Julai 08, 2009

Film Review : Drag Me to Hell (Seret Aku Ke Angkasa Setan!)


Oh,oh,oh.

Aku menjangkakan cerita ini mampu membuatkan aku terkecncing dalam wayang jika Sam Raimi kembali kepada cara penceritaan asal sewaktu dia mencipta Evil Dead (bukan Evil Dead 2,pasti bukan Army of Darkness)Tetapi aku sedikit kecewa,mungkin kerana filem Sepanyol iaitu REC (atau adaptasi USA nya iaitu Quarantine) membuatkan aku seolah-olah sudah lali dengan ketakutan2 yang bergantung dengan kejutan bunyi dan muka yang menyergah tiba-tiba memenuhi skrin wayang.

Mungkin juga selepas menonton "The Orphanage",aku sudah semakin kebal dengan cerita-cerita seram yang bergantung dengan elemen bunyi yang diperkuatkan melampau. Aku lebih takut jika suasana nya sunyi dan The Orphanage penuh dengan suasana sunyi yang realistik.

Tapi jangan anggap filem ini tidak bagus.Sangat bagus sebenarnya,jika anda pernah pernah menonton trilogi Evil Dead,sudah pastilah anda ketawa terbahak-bahak sepanjang cerita ini.Bukan kerana kesan visual atau memek muka yang menakutkan,tapi kerana filem ini dipenuhi dengan lawak2 sampingan sinambungan daripada trilogi Evil Dead itu.

Ada beberapa babak yang membuatkan aku tergelak kuat sambil ditenung oleh ramai orang disekitar aku yang ketakutan.Bukan kerana babaknya kelakar,tapi kerana dalam kepala aku teringat balik scene2 kelakar dalam Evil Dead yang seolah2 dihidupkan semula oleh Sam Raimi.Seperti babak di mana heroin memijak sapu tangan puaka dan sapu tangan itu memberikan tindak balas seolah2 ia dalam kesakitan.Hahaha.Memang sentuhan Sam Raimi masih ada.Selepas kekecewaan aku tertidur bila menonton Spider Man 3 yang maha bosan,aku lega sekurang2 nya Sam Raimi kembali kepada style basicnya.

Cerita yang simple,efek yang nampak murah dan filem seram yang tak pernah merasai dirinya serius.Sangat2 menyeronokkan.Aku ketawa besar dalam wayang.

Rating 9/10

4 ulasan:

enyheartsdiamond berkata...

ada pe babak funy..
tym kambing tuh maki2..

den laki yg kn tikam kambing tuh menari cm apa tah!

kyo_9 berkata...

wah.. first time dengar pasal movie nih.. nanti ak search kt torrent.. :p

nik berkata...

cerita yang takde motif...hampas...

Tanpa Nama berkata...

Aku ingatkn aku sorg ja tido dlm pawagam bila cita bosan ..Rupanya ada gak org cam aku..HAhha