November 15, 2009

Ceramah Pagi : Hubungan Suami dan Isteri


Aku rasa adat kita membentuk bagaimana berkembangnya hubungan suami isteri itu.Isteri dipanggil dengan gelaran "orang rumah","suri rumah" atau "tukang masak."

Kalau kita lihat pun,banyak petua2 orang tua yang membuatkan kaum perempuan dilabelkan sebagai "mereka yang bekerja di dapur" dan "tukang masak masakan kegemaran suami."

Jadi,meh sini aku bagitau korang satu benda penting yang aku belajar daripada kursus kahwin hari tu.

Dalam hubungan suami isteri mengikut Islam,tugas-tugas memasak,mengemas rumah,cuci kipas,cat dinding,basuk berak anak,mem-vacuum rumah dan sebagainya..

....adalah tugas si Suami.Suami bertanggungjawab memastikan semua benda tu dan fungsi suami adalah "BEKERJA" untuk rumah tangga itu.

Tugas isteri?

Tugas isteri hanyalah taat dan patuh kepada suami serta mencantikkan diri untuk suami (untuk suami dan bukan untuk orang awam,pakai perfume habis satu ofis bau.).Jika seseorang isteri itu enggan memasak atas arahan suaminya,isterinya tidak bersalah kerana itu tugas suami.Isteri ada hak membantu suaminya membuat kerja2 itu jika suaminya memerlukan pertolongan.

Tengok drama,siapa masak?Siapa sapu sampah?Siapa mandikan anak?
Perempuan kan?Itu semua sebab adat kita.Ikut agama lain bang.Nak ikut mana?

Kaum lelaki semua,bersedialah untuk belajar memasak dan memakai apron di rumah.Mental aku lepas tau benda tu terus terganggu sekejap.Habis luruh segala pemahaman lama aku pasal tugas suami isteri ni.

Ada lah seketika tu aku wish aku ada vagina.
Dan baru lah aku sedar,suami yang menggelarkan isteri mereka orang rumah adalah suami yang tak menunaikan tanggungjawab diorang,sebab lelaki sepatutnya "orang rumah" sesebuah keluarga.

42 ulasan:

[Nizt89] berkata...

betul2, mmg itu tugas suami~ lol
mmg hukum agama ckp cmtuh~
alah tp lg best kalo isteri n suami sama2 buat suma tu. sama2 kerja kat dapur, baru la isteri rasa bahagia.
nak memasak pun best sbb kekasih hati tlg sama kat dapur kn3?

hehe

Zeela berkata...

bro,
tolerate je la.
buat t&c b4 kawen, bini buat tu, laki buat ni. fair n square la.

Mantot berkata...

hehe,
bukan aku tak suke,cume aku terkejut sebab selama ni mmg nampak perempuan punya tanggungjawab semua tu.

esumi-lynn berkata...

Haha. Memang patut suami buat. Tapi rasanya these days, perempuan pun dah terbiasa untuk buat semua ni. So, kalau boleh buat bersama, cukup seronok lah untuk isteri tu. Tak perlu lah lelaki buat semua, just chip in sikit pun, isteri akan seronok. :)

*cakap macam aku dah kahwin je. Haha*

Tanpa Nama berkata...

a'a..kalau perempuan tuh bekerja,btol gak..suami pun kena la menolong dlm hal2 rumah..tapi kalau suami jer bekerja dan perempuan jadi suri rumah, takkan memasak, basuh kain, sapu rumah suami kena buat gak? mlampao ar tuh..at least tolong ringankan beban dengan buat kerja2 rumah bila suami pergi kerja, suami pun ble hujung minggu bleh la tolong skali

Shahira berkata...

bwtlah pembedahan transeksual.
baru merasa ade vagina.
hahaha.

azza berkata...

yup...i've been told that by my Ustaz Rock kat sekolah dulu.

So theres no reason for guys to say.."Aku ceraikan ko talak due sebab ko tanak masak asam kegemaran aku tiap kali ko balik keje..."

Kite ade terbace dulu sorg Khatib kat Turkey, bg khutbah tentang meminta suami2 tuk tlg la isteri di dapur,klu takde air tu tlg la angkat air dr perigi (mungkin ni kawasan kpg kot)...last2 Khatib tu dimaki kaw2...

Tp bende ni, its juz about understanding & toleration...tak perlu la bergadoh psl sape punye giliran nak basoh beras...kan.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dgn pendapat zeela tu.toleransi yg paling penting.tp ada ke hadis nabi yg menyatakan suami yg kena masak, basuh pinggan mangkuk, jaga anak semuanya tu?setahu saya benda tu adalah ijtihad para ulamak.kalau hadis isteri kena patuh dgn suami tu adalah.smpikan suami perlu diutamakan lebih dari ibu bapa sendiri.jadi klu suami suruh masak ke basuh baju ke, isteri x nak, kan tu dah x patuh dengan suami lagi.

Ladynoe™ berkata...

Aku rasa, kebanyakkan lelaki baru tau benda ni selepas pergi kursus kawen. Itu pun ada yang buat-buat tak tau lagi selepas dah kahwin.

Sebagai rakan blogger (walau tak ber-kawan sgt), aku harap kau jadik lah suami seperti yang ustat kau ajar kat kursus kahwin tu ya.

=)

safuan hakim berkata...

ha. ni la pengajaran cerita kisah saidina umar dulu. lupa nak bgtau. hahaha. sorry.

ateeka amer berkata...

da tau lama da benda ni. tapi orang melayu, biasa la. pentingkan adat. wtf la.

eh jadi kan, kalau aku tak pandai masak pas kawen pun takpe la kan? ;P

dR. MuS berkata...

bole masak sedap tu added value kot :)

ada maya berkata...

tak rugi la ko pegi kursus kawen, ada jugak ilmu baru masuk kepala.. :P

The Spiral Eyes berkata...

aku harap laki aku sedemikian rajinnya membersihkan rumah

Tanpa Nama berkata...

Yup.. kebanyakkan lelaki melayu memang ingat tu tanggungjawab isteri. Sedangkan, if isteri minta orang gaji, suami kena usahakan. tapi orang melayu ni baik kan? bekerja pun dia.. memasak pun dia.. kemas rumah pun dia.. tapi apa2 pun, memang pengetahuan itu kuasa :)

C kEniT berkata...

wah....
akhirnye wujud gak la kaum adam yg sedar tanggungjawabnya....
kan bagus kalau semua sedar....

abg montot..
ape kate abg montot bagi speech utk kaum2 abg....

atleast, people out there will realize something....

Mantot berkata...

tak nak aku bagi ceramah,nanti kena tangkap!

izzat berkata...

berkata Said Hawwa" Katanya, “sesungguhnya aku melihat adanya segelintir manusia yang menghairankan aku. Aku melihat mereka melayan isteri masing-masing seolah-olah si isteri itu adalah orang suruhannya. Perlakuan itu beralasankan hak ditaati yang diberikan oleh Islam kepada suami ke atas pihak isteri, dan itu menjadikan si isteri sebagai orang suruhan suaminya.”

dipetik dr : saifulislam.com

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) berkata...

ko teringin nak merasa ada vagina semenjak ko tertengok Robert Pattinson lagi kan? wakakaka... bersedialah ko dibahan untuk beberapa tempoh masa lagi akan datang...

tapi bab suami isteri tu, aku sendiri pon kompius bila konsep 'taat kepada suami vs. tanggungjawab si suami'.

adalah lebih afdal kalo kite bertolenrasi dalam perhubungan (seperti yang disyorkan pengkomen2 lain) tapi masih mengikut nas-nas-Nya supaya kita tak tersimpang dari ajaran asal.

contoh kalo ade salah sorang tak pandai masak, yg pandai masak tu tolong laa masak atau kalo due2 tak pandai masak, si laki kene laa carik duit lebih untuk makan kat luar (bukan makan luar).

dan bila si laki kene carik duit lebih, bab basuh baju si isteri laa yg kene pandai membantu sbb si laki pun dah abiskan duit beli mesin basuh auto kan, pe de hal?

begitulah kiranya sampai laa mati.

tak gitu?

Tanpa Nama berkata...

xkan baru tau bro....nasib ada kursus kawen..

Tijah berkata...

apa yg penting...kejeeeeesama!!!

ye la. zaman skrg cari duit pun sama2 kan...

seorang setiausaha yang brutal berkata...

aku rasa...ngko adalah lelaki yg pertama (yg aku kenal secara maya @ tidak) yang mengaku tentang tanggungjawab dan kewajipan lelaki selepas berkahwin. adalah aku menjumpai seorang lelaki ego yang mempersoalkan pada aku "SAPE YG CKP CAMTU?" "UZTAZ MANE KATE" "DLM AL-QURAN AYAT MANE YG CKP CAMTU". nyata, aku harus tinggalkan lelaki seperti itu. muahhahaa

NIMI berkata...

lepas ni i suruh husband masak r

mantul berkata...

ateeka amer said...

"da tau lama da benda ni. tapi orang melayu, biasa la. pentingkan adat. wtf la."

"wtf?"..amboi sedapnya bahasa perempuan melayu islam yg bertudung ckp mcm tu, kalau xsuke pun kita msh ada cara len nk bgtau..bukannyer mencarut tak tentu pasal dan menyalahkan adat yg ada. xbaikla ckp mcm tu lagi sbb bahasa melambangkan peribadi anda.

btw tot, tak sume lelaki kat luar sane akan berpikiran mcm ko sblm g kursus kawen tu, at least tgk mcm mane cara dia di asuh oleh ibu bapanye..tp yg penting bukan slh ibu bapa ek klu anak dia perangai xberubah bile dh besar nanti!

sekadar pendapat~

Tanpa Nama berkata...

kalau bab adat2 ni,kat sini most of the readers yg aku agak pompuan setuju.ok lah tu sbb cite ni memihak pada diorg.tapi aku musykil,klau bab2 tngungjawab tu,cepat je setuju.tapi ada 1 adat lagi yg popular skrg,bab letak hantaran tinggi2.so apa komen?? sokong ke x sokong?

Amirul berkata...

:)
Cantik isu nie...
Tapi...aku musykil kat sini...aku rasa ayat kau ni salah...

"Jika seseorang isteri itu enggan memasak atas arahan suaminya,isterinya tidak bersalah kerana itu tugas suami.Isteri ada hak membantu suaminya membuat kerja2 itu jika suaminya memerlukan pertolongan."

Sedangkan telah diberitahu lebih awal ini...

"Tugas isteri hanyalah taat dan patuh kepada suami"

Si isteri enggan mematuhi arahan si suami,sedangkan tugas isteri adalah patuh kepada suami,adakah si isteri tidak bersalah?

Dan aku rasa yang terbaik dah diberitahu di atas,kerjasama,berkongsi,sebab perkahwinan adalah perkongsian.

-Selamat Berbahagia Mantot.

C kEniT berkata...

relax la abg montot...
sape je nk tangkap...
wt speech utk pasangn muda bkn utk politik la abg montot...
i fully support you!
wee~

sepol utusan berkata...

esumi lynn said,

- So, kalau boleh buat bersama, cukup seronok lah untuk isteri tu. -

oi loikeeeee... haaahaha

bersama tutttttttt tu je yg bersma yg lein x... itu kebiasaan... but skrg ni dh rmi lelaki yg bole buat semua tu... tggl lg kerap dgn tdk je... doalah mudah2an bakal suami anda bole memasak, seterika baju kurung n tudung bini [wa salutela klu jantan bley seterika pakaian pompan neh]pigi pasar piley sayur ikan ayam... jaga mlm buek susu [bkn menyusu] n etc...

APA YANG PENTING? KERJASAMA [bkn tau megerjakan shj]

safuan hakim berkata...

ala. takyah buat susah pening kepala.

yang penting ko kawin tot!!!

joegrimjow berkata...

ehemm ehemm
ku pon da ada sijil
;-)

yem berkata...

mantot pandai masak. sedap dia masak. idola dia jamie oliver.

Syah berkata...

"Tugas isteri hanyalah taat dan patuh kepada suami" ayat ni tak complete. Sepatutnya Tugas isteri hanyalah taat dan patuh kepada suami selagi ia tidak melanggar hukum agama.

Syah berkata...

"Tugas isteri hanyalah taat dan patuh kepada suami" ayat ni tak complete. Sepatutnya Tugas isteri hanyalah taat dan patuh kepada suami selagi ia tidak melanggar hukum agama.

fafa berkata...

waa cam best je.

heatonxp berkata...

Bagus la kalau wanita sedar hak dia, lagi bagus kalau lelaki seperti anda semua sedar bahawa perempuan yang anda nak kahwin bukan ahli neraka.

Dan kalau bakal isteri anda ada ciri-ciri ahli neraka, cariklah bakal pengganti cepat-cepat atau kawin misha jer...heheh

Terutama wanita/puteri UMNO yg menolak POLIGAMI...kalau bab ni dorang ok, jangan kata basuh baju and masak pakcik buat,

gadis indon pakcik sediakan...hahaha

Sedarkan Aku berkata...

Tugas isteri?

Tugas isteri hanyalah taat dan patuh kepada suami serta mencantikkan diri untuk suami (untuk suami dan bukan untuk orang awam,pakai perfume habis satu ofis bau.).Jika seseorang isteri itu enggan memasak atas arahan suaminya,isterinya tidak bersalah kerana itu tugas suami.Isteri ada hak membantu suaminya membuat kerja2 itu jika suaminya memerlukan pertolongan.
--------------------
....adalah tugas si Suami.Suami bertanggungjawab memastikan semua benda tu dan fungsi suami adalah "BEKERJA" untuk rumah tangga itu.


isteri kena taat dan patuh...kalau suami bagi arahan x ikut, salah suami jua akhirnya?

x paham aku...x paham...hahaha

halya berkata...

salam en mantot tuan punya blog,

baru 1st time datang sini baca..
nak kawen dah ya? conratulations, semoga Allah berkahi perkahwinan sampai bila2..

jom tgk ni.. buleh add ilmu b4 nak kawen nih..

http://www.youtube.com/watch?v=DSEsUZIT6d8

Tanpa Nama berkata...

arggh... poyo la blogger nih. dengar kursus xhabis!!

Tanpa Nama berkata...

Aku tak setuju dengan pendapat ini... Suami adalah pemimpin keluarga, Isteri pula adalah pembantunya. kerja-kerja membasuh, basuh berak, sapu sampah dan sebagainya adalah tugas kedua-dua pihak.

persoalan taat tidak termasuk dalam kategori ini... Isteri wajib taat pada suami sehinggakan kalau nak puasa sunat pun mesti minta kebenaran suami.

jika suami suruh isteri basuh kain, sapu lantai dan masak, Isteri wajib patuh dan taat perintah tersebut. Isteri tiada hak keatas suami tetapi ada hak sebagai isteri, orang yang berhak pada suami adalah ibu kandungnya sendiri. pi la cek hadis Nabi...

ザ-sylver-shooter berkata...

eyh??
Dlam hal urusan rumah tangga ,isteri ade 'hak' untuk 'enggan' ke?

Shira berkata...

Alhamdulillah.
Tak sangka ada lelaki yg sedar semua ni.
Jadi saya harap lepas ni lebih ramai lelaki yg bersyukur bila isteri MEMBANTU SUAMI buat kerja rumah.

newfolder berkata...

kisah ali dan fatimah
Pada waktu itu dalam rumah tangga Ali dan Fatimah, Fatimah mengerjakan semua pekerjaan rumah. Dari menggiling gandum, memasak, mengasuh putra-putranya dan pekerjaan rumah lain. Hampir setiap hari beliau kelelahan dan tidak jarang tangannya terluka hingga berdarah. Suatu hari, Ali berkata pada Fatimah untuk meminta salah seorang pembantu pada Rasullah.

Fatimah pun pergi menemui ayahnya dan meminta seorang pembantu untuk membantu pekerjaannya. Namun, Rasulullah menolaknya dan memberitahunya cara untuk menghilangkan lelah setelah bekerja selama seharian. Beliau berkata pada Fatimah untuk membaca Subhanallah (33x), Alhamdulillah (33x), Allahuakbar (33x) kemudian dilanjutkan Laailahailallah Wahdahu laa syarikalah lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa huwa ‘ala kulli syaiin qadiir sebelum tidur. Beliau berkata ketika bangun lelah itu akan hilang dari tubuhmu. (sahih Bukhari) Larangan dari Rasulullah ini sebenarnya mengandung maksud bahwa, segala yang berasal langsung dari seorang ibu untuk anaknya akan jauh lebih berkah disbanding dari tangan pembantu.