Aku seorang cikgu dan aku seorang yang sangat emosional.Mungkin sebab aku ambik berat apa yang aku buat dan aku peduli pasal apa yang aku ajar kat student aku.
Aku paling suka kalau student aku tanya aku soalan dan SANGAT2 BERMINAT pasal subjek yang aku ajar.Kalau apa aku ajar pada diorang tak cukup,lalu diorang explore sendiri sebab minat punya pasal,aku sangat-sangat happy.Benda-benda camtu membuatkan aku rasa berbaloi kerja walaupun aku dibayar murah dan aku bekerja lebih teaching hours.
Tapi aku frust bila terlalu ramai student yang belajar sebab nak ada sijil,nak ada paper,bukan setakat student aku,student memane pun la.Setakat nak ada kelulusan sebab takut nanti takde kerja.Mungkin kalau government sector qualification tu penting sebab memang diorang nilai korang dari situ tapi betulke benda tu menilai tahap korang berfikir dan melakukan kerja?
Terlalu ramai orang yang belajar semata-mata nak ada paper bukan sebab nak dapat ilmu.Diorang bayar yuran sebab diorang nak grad,bukan sebab diorang nak belajar.Terlalu banyak kes yang aku nampak dan aku lalui yang menunjukkan terlalu ramai graduan ni yang hantar kerja bukan dari hasil tangan sendiri,bayar orang lain suruh buat.Aku pun tergolong dalam golongan2 yang diupah tu.
Aku ada buat kerja untuk student UIA dan diorang ni ambik course architecture.Tak ke berisiko besar bila seorang arkitek yang ditugaskan membuat rumah ke bangunan tak tahu langsung sebenarnya apa yang diorang buat?
Aku tanya minah dua orang ni,"Korang reti ke buat benda ni?"
"Tak,tak reti langsung.Mula-mula tu pegi la jugak kelas.Lepas tu bila kitorang tak dapat catch up,terpaksa la mintak tolong ni."Baik dan suci aje muka minah 2 orang ni.Itu arkitek,orang yang akan design dan plan bangunan.Mungkin itulah sebabnya tragedi Bukit Antarabangsa tu jadi.
Terlalu ramai orang yang lepas tangan dan mengharapkan agar dia dapat survive dengan cara2 camtu dan apa yang paling menyedihkan,takde langsung usaha sekurang-kurangnya nak belajar basic at least dapat buat sket2.
Bila takleh buat salahkan cikgu,salahkan lecturer.Cubalah usaha sket2 dulu.Banyak benar komplen kita dengar kata susah nak dapat kerja,degree ni tak laku,diploma tu tak laku.Bukan camtu sebenarnya.
Yang tak laku tu sebenarnya KAU!
Sebab ko tak reti.
Kepada Doktor2,jangan buat perangai camni (mungkin mustahil kot Doktor nak buat perangai2 ni) tapi memandangkan Kerajaan desperate nak tambah bilangan doktor,macam-macam boleh jadi.
(Gambar sekadar hiasan)
12 ulasan:
kau lecturer?????????????
architect takat design bentuk luaran je, yang nak jadikan realiti benda yang arkitek buat tu... engineer yg kena design dan construct... ylah klu KLCC tu dah jadi cantik dan gah.. org tak tanya engineer mana yg design benda tu bagi tegak berdiri dan selamat, sebaliknya org ramai puji arkitek sbb rekaan dia cantik tp klu dah retak, runtuh dan tak selamat sume serang engineer...
cayolah mantot. skrg kita sudah sedar pengorbanan sabariah fizik, mama bio, rafi toggek, papa???, girang???
aku suka ayat ko yang last tu, yang tak laku tu sebenarnya KAU! hahaha... best2...
out topic, wei, upload la lagi gambar gathering...
aku cikgu...tak layak aku jd lecturer.
hahaha..memang tak fair sebab bila cerita psl KLCC yang dapat nama arkitek Perancis yg design tu.
aku layan Discovery diorang tunjukkan camne nak setelkan masalah hanging bridge KLCC,pergh..masak engineer tu kene kerja.
arkiteknya,tatau lak aku mane mase hujan lebat diorang tengah angkut bridge tu naik atas
beb MALAS! org MELAYU mmg malas2! walaupun ko x mention melayu dlm topic ko ni tp majoritinya yg buat camtu org melayu. smuanya nk buat keje mudah, x nk usaha lebih. lps tu complain sana sini. stkt complain . tu je. kejenye habuk. hampeh. PUIII!!! diorang kalau trskan attitude mcm beb aku gerenti, melayu akan trs meLAYU... srry la emo skt..
ko pun malas gak mantot..
sama laaa
Sistem pendidikan di Malaysia ni sebenarnya yang perlu diubah.
Dari pendidikan yang berteraskan peperiksaan kepada yang berteraskan survival.
Aku pun [macam kau cakap], bukan menteri. Kalau nak aku fikir apa jalan yang terbaik, kena lah lantik aku jadi menteri. Kan?
dah bebuih mulut orang cakap pasal ni, terutamenye prof paling lantang khoo kay kim. tapi sape nak dengar.
yang dengar tu pun buat buat bodoh, sebab diorang tu bodoh.
mantot cikgu? cikgu sekolah mane ye....
alifmimyanun, aku tmbh skt. org yg dgr tu pun PEMALAS jgk. aku hrdp mentaliti org kita dpt brbh. syng beb. buat apa jd tuan kalau realitinya dituankan
kepada pelajar2 design videographer video editor,director, producer plak bile kuar skool...tolong laa jangan buat filem2 macam hanjing atau shoot live show dengan effect zoom in zoom out ala stop motion gegar2 bajet grunge...dan kepada designer2 sila tuka mentality government yg suka design yg font kaler kuning siap outline hitam tebal meliuk lingkuk berbackgoundkan cyan tak cukup ink + gradient..arghh!
saya terpanggil untuk komen, sbb sy juga seorg pendidik.
saya juga sy gembira apabila di dlm kelas, pelajar2 menunjukkan minat utk bljr, minat utk ambil tahu, minat utk berfikir, tapi sngt sedih kalau mereka dtg jika hanya utk tandatgn borg kehadiran, dan buat acuh tak acuh dlm kelas, pastu buat muka malas...mmg sedih..
Dan mmg betul, nampak sngt yg mereka kejarkan itu bukannya ilmu, tapi sijil yang membolehkan mereka mendpt kerja nnt...
Catat Ulasan