Disember 13, 2008

Abang,Jangan Bukak Seluar Saya!

Nama Pengadu : Adik Mn Fadzly
Umur Ketika Peristiwa : 7 tahun. Kecomelan optimum.
Lokasi : Sunway Pyramid
Mangsa Aduan : Security Sunway Pyramid

Saya pun tidak tahu adakah ini turut melibatkan konsumerisme, tapi peristiwa ini amat mendatangkan kesan yang mendalam terhadap hidup kami sekeluarga (cheH!)

Macam ni ceritanya, beberapa tahun yang lepas ketika saya masih berumur setahun jagung ( 1 tahun jagung = 7 tahun manusia ), telah diceritakan berlakunya rombongan sekolah tadika ke Kuala Lumpur. Almaklumlah saya ini berasal dari luar bandar, maka seronoklah pergi berombong (berombong?) ke ibu kota. Antara destinasi kami adalah Desa Waterpark dan pada malam hari, kami ingin pula berkenalan dengan singa Firaun sambil membeli belah di Sunway Pyramid. Oke2 straight forward.

Memandangkan ketika itu saya masih budak kecil, tiada apalah yang mampu dibeli, hanya berjalan-jalan di dalam Sunway Piramid itu. Ketika memasuki pintu utama Sunway Pyramid, saya terperasan ada bunyi Tett Tett, bunyi penggera tu, kononnye kalau ada orang mencuri, bolehlah dikesan dengan mudah. Tetapi pada masa penggera itu berbunyi, semua orang sedang masuk ke dalam Sunway Piramid, maka sempatlah saya perasan muka Mak Guard itu macam pening-pening, takkanlah orang mencuri barang dari dalam, tapi masuk dari luar kan.

So dipendekkan cerita, ketika keluar dari Sunway Piramid, saya bersama rakan-rakan saya seramai 10 orang rasanya, ditahan oleh Pak Guard. Kerana sekali lagi penggera itu berbunyi Tett Tett. Entah sapalah yang mencuri ni, cinabeng betul. Untuk memudahkan pengecaman tanpa kawad cam, kami seorang-seorang melalui pintu itu. Seorang lalu, penggera senyap. Seorang lalu,penggera senyap. Saya yang paling akhir sekali. Dan secara kurang ajarnya, penggera itu berbunyi ketika saya lalu di situ.Sedetik selepas itu, kumpulan Pak Guard tu cemas bagai macam nak hari kiamat jer, bukan main dengan walkie talkie lah, seorang lagi berlari lah, nak cari supervisor dia kot. Saya pun tunggu dengan blank, apa yang saya curi, pegang barang pun tak. takpe takpe ini kesilapan teknikal je ni, biasa la.

Seminit selepas itu, supervisor nye pun hadir. Dengan penuh tegas, disuruhnya anak buahnya ketepi supaya saya boleh diperiksa secara peribadi olehnya. Saya diseluk saku, dibukakkan baju,diperiksa dompet yang ketika itu dipenuhi dengan sticker Dragon Ball,dibukaknya kasut. Tapi apa pun tak ada, Bodoh ! haa kan da emo. takpe2 itu kerja diorang. Selepas itu, si supervisor ni macam berfikir, macamana boleh berbunyi kalau tak ada apa-apa di badan saya kan? Oleh itu, beliau pun melakukan the second round, aktiviti yang telah dinyatakan sebelum ini diulangi tapi dengan finishing yang macam sial iatu nak tanggalkan seluar saya. Wah ! What The What The ! Tapi hajat beliau tidak kesampaian kerana mungkin beliau fikir beliau sudah keterlaluan.

Selepas itu dilepaskan saya. Selepas itu barulah saya sedar, sesungguhnya aktiviti kawad cam dan pemeriksaan pakaian itu tadi dijalankan betul-betul di tengah-tengah pintu utama Sunway Piramid dengan jangka masa dianggarkan 15minit. Dan sesungguhnya saya berasa di tengah-tengah stadium kerana semua customer, pakcik pakcik makcik makcik di situ semua standing idle melihat saya si budak jahat kene tangkap dengan abg guard. Huh ! Saya masih blank, berjalan tanpa fikiran ke bas sekolah. Di situ ada sepasang suami isteri mengatakan kepada cikgu saya bahawanya "Kesian budak ni, kne dengan pakguard tadi" Selepas itu saya tak ingat.

Berdasarkan cerita saya tadi, wajarkah saya sebagai pengguna pusat membeli belah dilayan sebegitu ?

Umpama di Teluk Guantanamo.Adakah lebih wajar jika pemeriksaan dilakukkan di tempat yang tertutup ?Adakah kerana ketika itu saya masih kanak-kanak, saya tidak diberi hak sedemikian ?

Mungkinkah akan timbul komplikasi kepada saya atau rakan-rakan mangsa yang lain, seperti trauma pergi ke pusat membeli belah ataupun benci akan pak guard ?Ada kemungkinankah saya akan menang jika saya saman malu terhadap Sunway Piramid ?

Menang dalam RM5 juta sudah mencukupi. Saya bahagia.

8 ulasan:

mnfadzlyaj berkata...

hehehe . klua jugak citer aku . tq abg mantot . hehe

Khoodude berkata...

har har har! beb lu bukak emel sendiri la. best jgk ko nye writing. tp ko x citer ape sbb bila ko lalau je berbunyi alarm tu. apekah ko ini ada build-in sensor. heh heh

mnfadzlyaj berkata...

hehe . baca kt sini umpama citer aku ni klua kt buletin utama . (sori2 yer2 aku over) hehe . sampai skang aku xtau la mengapa dan kenapa (apa beza mengapa dan kenapa) penggera itu berbunyi .

aku x pernah patah tulang lg . so tiada skru2, bolt atau rivet di dalam tulang2ku

aku jarang makan kerang dan adik beradiknya iatu lala,keritip,tiram,tiramisu,bedere,dan rubitu (jelas sekali aku mereka-reka nama adik beradik kerang ). Kerana didapati mereka si makanan laut itu mempunyai kadar logam yang tinggi. Dan penggera mencari logam. eh wth , penggera mencari barang yang dicuri, dan bukan logam.

Tidak pernah ku sentuh barang2 yang bertag nice to see, nice to hold, once broken, considered sold, if not broken, u r going to be sold argh ape aku merepek ni

panjang btul comment . nampak sgt excited -_-'

Miss Taeyong berkata...

hahaha...soalan utk adik mn fadzly:

1. manakah cikgu2 atau chaperone semasa kejadian ini berlaku? sekurang2nya nasib bdk tadika ini akan terbela.

2. brpkah umur anda sekarang?

mnfadzlyaj berkata...

Terima kasih kepada yang bertanya. Saya mulakan sesi perbahasan dengan pantun ya.

ayam kampung di pinggir kali,
hinggap sebentar di pohon nira,
budak tadika jangan dibuli,
sekali lagi, tq kpd yg bertanya.

ehem2.

1. cikgu2 mungkin kehilangan jejak kami, kerana kami pendek dan amat sukar untuk melihat pergerakan kami, selain itu, sebab logik juga ialah cikgu tersebut beranggapan saya benar-benar adalah bakal pencuri, maka beliau meninggalkan kami sekeluarga untuk dicabul secara halus. Seingat saya, kami sekeluarga mengikut seorang cikgu. Atau mungkin juga kami merasa terkongkong dan ingin jalan-jalan sendirian. Lupa la,tehehehe.

2. Umur saya sekarang alhamdulillah mencapai angka yang tertinggi untuk kategori angka belas-belasan.

Soalan saya kembali :

1. apa itu chaperone ? ( tanya macam x boleh gugel je )

Miss Taeyong berkata...

saya beli pantun tersebut:

pertama kali ke kuala lumpur,
dituduh mencuri malu sekampung,
kalau mahu pandai bertutur,
dictionary.com boleh menolong.

ewahhhh... ;p

mnfadzlyaj berkata...

how dare u beli my pantun.

jangan diintai, si budak pandai,
carilah di hulu, pemburu harta karun,
bertutur pandai berkokok pon pandai,
barulah i tahu, apa itu chaperone.

hinggap seekor, si burung kedidi,
diucapkan terima kasih bak daun keladi,

indah sungguh si pohon kasturi,
tumbuh merendang menerangi alam,
jika saudari bijak bistari,
adakah sedap dimakan, kicap+ayam?

aa tidak . sudah merepek . harap dimaafkan

Mantot berkata...

hahaha...ada ruangan berpantun!