Julai 13, 2009

Dari Jemapoh Ke Manchester


JUASSEH 1 Julai - Setelah hampir 3 bulan mengalami masalah terputusnya bekalan air,penduduk beberapa kampung di Juasseh,Kuala Pilah memohon jasa baik agar daerah Juasseh dijadikan anak angkat Kerajaan Pusat,atau jika tidak berkemampuan,anak tiri.

Menurut mereka,masalah bekalan air yang melanda telah pun berlaku semenjak beberapa tahun di mana bekalan air tidak dapat diperolehi pada waktu siang sehinggalah awal pagi.Pelbagai aduan telah pun dilaporkan kepada Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan dan jawapan yang diberikan oleh jurucakap ialah "kenapa tak mandi di sungai sajo eh?"

Menurut ketua kampung sebuah kampung di Juasseh yang ingin namanya dirahsiakan atas sebab tidak mahu menceburi bidang glamor,penduduk kampung kebanyakannya terpaksa menggunakan embun dan air hujan yang dikutip di daun untuk dijadikan air minuman.

"Hari-hari den kutip air ombun,tak dapek eh sotongah baldi.Kadang2,bilo malam den gian ngan bini, topakso la membatakan niat tu,camano eh den nak mandi?" kata ketua kampung berkenaan."Uish,jonoh den.Air botakung ateh palo eh ni!3 bulan den tahan!" sambung ketua kampung dengan muka merah padam.

Wartawan yang meninjau di kawasan lokasi mendapati kebanyakan paip air di rumah sudah berhabuk dan yang uniknya di sebuah rumah,ada bertampal "Hanya sekadar hiasan" di kepala paip mereka.Apa yang menyedihkan,kebanyakan murid sekolah yang ingin ke sekolah terpaksalah ke sekolah tanpa mandi dan memberus gigi,menyebabkan semua murid yang berasal dari kampung-kampung di Juasseh dipulaukan kawan-kawan mereka.

"Den nak mandi tapi akak den kato dio datang bulan.Den raso dio sakit kot sobab dio jalan tak botui," jelas adik Wan Shahril Anhar,pelajar tahun 2 Sekolah Kebangsaan Juasseh yang berbau sedikit kepam sehingga wartawan tidak mampu meneruskan wawancara."

"Tapi takpo bang,sayo tak mandi takpo,hujung taun cuti sokolah,ado rombongan gi KL.Sayo nak tengok KLCC."

6 ulasan:

Obefiend Weiland berkata...

ini la melayu!

takde nak inisiatif sendiri. pegi la gali perigi sendiri. dah lemak dimanjakan NEP la ni. semua harap kerajaan buatkan. kalau semua bergotong royong mesti boleh gali perigi komuniti.zaman hang tuah dulu mana ada melayu harap sultan bina perigi. pasal tu melayu zaman dulu gagah dan maju

/sarcasm

Tanpa Nama berkata...

Gayah Lawa nk komen >> Sedih nyer...dah lebih 50tahun merdeka tapi air tetap jadi masalah...
Tgok la nnti next election baru kelam kabut wakil rakyat terhegeh2 nak pasang paip...

kucai berkata...

huahauhauhauhauhuwaakakakakakakwaawhuahau....
mantot...nie cita btoi ka tipu...
awat lawak semacam ja....

bilo malam den gian ngan bini, topakso la membatakan niat tu,camano eh den nak mandi?" kata ketua kampung berkenaan."Uish,jonoh den.Air botakung ateh palo eh ni!3 bulan den tahan!"sambung ketua kampung dengan muka merah padam....

hauhauhauhauhauahuhaua

sruh ketua kampung instinjak ja..sapu kpala tue ngan habuk pasir..kalu malang brcalaq la kepala tue kena pasir...hauhauhauah....

zambri ghandi berkata...

ni memang nak kene jadik anak angkat emas kerajaan federal gak ni... time tu baru la kg juasseh bole diangkat jadik kg agropolitan... tapi paham paham je la lepas tu....

Mantot berkata...

haha,
cerita dia cerita lawak aje la.

isu air takde 3 bulan tu..yang ni fakta.

baru minggu lepas air ada balik sebab air terpaksa disalurkan melalui kampung tu sebab kontraktor nak pakai air,ada pembinaan sekolah baru kat kampung tu

Cik Engr Aishah Zakaria berkata...

hahah...
golak2 den baco cito ni...
walaupon bkn kek kg den tp den paham perasaan org kg terutamo tok ketuo kg tu..