Ogos 31, 2009

Mereka Ambil Tanah Kita,Mereka Bagi Balik Dengan Syarat,Kita Gembira,Kita Kata Merdeka!

Gambar sekadar hiasan

Sempena 31 Ogos,aku pun duduk la depan TV1 melayan propaganda kerajaan,bukan selalu layan pun.Tapi sebab 31 Ogos,dengar aje la apa yang kerajaan try gebang.Banyak la jugak berita2 dan iklan yang cuba menerapkan unsur2 patriotisme dalam diri rakyat Malaysia.Semua tu tak memberi kesan kepada aku jadi semua yang propaganda yang keluar itu aku hanya dengar dan terus lupakan.Kecuali satu..

Ada lah wartawan ni yang ke lokasi2 kat KL nak interview orang ramai tanya pasal 1Malaysia,adalah yang menjawab,ada lah jugak 2 3 kerat yang lari malas nak jawab.Habis aje tunjuk interview,pembaca berita tu pun ulas lah dan ayat dia lebih kurang camni...

"Walaupun sambutan bulan kemerdekaan diadakan dalam bulan Ramadhan tapi ada juga inisiatif sesetengah pusat membeli belah yang selang seli memasang lagu-lagu patriotik di samping lagu-lagu raya.Diharapkan dengan tindakan murni sedemikian,ini dapat menunjukkan semangat patriotisme yang wujud dalam diri rakyat.Langkah ini juga berkesan untuk menunjukkan semangat patriotisme rakyat kepada pelancong asing.."

Nampak apa yang tak kena kat situ?
Apa hal aku nak kena dapat approval daripada pelancong asing pasal aku punya patriotisme.Aku jadi hangin terus aku tukar tengok channel lain.

Gambar sekadar hiasan

Adakah minda kita masih dijajah dan kita masih merasakan orang-orang putih itu jauh lebih hebat dari kita sampai kita perlu tunjukkan kepada mereka "Aku cintakan negara aku,Kau nampak tak ni?"

Aku bekerja dengan seorang Itali dan minah ini adalah perempuan paling cilaka dalam dunia (pada aku).Aku perlu berurusan dengan 2 orang Australia setahun 2 kali dan setiap kali habis kerja aku dengan diorang,aku hanya mampu merasakan orang-orang ini hanya pandai bercakap kosong,penuh angin kurang pengetahuan praktikal pasal bidang yang dibincangkan.Idea?Banyak.Berapi2 idea diorang.Tapi api aje la yang ada.

Kita orang melayu masih lagi terlalu hormatkan orang putih tanpa usul periksa.Nak tau camne?Kawan la dengan seorang orang putih ajak dia pegi kedai makan Melayu.Tengok la macam mana mesra layanan,sengih memanjang aje makcik kedai tu.

Kenapa nak sambut kemerdekaan?
Apa yang kita sambut sebenarnya?

Sebab British bagi balik tanah kita dekat kita?
Itu yang kita sambut?Itu ke kemuncak perjuangan UMNO?Dapatkan balik sesuatu yang dah memang hak kita tanpa tumpah darah?Semua urusan dekat meja rundingan,buat meeting dalam bilik air cond sambil makan biskut.Tunggu approval British sebab bila kita nak merdeka,British bagi syarat macam-macam kat kita dan kita tau,pemimpin2 kita terpaksa akur.Nak merdeka punya pasal.

Dan sedarkah anda,bangsa Melayu diselamatkan dan diberi hak keistimewaan atas approval kerajaan British?Mungkin sebab itu kot kita masih lagi RESPEK sama orang putih,kot?Sebab tu UMNO itu United Malays National Organisation kot?

Selamat Menyambut Hari Terakhir Bulan Ogos tahun ini.

Ogos 30, 2009

Menteri Dalam Negeri Says The Darndest Things



"Membawa kepala lembu memang tidak sensitif tetapi harus diingat pernah ada satu insiden yang mana bendera UMNO telah digunakan membalut kepala babi dan kemudian ditinggalkan di depan bangunan UMNO," katanya.

Kepala lembu pada orang India = bendera UMNO dan bangunan UMNO untuk orang UMNO?

Ogos 29, 2009

Akanku Pijak Quran dan Pecahkan Patung Buddha!




Adakah orang Islam ini bebal?
Atau orang Melayu itu sangat bengap?


Adakah orang Melayu yang pastinya Islam ini dilahirkan dengan akal yang tak berapa sempurna tetapi ramai yang merasakan diri mereka jauh lebih superior berbanding orang lain?Atau orang Melayu merasakan di Malaysia tidak patut wujud simbol-simbol dan bangunan agama lain.

Bila datang hari kemerdekaan (yang aku tak faham kenapa kita raikan besar-besaran sangat) bukak TV nampak iklan tunjuk 3 bangsa lain2 main bola sama-sama.Kemudian kalau kita tanya sesiapa pun rakyat Malaysia,apa keistimewaan Malaysia,first sekali kita akan "keharmonian kaum."


Aku tak pernah nampak orang Cina carik pasal camni.Aku tak pernah nampak orang India buat perangai macam ni.Yang paling menyedihkan adalah bila orang Islam yang buat macam ni.Banyak tempat lain yang ada masjid,kuil dengan tokong sebelah-sebelah.Apa susah benar ke?Ada ke dalam Quran kata orang Islam mesti pastikan agama lain disisihkan dengan cara menghina agama yang lain itu?

Berdoa mintak tolong kat Allah Swt tu buat apa?
Aku rasa Tuhan pun takkan tolong doa orang yang berperangai ala-ala syaitan racist camtu.

Kepada yang masih tidak mengerti siapa dalang sebenar kejadian ni,cuba lihat banner yang dibawak mereka2 tu.Ada perkataan "TakeBeer" kan?Cuba cari kelompok mana yang suka gunakan perkataan tu?


Gambar ni,special sket.Bukan kejadian yang sama tapi saja aje la nak share bagaimana rupanya "Perjuangan Islam Yang Suci" di Malaysia ni.Lancau la mencarut-carut atas nama Islam!

Gedung Kartun HARAM!Buah Dada..eh Mangga TAK HARAM

Ini adalah satu posting lama aku yang aku saja nak letak balik sebab aku rasa kerajaan menggalakkan penyebaran benda2 camni kat Malaysia jadi aku hanya menurut seruan kerajaan.Aku kena pastikan semua rakyat Malaysia dapat tengok benda ni.

Ye lah,benda camni HALAL pada kerajaan Malaysia yang majoriti menterinya Islam.

Majalah kartun yang membuatkan rakyat berfikir dirampas dan dipastikan tidak diedarkan.Tapi majalah2 macam ni yang sudah pasti membuatkan lelaki tidak senang duduk dan perempuan menyeringai dijadikan sebagai salah satu bacaan umum masyarakat kita?

Mana lagi salah?
Kutuk pemimpin yang tak serupa pemimpin dalam majalah atau keluarkan majalah yang merendahkan taraf gadis2 Melayu?

Entahlah.Mungkin menteri2 kita otak diorang memang dah tak berapa betol.Selamat menjamu mata anda dengan imej2 yang dihalalkan kerajaan Malaysia.

.................



Minggu lepas,ketika aku singgah kat kedai membeli barang makan,aku terpandang dekat majalah-majalah yang tergantung.Mata aku tertumpu dekat satu majalah yang agak "menonjol," mungkin sebab majalah tu mendapat makeover baru.Memang jelas kelihatan terang,membuatkan aku sedikit tertarik.Itulah majalah Mangga.Selain dari warna yang terang pada muka depan nya,aku juga tertarik dengan penggunaan font yang kelihatan simple tapi sangat effective.


Aku pun dengan gaya selamba dan tanpa malu2 (sebab takde orang) aku pun capai dan bayar.Menarik jugak kalau dapat dijadikan bahan bacaan menambah ilmu "di dada".Banyak artikel-artikel menarik dan ilmiah dalam Mangga ni,maklumlah semua majalah keluaran Utusan memang bagus.Bukak aje majalah ade gambar Stacy,aku tak tau pun siapa dia ni.Rasa2 aku dia ni AF kot?Aku suke tengok pakaian dia,membuatkan gadis ni nampak ceria.




Aku pun teruskan bacaan aku.Bahagian mula-mula ni,banyak gambar2 artis yang popular contohnya Erin,Afiqah,Zoey,Aweera,Oshin dan ramai lagi artis2 yang semuanya berbakat dalam bidang mereka ceburi dan sangat2 terkenal. Ada jugak gambar Zac Efron topless,aku suka betul dia ni dalam High School Musical.Selak2 lagi ada gambar Diana Danielle.Bagus budak ni,memang patut pun dia dijadikan role model kepada budak2 muda sekarang.Aku rasa semua budak2 lepasan SPM boleh jadikan Diana ni sebagai contoh seorang student yang cemerlang.Dalam gambar Diana ni,ada la tunjuk dia dengan pakaian repelling tali.Nampak macam seronok PLKN ni.Rugi jugak aku tak pegi.

"Wow,ada satu artikel berbaloi dibaca!Ada VIP dan laki orang nak pikat Eira Syariza." Siapa Eira Syariza ni?Entahlah.Aku tak pernah dengar pun.Tu semua tak penting,yang penting,dia seorang yang bermoral.Dalam artikel tu,dia menyatakan,dia takkan layan VIP dengan laki orang tu.Bagusla ramai perempuan camni,aku hepi dengar bila ada perempuan tak nak ambik kesempatan camtu.Kat sebelah ni aku letakkan gambar Eira Syariza ni,supaya lepas ni korang takkan nilai orang ikut pakaian dia.



Habis baca tu,aku terus sambung lagi membaca.Siapa kenal Zandra Aziela?Aku suka dia ni bila tengok dalam TV.Dia player bowling negara.Dia kata,dia bertuah sebab dapat seorang Pakwe yang understanding dan pandai memujuk!Aku rasa mesti ramai yang tertanya2 kan macam mana perangai pakwe dia,akhirnya sekarang kita dah tahu.Oh!Gila aah pengakuan ni...satu pengakuan yang berani dari Ruby.


Bila aku baca Ruangan Bicara Romantis,kata-kata yang terkandung dalam ruangan tu membuatkan aku rasa betapa bersyukurnya aku kerana dapat mencinta dan dicintai.Aku faham sangat bagaimana rasanya bercinta ni,setiap saat aku selalu terbayang aje awek aku,apa yang dia buat,tertanya-tanya,rindu selalu menyelubungi jiwa.Tulisan brader ni membuatkan aku hampir menitiskan air mata sebab bila aku hayati luahan perasaan dia,aku dapat rasakan betapa kuatnya perasaan dia menghargai cinta.Brader Aiman Arief,aku harap kau bersabar.Bunga bukan sekuntum.Sabar.Aku ucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa menghantar luahan perasaan anda kepada majalah Mangga ni.Bagus kalau tahu ada orang yang sama menghargai percintaan sekuat aku.

Ada artikel mengenai sepasang couple yang baru aje berumah tangga iaitu Yatt,aku tak tau sapa Yatt ni,tapi Yatt la nama dia.Dia baru aje kawin bulan Mac dan dia telah pun ditemuramah oleh Mangga untuk menceritakan mengenai pengalaman berumah tangga diorang ni.Aku rasa soalan-soalan yang diajukan oleh Mangga sangat bersesuaian dengan keadaan sebab aku sure,semua orang yang baru kahwin tidak lagi segan silu menceritakan mengenai pengalaman malam pertama mereka.Bila dah kahwin,semua pasangan perlu berterus terang seperti Yatt ni.Barulah boleh dijadikan pedoman kepada mereka yang belum berkahwin.

Bila aku sambung baca lagi,ada dua page yang mengandungi maklumat-maklumat yang boleh dikategorikan penting.Aku agak terkejut bila mengetahui Khaty ialah gelfren Zed Zaidi.Aku mati2 ingat Zed Zaidi single lagi!Kemudian Ain pulak menceritakan macam mana percintaan dia diganggu oleh orang ketiga!Artikel berikutnya pulak menceritakan mengenai pelakon berwajah manja,Shieyna merasa sungguh bertuah dengan pakwenya.Kemudian ada lagi satu artikel mengenai pelakon lelaki hensem iaitu Nizen yang mengakui dia sudah pun berjumpa dengan si dia yang special.Aku tulis kat sini sebab aku rasa rugi kalau aku tak share benda2 ni dengan korang.

Ada poster cun,gambar pelakon terkenal,Diana dengan boifren dia kot,terkenal jugak kot boifren dia ni iaitu Syed Ali.Kat mana nak carik baju macam yang dipakai oleh Syed Ali tu?Brand Pepsi Cola ni ok ke baju dia?Baju Diana pulak mempunyai motif batik pada baju dia,aku pun memang tengah buat research pasal batik ni jadi sedikit sebanyak membantu aku dan juga dapat membantu memperkembangkan lagi industri batik Malaysia ni.




Bila aku tengok gambar kat sebelah ni,aku jadi tak paham.Sebab berdasarkan pengalaman aku,bila perempuan jumpa perempuan,memang nak bergaduh aje.Macam member2 aku dulu,budak2 pempuan yang duduk serumah,ada je tak puas hati dengan housemate.Tapi dalam gambar ni,3 orang pempuan ni dapat duduk sekali tepi swimming pool dengan muka tersenyum gembira.Nampak keakraban diorang dalam gambar tu.Aku harap lepas korang tengok gambar ni,korang boleh try pupuk semangat muhibbah yang jelas menonjol dalam gambar tu.Bagus photographer dia.Gambar sharp.Costume artist dia pun pandai memilih busana.Warna2 yang digabungkan tu dapat menghasilkan kontras dalam gambar yang kuat.

Kepada lelaki2 yang keseorangan,aku syorkan korang beli Mangga tiap-tiap bulan,sebab dalam Mangga banyak cerita mengenai bagaimana nak menjaga perasaan perempuan.Macam artikel sebelah ni,Hafiza jeles bila ramai perempuan usha boifren dia.Moral dia,kalau dah ada awek,jangan menggatal.Ain pulak diganggu VIP dengan cerita lucah,moral dia,perempuan tak suka dengar atau tengok cerita lucah.Widya belum ada kekasih,jadi,cepat2 la tekel Widya.Ketiga-tiga artikel ni dapat memberikan pengetahuan yang berguna dan aku suka cara penulisan yang sangat bersahaja yang ditonjolkan.Ada maksud mendalam tapi kita perlu berfikir untuk dapat tangkap maksud dia.

Eh,ada lagi gambar Diana tadi!Dalam gambar ni,corak batik tu nampak lebih jelas.Kalau kita tengok corak dia betul2,idea motif tu datang dari bentuk daun yang digabungkan secara menegak untuk menghasilkan satu rekaan yang agak outstanding dan menonjol.Baru aku perasan,licin betul kulit Diana ni.Macam mana dia jaga kulit dia nak elakkan kulit ada spot2 merah aa?Kulit aku sensitif bila kena panas.Nampak selesa sofa yang dia duduk tu.Mungkin sofa kulit.Masalahnya sofa kulit ni kalau buat tidur rasa panas kan?Ke tu PVC?


Ni yang aku paling suka tengok!Lelaki yang aktif macam ni.Sebab bila kita selalu pergi berenang di tepi kolam renang,secara automatik badan jadi sihat.Rasulullah pun suruh kita berenang,sunnah tu.Aku harap daripada kerajaan buat kempen2 besar-besaran suruh kita amalkan cara hidup sihat,lagi baik kalau kerajaan galakkan lebih ramai lelaki pergi berenang.Lepas habis berenang,lepak tepi tangkap gambar sebagai satu daya penarik untuk masyarakat kita memulakan hidup yang lebih baik.

Sebagai penutup,aku ingin memperkenalkan kepada korang bintang baru yang bakal naik iaitu Hafiza.Dengan berbekalkan bakat yang dianugerahkan Tuhan,Hafiza berharap agar segala kebolehan dia dalam bidang lakonan dapat digunakan sebaik mungkin. Dia juga berharap peminat dapat mengingati drama2 lakonannya dengan penggunaan ekspresi muka yang berkesan dan penghayatan watak yang dramatik.

Aku perkenalkan kepada korang,pelakon baru yang bakal meletup...HAFIZA.

Hafiza,pelakon baru yang bakali meletup

Cuba la baca Mangga dari satu perspektif yang lain.Mesti korang pun akan nampak macam apa yang aku nampak.

Ogos 27, 2009

Meletakkan Bumbung Mengalas Biasan H2O Ketika Petir dan Kilat Sabung Menyabung


Telah terlalu lama aku protes sehinggakan ramai yang tak percaya dan tertanya2 kenapa aku masih naik motor.Dah hampir 11 tahun aku menunggang ala-ala mat rempit sehinggalah satu hari ketika aku sampai di rumah kakak aku,mak aku kata aku busuk.

"Nak buat camne mak,naik motor.Tengah panas,memang la berpeluh..hehe," jawab aku menghalalkan bau busuk aku sambil mak aku hampir muntah dan pitam.

Semenjak kejadian itu aku merasakan aku perlu memandu kereta apatah lagi bila raya menjelang tiba.Tiap2 kali raya aku selalu mengalami dilemma,nak naik keretapi selama 12 jam ke kampung atau menunggang berseorangan sambil ditemani angin di lebuhraya sepanjang 450km.Aku pernah mengalami peristiwa dekat Petaling Street selepas turun dari bas sewaktu aku belajar dulu jadi bas ekspress adalah satu bentuk pengangkutan yang aku takkan naik lagi.

Jadi,tahun ini,aku telah mencari sebuah kereta secara serius.Bukan untuk nak tunjuk mewah atau nak angkut awek merata-rata,tapi sebab lama kelamaan aku rasa makin susah nak angkut barang makan dari Jaya Jusco pakai beg dan aku sudah semakin bosan melepak di bawah jambatan setiap kali hujan,membuatkan kadang-kadang aku dimarahi bos sebab terpaksa kansel kelas.Camne cikgu nak mengajar kalau cikgu basah kuyup dalam kelas.Ada lah sekali aku masuk kelas dengan baju basah kuyup.Terketar2 aku dalam kelas membuatkan segelintir pelajar tergelak2 manja.

Sebulan lepas,merayau aku merata-rata mencari kereta.Kereta yang mana aku carik?Banyak.Tapi semua kereta yang kononnya dikategorikan sebagai "kereta rakyat" (kononnya).Ada beberapa syarat yang aku fikir perlu ada dalam kereta yang aku akan beli,yang paling penting,safety kena kukuh.

Ini adalah hasil result survey aku :

1. Proton Savvy dan Perodua Viva
Dua2 kereta ni aku tak boleh masuk.Aku terpaksa tolak.Bila aku maksudkan tak boleh masuk,maksud aku adalah betul2 AKU TAK BOLEH MASUK DALAM TEMPAT DRIVER.Kaki aku tertolak gear,aku duduk dalam keadaan yang sangat tidak selesa. (Savvy - RM43,000;Viva Elite - Rm42,000)

2. Hyundai Getz
Aku suka design dia.Tapi banyak owner komplen minyak kuat tak padan dengan enjin.Ciri-ciri safety ok tapi harga agak mahal.(Getz - RM56,000)

3. Proton Persona
Saiz ok,features tak ok.Baseline model adalah model yang sangat2 basic.Hanya lebih kuasa enjin dan ruang boot tapi jika dicomparekan dengan Myvi Premium,Proton Persona baseline seolah-olah sebuah kereta yang sangat kosong.Proton Persona SE pulak walaupun serba lengkap tetapi harganya agak melampaui batas seorang yang berpendapatan sederhana macam aku.(Persona - Rm46,000,RM50,000 dan RM56,000;Persona SE - RM60,000)

4. Proton Saga SE
Aku bandingkan harga Saga biasa dengan Saga SE dan kesimpulan aku hanyalah APA KEJADAH YANG DIFIKIRKAN PROTON?Setakat cat bumbung hitam dan letak leather seat nak markup 5 ribu harga Saga biasa.Dengan safety features yang tak wujud dan kereta yang terlalu barebone,jika ini adalah visi kereta rakyat dari Proton,Proton tidak akan berkembang lebih jauh.
Paling menyedihkan,barangan plastik dalam kereta Saga SE ni pada tangan aku jauh lebih rendah kualitinya berbanding motor Jepun aku.

Yang paling mengejutkan aku bila aku duduk dalam Saga SE ni,steering dengan seat driver tak sama alignment dia.Membuatkan aku terpaksa bengkokkan sket badan aku ikut alignment steering kereta.(Saga SE - RM46,000)

5. Hyundai i10
Aku dah try masuk,saiz kira ok la,besar sket dari Viva dan Savvy.Interior yang berkualiti dan safety features yang cukup lengkap.Cuma enjin 1.1 membuatkan aku berfikir harga nya sedikit mahal.Aku suka design dia tapi owner dalam forum Hyundai komplen kereta ni cekik minyak.(i10 - RM48,000)

...........

Payah nak beli kereta kat Malaysia ni.Apa yang aku paling kecewa adalah kurang penekanan pengeluar2 kereta kita kepada safety features macam ABS+EBD dan air bag.Kerajaan sepatutnya melobi pengeluar2 kereta nasional supaya menjadikan peralatan2 keselamatan sesuatu yang wajib.Jika wujudnya kenaikan kos,mungkin kerajaan bolehlah menggunakan wang-wang yang dibelanjakan untuk aktiviti2 tidak berfaedah seperti Monsoon Cup atau Rosmah Mansoor's Shopping Spree sebagai subsidi untuk memastikan semua kereta nasional dilengkapkan ciri2 keselamatan.

Cuba tengok negara-negara maju di mana semua kereta wajib mematuhi tahap keselamatan yang dikeluarkan oleh kerajaan.Apatah lagi di negara kita ni di mana kebanyakan pemandu memandu seolah-olah jalan raya abah mereka yang punya,faktor keselamatan adalah sesuatu yang perlu dititikberatkan oleh kerajaan.

Kenapa tidak ada langsung desakan kerajaan untuk memastikan kenderaan yang digunakan oleh rakyat Malaysia benar2 lengkap keperluan keselamatannya?

............

Jadi,tanpa berfikir panjang lagi,hanya ada satu aje model kereta nasional yang memenuhi aspek2 keselamatan dengan harga yang aku rasa aku mampu.Perodua Myvi Premium.

Jika dicomparekan kereta keluaran Proton dan Perodua,boleh dikatakan Proton masih lagi jauh ke belakang dari segi value for money.Mungkin kereta Proton kelihatan murah tapi harganya murah kerana terlalu banyak kelengkapan yang tak ada (dan sepatutnya perlu ada).Ramai yang membeli Proton kerana itu sahaja yang mampu beli tapi sampai bile kita nak berpuas hati dengan itu aje?Kualitinya pula?Wallahuallam.Aku ada member yang ada sedikit terdetik menyesal membeli Saga.Ada juga kejadian yang berlaku dekat Puchong di mana sebuah kereta Proton Saga tersadai tepi jalan sebab drive shaft jatuh atas jalan.

Proton sebagai lambang kebanggan negara sepatutnya menjadi contoh kepada pengeluar kereta nasional lain.Keluarkan Proton Saga yang lengkap dengan safety featuresnya dan juallah dengan harga yang sedia ada.Mungkin kos akan naik dan keuntungan akan berkurangan tapi jika mahu dilabel kereta rakyat,pentingkanlah rakyat.Kan slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan?

Tidak ada kereta nasional lain yang memeberikan aku nilai terbaik kecuali Perodua Myvi Premium.Safety lengkap dan saiz interior yang mampu memuatkan aku.Kekurangannya berbanding Saga SE adalah saiz boot dan enjin yang kurang sket tenaganya.Aspek2 lain,Perodua Myvi jauh lebih baik.

Sori Proton.Aku dah booking Perodua.

Mungkin kalau kualiti dan value tu meningkat,aku akan sokong kereta Proton.

Ogos 26, 2009

Menjawab Komen Pembaca Yang Marah!


Anonymous menulis..

aq harap sgt o bce komen ak neh...
len kali, jgn men ckp jew..
cermin dri dluw.
sdp2 jerk ckp org pmpn mcm2..
ko pown sme jerk..
mcm x bleyh nk kawal nafsu serakah jerk..
naseb bek tunang ko tuh pki tudg labuh, kaloo x, msti ko da jilat abes arr tubuh tunang ko uww..
kaloo tunang sndri pown ko nk ratah, bek ko tk pyh nk bg nasehat lbeyh2 lak..
sempan jerk tuk dri sndrik..
huh
geram ak
ak sket pon tk trase ngan ape yg ko sembg uww..
cume, tk puas atie sbb care ko nk bg nasehat tue, tk bpe nk btol..
nsehat la lek lok sket!!!
huh!!

Dik,susah btol nak paham bahasa adik itu.Tapi dari apa yang aku paham,marah btol ko ngan aku.Tiba-tiba aku rasa malas lak nak menjawab.Aku mengaku je lah,memang kalau ada perempuan bagi aku jilat dia,AKU AKAN JILAT.Jadi kepada perempuan yang tak nak dijilat lelaki,aku nasihatkan,JANGAN BAGI LANGSUNG PELUANG DIA NAK JILAT (kecuali dia suami anda)


Ogos 25, 2009

Sebuah Cerita Kanak-Kanak Generasi Masakini



Ini sebuah cerita benar dan ini bukan cerita rekaan.

Tunang aku adalah seorang cikgu sekolah rendah di kawasan yang agak jauh dari pembangunan.Kawasan sekolahnya dikelilingi dengan kawasan penempatan Felda yang sangat dibanggakan oleh anak Tun Razak sekarang ini.Mungkin kerana nasib guru-guru muda kebanyakannya masih baru nak belajar menjadi guru,kebanyakan guru-guru muda dihantar ke kawasan2 pedalaman.

Pada awalnya mungkin kelihatan lebih relaks dan lebih tenang,maklumlah,sekolah dikelilingi kawasan kampung dan boleh dikatakan satu komuniti kampung kenal semua cikgu-cikgu sekolah.Yang paling penting,ibu bapa di sini masih lagi berpegang kepada prinsip lama,guru mempunyai tanggungjawab mengajar dan apa saja yang dilakukan oleh guru adalah untuk kebaikan anak mereka.

Kuranglah kes ibu bapa datang ke sekolah menyerang guru yang merotan anak mereka.Tidaklah juga kedengaran maki hamun mak bapak bila anak mereka bersalah kes disiplin.Mungkin taraf hidup yang lebih rendah berbanding mereka di bandar membuatkan ibu bapa ini berasa bersyukur dan lebih menghargai usaha yang dilakukan oleh cikgu-cikgu sekolah situ.

Banyaklah jugak tunang aku bercerita mengenai perihal yang terjadi dalam kelasnya.Ada budak terberak dalam seluar,dia kena cucikan.Ada budak menangis sepanjang kelas.Ada jugak seorang bapak yang terpaksa ponteng menoreh getah untuk memastikan anak dia dapat belajar.

Minggu lepas,tunang aku menceritakan kepada aku mengenai satu kes seorang pelajar perempuan darjah 6 yang ditangkap kerana menyimpan RM200 lebih dalam beg sewaktu spot check.Bila ditanya nak buat apa duit tu,pelajar itu mendiamkan diri.Baik budaknya,kata tunang aku.Belajar rajin dan tak pernah buat hal.

Soal punya soal akhirnya mengaku lah budak perempuan itu dari mana datangnya sumber duit dia.Duit itu dicurik daripada salah seorang cikgu sekolah nya,salah seorang cikgu di situ.Terkejutlah mereka semua.

Cikgu disiplin sekolah,dengan misai kucingnya pun menyoal,"Nak buat apa dengan duit tu?"

Pelajar itupun menjawab,"Nak bayar repair motor."

"Motor sapa?"tanya cikgu tu lagi.

"Motor kawan.Boifren saya eksiden masa bawak motor tu.."jawab dia lemah.

"Eh,awak ada boifren dah?"terkejut cikgu disiplin itu,membuatkan misainya sedikit bergoyang.

"Ak aah.."

"Siapa dia?" tanya lagi cikgu itu.

"Hafiz" jawab pelajar itu.

"Hafiz mana ni?" tanya dia lagi.

"Hafiz yang belajar sini dulu."

Lalu cikgu-cikgu di situ pun menyoal lagi sehinggalah mereka dapat mengenal pasti siapa Hafiz itu.Hafiz adalah seorang bekas pelajar sekolah rendah itu yang kini sepatutnya berada dalam tingkatan 5 tapi telah pun menamatkan zaman sekolah lebih awal,mungkin kerana malas dan kurang motivasi.

"Awak darjah 6,awak ada boifren umur 17 tahun?"tanya cikgu tu lagi.

"Iye cikgu."

"Macam mana awak boleh berboifren gelfren dengan dia?"

"Dia hensem cikgu..muka macam Zahid AF.." (jawapan rekaan aku)

"Sepanjang awak jadi gelfren dia ni,apa lagi dia mintak awak buat?"

"Saya curikkan duit untuk dia je cikgu," jawab gadis tu.

"Apa lagi awak dah buat ni?"

"Ada lagi cikgu.."terketar-ketar dia jawab.

"Buat apa?" tanya cikgu tu lembut,kononnya mengunakan taktik untuk memujuk.

"Saya dah tidur dengan dia.." jawab pelajar tu.

"Bila last awak tidur dengan dia?"

"Minggu lepas.."jawab dia.

"Dah banyak kali dia ajak awak tidur ngan dia?"

"Ada lah dalam 4,5 kali cikgu.."

Pihak sekolah akhirnya terpaksa mengambil keputusan berat untuk memanggil ibu kepada pelajar sekolah tersebut untuk diceritakan mengenai kisah anak dia ni.Menangis meraung mak budak ni mendengar nasib anak perempuan dia.

Kesimpulannya; kadang2 seolah-olah kisah yang aku dengari tak berapa dapat dipercayai.Ye lah,aku masa umur aku 12 tahun,masa tu aku baru aje berjinak2 untuk suka tengok gambar perempuan seksi.Tapi tak pernah pun terlintas dalam fikiran aku nak tidur dengan perempuan melainkan rasa-rasa seronok yang tiba2 muncul dalam kepala apabila melihat gambar perempuan2 seksi.

Tapi dengan zaman global yang makin pesat,mungkin pendedahan awal kepada bahaya gejala seks perlu diterapkan kepada perempuan.Satu masa dulu aku nak tengok cleavage pun punyalah susah tapi sekarang ni bila aku bukak aje MTV akan terpampang lah dua bukit besar bergoyang-goyang di depan mata aku.Mungkin pendedahan awal dapat menakutkan gadis2 remaja daripada melakukan hubungan seks.Bila timbul rasa takut,ia akan membuatkan seseorang gadis itu berfikir dahulu sebelum menyerahkan tubuh mereka.

Sekarang baru 2009,generasi muda zaman sekarang sudah menjadi se-advance ini,bayangkan bagaimana hebatnya mereka 20 tahun lagi.Adakah kita akan terus menyalahkan kapitalisme dan penyebaran pemahaman barat waktu itu?Atau mungkin sudah sampai masanya kita mengaku yang kita sebenarnya hanya mampu berbangga dengan adat resam Melayu yang gah tetapi apabila wujud kejadian yang melanggar hukum adat dan agama,kita hanya mampu menyalahkan orang lain.

Adakah kejadian dan kes seperti ini salah orang barat?
Atau sebenarnya ini semua salah kita yang sebenarnya tidak peka dengan perubahan budaya yang makin menjunam?


Ogos 21, 2009

Pencarian Sebuah Kenderaan Yang Praktikal Adalah Mustahil di Malaysia


Aku saja nak merungut.First sekali,aku keluarkan dulu pendapat aku,"SEMUA KERETA DI MALAYSIA ADALAH KERETA MEWAH!"

Dalam seminggu ni,selain daripada berpusing-pusing mencarik baju pengantin,aku juga melakukan survey sesuatu yang aku cukup tak suka,iaitu membeli kereta di Malaysia.Kalau lama korang ikut apa yang aku tulis,mesti anda akan perasan,cukai kereta adalah satu sebab utama kenapa aku menentang kerajaan.Ya lah,bila kita terpaksa berhutang sampai 9 tahun dan bayar ratus-ratus bulan-bulan (tak masuk minyak lagi) semata-mata untuk mendapatkan pengangkutan,itu menunjukkan kerajaan kita sebenarnya tak berapa bijak.

Kita takde choice sebab bagi yang dah berkeluarga,mereka TERPAKSA membeli kereta.Sistem pengangkutan awam kita yang bertaraf dunia ke-empat membuatkan kereta adalah satu2 nya cara untuk rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia tidak ada pilihan.Kita adalah rakyat yang ditekan untuk memastikan ada golongan lain naik.Tidak ada kenderaan yang praktikal di Malaysia.Semua kereta adalah kereta mewah.Proton Saga kah,Perodua Viva kah,Naza Sutera kah,semua itu kenderaan mewah.Kita "mampu" membelanjakan Rm500 sebulan untuk installment kereta dan Rm300 untuk minyak.Dan jika RM800 dibelanjakan hanya untuk kenderaan,bagaimana pula golongan mereka-mereka yang hanya bergaji RM1200,RM1600,majoritinya begitu kan?Dulu aku interview RTM aku jumpa seorang brader penerbit rancangan yang berumur 43 tahun dan gred gaji nya B17.Kepada sesiapa yang tak tahu pasal gred gaji government,gred 17 bermaksud gaji anda ialah RM900 lebih basicnya.Dan dia dah berkahwin dan pakai Proton Wira.

Ada seorang pembaca aku yang aku borak2 ngan dia pasal kereta,dia mengeluh sebab bayar RM500 lebih hanya untuk sebuah Perodua Viva.Haram tak berbaloi.

Jadi,bila aku survey pasal harga kereta,pilihan yang praktikal tu takde.Anda nak kereta yang safety features nya lengkap?Tambah lagi 10 ribu.Tak mampu?Beli yang basic je.

Kalau benar negara kita hendak menjadi pengeluar automotif,kenapa tidak diwujudkan akta kereta-kereta kita wajib ada safety features macam ABS,EBD,air bag dua?Kenapa semua tu masih dijadikan bahan-bahan optional?Those are safety features and SAFETY SHOULD BE COMPULSORY.Dan aku selalu ulang ayat ni,Jangan Anggap Kereta Tempatan Murah.Kerajaan mewujudkan akta yang menjadi ilusi membuatkan kereta tempatan nampak murah.

Jadi,nampaknya dah sampai masanya untuk aku give up dan beli kereta.Choice yang aku ada,hanya dua.Yang menyedihkan,dua pilihan yang aku ada tu bukannya pilihan aku sendiri tapi pilihan yang dibenarkan untuk rakyat Malaysia.Tak nak bayar cukai mahal?Beli kereta sekian dan sekian.Nak pilihan banyak?Pegi duduk negara lain.

Pilihan,pilihan,pilihan.Untuk orang yang macam aku,pilihan memang tak banyak.Savvy,Viva,Sutera,Forza,Kancil,Kelisa semua aku takleh masuk.Habis,apa lagi pilihan yang aku ada?

Yang paling penting,jangan biarkan sebuah kerajaan yang membuatkan keputusan untuk hidup anda terus berkuasa.Kenapa nak bangga dengan kereta nasional jika harganya sebenarnya tak sepadan dengan nilai yang kita bayar?Dan kita semua sudah sedia maklum,kereta nasional yang dieksport keluar adalah jauh lebih baik dan murah berbanding kereta di sini.

Adakah masyarakat kita terlalu mudah diperdaya dan ditipu?
Adakah kita ni sangat senang berpuas hati?
Kita suka ke menjadi masyarakat yang berhutang?

Argh,aku jadi susah hati sebab dah sampai masanya aku terpaksa pakai kereta.

Tukar mentaliti anda (yang masih tertipu).

Kita kerja bukan untuk bayar hutang.Kita kerja untuk support hidup kita.Kita tak sepatutnya dibebankan dengan hutang 9 tahun untuk satu benda yang bernama kereta yang tak sepadan dengan nilai yang kita bayar.

Aku jadi emosional bila fikir balik dulu mak bapak aku beli Toyota Corolla baru CASH RM18,000 dalam tahun 1980.Adakah kita makin miskin sebenarnya?

Ogos 19, 2009

Argh,Mahalnya Kos Sampingan Untuk Membina Sebuah Masjid

Dalam minggu ni,aku melakukan sesuatu yang aku tak pernah terbayang aku akan buat.Benda yang aku telah lakukan adalah sesuatu yang aku tak pernah pun wish aku akan buat satu masa dulu.Ya,aku telah berkunjung ke Bridal and Wedding Shop (aku tak tau istilah betol dia)

Pada mulanya,aku agak kaget memandangkan kali pertama kali melangkah masuk ke kedai yang SANGAT FEMININ,apatah lagi bila dikelilingi ramai wanita-wanita dan lelaki2 yang berkelakuan seperti wanita.Membuatkan aku rasa sedikit lembut dan sayur.Tapi apakan daya,ini adalah sesuatu yang aku perlu lalui untuk memastikan aku kelihatan normal ketika majlis kahwin nanti. Ini adalah antara benda paling awkward yang aku pernah encounter.

Aku tak pernah pedulik pasal pakaian aku.Aku adalah pengunjung setia kedai bundle di mana biasanya aku masuk dengan RM50 dan keluar dengan seplastik penuh t-shirt lusuh yang berharga Rm4 sehelai.Jadi,bagaimana perasaan aku rasa bila mendengar,untuk menyewa dua pasang baju kahwin nanti,harganya mencecah Rm750.Aku pun terbayang berapa helai baju t-shirt yang aku akan dapat dengan Rm750.Mungkin satu kontena.

Jadi,bila salesgirl2 itupun menyatakan harga dandanan make up yang berharga Rm300 untuk satu session,aku pun berkira-kira,ada 2 kali kena make up masa nikah dan bersanding.Dah Rm600.Wow,aku tak berapa dapat membayangkan membayar seorang perempuan atau separa lelaki RM600 untuk membubuh make up kepada tunang aku.Aku pun berbisik kepada tunang aku,"pakai lip gloss dah la."Tunang aku pun hampir menghalau aku keluar dari kedai kerana tidak mendatangkan sebarang faedah tetapi,aku tetap berdiri di situ dan mengkritik semua harga kat kedai tu.

Tunang aku pun menunjukkan beberapa helai baju untuk mengambil kira pandangan aku.Waktu itu aku merasakan input daripada aku sangat penting,jadi aku pun mengeluarkan pendapat aku dengan jujur.Barulah aku mengerti,apabila bercakap mengenai soal majlis perkahwinan,lelaki tidaklah perlu jujur dan ikhlas.Hahaha.

"Uish,tu takleh tu.Seksi!Carik yang macam jubah sket!"jerit aku membuatkan salesgirl tu terkesima."Haa,yang ni pun takleh.Lace tu jarang,nampak lengan"marah aku lagi bila tunang aku tunjuk satu baju lain.Saje je kot nak test aku,sebelum2 tu dia dah bagitau dah dia tak suka baju jarang dan seksi.Tah berapa helai baju aku reject sebab banyak benar baju yang dadanya seolah2 sengaja dikosongkan untuk tontonan ramai.Rupanya agak sengsara jugak nak mencari baju pengantin yang tidak ketat,tidak mengikut bentuk badan dan tidak seksi.

"Ni kalau ambik pakej baju,make up dengan pelamin,berapa ya?" tanya aku dengan muka garang.

"Akak bagi murah je dik.Price akak memang ok.Satu Selangor ni price agak lah paling murah!"kata Kakak itu konfiden sambil matanya menjeling ke arah bingkai gambar yang terkandung keratan artikel majalah Mingguan Wanita yang mempromosikan kedainya.

"Berapa kak?"tanya aku lagi.


"Ha..baju bersanding laki pempuan,baju nikah laki pempuan,make up untuk dua majlis,pelamin dengan kubah 4 tiang,accessory macam crown,keris,tengkolok,kos transport...."

Aku tunggu lagi.

"Semua sekali..2 ribu setengah je dik," sambung akak tu.

Aku pusing tengok tunang aku.
Aku tanya slow2,"takde ke kedai yang sama camni tapi style kedai bundle?"

Tunang aku stare aku tajam.
Aku terus senyap.Takpelah,diam ajelah,asalkan dia hepi.
Itu aje yang aku nak.

(Nota kaki - Aku suka baju yang ada dalam gambar tu....akak tu kata tu baju style Ekin.Kak,akak ingat semua orang layan AF ke kak?)

Ogos 18, 2009

Mengikut Utusan Malaysia,Calon PAS Adalah Seorang Loser

Biodata Calon BN

Rohaizat mula bergiat aktif dalam politik pada tahun 1996 dengan memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan Mengkuang Titi sehingga sekarang.

Menerima pendidikan awal di Sekolah Agama Al-Mashoor Pulau Pinang, anak jati Permatang Pauh itu melanjutkan pengajian dan memperoleh Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Selain menjadi Pengerusi Koperasi Gerakan Desa Wawasan (GDW) Mengkuang Berhad, Rohaizat juga menjawat jawatan Exco Persatuan Homestay Malaysia sejak tahun 2003 dan pernah dilantik sebagai Pengarah Penerbitan Direktori Wakil Pilihan Rakyat.

Beliau turut aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan merupakan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mengkuang sejak tahun 2003.

Biodata Calon PAS

Salleh Man pula seorang ahli perniagaan dan merupakan graduan Universiti Malaya (UM) yang berasal dari Kampung Permatang Sungai Dua, Kepala Batas, dekat sini.

Pada pilihan raya umum 2008, Salleh Man yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang bertanding di kerusi DUN Sungai Dua, tewas kepada calon BN, Datuk Jasmin Mohamed dengan majoriti 535 undi.

Pada pilihan raya umum 2004, beliau bertanding di DUN Pinang Tunggal dan tewas kepada calon BN, Datuk Roslan Saidin dengan majoriti 6,288 undi manakala pada pada pilihan raya umum 1995, Salleh Man kalah kepada calon BN, Datuk Dr. Ibrahim Saad di kerusi Parlimen Tasek Gelugor.

Laporan yang SUNGGUH ADIL SEKALI!

PASTI RAMAI YANG TERTIPU!


Ogos 17, 2009

"Sebuah Lagi Huru-Hara Kerajaan Barisan Nasional"

Cuba gunakan akal anda yang dikurniakan Tuhan untuk mengkaji,kenapa Nik Aziz suruh UMNO pegi jahanam.Itu Nik Aziz yang kata dan orang-orang UMNO ambil itu sebagai bongkak,sombong,tak patut,keterlaluan.

Itu fakta yang benar.Kerajaan Pusat yang tidak bersikap adil dan professional memang layak pergi jahanam,atau dalam bahasa aku,"Pegi mampus."

Mula sekali,mungkin kalau anda perasan,aku sedikit kurang bercerita mengenai politik yang spesifik sekarang ini,maksud aku,perihal kerajaan Pusat dan Pembangkang.Aku lebih suka bila bercerita mengenai politik rakyat,mungkin kerana sekarang ini nampak jelas perubahan yang berlaku kepada pemimpin2 Malaysia,yang dangkal makin jelas kekurangan mindanya,yang pandai makin kuat bersuara dan yang penakut masih tetap menyorok di balik Timbalannya.

Tapi yang paling jelas sekali,Kerajaan Pusat masih lagi hidup dalam dunia mereka sendiri.Seolah-olah mereka dikelilingi oleh perisai yang lut melindungi pandangan mereka daripada mendengar terus pandangan mereka yang sepatutnya.Bagaimana sebuah kerajaan itu masih lagi mampu bersikap sebegitu buta dan pekak masih mampu berdiri?Entahlah.

Apa yang jelas,apabila pihak pembangkang yang diharapkan memperjuangkan kebajikan rakyat dan kerajaan masih lagi terus dengan taktik-taktik zaman dahulu kala,masih terus cuba memperbodohkan orang yang sudah tidak bodoh lagi dengan perjuangan bangsa yang lantang disuarakan tapi hanya angin-angin kosong berbunyi kuat,bagaimana sedihnya nasib Malaysia jika Kerajaan Barisan Nasional masih memerintah pada 2013 nanti dan terus menggunakan taktik-taktik mereka ini,memperbodohkan orang-orang Melayu yang takut kehilangan hak mereka.

Najib masih lagi menyorok di belakang Muhyiddin,menjadikan Muhyiddin sebagai tembok untuk menampakkan dirinya kacak dan pandai.Muhyiddin pula terus menurut kata-kata Najib kerana kita tahu dasar dalam UMNO,setiap arahan perlu dituruti tanpada sebarang persoalan.

Dan media massa Malaysia masih lagi terus menggunakan taktik bodoh yang sama.Apabila keluar berita di RTM1 yang menceritakan mengenai kemelut kerajaan pembangkang PAS Kedah,itu jelas menunjukkan wujudnya jurang pemisah yang sangat besar antara kerajaan Pusar dan kerajaan Negeri.Makin jelas sekarang ini,Kerajaan Pusat tidak mengiktiraf mana-mana Kerajaan Negeri yang diperintah oleh pihak pembangkang,mungkin kerana merasakan diri mereka lebih mulia berbanding "pihak pembangkang" yang hina.Hahaha.

Selagi kerajaan Pusat menganggap kerajaan negeri Kedah,Pulau Pinang,Kelantan dan Selangor sebagai kerajaan "Pembangkang" selagi itulah tidak akan berubah suasana politik Malaysia.Ini hanya akan makin menjelaskan pandangan masyarakat Malaysia mengenai perangai sebenar Kerajaan Malaysia.

Jika kerajaan BN masih lagi meneruskan agenda mereka yang menolak ke tepi Kerajaan negeri yang bukan di bawah mereka dan masih lagi bersikap tidak professional dan kebudak-budakkan ini,lebih baik perdana menteri Malaysia berfikir panjang sebelum tumbang.

Mungkin boleh dimulakan dengan menghentikan penyiaran pelbagai isu yang berlaku atau dibesarkan mengenai Kerajaan Pakatan Pembangkang dan membetulkan dahulu persepsi masyarakat kepada anda.Lihat dulu bagaimana kerajaan BN di negeri-negeri lain,bagaimana mereka memerintah.Adakah kerja menteri-menteri sekarang ini hanya untuk mencari kesalahan Pakatan Pembangkang yang setahun jagung?Mungkin itulah sebabnya H1N1 ini tidak dapat dikawal,mungkin perangai sebegitu juga yang membuatkan krisis kerajaan Perak masih berterusan.

Sebuah kerajaan yang baik adalah kerajaan yang menyelesaikan masalah,bukan mencipta masalah.

Ogos 14, 2009

Kenapa Anda Mahukan Gadis Yang Seksi Sebagai Pasangan Anda?


Kenapa Anda Mahukan Gadis Yang Seksi Sebagai Pasangan Anda?

Aku pernah ditanya tunang aku,"Tak malu ke saya pakai camni,tudung labuh,baju kurung je setiap masa?U tak rasa segan ke dengan kawan2 U nanti.Dah la ofis U penuh dengan orang2 tak berapa reti pakai baju? "

Aku tak berapa reti nak yakinkan dia masa tu yang aku takde rasa malu apa-apa pun.Jadi,aku menulis artikel ni untuk cuba mengolah alasan dan idea yang boleh aku gunakan untuk meyakinkan dia.

Sebagai seorang lelaki yang normal dan kadangkala abnormal,aku selalu membuka mata aku LUAS2 bila aku berjalan.Tujuan aku membuka mata luas2 apabila berjalan adalah kerana aku suka melihat lurah dada yang ditunjukkan oleh masyarakat sekeliling.Apatah lagi bila yang menunjukkannya adalah gadis Melayu kerana pada pandangan aku yang sangat konservatif,gadis Melayu terkenal dengan adab sopan dan gaya yang suci murni,membuatkan agak susah untuk melihat dada gadis-gadis Melayu.

Tetapi kini idak lagi,aku tidak lagi perlu membuka mata luas2.Kadang-kadang apabila mata aku tidak ingin melihat tubuh gadis Melayu,akan adalah seorang dua gadis Melayu yang berpakaian agak menjolok mata tiba-tiba muncul di depan mata aku.Seolah-olah syaitan tahu benar keinginan tersembunyi aku.Selalunya bila muncul gadis2 Melayu yang seksi di depan mata aku,kebiasaannya akan adalah teman lelakinya yang bergaya agak stylo ala-ala pengunjung kelab malam,dengan rambut berwarna emas dan rantai,gelang yang sangat bling-bling.

Dan lelaki itu tersenyum bangga mempamerkan gadis yang rapat dipeluk pinggangnya.

Naluri aku yang sentiasa suka mencari gaduh akan pantas merayap ke dada atau peha gadis itu membuatkan teman lelakinya perasan lalu merenung aku.Marah muncul di muka,hilang riak bangga di bibir tadi.

Apa kebangang nya sifat kau itu mangkuk?

Kalau ikut sifat aku,aku pun nak gadis yang SUPER SEKSI sebagai peneman hidup.Aku pun tentu akan rasa gembira jika tahu teman wanita aku mempunyai ukuran badan 34DD - 24 - 26.Tapi itu semua untuk aku.Bukan untuk pandangan umum.

Jadi,berbalik kepada tajuk asal tadi,semua lelaki mahu wanita istimewa mereka seksi.Tetapi mereka marah apabila ada mata-mata pervert yang menjeling ke arah tubuh teman mereka?

Kenapa nak marah?Kau yang bagi dia tunjuk!

Jika anda,seorang wanita dan malangnya,menjadi isteri aku,aku akan pastikan :

1. Bila anda keluar rumah,JANGAN HARAP ANDA BOLEH MEMBUKA AURAT

2. Tudung di pakai untuk cover muka dan DADA.Bukan untuk dilit dekat bahu.JATUHKAN TUDUNG ANDA dan TUTUP BUAH DADA ANDA sebab itu untuk aku dan baby kita nanti.

3. Segala pakaian yang menampakkan tubuh,ketat dan mampu merangsangkan nafsu hanyalah boleh dipakai kemudian dilihat oleh aku dan aku sahaja.

4. Jangan berangan nak memperjuangkan hak wanita untuk kelihatan cantik ketika keluar,hak wanita untuk merasakan diri mereka seksi,hak wanita untuk bergaya di mata masyarakat.Kau isteri aku,aku yang tanggung dosa kau.

5. Segala perbuatan seksi,manja,geli,pervert,romantik dan segala-galanya yang berkaitan hanyalah boleh dilakukan di depan mata aku.

6. Last sekali,biasa2 kan lah pakai baju kurung bila keluar.Baju kebaya adalah diharamkan apabila keluar dari rumah,sebab aku suka tengok perempuan pakai baju kebaya.

7. Kenapa nak malu pakai tudung labuh?Kenapa nak malu pakai baju kurung?Takde sebab seseorang perempuan itu perlu rasa malu bertudung.Ada sesetengah perempuan yang jumpa,asalannya tak pakai tudung adalah sebab PANAS.Tudung mesti setiap masa di kepala.Bila dah masuk rumah dan kunci pintu,tutup tingkap,nak bukak tudung bukak lah.Nak bukak semua pun lagi digalakkan.Nak sidai baju kat luar?Pakai tudung!

Kesimpulannya,isteri kepada aku nanti adalah seorang perempuan yang baik diluar tetapi nakal di dalam (aku harap2).Hahaha.Bukankah perempuan sebegitu yang diinginkan oleh semua lelaki?

Jadi,aku agak bersyukur sebab tunang aku pakai tudung labuh.Kadang2 bila aku cuba-cuba tengok,tak pernah nampak.Sangat terbukti,tudung labuh sangat berkesan untuk mengelakkan mata-mata liar merayap pada badan anda.Cubalah.

Ogos 13, 2009

Posting Untuk Meningkatkan Keyakinan Gadis Melayu

Perempuan pasti ramai yang mengalami masalah kurang keyakinan diri mengenai kecantikan,begitu juga lelaki yang kebanyakannya concern dengan saiz biceps dan perut.Ramai antara kita yang menjadikan artis-artis Hollywood sebagai role model untuk menjaga kecantikan atau kehenseman masing-masing.Pasti ramai anak2 gadis yang menghabiskan masa berjam-jam di depan cermin untuk memakai makeup yang ketebalannya mengalahkan ketebalan besi yang digunakan untuk membuat kereta Proton masakini.Tetapi bila kita buang semua ilusi optik yang dicipta oleh Hollywood,pecah semua imaginasi nakal lelaki dan hilang semua impian wanita untuk menjadi mereka ini.

1. Avril Lavigne

Aku suka dia ni sebab muka dia cute dan dia takde la desperate sangat nak menunjukkan tubuh badan tapi jika Avril Lavigne sebegitu rupa berjalan di Bukti Bintang,takde siapa pun yang akan feewitt dia.

2. Pamela Anderson


Simbol seks Hollywood?Rupa sebenar lebih kepada seorang penebang kayu atau seorang kontraktor tipikal yang dapat dilihat di Discovery Channel.

3. Britney Spears


Bayangkan,BAYANGKAN,jika anda peminat Britney Spears yang bertuah dan dapat meluangkan semalam baring bersamanya,mahukah anda bangun dan melihat wajah itu sedang berdengkur?

4. Fergie


Bukti paling tampak bagaimana makeup boleh menukarkan seseorang itu menjadi simbol seks yang digilai satu dunia,asalkan seseorang itu handal berlagak seksi dan suka tidak memakai seluar.

5. Paris Hilton

Apa kejadahnya kau ni Paris?Dengan mata terkuncup sebelah,gaya kononnya manja macam anak kucing?Dah la barang kecik gila,ARGHH!Aku memang tak suka betul dia ni.

6. Megan Fox


Simbol seks?
Sexy siren?
Hot babe?
Sultry actress?

Pegi mati dengan semua itu.Nak tengok siapa Megan Fox sebenarnya?


Landon Donovan,player bolasepak USA.

Ogos 07, 2009

Sila Berikan Respons Anda Mengenai Cerita Ini


Ahmad ke Thailand untuk bertemu teman wanitanya,almaklumlah teman wanitanya,Mai berasal daripada Bangkok.Sungguh gembiralah Ahmad berdating dengan Mai menaiki tut-tut berpusing keliling Bangkok.

Pada hari terakhir sebelum pulang,selepas selesai mengambil kot satu set yang ditempah di sana (kot,kemeja dan seluar slack satu set di sana harganya RM300 sahaja) mereka pun pulang dengan menaiki teksi Toyota Vios kerana kebanyakan teksi di sana ialah Toyota Vios,sebuah kereta orang kebanyakan di Malaysia.Dalam perjalanan pulang ke rumah ibu bapa Mai di Phatong Street,terdapat road block polis Thailand yang menahan mereka.

Polis itu pun meminta IC Mai kemudian memeriksanya.Kemudian,mungkin kerana melihat muka Ahmad yang kelihatan mixed Arab dan Afrika,pegawai polis itu pun bertanya mengenai Ahmad.Ahmad pun menunjukkan passport Malaysia nya yang sudah dicop di sempadan.Polis itupun mengambil passport itu kemudian beredar sebentar.Dapatlah Ahmad lihat polis itu menelefon seseorang.Kemudian polis itu pun kembali kepada mereka.

Polis itupun berkata kepada Mai sesuatu."Mai lai tau,maprek king kung lao wan!"kata polis itu.

"What did he said?"tanya Ahmad kepada Mai yang ketika itu berpakaian menjolok mata Ahmad."He said that you are an illegal here.Your entry data is not in the immigration system.Maybe your entrance data is fraud,"jelas Mai,sambil membetulkan kedudukan bajunya yang sedikit menampakkan cleavage."He have to take you in as you don't have permission to be here at all," sambung Mai dengan muka sedih kerana terpaksa berpisah dengan Ahmad,lelaki idamannya.

"Apa?Aku dah cop la kat sempadan!Bodoh punya polis,kecik2 tanak mampus!"jerit Ahmad kerana yakin polis itu tidak faham bahasa Melayu.Polis itupun menyuruh Ahmad masuk ke dalam trak polis Thailand untuk dibawa ke balai polis Bangkok.Sampai di sana Ahmad diserahkan kepada Investigative Office dan dimasukkan ke dalam lokap sementara menunggu pengesahan daripada Immigresen Thailand.

Iklan tidak berbayar

Hari bersilih hari,masuk hari ke 8 Ahmad terkurung di dalam lokap dengan diberi makan semangkuk tomyam poktek dan dua sudu puding mangga setiap hari.Pada hari ke 9,Investigative Officer itupun datang membuka pintu lokap Ahmad dan menyuruh Ahmad keluar.

"We arr sorrie sir.Your dokument end your data is all legal."kata pegawai itu."Thank you for your time," katanya lalu membenarkan Ahmad beredar dari situ.

Ahmad pun melangkah keluar daripada lokap itu dengan langkah yang bergaya sambil rambut ditiup angin.Dalam kepalanya,dia berfikir apakah langkah tindakan yang perlu diambil seterusnya.Adakah dia patut :

A. Menyaman kerajaan Thailand dan polis Thailand kerana menangkapnya tanpa sebab dan bukti (tanpa usul periksa)

B. Menyaman imigresen Thailand kerana pemprosesan data kemasukan yang sangat lembap.


C. Balik ke Malaysia dan menceritakan kepada media massa mengenai tindakan polis Thailand itu.


D. Saman semua yang terlibat kerana telah mengakibatkan dia kehilangan 8 hari dari hidupnya tanpa sebarang kesalahan dilakukan.


E. Balik ke Malaysia dan ceritakan kepada semua orang kesan yang terjadi kepada dirinya apabila ditangkap tanpa alasan dan bukti


F. Balik ke Malaysia dan lupakan benda ni berlaku.


Aku memerlukan feedback dan pandangan daripada anda.Jika anda seorang peguam atau pegawai imigresen,pandangan anda amatlah dialu-alukan.Dan jika anda,ditangkap di dalam lokap selama 8 hari di sebuah negara asing,apa yang anda lakukan?


Lawak Graduan,Hahaha

SAYA TINGGAL DI KAWASAN PERUMAHAN BERPAGAR SERTA MEMPUNYAI KAWALAN KESELAMATAN 24 JAM...

SETIAP HARI APABILA KELUAR BEKERJA, SAYA AKAN BERTEGUR SAPA DENGAN PENGAWAL KESELAMATAN DI PONDOK PENGAWAL SAMBIL BELIAU MENGHULURKAN SENASKAH PERCUMA AKHBAR THE SUN KEPADA SAYA...

TERDAPAT KIRA-KIRA 5 ORANG PEGAWAL KESELAMATAN BERTUGAS PADA SESUATU MASA....

SALAH SEORANG DARIPADA PENGAWAL KESELAMATAN TERSEBUT BERBANGSA INDIA...

SAYA PANGGIL BELIAU "UNCLE" DAN BELIAU SEORANG YANG PERAMAH....

HARI INI, SAYA TERSEREMPAK LAGI DENGAN UNCLE...BARU SAYA PERASAN, TELAH LAMA UNCLE TIDAK DATANG BERTUGAS...

SAYA PUN BERTANYA "UNCLE,LAMA TARA NAMPAK, MANA PIGI????"

"OOOOOO, SAYA BALIK KAMPUNG...INDIA"

OK......

KELING BALIK KAMPUNGNYA DI INDIA.....
LAIN KALI BALIKLAH TERUS......

Lawak tak cerita ni?Apa pandangan anda mengenai cerita ni?

Makhluk Melayu Berakal Sampah



Bila aku kata penyokong UMNO ni bodoh,akan ada orang kata aku ni bodoh.Tapi bila pemimpin persatuan graduan berperangai macam gini dan "mengaku" dia ahli PAS padahal tidak,nampak benar dia ni hanyalah semut yang cuba nak jadi dinasour.

Selagi ramai orang macam ni dalam Malaysia,selagi tu la Malaysia ni takkan berubah.Ini bukan pasal pandangan politik,ini bukan pasal pegangan perjuangan.Makhluk macam ni hanya sekadar gilakan publisiti dan kuasa.Mentaliti akal tahap mat rempit.

Kalau kau tak reti bezakan RUSUHAN dengan DEMONSTRASI,kau ada PHD pun orang kata kau bodoh.

Ogos 05, 2009

Aku Beruntung Lahir Dalam Tahun 80-an


Sejak kebelakangan ni,bila aku melukis ke bila aku membaca komik ke,aku selalu terfikir,kenapa hiburan2 untuk budak-budak satu masa dulu jauh lebih matang berbanding sekarang.Contohnya kartun-kartun yang aku tengok dari kecik dulu.AGAK BANYAK KARTUN yang aku tengok campur-campur dengan cerita-cerita Jepun yang tak banyak lagi dibuat sekarang ni :

Kartun -
Tranformers
Thundercats
Silverhawk
Grandizer
Visionnaries
Spiral Zone
Saber Rider
Macross
Mospeada
Ghostbuster
He-Man
Jem
My Little Pony
Care Bears
Smurfs
MASK
dan bermacam lagi lah..

Cerita Jepun :
Kesatria Baja Hitam
Space Cop Gaban
Maskman
Flashman
Moero Attack (ni terbaik!)
Oshin
Akantare

Cerita Bangang sket tapi kostum dia kool (pada zaman 80an) - Captain Power (habis rancangan boleh tembak2 kat TV kalau ada permainan dia)

Hahaha.Kalau nak kira dalam kartun ke,dalam cerita Jepun tu,kebanyakannya theme yang ditonjolkan agak berat.Contohnya dalam Mospeada ada satu karakter gay dan bila hero tu tersentuh mamat gay tu,muka dia blushing-blushing.Masa tu aku memang tak paham apsal tapi selepas masuk ke sekolah asrama,barulah aku mengerti maksud yang tersirat itu.

Selain daripada tu,kanak-kanak generasi tu juga belajar bermain game sewaktu zaman kemajuan pesat teknologi komputer.Waktu tu,main game adalah satu cabaran yang amat besar,sebab :

1. Tak boleh save,tutup Micro Genius,padam semua benda
2. Game yang maha susah.Tapi sebab masa tu katrij game mempunyai harga yang agak premium,habiskan jugak walaupun game tak best
3. Berapa ratus kali aku dimarah suruh makan sebab aku duduk depan TV dan main game sampai mata aku jam dan terpaksa pakai spek tebal (zaman tu main game memang merosakkan mata)

Yang paling seronok menjadi kanak2 tahun 80an adalah bila kita terlepas zaman fesyen tahun 80an kerana sebagai seorang kanak-kanak,kita tak terikut dengan dunia fesyen waktu itu.Ketahuilah,pada tahun 80an,fesyen dan trend yang happening pada waktu itu adalah TRAGEDI KEPADA SELURUH DUNIA.

Dan sebagai kanak-kanak tahun 80an,aku membesar selaras dengan tumbesaran teknologi dunia dan selaras dengan impian arwah bapak aku yang mengimpikan nak ada internet kat rumah dengan alasan tak nak beli paper lagi dah,aku dapat merasai internet agak awal.Mula-mula memang kagum dengan IRC tu sambil chat2 kat channel "#Kampung" yang kononnya tempat paling happening satu masa dulu padahal aku hanya sekadar masuk nak try2 mana tau ada gadis2 yang inging bercyber sex dengan aku,kerana aku ingin mencuba waktu itu (daya pemikiran pervert aku agak cepat matang).Siap menggeletar bila ada nickname awek msg nak ajak borak sambil otak berfikir macam mana nak pesongkan awek tu ke jalan yang serong.Bila pikir2 balik,CYBER SEX?!Apa kejadah seronoknya?Hahaha.

Yang paling penting sekali adalah generasi-generasi yang lahir pada tahun 80 an dan selepasnya adalah generasi-generasi yang terdedah dengan maklumat-maklumat yang pelbagai.Membolehkan kami mendapatkan sumber berita daripada pelbagai sudut dan pihak.Ini membuatkan kami lebih partikular dengan sumber-sumber berita kami kerana kami agak mampu menilai mana berita kelentong dan mana berita palsu.

Hakikatnya,cara kerajaan menjual propaganda mereka masih menggunakan cara lama mereka yang dipraktikkan semasa zaman mereka membesar dahulu dan cara itu tidak boleh digunapakai lagi sebab pada aku,seorang bayi comel yang lahir pada tahun 1981,cara kerajaan nak memujuk kami dah tak boleh dipakai lagi.Setakat hulur bantuan seguni dua beras lepas tu nak dapat sokongan?Jangan harap.

Orang-orang lama yang masih tak sedar,bolehlah kerajaan perbodohkan.
Untuk kami,kanak-kanak yang lahir dalam tahun 80an,usahlah dianggap taktik kerajaan itu tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas.Dah lekang,dah lapuk,dah luruh.

Berenti2 kan lah berita2 bangang dalam media massa.Hanya orang bangang aje yang percaya berita tu bulat2.

Nota kaki : Aku tak tau macam mana tiba2 terlari topik.Mungkin emosi aku terganggu semasa menulis.Memang aku nak tulis pasal benefit lahir tahun 80an je tapi entah kenapa selepas membuka Utusan Online membuatkan mood untuk menulis menjadi berapi-api.

Ogos 01, 2009

Tahanan Tanpa Bicara


Aku selalu terfikir;undang-undang itu ciptaan manusia.Jenis manusia yang mencipta undang-undang - mereka yang berkuasa.Jadi,katakanlah :

Anda terlihat seorang lelaki menembak mati seorang lelaki lain di satu kawasan yang sunyi.Anda sempat bersembunyi dan melihat lelaki itu beredar menaiki Mercedesnya.Anda catit nombor plet kereta itu dan cuba menghafal raut wajah lelaki itu.Kemudian anda terus ke balai untuk membuat aduan.Selang beberapa hari,anda dipanggil ke mahkamah menjadi saksi pendakwaraya.Dalam perbicaraan,banyak bukti yang keluar untuk menafikan dakwaan anda.Akhirnya,hakim percaya bukti yang anda kemukakan tidak kukuh dan dakwaan anda tidak diterima hakim kerana mungkin,mereka mendakwa anda tidak mempunyai penglihatan yang sempurna.

Lelaki itu didapati tidak bersalah,walaupun anda sedar dia pembunuhnya.Fikirkan,adilkah undang-undang sebegitu?Lelaki itu didapati tidak bersalah,sedangkan anda pasti betul jarinya yang menarik picu melepaskan peluru ke kepala mangsa.Terlalu banyak lubang-lubang yang ada dalam sistem undang-undang yang tidak telus memberikan faedah kepada mereka yang berkuasa.

Apa itu undang-undang?Adakah bila seseorang itu menjadi suspek sesebuah kes,dia sudah layak ditahan,dibelasah,diherdik,dihina?Yang lebih menyedihkan,apa kelayakan manusia-manusia yang bergelar "pihak berkuasa" ini untuk menangkap anda tanpa sebarang alasan munasabah?

Aku sudah nampak secara dekat kesan kecil akibat daripada pelaksanaan "tangkap dulu dan siasat kemudian" yang diamalkan oleh polis-polis dan menteri-menteri Malaysia.Apa yang terjadi kepada orang-orang yang sekelilingnya,dari segi emosi dan psikologi yang membelenggu emosi.Menaikkan rasa marah sehingga mengakibatkan wujudnya sifat "polis itu binatang."Pada aku,tidak salah kita samakan polis itu dengan binatang jika mereka kurung kita dalam penjara tanpa ada apa-apa tindakan kita yang menyalahi undang-undang.

Jangan kita hanya tertumpu kepada ISA saja.ISA itu benda besar,tapi sebenarnya banyak kes-kes kecil yang kita tak dimaklumkan mengenai "kecekapan" polis-polis Malaysia mengurung manusia-manusia lemah yang tidak pun bersalah atas alasan untuk menjalankan siasatan.Satu siasatan seminggu yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan satu email atau satu panggilan telefon yang ringkas.Mengakibatkan hilangnya 2 minggu dari hidup seseorang kerana terkurung dalam lokap di sebuah balai polis di Kuala Lumpur.Apa gunanya ada E-Government?Susah benarkah hendak diangkat telefon untuk memastikan kebenaran tersurai dengan mudah?

Seorang manusia yang tidak bersalah meringkuk dalam penjara selama seminggu semata-mata kerana protokol penyiasatan yang hancing,sama hancing dengan bau nafas polis-polis yang keras kepala dan keras hati.Ini kisah sebenar yang berlaku.

Jadi,biarkan anjing-anjing yang mengatakan YA KEPADA ISA itu terus berkata begitu.Mereka itu bodoh dan tidak reti berfikir,biarkan akal mereka terus dirantai balaci-balaci syaitan itu.Doakan agar ada saudara mereka dihumban masuk ke Kem Kamunting,agar dapat kita tonton mulut mereka "bertasbih" "YA KEPADA ISA!YA KEPADA ISA!YA KEPADA UNDANG-UNDANG SYAITAN".Kepada kita yang lemah dan tiada berkuasa ini,fikirkan,jika anda tidak bersalah dan anda dihumban ke dalam lokap selama 2 minggu;Siapa yang akan ganti 2 minggu anda yang telah hilang itu?Cuba 2 tahun,4 tahun,11 tahun.

Pada mereka,hidup anda tiada nilai.Pada anda?Rasakanlah azab bagaimana pun.Mereka bukan peduli.Hapuskan hukuman kepada tahanan tanpa bicara.