Oktober 29, 2008

Perihal Duit Bawah Meja dan Ayam Goreng


(Artikel ini ditulis dalam keadaan separa sedar)

Membaca mengenai apa yang terjadi kepada Khalid Ibrahim sekarang ni memang menyedihkan.Mungkin lelaki yang mampu melawan godaan kuasa ni hanya lelaki yang dekat dengan Tuhannya.Khalid Ibrahim juga manusia biasa dan kalau benar apa yang dia buat tu,serupalah dia dengan pemimpin2 umno yang keparat.

Manusia oh manusia.Dari sekecil-kecil manusia hingga setinggi2 pangkat manusia itu,semua sama aje.Bila benda-benda macam ni terjadi,membuatkan aku teringat balik dekat 2 kejadian yang terjadi yang melibatkan pegawai-pegawai kerajaan.

Itu baru 2 cerita aku.Melibatkan orang2 yang nampak baik tapi rupanya setan.Baru pegawai yang pangkat rendah,kuasa tak berapa besar.Belum masuk menteri2 lagi.

Sekecik-kecik orang hingga sebesar-besar bontot menteri2,rasuah tak boleh nak dielakkan.Mungkin kita sedar,rasuah dan penyalahgun

First sekali,benda ni jadi tahun 2005.Waktu tu ofis aku kerja apply MSC status.Mungkin pada bos aku waktu tu,bila ada MSC status company,laju sket kontrak ni dapat dan peluang cerah nak dapat tender gomen ni.Lama jugak la application kompeni aku ni diproses,akhirnya sampailah waktu evaluation oleh pihak MSC ni.Diorang pun hantarlah seorang wakil MSC ni ke ofis aku.

Sampailah seorang perempuan,agak berumur.Free hair gaya moden habislah.Dia pun pusing2 lah ofis kitorang yang kecik tu,tanya tiap2 orang staff kat situ apa task kitorang,macam mane equipment semua.Hari tu sebab dah tau dia nak datang,kitorang pakailah kemeja,biasa pakai tshirt je.Kononnya nak impress auditor tu.Habis melawat,dia pun duduklah bincang2 ngan bos aku.Bincang2 lama jugak la sampai petang.Pastu pempuan tu pun balik.

Kitorang pun keluar la tanya apa macam,berita baik ke buruk.Bos aku jawab camni lebih kurang,"Nak berita baik,boleh aje.Dia mintak 4 ribu kalau nak application ni lancar."

Hehehe,tu baru satu kes.Pastu dalam tahun 2006,aku kerja buat courseware kat Damansara.Seksa buat kerja courseware ni,punyalah sakit.Ada satu hari tu tah tetiba pulak orang2 mangkuk ayun BTP ni (Bahagian Teknologi Pendidikan) mempercepatkan pulak deadline.Daripada seminggu lagi tarikh last,dia nak siap semua dalam 2 hari aje.

Kerja gila babi.Tak tidur malam.Biasanya bila nak review apa yang dah siap ni,project manager aku hantar dekat ofis BTP ni tapi sebab ni rushing punye job,BTP hantar orang dia duduk kat ofis aku cek apa yang dah siap.Seorang minah Melayu.Tak cun.

Apa yang kitorang siapkan terus pass kat dia dan dia akan evaluate.Mintak macam-macam,tukar itu,tukar ini,tah dia paham ke apa yang dia buat tu aku pun tak sure.Pastu bila minah tu dah bosan,dia duduk je situ.Sekali-sekala ada benda siap,dia review dan setiap kali ada aje benda nak tukar.

Yang nak tukar tu benda2 bodoh macam kaler,font la,kekadang dah tukar baru,dia suruh tukar balik macam asal.Kitorang masa tu memang menyumpah2 dah.Aku buat 3d jadi apa2 yang kena tukar makan masa balik nak render.Ada jugak benda yang dia suruh tukar aku tak tukar,dia tak perasan pun,hehehe.

Bila dah siap semua,dia review balik.Lama pulak dia review tu.Ada komen ni lah,itulah.Pastu dia bagitau kat project manager aku,hint2 dia lapar.Nak makan KFC.Keluarlah member aku pegi beli KFC untuk satu ofis.Kitorang dapatlah sorang 2 ketul ayam.

Tapi minah tu tak kenyang lagi.Lepas makan ayam,dia pun naik la ke tingkat atas,masuk bilik bos aku.Bincang2 tah ape bende tah.Project Manager suruh postpone dulu work sambil sengih2.Turun aje minah tu,dia terus keluar dan balik.Rupa-rupanya dia sanggup tunggu kat situ sampai la bos aku hulur sikit duit kat dia,baru dia approved kan.Berape dia dapat aku tak tau.

Terus project manager aku kata semua dah settle dan kitorang boleh balik.
Setel terus dan takde ammendmend lagi dah pastu.

Kat Malaysia ni nak dapat approval,kita hulur.
Bila kita ada kuasa,kita mintak dihulur

Tu baru cerita aku pasal seorang pempuan dari MSC dan seorang pempuan dari BTP.Mesti banyak lagi cerita yang ada.Sebab rasuah tu dah jadi macam budaya kerja negara kita.Menyesal pulak aku tak tanye nama diorang.Boleh gak aku taruk kat sini.

Jadi,Khalid Ibrahim main kroni2 pulak?
Pakatan Rakyat ke UMNO ke,kita rakyat mesti lawan.
Apa Anwar Ibrahim nak buat pasal ni?Kita tengok aje la.Kalau dia tak buat apa2,kita lawan Anwar Ibrahim.




3 ulasan:

perfectwater75 berkata...

Salam,

Aku kalau boleh nak tahu sape mangkuk ayun dari BTP yang buat keja tu...cilakak punya olang!!! bikin malu organsasi saja....

thx!

Master Yoda berkata...

Kah kah kah

Malaysia BOLEH

Malaysia HEBAT

Malaysia GEMILANG

dlm bab2 RASUAH

Tak ingat neraka ke?

yazrie berkata...

pastu boss ko "bagi" gak la kat diorang??

Hmmm....