November 13, 2009

Ceramah Pagi : Pakcik Itu Memaki Hamun Dalam Masjid


Satu masa dulu,aku cukup tak suka orang alim yang merasakan diri dia sentiasa betul sebab dia alim.Contohnya,mana-mana budak Universiti yang join tabligh dan ketuk pintu ke pintu bilik hostel nak berceramah.Kalau nak ajak ke surau aku takde hal.Ni nak berceramah.
Tapi lepas aku abis belaja aku lupa benda2 tu sebab sekeliling aku dah kurang orang2 ekstremis camni.

Jangan salah paham.Aku cuma tak paham kenapa bila golongan ni kuat beribadah,diorang memandang slack dekat golongan2 kebanyakan macam aku.Kenapa mesti wujud perasaan bangga bila kuat amalkan ajaran agama?Takleh ke kau low profile aje...

Lama kelamaan aku lupa benda tu lepas aku keluar universiti.Sebab takde lagi orang yang paksa aku dengar ceramah dia.Kalau aku nak dengar ceramah aku pegi dengar kat masjid,radio ke,TV ke.Sehinggalah hari tu,aku menjumpai satu pakcik yang sama spesisnya dengan orang2 alim yang aku tak suka tu.

Ini adalah satu cerita benar dan benar belaka.Jangan kagum pulak aku pegi masjid.Aku pegi masjid malam tu pun ada sebab.Aku sangat jarang pegi masjid.Mungkin ada sebabnya cerita ni terjadi masa aku pegi masjid hari tu.

Aku pegi masjid dan bila aku sampai tengah ceramah lepas maghrib.Jadi aku semayang la maghrib dulu dan kemudian duduk layan ceramah pasal "Salam."Masuk la waktu Isyak...bilal masjid tu pun bangun la.Bilal masjid tu berumur la jugak,40 an rasanya umur dia.

"Allah hu akbar Allah hu akbar!"

Tiba-tiba sorang pakcik berserban yang berdiri depan aku ni duk maki bilal tu."Assyadu..assyadu...sebut pun tak betul!"

Jadi,sepanjang azan Isyak tu,Pakcik berserban tadi ni duk mengutuk aje la azan bilal masjid.Ayat2 dia yang aku dengar (sebab dia kutuk kuat2 siap cakap kat orang lain nak mintak pandangan) :

1. "Apa ni sebut pun tak betul!"
2. "Lain kali pegi mengaji dulu!"
3. "Hapa punya sebutan la."
4. "Mendayu2 je lebih"
5. "Bagi sebutan tu betul dulu baru boleh jadi bilal"

Sepanjang azan tu,itu aje lah pakcik tu buat,membantai bilal tu.Agak terkejut jugak la aku.Sampai nak jawab azan tu pun aku dah takleh konsentret.Aku rasa budak2 kecik pun tau apa nak buat masa azan,tapi ini pakcik berserban siap berjubah lagi.Dengan muka masamnya dia jawab azan tu pun macam terpaksa.

Aku bukan pakar agama.Cuma aku nak aje pegi jumpa pakcik tu dan cakap kat dia,"Pakcik,kalau pakcik azan sedap dan ikut tajwid,pakcik aje la yang pegi azan dan gantikan bilal masjid ni."

Macam mana la orang tak cop Islam tu ekstrem?
Kenapa bila kuat amal agama mesti jadi camtu (agaknya pakcik tu kuat amalkan la kot?)Tak salah rasanya jika makin kuat amalan seseorang tu,makin lembut perwatakan dia kan?

Tapi,dalam kepala otak aku,aku still merasakan Pakcik tu maki-maki tu bukan sebab tajwid.Masjid tu masjid orang PAS.Ini semua sebab politik.Bila pegangan politik dan agama dah takleh nak dibezakan,orang Melayu akan terus lah berada pada takuk lama.

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

politik tu sentiasa kotor di orang kurang akal.tak reti gunapakai.sebab tu jadi macam tu.agama pon jatuh tempat kedua.entah apa la azab yang pakcik serban tu dapat nanti.

Tanpa Nama berkata...

"mana-mana budak Universiti yang join tabligh dan ketuk pintu ke pintu bilik hostel nak berceramah"

hehe...saya ada pengalaman ni semasa belajar kat U dulu...nak kata tak minat dengar ceramah agama tu bukan la tapi kadang-kadang tak berapa selesa dengan golongan sebegini...kadang-kadang terpaksa mendiamkan diri dalam bilik bila diorang ketuk pintu bilik...bukan apa sebab kadang-kadang ceramah yang diberi agak merapu dan panjang sehingga banyak mengambil masa yang sepatutnya digunakan untuk study pada waktu tu...

abangsahar berkata...

Mantot,

aku setuju dengan pemerhatian ko..masyarakat kebanyakan masih tak paham-paham yang ketaqwaan bukan letak pada janggut dan jubah tapi atas niat dan perbuatan. Perlakuan pakcik yang ko cerita tu buat seluruh umat Islam malu.

pasal politik takyah gaduh banyak2. Pakcik2 yang kat kampung bertikam mempertahan fahaman politik..Nak tau kebenaran sila datang ke Parlimen Malaysia (nak masuk bagitau ajer " gua pelawat")..tengok sindri kemesraan "pemimpin" berlainan parti kat cafe politician(open space..berpeluk2, borak sambil gelak2..

[Nizt89] berkata...

sy setuju!!

Tanpa Nama berkata...

islam itu indah..tp sebab pak aji2 totok nih laa..membuatkan islam tuh dipandang serong..sengal..

hafiz berkata...

aku rasa la tot,
pakcik tu ada masalah ngan ajk masjid tu, tu yag jadi camtu, saja2 nak prove.

dlm pemilihan ajk masjid pun byk politik. kalau join baru tahu...
tang jemaah tabligh tu, kt surau umh aku pun ada. aku dengar je la ceramah dia dan meraikannya... abis cerita... ;)

Mantot berkata...

aku dengan member aku pernah diceramah 20 minit.dalam 20 minit tu aku tak berbaju,member aku hanya memakai towel (dia nak pegi mandi aaa..)dan sorang lg tgh layan porno jepun.

tapi ceramah tetap jalan

Tanpa Nama berkata...

betul! betul!

hafiz berkata...

hehehehehehe....

Blood Seeker berkata...

Aku dulu masa kat U memang tabligh pon. Tujuan kami datang dari bilik ke bilik bukan nak pandang slack ke apa.....sama-sama ingat mengingatkan. Kami rasa bertanggungjawab nak mengajar, ilmu, tidakkah ia salah? Kami bukan memaksa dengan kekerasan? (Tabligh di IPT yang aku belajar alhamdulillah BEBAS daripada mana-mana fahaman politik).

kami tak memilih orang yang didakwah kan (unlike kader-kader PAS di bawah Pro-M), malah kami berdakwah kepada semua Muslim di kampus, tidak kira brutal atau tidak, pergi surau atau tidak...jangan la samakan kami macam pakcik di atas, pakcik tu agak ekstrim.

Jika anda boleh meluangkan masa untuk menulis blog, menonton pornografi dll, tak salah kalau kita mengisi masa kita dengan perkongsian ilmu? Bukan?

Kami dah diberi peringatan oleh sayid (senior) agar tidak bercakap secara paksa, dan sentiasa berlembut. Kerana kami berpendapat 'memikat' lebih besar kesan daripada 'mengarahkan'.

Jika anda rasa terganggu dengan kedatangan kami ke bilik anda, kami minta maaf - siapalah kami untuk mengganggu urusan dunia anda...

NIMI berkata...

apalah pakcik tu..
tak baik macam tu..
sedangkan waktu azan kan kena diam n jawap azan dia boleh plaks membebel

Tanpa Nama berkata...

Tabilgh ke? arqam ke? PAS ke? tak berparti ker? yg penting solat berjemaah di masjid.... tiada solat seorg lelaki itu selain berjemaah di masjid.......... kalau kat tempat keje... solat di surau atau bilik solat yang di sediakan...... lelaki aula berjemaah......

Tang majlis Ilmu, kata nabi.... taman2 syurga..... jgn lepaskan....

bila kita menghadiri majlis ilmu, niatkan kita ni belajar.... maknanya kita ni pelajar...... kalau ada benda2 bodoh kita buat/terbuat kita masih ada alasan i.e. kita ni pelajar....

Jadi orang yang tak nak ke majlis ilmu... maknanye dia sombong kerana berangapan ilmu sudah perfect sedangkan jika segala lautan dijadikan dakwat dan segala pohon2 kayu dijadikan pena tidak akan habis ilmu Allah itu.

Allahuaklam.

Wak Kang

Kap berkata...

kemas!

Nasarudin berkata...

Ada banyak ilmu yang dapat masa budak tabligh datang bilik dapat berbincang tentang islam walaupun aku tak setuju dengan tabligh ni. Buat ikhwan (changloon) engineering Perindu 2 Bilik 1003 ITM 1986 kalaulah terbaca posting ini thanks for all the discussions we have regarding tabligh and islam

nasayus@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

perbuatan pakcik tu betul...dia mintak bilal tu betulkan bacaan azan...kalau sebutan dah salah macam mana solat nak diterima walaupun niat bilal tu baik untuk solat...

mungkin bilal tu tak sedar...pakcik tu patut tegur bilal tu dengan personal bukan di khalayak kerana perbuatannya menegur di khalayak boleh memalukan bilal itu...

:D

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) berkata...

aku nak quote dua ayat ko mantot untuk mereka yang terlepas pandang.

"Kenapa mesti wujud perasaan bangga bila kuat amalkan ajaran agama? Takleh ke kau low profile aje..."

kan? kan? kan?

"nak aje pegi jumpa pakcik tu dan cakap kat dia,"Pakcik,kalau pakcik azan sedap dan ikut tajwid,pakcik aje la yang pegi azan dan gantikan bilal masjid ni."

mesti pakcik cakap : "memang dah lama dah niat aku nak collect elaun sebagai bilal kat masjid neh. tapi pakcik depan ko neh haa dah potong line dulu"

haih, dunia...

Tanpa Nama berkata...

Salam tot, mmg betul apa ko fikir dan tuliskan ni. Hampir smua tmpat msti ada golongan mcm ni tot, lagak mcm 'mufti' smua dlm masjid tp byk buat bising dlm masjid. Ini adalah realiti masyarakat kta lah dulu dan sekrang. Budak2 kcik slalu jd mangsa kena marah org2 golongan gini sehingga menjadi alasan bila di org dewasa tak nk ke masjid. Psl beri cermah kat bilk tu mmg usaha yg murni dan ssh nk buat sbenarnya jika tak kuat..kta pikir positif jelah moga amalan ini berterusan baik dlm U maupun luar mcm kat wad hospital. sebab sedar tak sedar tabligh2 kristian pun aktif dlm perkara ni. Jd bagi sokongan dgn mendengar kpd tabligh2 Islam yg masih ada ni..

sepol utusan berkata...

wa mau kongsi celita ini kisah berlaku di MASJID TABLIGH Seri PEtaling, wa dh get ready nk dgr khubah jemaat, wa ske sbb die xpki teks meme hebat.. TTP dlm aku nk mdgr khutbah tetibe de mamat tabligh neh mudala... suda start mau kasi ceramah dkt gua... bg salam kenal2 kendian startlaa

ni khutbah dh nk start neh die xfhm bahase gak...

last aku sound, bro... lu nk x pahala jumaat lu GUGUR? dia jwp ish mstla xnk knape bang?

GUA NAK DGR KHUTBAH JUMAAT bknlah xnk dgr khutbah lu, tp kesianla nnt pahale jumaat lu GUGUR sbb lu berckp time khatib bace khutbah...

dia snyum kelat trus pi tmpt amik wudhuk...

kat sini gua bkn nk blame lu mamat2 tabligh or wutevalah... tp dulukan yg mana islam unjurkan, klu lu ada tgggjwb pd mak bapak lu dulukan, anak isteri lu dlukn... manetau itu adlh terlebih baik dr kuar 4o hari yg lu org kejar2kan...

Amirul berkata...

Pakcik!Tak salah apa yang pakcik nak cuba sampaikan,tapi cuba sampaikan ke si bilal...bukan omelan di belakang.
Mantot,kenapa kau fikirkan politik dalam hal ni?pakcik tu pakai jubah ada lambang parti lain ke?

*masjid pon ade cop eh?PAS@UMNO?Mana anda mahu masuk?haiz...bila agama di politikkan.

Tanpa Nama berkata...

mantot! ko x taw ke ape nabi wat dulu2.. bdak tabligh nk ckp psal agame 20 mnit xbley, ckap psal dunie ko x kesah plak

Tanpa Nama berkata...

jgnla politikkan agama korang. psl perangai org melayu,agama jd psoalan. aku nak kawin dgn melayu pun ssh..

Tanpa Nama berkata...

hahaha.. masjid org pas? uu.. ade lebel eh? jd pakcik yg sound tu org umno ke? oowh, ptut la aku smbhyg kt masjid d klantan ceramah lpas smbhyg die siap kutuk2 krajaan lg. xpe lak eh kalo kutuk krajaan. ingt dlm soal agama tolak tepi politik. rupe nye kene ambk kire gak pd org2...tuttt.., ai dunia.

jagong berkata...

aku pun pelik, nape certain stok alim ni makin alim makin kerek.. maybe dia solat xtgl,mengaji,songkok/tudung labuh wajib tutup kepale bagai, tp tak perlu kot nk memandang hina golongn sederhane cam aku. spatutnye makin byk amalan, makin humble.makin tawaduk.ni nak pandang2 slek kan.ak rase depa ni wat ibadah bkn lillahitaala.mungkin nk mnunjuk jew kot.. tu psl kerek manjang,baget je..agak2 laa kan. solat tonggang tonggek habuk tarak...musykil2

Hisyam berkata...

aku ni bkn la dak tabligh pn.juz nk ckp pendapat aku.
ko nih, dak2 tabligh tu x xpakse pon ko dengar.kalo ko xnk bg mase, ckp je r.
tp,btol r kn, lebih baik ko dgr lagu,tgk tv ke drpd dgr peringatan akhirat drpd dak2 tabligh tu an...

n e way,bkn patut ko brterima kasih ke kt dorg yg dorg sanggup dtg dr bilik ke bilik,igtkn cket bab akhirat yg kite nih slalu lupe.padahal dorg nk study gak,,