Disember 18, 2008

Najis Hanya Keluar Dari Sumber Najis


ALOR STAR 18 Dis. - Gabungan Deklarasi Rakyat Kedah mendakwa kerajaan negeri ini gagal dalam tugas mereka untuk memulihara alam sekitar sejak mentadbir negeri ini sembilan bulan yang lalu.

Jurucakapnya, Mohd. Shahrul Anuar Mahmod berkata, satu kad laporan prestasi kerajaan negeri telah dikeluarkan oleh pihaknya berdasarkan kajian yang dijalankan secara objektif oleh ahli-ahli mereka. - Utusan


KUALA LUMPUR 14 Dis. – Keputusan kerajaan negeri Perak menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri disifatkan sebagai membazirkan duit rakyat.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, ia merupakan tindakan kurang bijak kerana ketika sesetengah negeri ingin menjimatkan perbelanjaan dengan memajak kereta, kerajaan negeri itu pula menghabiskan duit rakyat dengan membeli kereta import dengan alasan yang tidak munasabah.

Mulai 1 Januari ini, katanya, kerajaan negeri Melaka akan memajak kereta rasmi daripada syarikat konsesi Spanco Sdn. Bhd. (Spanco) sebagai langkah berjimat-cermat.

‘‘Kami dapat menjimatkan kos penyelenggaraan RM300,000 setahun dan RM1.4 juta bagi tempoh lima tahun berdasarkan perbandingan jumlah kos yang sama dari tahun 2003 hingga 2008.

“Spanco juga bertanggungjawab untuk membekal, menyenggara dan membaiki semua kenderaan yang dipajak oleh kerajaan. Jadi alasan kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana yang begitu tinggi tidak boleh diterima,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


IPOH 3 Dis. – Kerajaan Perak hari ini dipersoalkan kerana meluluskan penukaran status hak milik tanah lot kediaman dan perniagaan daripada hak milik pajakan kepada hak milik bebas di kampung-kampung baru dan rancangan perkampungan tersusun (RPT) yang berkuat kuasa hari ini.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, pihaknya mempersoalkan sama ada tindakan meluluskan status tanah hak milik pajakan kepada hak milik bebas adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri atau membabitkan Kerajaan Persekutuan.

Katanya, GMP kurang senang dengan tindakan kerajaan negeri bertindak demikian kerana sepanjang pengetahuan mereka pemberian tanah hak milik kekal adalah atas ‘keadaan istimewa’.

‘‘Oleh itu kita akan membawa perkara ini ke mahkamah untuk pengadilan secepat mungkin bagi menentukan kesahihan keputusan dan kuasa kerajaan negeri menukar syarat kepada hak milik bebas itu.

‘‘Biar mahkamah menentukan kesahihan tindakan ini dan mempersoalkan tindakan yang dibuat secara tergesa-gesa ini. Apa jadi sekiranya tindakan ini di luar bidang kuasa negeri?” soalnya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

BANGI 15 Dis. - Kerajaan campuran Perak dan Kedah dibidas kerana tidak mempercayai kereta keluaran tempatan iaitu Proton Perdana V6 Executive yang digunakan sebagai kenderaan rasmi, sebaliknya lebih senang dengan kereta import.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua kerajaan pakatan pembangkang itu sepatutnya berbangga dengan produk tempatan kerana mereka adalah sebahagian daripada rakyat negara ini.

Menurutnya, kerajaan pakatan pembangkang mempunyai alasan tersendiri untuk menolak penggunaan kereta Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi tetapi hakikatnya mereka tidak mahu menyokong projek kerajaan Persekutuan.

''Jangan jadikan kos penyelenggaraan yang tinggi sebagai alasan kerana sudah jelas mereka bukan di kalangan pemimpin yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Sebaliknya, lebih mempercayai kereta keluaran asing berbanding sendiri," katanya selepas merasmikan Kursus Pembangunan dan Pengurusan Zakat Antarabangsa 2008 di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai keputusan kerajaan negeri Perak menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan.

8 ulasan:

Haq Mohaidin berkata...

pembngkang tadbir 9 bln tu baru tibe2 sampah naik mnggunung ek?

kalau dah membazir ribu2 utk mantainnce, perlu ke stick kt produk tmptn dgn alasan mahu patriotik. tu rumah paklah sewa sehari rm7000+ org akhbar xnk sentuh

haih


eh, ko xnk komen ke?

Tanpa Nama berkata...

Asal negeri pembangkang pegang jer, ada jer msalah..semua negeri plak tu.xkan la negeri UMNO n BN pegang tu sempurna ja? semua ada kekurangan.pembangkang punya pasal, perkara kecik bawa jd besar.tpi bla blaku kt UMNO, senyap jaa, x masuk berita pun

Tanpa Nama berkata...

klu kata patriotik, pakai truslah kete proton utk kegunaan sendiri... ini tidak.. mana menteri2, wakil2 rakyat pakai kete proton utk kegunaan sendiri.. org yang asaskan PROTON pun pakai PORSHE CAYENNS (klu silap eja, btulkan) siap tulis MAH 4 lg... menantu PM pun pakai land rover... patriotik ke? sudahlah...

Pengguna genius berkata...

buat ape nak komen...
utusan malaysia adil dan saksama

lala berkata...

pasal pemberian tanah lagi menipu..
bila umno tadbir tgk la pahang...
tanah semua pegi ke kroni...
ada ke ketua kampung interview orang untuk dapat tanah lepas tu esok dia plak di interview...yang dah kaya tu udah2 ler..jgn amik hak orang

Papa Chang berkata...

la... si zahid hamidi nie ke yg komplen pasal tak patriotik gune kete lain selain Proton neyh?

kehkehkeh.. abih die anak beranak gune kete import baik sgt la tuh eekkk??

tahun 2006 (skrg taktau la kan) mase F1 Sepang.. die drive Honda Oddissey.. anak laki die plak drive Toyota Estima..

baru2 nie plak.. aku ternampak anak pompuan die.. bawak Toyota Alphard..

adakah kenderaan2 di atas berbunyi "PROTON"???

kehkehkeh

Tanpa Nama berkata...

proton sucks.
why choose proton if we can afford the better product?
we DESERVE everything we deserve.

nape nk patriotik lg?
buang mase kalau dr pihak atas lg lgsg x patriotik.
s**t

Ron Jerem Lee berkata...

spend the same money to SAMAN people who liters . LAGI effective la. tukar mindset is more important.