian Shamsul.Astro milik Ananda Krishnan dan Air Asia milik Tony Fernandez .Kenapa?
Adakah kerana orang Melayu merasakan sekadar berkuasa dan mengawal selia sambil makan duit cukai orang2 kaya itu sudah cukup?
Untuk mengenal pasti di mana tahap sesebuah bangsa itu,pada aku,aku selalu nilai daripada "golongan-golongan" yang tak berapa berjaya dalam hidup.Maksud aku,mereka yang tak tentu arah,yang tak habis sekolah dan jahat.Cuba tengok golongan samseng Melayu dan samseng Cina.Apa yang diorang buat?
Samseng Melayu :
1. Pau duit orang tepi jalan
2. Pecah rumah dan curik kecil-kecilan
3. Try pau duit kat Puduraya dengan alasan duit tambang tak cukup
4. Curik besi
5. Ambik upah pukul orang
6. Jual dadah kecil-kecilan
Samseng Cina :
1. Jual DVD
2. Jual pelacur
3. Jual orang
4. Join perniagaan haram
5. Pukul orang kalau perniagaan kena kacau
6. Join perniagaan halal
Aku selalu rasa benda ni adalah perbezaan paling ketara kenapa orang Melayu masih lagi berada pada takuk yang sama.Orang Melayu selalu berfikir,sikit-sikit cukuplah,jadilah banyak tu.Asal dapat sket jadilah,memadailah.Daripada golongan yang paling rendah sehinggalah ke golongan yang atas,orang Melayu majoritinya mempunyai satu matlamat yang sama,fikir untuk hari ini,esok-esok lain cerita.
Sebab itu daripada segala benda dalam kehidupan contohnya perancangan keluarga,perbelanjaan kewangan dan segalanya,orang Melayu terlalu mundur ke belakang.
Fikirkanlah,orang Cina tidak ramai yang mengimpikan dapat menghantar anak mereka masuk ke IPTA tempatan kerana mereka tahu peluang mereka tipis.Tapi ramai yang dapat menghantar anak-anak mereka ke IPTS tempatan dan juga luar negara tanpa perlu menjadi mangsa PTPTN.Ini bukan golongan yang kaya dan berkuasa,mereka yang biasa pun mampu.Member aku,bapak takde,mak kerja biasa aje tapi dapat hantar dia pergi oversea dengan duit sendiri.
Aku akan ingat ayat yang dia cakap kat aku ni sampai bila-bila,"Can save more money lah if didnt go there.I was hoping boleh enroll masuk local IPTA tapi u understand la the situation....but my mom insist I go oversea if cannot get local IPTA.She said she could afford it."
Kita?Mampukah bangsa Melayu berbuat sedemikian?Yang mampu hanyalah golongan yang "ada pangkat" dan "ada gelaran" kan?
Jadi,fikir untuk long term.Takde gunanya kita bahagia sehari dua kemudian 10 tahun kita merana.Generasi muda orang Melayu kena berubah.Mungkin orang2 tua takkan setuju dengan kita.Mungkin Mahathir takkan setuju dengan perubahan.Mungkin kerajaan takkan suka orang Melayu muda tak sealiran dengan cara pemikiran diorang.
Tapi,sampai bila orang Melayu nak macam tu?Kita masih lagi mengamalkan pemikiran zaman sebelum Merdeka."Nak selamat,masuk aje kerja Government.Senang.Terjamin masa depan."
Nasihat yang dah lapok dek hujan dan habis lekang dek panas.Atas sebab nasihat macam tu la tak ramai orang Melayu yang berani berniaga dan kita sedang merasai akibat daripada mentaliti tersebut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
21 ulasan:
Err, pembetulan:
Air Asia pun Ananda Krishnan yang punya. Bukan milik Tony Fernandez. Sebab tu nombor pesawat AK-XXXX.
Bagus teori nko Tot. Nak banding nilai tahap kemajuan bangsa, tengok yang "tak menjadi", bukan yang berjaya.
Kesimpulannya, samseng Melayu perlu lebih business minded dan organized. Kerajaan patut bagi bantuan untuk diorang bukak kilang proses dadah besar-besaran seluruh negara. Kemudian baru bangsa Melayu lebih maju dan disegani ramai. Kan Tot?
Jadi, bila nko nak benti makan gaji ni Tot?
Aku Lihat Layu Dalam Melayu-Malique
Betol ape ko cakap tu,
aku sependapat dengan kau,
padahal banyak kemudahan untuk orang2 melayu yang orang bukan melayu tak dpat,contoh senang pelaburan ASB,di hadkan untuk bumiputra sahaja,aku rasa kalau peluang tu di buka kepada orang bukan melayu,berlumba2 dorang nak join,semalam je aku dah dapat contoh,
ade seorang bukan melayu ni kawen dengan orang sabahan,die gunakan bini die untuk labur dalam ASB,maximum amount lagi,briliant....
dan 1 penyakit lagi,perasaan takut untuk berubah,kadang2 benda tu aku alami sendiri,semuanya nak bersuap,tapi bila difikirkan balik sampai bila?
Kita kene yakin dan berdiri atas kaki sendiri,
adakah semua ni berpunca dari insan2 terdahulu?mungkin.dan kita terikut2 dengan ADAT mereka yang terdahulu,macam kata pepatah,Biar Mati Anak,Jangan Mati Adat.
Jadi,bangunlah anak bangsa,ujudkan melayu yang lebih berdaya saing.
*aku?hihihi..Insyaallah.aku akan berusaha semampu aku.
ASB tu pun ada org melayu bengong yang taknak simpan dalam tu. dah bagi kelebihan pun taknak guna sebaik2nya.. haih.
setuju dengan pendapat anda...orang melayu sekarang kena berubah...
haha,janganla salah anggap bang korox.maksud aku,sejahat2 dan sebangang orang cina,dia akan buat benda yang long termnya nampak hasil,haram mmg haram,tapi basic nya still meniaga.
sejahat dan sebangang orang melayu,dia akan buat benda yang hasilnya instant dan untuk waktu tu aje.pau budak sekolah asal lepas makan tengah hari sudah.
pau pagi makan,pau petang makan petang.
Aku malas nak login kat ofis.
Mantot
melayu boleh!
"Nak selamat,masuk aje kerja Government.Senang.Terjamin masa depan."
aku pun benci statement neh tot.
tapi tot, arus perubahan yang ko sebut2 tu sedang bertiup kencang laa neh. everything takes time, yes. cuma pacuan kita kena laa cara yang betul.
hakikatnya memang dah ada ramai peniaga melayu yang berjaya pun, tapi kalau nak diukur dengan tempoh masa dari 1960-an hingga sekarang, kita masih bergerak terlalu slow.
insya-Allah kalau bakal 'pilot' Malaysia neh nanti tau buat kerja dengan cara yang betul dan amanah, tiket penerbangan untuk generasi akan datang pasti lebih tinggi nilainya. silap2 boleh ke angkasa secara berjemaah.
salam aidiladha...
betol2....
aku pon setuju...
Cuba jadikan ia lebih hebat dari zaman Mahathir...
betol2....
aku pon setuju...
Cuba jadikan ia lebih hebat dari zaman Mahathir...
Pada pandangan sy, org Melayu kebanyakannya takut mencuba.. Kita mudah selesa dgn apa yang ada. Mungkin pengaruh budaya kita yg sebelumnya agak tertutup dgn dunia luar.. Bila kita buat sesuatu..kita buat sikit2..janji pandai buat..kita tanak ambik the extra mile utk buat yg lebih hebat dari setakat cuma pandai buat.. We are lacking self belief and confidence but not all of us, mind.. if we can develop that mindset then we can be as strong as any race in the world.
mentaliti kita telah dididik supaya kerja kerajaan. nanti dah tua2 dapat pencen bagai. aku ada kawan, tenagh belaja sanggup benti kerja sebab dapat kerja gov. kadang2 mentaliti orang susah kita nak ubah.
dan lagi satu orang melayu ni tak berani untuk mencuba dan tidak berani untuk berubah kerana semuanya kerana pemikiran dan mentaliti yang di takuk lama. kalo bab bsns, belum buat apa2 lagi dah fikir kalo bankrup mcmn. huhu.
*sekadar pendapat ;)
lu boleh tak buat satu post pasal mahathir. wa nk sgt tau pendapat lu psl idola satu malaysia tu. walaupun rmi haters nya. tp majority haters dia pn jauh dilubuk hati ttp b'terimakasih kat dia. lu mcm mana pula?
dia pn dah lama nk ubah melayu. dgn buku yang agak sharp dia.malay dilemma. apa lu rasa?
sebenarnye tot.. aku rasa orang melayu terer berniaga sebenarnye.. contoh paling terbaik adalah masa kegemilangan melaka dulu... sampai bahasa melayu jadik lingua franca tuuuu... bahasa perantaraan.. tak power ke tu... tapi itu dulu la... perubahan berlaku lepas zaman kejatuhan melaka...
tapi aku percaya tot, suatu hari nanti orang melayu akan jadi usahawan yang boleh takluk dunia... orang melayu yg aku nak jadikan role model buat masa ni ialah Al-bukhary... respek beb...
Semoga kita semua boleh berubah.. bermula dengan diri kita dulu...
habis tu, sape yg nk keje gavemen nnt?
aku yang baru abeh praktikal ni pun tiba2 je dinasihatkan mintak keje government bila dah grad tahun depan...
sedih betul...
orang melayu pun bole sambung belajar oversea aper?? tapi mitak tajaan JPA, MARA...pastu canang seluruh alam anak aku p belajar obersea atas tajaan...x sesia ak bayar tax kat kerajaan, x sesia aku kije dgn LHDN...huhu...
sajer nak mengarut+mencarut
hahah,
sgt sokong dgn post kali ni.
biasa la pemikiran orang melayu
dari kecil dah di didik mcmtu.
sangat xfaham kenapa susah sangat nak membangun, dah tu kalau ada yg nk cuba membangun, ada pulak yang irihati dan berpenyakit hati yg suka jatuhkn bangsa sendiri. bullshit.
semua ni bergantung pada education masing2. tgk la melayu, klu ada yg masuk IPTS tu dilabelkan bodoh sebab SPM xbagus, so kenalah campak ke IPTS. tapi pernahkah dorg berfikir, student lepasan IPTS adalah lebih marketable kalau nk dibandingkan dr pelajar IPTA yg berderet tanam anggur? pelajar IPTS lebih byk belajar berdikari kalau nk dibndingkn dgn pelajar IPTA. sudah2 la tu wahai kaum melayu yang hanya suka disuap. sampai bila??
tapi yg bagusnya melayu ni satu je la. kalau bab2 hiburan ni sangat hebat. haha tak pernah nak fikir, kaya sgt ke dgn menjadi seorang penghibur?? dah jadi standard mcm artis hollywood ke? hah sudahlah wahai melayu. sedih aku tgk kaum sendiri.
bagus2...semua cakap nampak hebat...harap realiti pun sehebat apa yg ditaip...
ckp serupa bikin...tiap serupa bikin!
"Nak selamat,masuk aje kerja Government.Senang.Terjamin masa depan."
aku setuju 100% dgn artikel ko..seryes dan statement di atas mmg dah muak gila aku dengar..AKU MEMANG SETUJU GILER AHHH!!!
hang pa suma xnak, xpa la.. pi rmai2 gheja swasta.. bgus, gheja swasta bleh kutuk krajaan.. memg trjamin mase dpn kalo gheja krajaan. memg utk long term pon. bkn ke org2 yg suke ckp "pede doh" tu,yg suke ckp cmtu? nape nk mrh bile ade mlayu mudah give up dn fkr ngtive?
"Nak selamat,masuk aje kerja Government.Senang.Terjamin masa depan
kata2 ayah saya
anak2 die tak boleh pilih keje lain slain cikgu,or pape yg bkn kerajaan
arituh sy kene larang sekeras-kerasnye nk amek engineering
haisshhh
Catat Ulasan