Oktober 24, 2008

Kerajaan Ku Prihatin Rupanya

22 OKTOBER 2008

60,000 kerja kosong menanti graduan

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Sebanyak 60,000 jawatan kosong tersedia untuk para graduan di negara ini yang berminat untuk menceburi kerjaya sebagai ejen pusat panggilan dengan gaji minimum RM2,000 sebulan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebagai permulaan kerajaan telah menyediakan subsidi sebanyak RM6 juta bagi melatih 1,000 graduan untuk mengikuti kursus jangka pendek bagi melayakkan mereka diiktiraf sebagai ejen pusat panggilan.

“Pameran bergerak di universiti akan diadakan tidak lama lagi bagi merekrut graduan terbabit dan mereka akan diberi latihan selama 10 minggu bermula Disember ini bagi membolehkan mereka menerima Sijil Pengoperasian Pusat Panggilan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Latihan Pusat Perhubungan Untuk Graduan My Career, My Future yang dianjurkan kementerian itu dengan kerjasama syarikat My-Partners Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Ejen pusat panggilan tempatan bertanggungjawab melayan pertanyaan melalui telefon yang dikemukakan oleh pelanggan syarikat-syarikat di luar negara yang telah membuat penyumberan luar di negara ini sebagai langkah menjimatkan kos.
50,000 kakitangan awam kontrak mungkin diberhentikan

23 OKTOBER 2008

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak mungkin ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan kerajaan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.

Mereka adalah kakitangan yang kontrak disambungkan dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara dan tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap, tetapi melakukan tugas yang sama.

Omar memberitahu Bernama, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan, kerana kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan ini.

Cuepacs, katanya, telah menghantar rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengekalkan kakitangan ini, yang kebanyakannya telah berkhidmat antara lima hingga 10 tahun malah terdapat yang berkhidmat lebih 20 tahun.

“Cuepacs telah mencadangkan sama ada JPA mengambil semula pekerja ini atau menyerap mereka ke dalam kedudukan tetap,” kata Omar.

Beliau berkata, isu ini akan dibincang pada persidangan perwakilan Cuepacs bulan depan.

Komen - Prihatin rupanya kerajaan kita ni.


5 ulasan:

Ron Jerem Lee berkata...

jawatan kosong because really need or the existing ones are not efficient? lagi hire lagi inefficient

Phoenos berkata...

seksa woo jadi pegawai kontrak gomen dulu...

Mantot berkata...

ko pernah jd ke?berape taun kontrak?

Tanpa Nama berkata...

sian kat skim kontrak nih...keje lame2 takdenye kjaan nak serap...nasihat aku....cuba la dptkan tetap..kalu ade org dalam~ lg bagus..kenyataan bro...kalo tak ko tak ke mane...

acik oren berkata...

ade kawan umah 3 taun jadi pekerja kontrak tak masuk permenant pun, last kena buang gitu jer.
kemudahan nan ado padahal wat keje yang sama gak

mmg betul gak ade byk keje skrg tapi keje call center la, byk graduan pun memilih keje jugak kadang kadang naik lemak.
tu salah sendirik