Julai 21, 2009

3 Hadiah Kerajaan Untuk Rakyat Yang Kurang Publisiti

Kepada yang baca mengenai 11 hadiah Najib yang sangat2 dihypekan oleh paper2 media dan TV percuma,ada la yang berasa gembira.Khasnya budak2 sekolah yang mempunyai keinginan untuk berlesen motor tapi tak mampu.Tapi kalau anda waspada mengenai perihal ekonomi rakyat,tentu akan anda perasan,selain daripada 11 hadiah untuk rakyat ini,kerajaan juga telahpun memberikan 3 hadiah paling bermakna kepada rakyat yang tidak digembar-gemburkan sangat.

Tahukah Anda,mulai 1 Ogos,tambang pengangkutan awam naik (Link) -

11 hadiah untuk sesetengah golongan,kenaikan ni melibatkan semua orang

Tahukah Anda nilai insurans yang sudah dinaikkan

Tahukah anda mengenai benda ni?Selepas ini tidak ada lagi insurans third party,golongan yang paling teruk ditekan di sini adalah mereka yang berpendapatan rendah yang menggunakan motorsikal.Jika sebelum ini nilai insurans yang perlu di bayar lebih kurang RM30 ke Rm40,akibat daripada pelaksanaan mesti ambik "First party dan All rider",kemungkinan nilai insurans anda yang perlu dibayar naik tiga kali ganda.Bayangkan,untuk anda maintain Honda EX5 tahun 1992,anda perlu membayar insurans yang nilainya hampir 20% dari nilai motor anda.

Dan tahukah anda,selepas ini,semua insurans kenderaan yang lebih 10 tahun akan dikenakan premium yang lebih dan majoriti rakyat Malaysia membeli kereta berhutang 9 tahun?Habis bayar aje premium naik.

Tahukah anda,minyak naik 20 sen mulai September?

Walaupun dengan kenaikan gred petrol yang lebih tinggi tapi jika dibagi pilihan,aku nak minyak lagi murah dengan kualiti yang ada sekarang ni sebab ini MINYAK,disposable item.Aku tak perlu minyak bergred tinggi sebab aku memang tak perlu pun minyak yang lagi baik.

Sebab minyak sekarang dah cukup baik pada aku.

Ada lagi ke yang aku terlepas?Benda2 hadiah kerajaan macam ni yang melibatkan semua orang?

10 ulasan:

Obefiend Weiland berkata...

Makcik Hai-O kata

"SYUKUR ALHAMDULILLAH"

Besi Karat berkata...

Biasa la ada pro n con..
hehe..

EQUILIBRIUM berkata...

hehehehe ada 1 lagi hadiah dari 1malaya dlm proses pembungkusan. dengar tarif letrik pun akan dikaji dan mungkin naik lagi.

kalau tarif letrik domestik je naik takpe tapi kalau tarif industri naik mcm tahun lepas mampus le rakyat. mungkin ramai org tak tahu kenaikan tarif letrik industri memberi kesn kenaikan harga barang yg jauh lebih tinggi berbanding kenaikan kos pengangkutan.

hehehehe kalau kilang megi tak pakai letrik ok le jugak. takde le harga megi naik. bukan apa teman kesian kat students yg jadikan megi sbg makanan asasi harian mereka.

ali makaveli berkata...

adakah aku silap gi angkat kete...

paiseh berkata...

kasi rebet tol... berbelit2 prosedur.

kurangkan bayaran lesen meniaga... indon free2 je bulih meniaga.




pundek ah najib!!

semi berkata...

kami 'berterima kasih' kepada kerajaan barisan nasional!

mantul berkata...

rasekan..1Malaysia, sayang kat pemimpin kite neh!!

sepol utusan berkata...

SAYA MESTI PILIHHHHHHHHH

Tanpa Nama berkata...

"KERA"jaan betol.benda yang dibuat semuanya menyusahkan orang yang dah susah.

xordy berkata...

aku bukan penyokong kerajaan nor penyokong pembakang. for me both of them sucks. tapi tu bukan point dia. cuma nak betulkan pasal minyak naik. yes, RON97 akan naik, tapi gov introducekan RON95 untuk gantikan RON92. its not of kualiti minyak ke ape, tapi most car in Malaysia tak perlukan RON97 untuk bergerak. cuba baca betul2 tentang RON, sebab penggunaan RON yang salah pada kereta boleh merosakkan kereta.