Oktober 30, 2008

Senarai Harga Kereta Tahun 80an (Sblm Malaysia Buat Kereta)


CKD Model

Alfasud 1.4 - 18,223
Alfetta 2.0L - 29,553
Audi 100 GL5E (2144cc ) - 47,236
Mini 1275GT - 13,187
Mini Clubman 998 cc - 11,284
Datsun 120Y 5-speed - 14,099
Datsun 160J SSS - 16,921
Datsun 280C - 25,547
Fiat 132 2000 (with aircon) - 22,837
Ford Escort 1.3 - 13,324
Ford Escort 1.6 Sport - 15,406
Ford Cortina 2.0 Ghia Auto - 22,584
Honda Civic 3-dr 1238 cc - 12,018
Honda Accord 3-dr 1602 cc - 17,596
Mazda 323 1.3 - 12,837
Mazda 626 1.8 - 17,249
Mercedes 200 with aircon - 50,036
Mercedes 280SE Auto with aircon - 76,398
Mitsubishi Lancer 1400 - 14,053
Mitsubishi Galant 1.6 - 16,114
Peugeot 504 1971 cc - 26,946
Toyota Corolla 1.3 Sedan KE70 - 13,073
Toyota Corona 1.8 - 17,321
Toyota Crown 2.6 - 34,388
VW Golf 1100 - 17,701
VW Golf 1500 - 19,937
Volvo 244DL 1986 cc - 33,005 (with concealed aircond)
Volvo 264 2664 cc - 47,341 (with concealed aircond)

CBU Model

Alfetta GTV 1962 cc - 39,303
BMW 320 1990 CC 5-SPEED - 38,635
BMW 520 Auto - 52,325
BMW 735i Auto - 96,094
Jaguar XJ6 4.2 - 115,819
Daihatsu Charade 993 cc - 12,319
Datsun 280Z - 44,000
Honda Accord sedan 1.6 Manual - 22,592
Mitsubishi Colt 1.3 3-dr - 14,221
Toyota Celica Liftback 2000 - 26,010
VW Scirocco 1.6 - 32,629

Apa point aku taruk list ni kat sini?Harga kereta paling mahal kat situ RM115,819.Dapat Jaguar.Mungkin kalau seseorang tu bekerja masa tu gaji dia RM1600,korang rasa mampu tak dia beli kereta2 tu?

Oh,ini pulak harga kereta di Australia sekarang ni

PROTON SAVVY (M) - $13990
PROTON GEN 2 M-LINE (M)- $19500
PROTON GEN 2 H-LINE (A) - $22990
TOTOTA YARIS YRX 5 DOOR (A) - $22090
TOTOTA YARIS YRS SEDAN (A) - $17690 (This is the New Vios)
TOYOTA COROLLA CONQUEST SED (A) - $25400
TOYOTA CAMRY 2.4 ALTISE (A) - 29500
HONDA JAZZ VTI (A) - $20490
HONDA CIVIC VTI-L 1.8 (A) - $26990
HYUNDAI GETZ 1.6 5 DOOR (M) - $15990
SUZUKI SWIFT (A) - $17990
SUZUKI SWIFT SPORT (M) - $23990


Gen2 dengan Jazz harga lebih kurang.
Jadi,fikir-fikirkan lah sendiri.Jangan jadi rakyat Malaysia yang berakal sempit.

Oktober 29, 2008

Hoi Mangkuk,Minyak Bila Nak Turun Aaa?

Kata turun 72 dollar boleh turun harga dulu,RM1.92.Ni dah turun 65 dollar,lambat benor turunnya.Naik cepat,turun lambat,kaji itu,kaji ini.

MANGKUK!
JAMBAN!
JEBON!
PEROMPAK!
BARUA!
TALI BARUT!
NAJIB TUN RAZAK!
TAHI KUCING!


SEDARKAH ANDA,
WALAUPUN ANDA MEMBAYAR ROAD TAX SETIAP TAHUN,
ANDA JUGA SEDANG MEMBAYAR TAX KERETA YANG TINGGI KEPADA KERAJAAN

dan
SEDARKAH ANDA,
ANDA JUGA KENA BAYAR TOL?
Jadilah penunggang motor.

Duit anda yang diambil oleh kerajaan hanyalah RM2 untuk road tax setahun.Yeeha Mat Gemilang!

Perihal Duit Bawah Meja dan Ayam Goreng


(Artikel ini ditulis dalam keadaan separa sedar)

Membaca mengenai apa yang terjadi kepada Khalid Ibrahim sekarang ni memang menyedihkan.Mungkin lelaki yang mampu melawan godaan kuasa ni hanya lelaki yang dekat dengan Tuhannya.Khalid Ibrahim juga manusia biasa dan kalau benar apa yang dia buat tu,serupalah dia dengan pemimpin2 umno yang keparat.

Manusia oh manusia.Dari sekecil-kecil manusia hingga setinggi2 pangkat manusia itu,semua sama aje.Bila benda-benda macam ni terjadi,membuatkan aku teringat balik dekat 2 kejadian yang terjadi yang melibatkan pegawai-pegawai kerajaan.

Itu baru 2 cerita aku.Melibatkan orang2 yang nampak baik tapi rupanya setan.Baru pegawai yang pangkat rendah,kuasa tak berapa besar.Belum masuk menteri2 lagi.

Sekecik-kecik orang hingga sebesar-besar bontot menteri2,rasuah tak boleh nak dielakkan.Mungkin kita sedar,rasuah dan penyalahgun

First sekali,benda ni jadi tahun 2005.Waktu tu ofis aku kerja apply MSC status.Mungkin pada bos aku waktu tu,bila ada MSC status company,laju sket kontrak ni dapat dan peluang cerah nak dapat tender gomen ni.Lama jugak la application kompeni aku ni diproses,akhirnya sampailah waktu evaluation oleh pihak MSC ni.Diorang pun hantarlah seorang wakil MSC ni ke ofis aku.

Sampailah seorang perempuan,agak berumur.Free hair gaya moden habislah.Dia pun pusing2 lah ofis kitorang yang kecik tu,tanya tiap2 orang staff kat situ apa task kitorang,macam mane equipment semua.Hari tu sebab dah tau dia nak datang,kitorang pakailah kemeja,biasa pakai tshirt je.Kononnya nak impress auditor tu.Habis melawat,dia pun duduklah bincang2 ngan bos aku.Bincang2 lama jugak la sampai petang.Pastu pempuan tu pun balik.

Kitorang pun keluar la tanya apa macam,berita baik ke buruk.Bos aku jawab camni lebih kurang,"Nak berita baik,boleh aje.Dia mintak 4 ribu kalau nak application ni lancar."

Hehehe,tu baru satu kes.Pastu dalam tahun 2006,aku kerja buat courseware kat Damansara.Seksa buat kerja courseware ni,punyalah sakit.Ada satu hari tu tah tetiba pulak orang2 mangkuk ayun BTP ni (Bahagian Teknologi Pendidikan) mempercepatkan pulak deadline.Daripada seminggu lagi tarikh last,dia nak siap semua dalam 2 hari aje.

Kerja gila babi.Tak tidur malam.Biasanya bila nak review apa yang dah siap ni,project manager aku hantar dekat ofis BTP ni tapi sebab ni rushing punye job,BTP hantar orang dia duduk kat ofis aku cek apa yang dah siap.Seorang minah Melayu.Tak cun.

Apa yang kitorang siapkan terus pass kat dia dan dia akan evaluate.Mintak macam-macam,tukar itu,tukar ini,tah dia paham ke apa yang dia buat tu aku pun tak sure.Pastu bila minah tu dah bosan,dia duduk je situ.Sekali-sekala ada benda siap,dia review dan setiap kali ada aje benda nak tukar.

Yang nak tukar tu benda2 bodoh macam kaler,font la,kekadang dah tukar baru,dia suruh tukar balik macam asal.Kitorang masa tu memang menyumpah2 dah.Aku buat 3d jadi apa2 yang kena tukar makan masa balik nak render.Ada jugak benda yang dia suruh tukar aku tak tukar,dia tak perasan pun,hehehe.

Bila dah siap semua,dia review balik.Lama pulak dia review tu.Ada komen ni lah,itulah.Pastu dia bagitau kat project manager aku,hint2 dia lapar.Nak makan KFC.Keluarlah member aku pegi beli KFC untuk satu ofis.Kitorang dapatlah sorang 2 ketul ayam.

Tapi minah tu tak kenyang lagi.Lepas makan ayam,dia pun naik la ke tingkat atas,masuk bilik bos aku.Bincang2 tah ape bende tah.Project Manager suruh postpone dulu work sambil sengih2.Turun aje minah tu,dia terus keluar dan balik.Rupa-rupanya dia sanggup tunggu kat situ sampai la bos aku hulur sikit duit kat dia,baru dia approved kan.Berape dia dapat aku tak tau.

Terus project manager aku kata semua dah settle dan kitorang boleh balik.
Setel terus dan takde ammendmend lagi dah pastu.

Kat Malaysia ni nak dapat approval,kita hulur.
Bila kita ada kuasa,kita mintak dihulur

Tu baru cerita aku pasal seorang pempuan dari MSC dan seorang pempuan dari BTP.Mesti banyak lagi cerita yang ada.Sebab rasuah tu dah jadi macam budaya kerja negara kita.Menyesal pulak aku tak tanye nama diorang.Boleh gak aku taruk kat sini.

Jadi,Khalid Ibrahim main kroni2 pulak?
Pakatan Rakyat ke UMNO ke,kita rakyat mesti lawan.
Apa Anwar Ibrahim nak buat pasal ni?Kita tengok aje la.Kalau dia tak buat apa2,kita lawan Anwar Ibrahim.




Video Gaduh Pendatang Dengan Orang Tempatan Kat Sabah



Panjang bang parang dia,ke pedang,aku rasa pedang samurai.
Tah berapa kali tah mamat baju hitam tu kena tetak.

Oktober 24, 2008

Kerajaan Ku Prihatin Rupanya

22 OKTOBER 2008

60,000 kerja kosong menanti graduan

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Sebanyak 60,000 jawatan kosong tersedia untuk para graduan di negara ini yang berminat untuk menceburi kerjaya sebagai ejen pusat panggilan dengan gaji minimum RM2,000 sebulan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebagai permulaan kerajaan telah menyediakan subsidi sebanyak RM6 juta bagi melatih 1,000 graduan untuk mengikuti kursus jangka pendek bagi melayakkan mereka diiktiraf sebagai ejen pusat panggilan.

“Pameran bergerak di universiti akan diadakan tidak lama lagi bagi merekrut graduan terbabit dan mereka akan diberi latihan selama 10 minggu bermula Disember ini bagi membolehkan mereka menerima Sijil Pengoperasian Pusat Panggilan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Latihan Pusat Perhubungan Untuk Graduan My Career, My Future yang dianjurkan kementerian itu dengan kerjasama syarikat My-Partners Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Ejen pusat panggilan tempatan bertanggungjawab melayan pertanyaan melalui telefon yang dikemukakan oleh pelanggan syarikat-syarikat di luar negara yang telah membuat penyumberan luar di negara ini sebagai langkah menjimatkan kos.
50,000 kakitangan awam kontrak mungkin diberhentikan

23 OKTOBER 2008

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak mungkin ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan kerajaan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.

Mereka adalah kakitangan yang kontrak disambungkan dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara dan tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap, tetapi melakukan tugas yang sama.

Omar memberitahu Bernama, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan, kerana kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan ini.

Cuepacs, katanya, telah menghantar rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengekalkan kakitangan ini, yang kebanyakannya telah berkhidmat antara lima hingga 10 tahun malah terdapat yang berkhidmat lebih 20 tahun.

“Cuepacs telah mencadangkan sama ada JPA mengambil semula pekerja ini atau menyerap mereka ke dalam kedudukan tetap,” kata Omar.

Beliau berkata, isu ini akan dibincang pada persidangan perwakilan Cuepacs bulan depan.

Komen - Prihatin rupanya kerajaan kita ni.


Mari Cakap Utara Bab 01


TIPS-TIPS UNTUK BERCAKAP UTARA

First sekali,cakap utara ni cara cakap dia memang kasar.Kadang2 menghampiri kurang ajar pun ada.Dengan penggunaan bahasa yang agak keras dan suku2 kata yang ditambah bunyi "~GH" atau "`K" dihujung.Ini membuatkan ayat2 yang dikeluarkan berbunyi lebih kasar dari biasa.

Cthnya:Ayat baku biasa -
"Aku selalu kena tampar dengan Rosmah sebab aku tak basuh pinggan,dah la kena kutuk,kena perli,aku bagitau kau"

tapi bila diutarakan ia akan berbunyi-
"Aku ni selalu sangat la kena tampagh ngan Rosmah sebab aku tak basuih peinggan,dah la selalu kena peleceh habak hang."

Jadi,dari pembacaan anda di atas,sudah pastilah ayat utara tersebut berbunyi seperti seorang yang marah2 dan ayat baku biasa itu seperti seorang yang sedang meluahkan perasaan.

Kesimpulannya,kalau nak cakap utara,anda mesti bercakap dengan penuh perasaan,expresi muka kena betul dan pastikan lidah anda tu keras sikit.Okeh,pelajaran untuk hari ini :

Ayat Utara Hari Ini :
"Hang ni pasaipa merenyam sangat Rosmah oi!Yang hang pi kacau laki orang tu pasaipa?"

Hang - Kau,Awak
Merenyam - gatal dan gilakan lelaki,suka tarik perhatian lelaki
Pasaipa - Apa pasal?

"Aku dah cemuih habih dah dengan umno ni,mau ja aku rojoh rojoh depa dengan pedang samurai"

Cemuih - Tak suka lagi,bosan
Rojoh - Tikam,tusuk (boleh juga disebut "Tojoh")
Depa - Mereka

"Pak Lah ni awat la ketegei sangat,dah la perangai lok lag,nak jugak jadi perdana menteri"

Awat - Kenapa
Ketegei - Degil
Lok Lag - Kurang cekap,kelam kabut

Jadi,cuba kita buat pulak satu ayat lengkap menggunakan perkataan utara yang baru dipelajari hari ini.

"Khairy,hang ni pasaipa nak jugak jadi ketua pemuda,hang merenyam sangat ka,gila kuasa ka,kami semua dah cemuih habih dengan perangai hang yang lok lag tu.Awat la hang ketegei sangat?Nanti depa rojoh hang dengan screw drier baru padan muka hang!"

Hoh!Memang penuh ekspresi bahasa Utara ni!
Sangat sesuai untuk menyuarakan ketidak puashatian anda.

Selamat mencuba.

Kalaulah Budak Ini Lahir Di Malaysia...


Oktober 18, 2008

Hari Raya Di KL Sentral Part 1"Guy Love"

Cuti raya hari tu aku terpaksa balik kampung pakai pengangkutan awam sbb aku tak sedap hati nak balik naik motor aku,ada problem dengan wiring.Nasib baik dia rosak dulu sebelum aku bertolak balik.Kalau dah bertolak dan kat tengah2 highway,menangis rasenye aku kat tepi highway sorang2.

Aku pun mencari2 la tiket keretapi kat KL Sentral.Memang nasib aku baik kot aritu,aku dapat satu je tiket last Ekspres Langkawi ke Alor Setar.Hari bertolak pun pukul 8 malam Hari Raya pertama.Balik lah aku pada hari raya tu.Gerak dari rumah dalam pukul 4,naik teksi sampai stesen LRT,naik LRT sampai KL Sentral.

KL Sentral.Nama aje Kuala Lumpur Sentral tapi dah macam Dhaka Sentral,Jawa Sentral,Hanoi Sentral.Rasa seolah2 aku ni lak pendatang.Dengan berkumpulnya pendatang2 ni,yang duduk atas lantai pun ada,membuatkan aku rasa seolah2 tak lama lagi,kaum majoriti negara kita ni akan bertambah bilangan dia.Nak buat macam mana,terima aje lah,kalau ak dah lama dah Kerajaan BN ni tumbang.

Aku pusing2 KL Sentral tengok apa ada.Tengok orang yang beratur dekat Air Asia ramai orang dari seberang.Banyak jugak duit diorang.Tiba-tiba ada satu brader panggil aku.Dia ni pemintak sedekah,orang Cina.Duduk atas kerusi roda.

"Hallo,saya mau jual ini barang."kata dia."Berapa kau jual ni?"sambil aku membelek2 hasil kraftangan tah mana dia dapat tu."RM10."Aku sengih ajela kat dia."Takpelah.Aku bagi je la ko derma,"aku cakap kat dia.

"Hei Abang!Kamu orang sini ka?"Dia tanya aku."Ye la.Aku kan nak balik kampung ni,Alor Setar."

"Oh,saya ingat you olang foreigner."Hati aku sedikit kembang masa tu.Mungkin wajah aku ni memang ada iras2 European sket kot kalau pandang lama-lama ataupun mungkin aku aje yang syok2 sendiri.

"Terima kasih,selamat hari raya."Dia hulur tangan dia nak salam.Aku pun salam tangan dia.

Dia tak mau lepas tangan aku,pegang kuat pulak tu.Agak lama jugak kami berpegangan tangan.Cilaka betul,aku fikir dalam hati.Marah kang orang ingat aku prejudis pulak dengan orang kurang upaya.Adalah dalam seminit dia pegang tangan aku.Pastu aku tarik tangan aku,aku cakap kat dia aku nak gi makan.

Aku naik atas,keluar isap rokok.Rasa seperti diri aku dinodai.
Tapelah,mungkin dia suka salam lama2 kot,fikir aku menyedapkan hati.

Hari Raya Di KL Sentral Part 2 "Guy Love Extreme"

Dalam pukul 6:30 aku lepak la dekat luar KL Sentral,aku pun duduk je la kat luar tu tengok pelancong2 yang keluar dari hotel Le Meridien tu.Ada la jugak beberapa orang yang seksi2 membuatkan aku berasa konfiden balik dengan kelelakian aku.

Tup tup,mamat mintak sedekah tu datang mintak sedekah dekat area tu.Aku berdoa la mengharapkan agar dia tak mintak lagi duit ngan aku,lemak la mintak sedekah 2 kali dengan orang yang sama.Pastu dia nampak aku tengah duduk.Dia pun datang la dekat.

"Belum jalan lagi ka?"tanya dia."Kejap lagi."Hati aku tak sedap lak.Gi la borak ngan orang lain,aku nak duduk situ dan tengok perempuan seksi,kacau fokus aku je.

"U balik mana?"dia tanya lagi."Alor Setar,"aku jawab."U memang bukan orang luar ka?U punya mak bapak orang sini ke?"

"Ye,mak bapak aku orang Malaysia."Pastu dia diam tapi dia still duduk depan aku dan tengok keliling2.Agak lama dia duduk je situ dan aku jadi agak gelisah,aku tanya la dia,"U rumah mana?"

"Saya duduk Jinjang sana."Aku tanya dia lagi,"U memang duduk sini ke tiap2 hari?"Dia pun jawab"Tengok hali,kadang2 saya ada sini,kadang2 saya dekat Sunway Pyramid."

"U datang sini naik apa?"tanya aku."Saya naik bas.Ada olang tolong naik bas."Pastu dia diam dan tengok je aku.Ah sudah,fikir aku.

"Oklah,saya punya tren sudah mau sampai."bagitau aku,padahal lagi sejam lebih."Oh,ok,ok,selamat hali laya."Dia hulur tangan dia nak salam.Takkan la aku tak sambut lak kan?Dia pegang tangan aku pastu dia kata "Selamat Hali Laya,jalan elok2 aa!"

"Ha,tenkiu2,"jawab aku,berpeluh2 masa tu.Lagi sekali kami berpegangan tangan."Awak aa,saya ingat awak bukan olang sini,"puji dia lagi.

"Muka awak mari la dekat sket dengan saya."mintak dia.

"Apasal?"tanya aku."Kau nak buat apa?"

"Marila...sekejap saja,"dia macam buat suara mengada-ngada.

"Hah,takpela.Nanti aku lambat ni."Aku ciow tak tengok belakang lagi dah gi lepak dekat kaunter tiket KTM,bole gak tengok awek2 kaunter tu untuk memulihkan kembali keyakinan aku.

Pengajaran Cerita Part 1&2 :

1) Negara kita ni dah tak rasa macam negara kita.
2) Kalau ada orang puji muka kita macam foreigner,jangan percaya.
3) Jangan bagi orang pegang tangan kita.
4) Jangan bagi seorang lelaki lain mendekatkan muka dia dengan muka kita.

Hari Raya Di KL Sentral Part 3 - "Kakak Mulut Becok"


Pukul 8 malam.Keretapi aku pun sampai.Waktu tu aku dah konfiden balik sempat bermain2 mata lagi dengan seorang awek yang agak ayu.Tapi dia terpaksa kontrol2 sebab mak dia ada sebelah dia.

Aku pun naik la tren aku,gerabak S3,kelas Superior.Sebelah aku takde orang (sebab dia tak naik kat KL).Kanan aku sepasang kapel India tengah makan KFC dan depan aku sekumpulan awek-awek.Aku takde bende nak buat aku tengok je la apa yang orang lain buat.

"Alaaa...sayangnya.Bestnye si Noni ni! (bukan nama sebenar)"kuat jugak dia cakap sambil menekan henset,mungkin baru bace sms kot.Member dia tanya "Apasal ngan Noni?"

"Malam ni TV tunjuk Nana Tanjung 2.Ruginya takleh tengok."bagitau dia.Errkk...aku terkedu sket.Kamon la!Nana Tanjung?WTF?Terlepas tengok cerita "Prof" Razak Mohaideen?Buat KENDURI KESYUKURAN!

Orang belakang aku ada seorang kakak umur 30 an.Sebelah dia sorang makcik.Kakak tu mula2 tanya makcik sebelah tu,balik mana,anak berapa orang,bla bla bla...Aku malas nak layan sangat.Dah la cakap kuat2.Lama jugak la diorang berborak2.Tiba-tiba makcik sebelah tu tanya,"Suami nya mana?"

Jeng jeng...tiba-tiba mood kakak tu jadi lain.

"Suami saya tu kak,dia bukan peduli sangat dengan kami ni."

"Saya aje la yang jaga anak-anak ni.Ni saya nak bagitau akak sket,suami saya tu ada orang lain.Dia memang tak hirau dah dengan kami ni,mentang2 dah dapat orang baru."

Makcik tu angguk dan cakap "Betul tu."

"Masa memula kawin dulu,punyala romantik.Lepas 3 tahun,habis.Dah la sekarang dia takde kerja.Kena buang.Boleh jugak dia kawin lagi sorang."

"Masalahnya kak,saya nak cerita sket.Suami saya ni,bila dia takde duit baru la dia carik saya.Duit dia tah habis dekat mana pun saya tatau.Balik rumah jumpa saya pun sebab nak mintak duit je."

Makcik tu angguk dan cakap "Ak aah."

"Ingat saya ada duit ke?Dah lah nak raya ni,kita kan banyak pakai duit.Nak beli baju untuk anak2,nak beli barang2 rumah,nak buat kuih.Boleh ke dia datang mintak duit dengan kita ni?"

"Saya selalu pesan dengan anak-anak saya,syurga tu di bawah tapak kaki ibu.Memang itu aje la saya pesan dengan anak-anak saya.Lelaki kak,memang suka buat perangai.Kita layan macam mana pun kalau dia nak kawin lagi satu bukan kita boleh buat apa pun.Makan hati aje la."

Makcik tu angguk dan cakap "Dah nak jadi...."

"Kan memang dalam Quran pun cakap syurga bawah telapak kaki ibu.Memang mak ni lagi mulia dekat anak-anak.Takpelah kak.Dia ingat kita takleh hidup kot takde ni.Biarla dia.Padan muka dia.Biar dia rasa."

"Alhamdulillah lah kak.Semenjak dia kawin lagi satu ni,Tuhan banyak tolong saya.Dulu kan kak,gaji saya RM600 lebih je.Tapi sekarang ni saya buat direct selling ni kak,Alhamdulillah Tuhan tolong.Dapat la jugak Rm1500 sebulan."

Makcik tu angguk dan cakap "Memang Tuhan tolong."

Mungkin Makcik tu sendiri sedang berfikir,"Aku tadi tanya dia mana laki dia aje,habis semua benda aku tau,gaji dia aku tau,hal-hal rumah tangga dia pun aku tau."

Aku dah tahan nak dengar lagi dah.
Malu rasanya aku jumpa orang macam tu.Walaupun seburuk mana pun suami dia,jangan la nak bukak aib diri sendiri dan cerita kuat-kuat camtu.Memang la syurga tu bawah tapak kaki ibu,tapi tu untuk ANAK-ANAK DIA.

Syurga dia?
Bukan ke bawah tapak kaki laki dia?

Pengajaran Cerita :

1) Kalau nak kutuk laki,jangan kutuk masa orang ramai.
2) Jangan ajak orang lain mengumpat laki anda
3) Dalam keretapi,ada orang yang nak tidur,hormat la sket
4) Jangan tengok filem Razak Mohaideen

Kakak,aku simpati dengan apa yang jadi tapi ada sebab kenapa dalam filem ke drama ke,bila scene nak mengumpat,dia akan buat scene tu kakak-kakak,makcik2 ni duduk kat tangga rumah sambil tolong sikat kutu orang depan dia.Sebab kat situ takde orang lain yang dengar.

Kalau dalam keretapi tu bukan mengumpat namanya,tu dah memburuk-burukkan suami dekat khalayak ramai. Dah lah aku takleh nak tidur,kaki aku tak muat dekat seat,sakit gila kaki.Layan je la drama swasta cerita kakak tu.

Nasib baik dia turun lepas Taiping,ape tah nama stesen tu.Aku pun sampai kat Alor Setar lepas 12 jam perjalanan.Berayalah aku untuk tahun 2008.


Oktober 14, 2008

Mulai Esok,Semua Rakyat Malaysia Bergelar Datuk


Sori aku lama menghilang.Tah ape kene Telekom line telefon selalu problem.Nasib baik aku duduk dengan Otai TM,walaupun lambat sket repairnye tapi mungkin kerana housemate aku gertak2 sket kontraktor2 TM tu,sehari je pulak bole setelkan problem.

Jadi,apa khabar anda?Camne raya?

Baca pasal Datuk Shah Rukh Khan,agak terkilan aku.Sebab kita yang takde kaitan,takde langsung hubungan,takde langsung sangkut paut,nak pulak bagi Datuk kita sorang ni gelaran,pangkat.First sekali,aku layan gak filem dia tapi takde la aku nak mengagung2 kan sangat dia.

Untuk apa?Apa sumbangan dia?Ramai lagi yang bagi sumbangan.Contohnya:

1) Hamid Ghurka
2) Imuda
3) Accapan
4) AR Badul
5) Harun Salim Bachik
6) Mr.OS

Tapi kenapa SHAH RUKH KHAN?Dia orang Malaysia kah?Dia orang Melaka?Sekarang dah jadi isu besar,senang sangat gelaran2 kat Malaysia ni di bagi sesuka hati.Mungkin ada kot orang2 tertentu yang minat sangat dengan Shah Rukh Khan ni,sampaikan cadar katil pun ada gambar dia.

Apa yang kita nak tunjukkan?

Dia orang Islam,berpeluk sana,berpeluk sini.Cium sana,cium sini.Pegang Rani Mukherjee suka hati dia.Aku pun bole jugak peluk-peluk,cium-cium.Harap-harap ada yang nak bagi aku Datuk satu hari nanti.

Takde ke orang Malaysia lain yang lagi layak?Ramai lagi yang lebih layak,lebih patut diberikan penghargaan.Takde ke anak negeri Melaka ataupun rakyat Malaysia yang berjaya mengharumkan negara kita ni?
Nak jugak import orang asing.

Buruh binaan,import orang luar.
Pembantu rumah,import orang luar.
Pelayan kedai "India Muslim,"import orang luar.
Konduktor bas,import jugak.
Datuk pun kita import jugak.

Mangsa bom pun,kita import orang luar.