November 04, 2009

"Pakcik,Baik Pakcik Jual Ajelah Kereta Antik Pakcik Ni!Menyusahkan Aje Nanti!"


Aku selalu komplen pasal cukai kenderaan.Kenapa?
Sebab rakyat Malaysia majoritinya berhutang 9 tahun untuk bayar kereta dan kebanyakannya menghabiskan 30% gaji mereka untuk membayar kereta sahaja.

Kenapa aku selalu komplen pasal kereta?
Sebab nak tak nak semua akan rasa pasal ni.Kita semua akan rasa.Nak lawan pendapat aku,lawan.Tapi apa faedahnya kau backup kerajaan kalau kerajaan tak backup kau?

Dan sebagai seorang pemilik kereta,anda perlu sedar,banyak betul akta2 baru yang akan diperkenalkan nanti.Aku tak peduli pasal AP ke "abah dia nak bagi projek buat kereta kat anak dia" ke tapi,Rafidah Aziz gemok sebab banyak makan duit AP ke,yang aku selalu tertanya :

kerajaan Malaysia tak sedar ke realiti kehidupan rakyat ni?


1. Kenderaan lebih 10 tahun,insurans naik.

Dah renew insurans? Bersedia untuk terkejut besar bila nak renew insurans kalau kenderaan anda lebih 10 tahun.Nilai insurans dinaikkan atas "nasihat" syarikat-syarikat insurans.(benda ni dah start awal tahun hari tu)

2. Kenderaan lebih 15 tahun,tak boleh renew road tax selagi tak dapat pengesahan Puspakom

Ada baiknya buat benda camni.TAPI kita hutang 9 tahun bang.Kita usaha kerja gigih-gigih kemudian kalau kita ada planning nak simpan kereta tu lama-lama,rancangan tu akan jadi terbantut.Nak hantar Puspakom,nak kena bayar fees.Duit lagi.Puspakom : Syarikat Kroni

3. 2011,Import masuk alat ganti second hand tidak dibenarkan.

Jadi,selepas 2011,jika ada apa-apa kerosakan enjin pada kereta import anda,hanya ada dua pilihan.Sama ada beli dekat authorized dealer (yang markup harga gila-gila) atau jual kereta import anda,beli kereta tempatan.Bagaimana pakcik2 drebar teksi yang pakai teksi style lama tu nak maintain teksi diorang?Wallahuallam.Aku tak tau la motor kena ke tidak.Motor kalau kena jugak alamatnya aku kena jual motor aku dan beli Modenas Elegan.Hahahaha!

Dan apa nasib uncle2 kedai potong?Apa akan terjadi kepada amoi2 cun anak uncle kedai potong?

...........

Semua benda ni rakyat takkan marah kalau kita mampu beli kereta tanpa berhutang lama-lama.Cuba bayangkan kalau kita beli keli kereta dengan installment 5 tahun aje (sebab harga yang rendah) jadi kalau nak dijalankan akta 15 tahun tu kita takde la merasa kerugian yang besar.

Nak laksanakan akta jangka hayat kereta memang la bagus.Tapi mana inisiatif kerajaan nak galakkan benda tu?Orang kaya raya macam menteri mampu la tuka kereta 5 tahun sekali.Kita ni?Yang buat loan 9 tahun,mesti la ada perasaan nak pakai kereta tu selama yang mampu sebab KITA DAH BAYAR LOAN 9 TAHUN!

Takde galakan langsung yang dibuat.Adakah kerajaan menyimpan taktik penurunan cukai kenderaan untuk digunakan apabila pilihanraya menjelang tiba nanti?

Rakyat Malaysia tak kaya.Kereta bukan barang mewah,kereta satu necessity untuk yang berkeluarga.Tapi jika pengeluar kereta nasional tidak mampu mengeluarkan kereta yang sama harga dan sama kualitinya dengan pengeluar kereta lain,tidak perlulah rakyat dibebankan untuk menanggung pembangunan kereta nasional yang sangat stagnant.Kalau Korea boleh buat kereta murah untuk rakyat dia dan dijual murah ke serata dunia,kenapa kereta Malaysia mahal?Kamon la...KIA start daripada buat basikal.Proton terus buat kereta.Jangan lah nak bagi alasan usia Proton kalau ikut industri masih mentah.

Mangkuk punya kerajaan tak pernah fikir pasal rakyat.
Tau nak menguntungkan kroni dan suku sakat diorang.

Bacaan Lanjut Untuk Sesiapa Nak Mengira Nilai Sebenar Kereta Lain Berbanding Kereta Nasional : Baca,Lihat dan Kira Sendiri,Kemudian Nilaikan

26 ulasan:

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) berkata...

aku ngan member aku pun penah gak bincang2 hal neh.

"kalo nak buat, apesal tak buat sekali harung? apesal buat sekerat2? apesal sebok nak tiru orang tapi diri sendiri tak sedar tak cukup kain? yang paling penting, apa niat dorang nak susahkan kita sebenarnya?"

aku jawab:

"1 mesia - pencapaian diutamakan, rakyat didulukan; maksudnya rakyat2 neh tggu laa dulu. biar bagi kerajaan je yg kaya dulu. besok bile dah dpt pencapaian yg dorang mau, baru laa dorang pikir pasal rakyat"

dem!

[Nizt89] berkata...

sy setuju~ huhu awk ni banyak idea utk kondem kerajaan atas fakta yang betul.
kan best kalo awk dpt gtau suma ni depan2 kerajaan. tgk apa diorg jawab.

Amirul berkata...

its time for us to change a lifestyle...
pada aku,saranan kerajaan tu betol,
biasala,setiap apa yang mahu dilaksanakan mesti ade pro dan kontra,
ada baik dan buruknya,
macam kita jugak,ada baik dan buruknya,
kerajaan tu pun terdiri dari manusia2 seperti kita jugak,
so dorang takkan terlepas dari keburukan,
*aku setuju pendapat kau tentang harga kereta nasional.MAHAL!

Tanpa Nama berkata...

Mr Ajai..ko punya slogan tu terbalik ler..malu rosmah nengok nyer..

Rakyat didahulukan (rakyat kena sengsara dulu barulh bapak2 yg jaga rkyat, contohnya rakyat kena bersilau mata sbb tak leh tinted gelap skit, org2 yg plat Z tak per sbb nyawa mereka berharga). Pencapaian diutamakan (tak kira teruk mana pun kita, pencapaian negara di mata org2 negara luar kena diutamakan baik). Tak gitu..

Tanpa Nama berkata...

nyampah..!!! govermen dan suku sakatnya. aku jalan kaki pegi kerja. pedulik apa kalau orang pangil aku aku mcm bangla. atau naik beskal. dah setahun aku x naik bas pergi kerja berapa banyak duit boleh save? huhu!

Tanpa Nama berkata...

nak tukar kereta 5 tahun sekali boleh..macam mana? jadi YB UMNO..diulang YB UMNO..

Asparados berkata...

fuck offf..aku benci kerajaan melayu..aku nak migrate!!!!

xordy berkata...

korea besar bang, sebab tu dia mampu keluar kereta murah sepadan dengan kualiti. kat sana ade rule yang tidak membenarkan pemilik kereta menambah apa2 accesories pada kereta, macam spoiler ataupun fuelsaver, kecuali ambipure. so tak banyak la masalah kereta dorg. kia dengan hyundai sebenarnya lagi fragile dari proton sebenarnya. and handling proton a lot better dari perodua and korean cars. itu pendapat aku la bro. bukan nak kondem, cuma nak kasik pendapat, itu gunanya comment kan?

Mantot berkata...

apa maksud korea besar?
besar dari segi tanah atau besar dari segi jumlah penduduk?cek balik jumlah keluasan tanah diorang dgn kita.jumlah penduduk diorang besar

tah la,berdasarkan pengalaman aku,member aku pakai spectra,tunang aku pakai matrix.compare dengan proton,jauh beza dia.memang jauh dari segi kualiti.handling aku tak tau,aku tak pernah bwk proton.Aku selalu bwk matrix tu,sedap.selesa gila.bwk laju pun tak rasa.

aku just compare Gen2 member aku dgn Spectra member aku.Jauh beza kualiti dia.Harga?Mmg la Spectra mahal lagi tapi mahal sbb cukai.

Cuba tolak cukai.

Kenapa Proton tak mampu keluarkan kereta macam tu dengan harga Spectra sebelum cukai?

ryurisora berkata...

la...cam ne nk beli keter ni... naek bas je la. tp public transport pun mcm haram je prkhidmatannye. huhu.. alih2, kite jugak yg tersepit.. T_T

Sang Penulis berkata...

Peranan rakyat adalah untuk kene tipu dengan kerajaan sendiri. =)

zul berkata...

Amirul..

"its time for us to change a lifestyle..."

ayat ne same la plak ngan ayat PM pencen yg ne:

"ubah gaya hidup"

agak lawak :-D

hafizshinchan berkata...

aku sampai arini tak beli kreta...sampai arini tadak awek nak kat aku sebab aku tadak kereta...awek secantik rosmah mansor pun tak pandang aku, sebab aku tadak kreta...

hidup kerajaan...naikkan laei cukai kereta...biarla kami naik bas rapidkl jee...

Tanpa Nama berkata...

Mungkin anda semua boleh baca di sini
tentang proton..

Mantot berkata...

bapa proton adalah dia,jadi dia akan cakap apa saja untuk menghalalkan apa yg dia percaya.tapi,kena ingat,dia bekas PM,kita level rakyat,beza jauh tu.

kalau dia pertahankan proton utk kepercayaan dia,kita perlu pertahankan hak kita sbb itu hak kita.

jgn salah anggap bila dia kata "kereta luar tak boleh masuk Korea" maksudnya kat Korea hanya ada KIA dan Hyundai.Diorang punya policy sama la macam Naza dan Perodua buat,nak masuk kena joint venture dgn syarikat local.

cuba tanya Mahathir,"berapa lama lagi industri automotif negara perlukan protection?" dan "sampai bila?"

sebab yg aku nampak,polisi diorang lebih kepada membuatkan kereta tempatan nampak murah...tapi sebenarnya tak murah.Mahal tu.

Protection diorang hanya sekadar protection dan tidak banyak membantu dalam advancement industri tu sendiri.

Kita tak boleh ambik timeline kereta Korea dan apply dekat Proton,sebab skrg ni industri tu dah stabil.Teknologi semua dah tersedia ada,tak byk lagi major development yang perlu.Kemodenan sepatutnya membantu Proton matang lagi cepat.

Tapi adakah anda konfiden dengan kualiti Proton untuk membangun dan memajukan diri diorang?

Ramai yang beli Proton sebab terpaksa.Bukan sebab orang tak nak support,tapi ramai yang tau kualiti yang dibayar tak sama dengan nilai keluar tu.

Jangan samakan Proton dengan patriotisme.Bila diorang anggap ini bisnes dan ambik rakyat sebagai "pelanggan yang konfem akan beli kereta diorang," takde maknanya patriotisme lagi dalam Proton.

Nak rakyat support?Keluarkan kereta yang lagi berkualiti.Kalau Suzuki Swift harga kos pengeluar,kos penghantaran dan untung manufacturer (tak masuk untung dan markup dealer dan sales) hanya Rm29ribu

...kenapa Savvy yg buat kat Malaysia,jual kat Malaysia harga dia Rm48ribu?

jgn la ambik bodoh aje percaya apa dia tulis.fikir la rasional UNTUK KAU!dia bekas PM.Kau rakyat.Poket kita tak sama macam dia.

Tanpa Nama berkata...

Agree with Mantot. He also claimed that Malaysia's education is good but then why all his son went to other countries to study?

I think the rakyat Malaysia should wake up especially the Malays. The country is going down and only the Malays who are the majority can bring it up again. Please wake up to make changes for the better. I'm sure you all also do not want to see your next generation suffer under the hands of ... you know who.

Tanpa Nama berkata...

Just do as what Dr Asri mentioned. Think and do not just listen and take it blindly.

bekam berkata...

aku dpt tau keta import terpaksa dinaikkan harga+cukai sebab nak bagi keta malysia ni laku dan nmpk murah compare keta import tp masalah skang ni,keta malaysia ni kualiti agak kureng lah...

emy berkata...

btol2 member ak beli kancil harga rm22K.mntak loan 9tahun alik2 kene byar dekat rm40K.wtf tol...klau ad cash rm40k baek beli BMW 328i 2nd hand.puas gak bwk

aslina berkata...

ahh...bleh blah aa keta2 buatan mesia...kat luar kemain la stendet nak tinggi...kat mesia dah la jual memahal...pastu kualiti tak sama plak tu...bayangkan kazen aku pegi US bawak balik wira pastu gelak terbahak2 kat sedara yang lain pakai wira spesis sama tapi beli kat mesia? kualiti kurang, harga tak bleh blah...

aku gerammm~~!!!

pastu loan plak sampai bertahun2...alamatnye sampai mati la aku naik moto je...itu kalo aku tak kawen la...kalo nak kawen aku wish dapat KAWEN DENGAN YB UMNO...lantak aa jadik bini nombor brape pun...ASALKAN AKU PUN DAPAT TUKAR KETA 5 TAHUN SEKALI!!!

aslina berkata...

abang aku cakap keta apa tah nama...proton la jugak...kat indonesia dijual RM35k(lepas convert ke matawang mesia)

tapi spesis yang sama dalam mesia dijual dengan harga RM50k-60k. takyah compare jejauh la...tu harge kat negara jiran...

aku rasa spesis2 persona/saga kot...aku dah lupa ape spesis yang abang aku mention masa dia balik dari tolong orang2 kene gempa bumi kat padang itu hari.

Other Malaysian berkata...

spesis kura2 kot. proton kekura. :P

Tanpa Nama berkata...

Orang tua ni penipu besar.

mr. carl arif berkata...

aslina - market proton dah sampai ke US? uish.. ;)

mantot, reader ko bau hancing la. kau pun sama bau kencing. kahkahkah!

Tanpa Nama berkata...

ntah bile mase lak proton masok US.. UK ade la kot nak kencing pon agak2 la haha

Tanpa Nama berkata...

hah aku setuju kereta proton ni x berkualiti...dah la mahal...cekik darah...perodua bo tahan la especialy myvi...aku pkai dolphin tahun 92..beli 20k tapi enjin still ok..aku rasa kalu aku beli proton tahun 95 apa agak nya condition enjin dia...msti tiap2 bulan makan duit..duit..duit..duit.. inikah kualiti yg di namakan. berbaloi kah bayar mahal utk bazirkan duit???