Ogos 08, 2008

Liwatlah Aku Puas-Puas,Aku Nak Dakwa Kau Lepas Ni

Syed Hamid Albar ada menyatakan Saiful tidak akan didakwa.Dakwaan Syed Hamid Albar,orang yang mendakwa sudah menjadi seorang saksi penting dan tak seharusnya dibicarakan.Tapi masalahnya,kes tersebut bukan kes rogol atau liwat tanpa kerelaan.

Kes itu adalah kes liwat suka sama suka antara Anwar dan Saiful.

Jadi,bila dibacakan di mahkamah yang kes yang dibicarakan ini sebenarnya adalah kisah liwat Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari secara kebenaran kedua-dua pihak,Anwar betanya kenapa Saiful tidak dibicarakan sekali?

Bukankah dalam sebutan kes menunjukkan dia juga rela diliwat (sampai beberapa kali pulak tu)?

Apa yang Anwar tersilap hanyalah satu.Anwar Ibrahim tak ke balai polis dahulu untuk membuat laporan Saiful Bukhari membenarkan Anwar Ibrahim meliwat jubur Saiful Bukhari beberapa kali.
Ini akan membuatkan Anwar menjadi pihak pendakwa dan Saiful terpaksa menjadi pihak pembela.Itulah kata-kata Syed Hamid Albar.Tapi,kalau Anwar membuat dahulu laporan polis,adakah mungkin Anwar akan ditatang dan disokong seperti mana sokongan yang diraih oleh Saiful Bukhari dari Kerajaan BN?

Jadi kesimpulannya,kalau anda gay dan anda ada pasangan lelaki anda(tak kira lah anda meliwat atau diliwat) dan pasangan anda berlaku curang lalu membuatkan anda marah,sila buat laporan polis cepat-cepat.

Mungkin pasangan anda itu akan dipenjarakan 20 tahun.
Inilah dia Undang-Undang Malaysia yang karut.
Lihat lah komen Menteri Dalam Negeri kita sendiri.



Ogos 06, 2008

Sebuah Cerita Cinta Monyet Bab 06

Semenjak tau Nurul berada di UM,aku sering berkunjung ke sana.Kebetulan pulak member baik aku ada duduk di sana.Jadi selalunya bila weekend,bila mana member2 aku semua balik rumah tinggal aku sensorang,aku pun merayap la ke Kolej Kelapan Universiti Malaya.

Waktu tu,aku selalu menumpang bilik member aku sorang ni dengan roomate dia yang bernama Alim,budak sekolah agama.Selalunya bila aku ke sana waktu weekend,Nurul jarang ada sebab dia selalu balik rumah dia dekat Gombak.Jadi aku ngan member aku ni gi la berjalan2 keliling Bangsar menaiki motor nak mengenal dunia.Waktu tu la kitorang jumpa dan tau pasal Modesto,Jalan Telawi dan perempuan Melayu sebenarnya tere minum arak.Macam tu lah kehidupan aku setiap minggu,weekdays pegi kelas (kadang-kadang) weekend pegi UM lepak ngan member aku sambil2 mengharapkan Nurul ni ada kat situ.

Satu weekend tu,bila aku sampai dekat Kolej ke-8 UM,member aku bagitau ada kes budak nak bertumbuk.Aku tanya la apsal?member aku cakap ada budak nak tumbuk room-mate dia.Kes sebab si Alim ni terbukak cerita dekat gelfren mamat yang tumbuk si Akim tu yang mamat tu ada layan pempuan lain.Aku tanya la kat member aku apa jadi sebenarnya (aku concern gak sket2 sbb masa tu aku dah baik ngan si Alim ni walaupun kdg2 perangai dia agak loyar buruk sket)

Rupanya si Alim ni baru abis layan "barang" jadi dia tengah high masa tu.Si Alim ni tah macam mana dia terdapat idea pegi jumpa minah ni cerita apa yang boifren dia dah buat.Masa aku jumpa si Alim ni pun high dia tak habis2 lagi,sengih2 kat aku,tanya khabar tah brape belas kali.Cerita punye cerite lagi,rupenye si Alim ni minat rupenye kat minah ni tadi tapi tah sampai mana dia tak sedar,benda yang die terfikir nak buat masa dia high ialah pegi jumpa minah yang dia minat ni (gelfren mamat tadi tu) dan cerita habis semua benda.

Hahaha..penangan cinta ni,sampai bila high pun kau boleh ingat jugak orang yang kau minat.Lepas keadaan dah reda dan mamat tadi yang nak pukul dia dah cool down,kitorang turun makan.Lepak dekat kedai makan pastu main game FIFA dekat CC dalam kontena.Masa tengah makan tu,sorang member si Nurul ni pun datang la kat aku,nama dia Joyah (yes,aku serius,nama dia Joyah tapi dia cun woo,nama betul dia aku tak tau apa).Dia panggil aku dan dia bagitau satu benda yang aku tak mau dengar.

"Mantot,Nurul dah ada boifren.Lagi baik ko lupekan dia.Aku kesian tengok ko sebab ko selalu datang sini nak jumpa dia,"bagitau dia.

"Err...sapa?"tanya aku menggigil sket2.

"(Apa tah nama dia aku tak ingat) budak teater,dia kira aktif jugak la dalam aktiviti UM ni."terang Joyah lagi.Masa tu aku berharap Joyah ni sambung ayat dia "..Tapi Mantot...aku ada.Aku sudi jumpa ko tiap2 minggu,"malangnya ayat2 tu hanya ada dalam kepala otak aku aje.

Jadi aku balik dengan patah hati weekend tu.Tapi aku tak give up.Aku still call Nurul macam dia takde boifren sebab pada aku boifren dia tak wujud.Hahahahah.

25 Ogos 1999.
Hari tu lepas kelas aku terus gi UM.Waktu tu hujan lebat gila dan aku redah je.Pada aku tu la hujan paling lebat yang aku pernah redah.Angin kuat betul masa tu.Aku mesti sampai gak kat UM hari tu,ape jadi pun jadi la.Hari tu besday Nurul.

Dalam bakul motor aku,ada beg aku.Dalam beg aku,ada sebuah(ke sebijik?) teddy bear,sehelai kad besday dan sehelai surat.Dalam surat tu aku tulis semua benda terus terang dan aku takde malu2 lagi.Aku tulis dalam surat tu macam2 dan aku ingat last sekali aku cakap aku suka kat dia dan aku jatuh hati kat dia.

Dalam jam 9 lebih camtu,kitorang ramai2 berkumpul kat kedai makan menyambut hari jadi Nurul.Aku bagi Nurul hadiah aku semua sekali walaupun masa tu boifren dia ada sekali.Masa tu aku dah nekad.

Tengah2 kitorang borak2 ramai dan aku duduk agak ke belakang sket sebab aku nak usha Nurul ngan boifren dia tengah buat apa (diorang agak terasing sket dari kitorang).Aku nampak dia cakap2 ngan boifren dia lepas tu boifren dia blah.Balik asrama dia.Nurul datang arah kitorang.Terus dia datang sebelah aku.

"Mantot,terima kasih sebab bagi hadiah.Cute gila teddy bear tu,"kata Nurul.Memang la cute fikir aku dalam hati,lama gila aku pilih2 dekat Memory Lane sampai salesgirl tu tengok aku semacam.Lelaki besar dengan rambut agak2 panjang tengah pilih2 teddy bear,sape2 nampak pun mesti pandang pelik.

"Sama-sama,"jawab aku.

"Saya dah baca surat awak."Nurul terdiam,aku pun diam je buat2 tengok tempat lain.Masa tu aku dah boleh jangka aku akan jatuh menjunam dalam tanah.

"......Saya harap kita jadi kawan baik aje ye?"kata Nurul tenang.

Tapi kata2 dia macam anak panah yang cucuk jantung aku.Aku angguk2 tak tau nak cakap ape kat dia.Pastu aku rase aku cakap ok,"Okeh,takpe" Nurul pun melangkah pergi balik hostel dia.Aku cuit member aku cakap aku nak balik.Aku terus balik lepas tu.Aku tak sanggup nak stay situ lagi.

Masa balik aku tak berapa sedar,yang aku sedar aku dah sampai.Aku masuk apartment aku (hostel aku style apartment) tegur member aku yg tengah tengok TV lebih kurang,masuk bilik aku dan terus baring atas katil.

"Kawan baik je?Pegi mati la nak jadi kawan baik,"masa tu aku marah betul.Aku ambik gitar dan aku terus memainkan lagu2 Nirvana,kononnya sesuai dengan keadaan.Tapi makin lama lagu yang aku main makin slow.Last2 aku main lagu Man Bai,"Kau Ilhamku" dan aku pun tertidur sambil memeluk gitar aku.Pada aku,Nurul pun berakhir malam tu.

Ada lagi benda2 yang terjadi lepas tu tapi semua tu tak penting lagi sebab aku dah move on tapi lama jugak aku ambik masa nak recover.Siap ada aku pegi open house rumah dia dan menyumpah2 kuih raya rumah dia,mungkin sebab dia tak pilih aku.Salah aku jugak sebab ada masa sebelum2 tu aku menghilangkan diri (walaupun mungkin sebenarnya dia takde langsung suka aku) tapi aku assume camtu sebab dia pernah merajuk ngan aku,jadi mungkin apa yang aku buat pernah mempengaruhi dia jugak.

Aku bagi awek aku bace semua surat2 si Nurul dan koklusi awek aku,dia kate Nurul ada minat kat aku jugak.Hehehe,awek aku pun bengap gak bercinta macam aku, jadi aku tak berape pakai pandangan awek aku.Hahaha!

Nurul pun sekarang dah berkahwin dan ada anak sorang (ke 2 orang?).Nampak bahagia je siap pegi honeymoon oversea lagi.Pada aku,untung jugak dia reject aku dulu sebab dia dah dapat apa yang dia nak kot selama ni.Family,husband yang sayang kat dia,anak seorang.Kalau dia stay ngan aku tah ape jadi kat dia aku pun tak pasti.Dah la perjalanan kerja aku sebelum2 ni tak memungkinkan dia hidup senang dan sudah pastilah kalau dia pilih aku dulu,honeymoon mungkin dekat Port Dickson takpun Pantai Merdeka je kot sebab itu je yang aku mampu.Hahaha.Dapat kahwin ke tidak pun tak pasti.

Nanti aku sambung chapter2 lain.Chapter-chapter aku tak banyak pun sebab aku kalau berkawan dengan seorang perempuan,dengan dia je la sampai dia tak nak kawan ngan aku lagi dah.

Kesimpulan yang aku dapat bagitau kat sini,kalau kita minat kat seseorang tu,kita kena try tebalkan muka dan approach dia bila masa sesuai.Sebab selagi kita terkapai2 dan tergantung2 tak tahu kita ni bertepuk sebelah tangan ke tidak sebenarnya.Kalau kita dah tahu,kita akan rasa puas hati sebab kita dah ada jawapan.Macam aku,sampai sekarang aku tak tau pernah ke tak dia suka aku dulu.

Aku nak tanya Nurul,sekadar nak tahu aje la,tapi aku takut dia kata tak pernah suka langsung pun,kang frust lagi sekali.Aku jugak takut suami dia kapak kepala aku.

TAMAT BAHAGIAN SATU

Ogos 05, 2008

Blog Mangsa Liwat Popular dan Kacak

Aku agak sedikit terkejut sebab takde kecoh2 sangat pasal blog budak yang juburnya rabak dimasuki senjata Anwar Ibrahim ni.Sangat kasihan betul aku membayangkan betapa seksanya dia ingin menulis blog dia ni.Nak duduk dekat kerusi depan meja komputer,mesti la takleh kan sebab jubur koyak.Nak menaip sambil duduk atas sofa pun mesti sakit2.Jadi aku tolong mempromotekan di sini

MANGSA LIWAT PALING POPULAR MALAYSIA DAN SATU-SATUNYA MANGSA ROGOL DAN LIWAT YANG TAK MALU MENGAKU DIRINYA DILIWAT DAN MANGSA LIWAT YANG MEMPUNYAI PAKCIK YANG PALING JAMBU SEKALI


Moga2 Allah memberikan balasan setimpal ke atas apa yang telah dia lalui.

Siapa Kau Wahai Ezam?

BUTTERWORTH: The threat posed by PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to the nation is even greater than the impact of the current world economic crisis.

Former PKR Youth chief Mohamed Ezam Mohd Nor said Anwar was willing to compromise the country’s political and economic stability to pursue his political ambitions.

“His statement in a foreign financial newspaper recently that he would take over the Government on Sept 16 has caused irreparable damage to the country’s economy.

“It caused many potential foreign investors who were planning to set up their businesses in Malaysia to review their plans. This shows that Anwar doesn’t care and will do whatever it takes to become the prime minister,” he said at a Penang Malay unity gathering at Polyteknik Seberang Prai, here yesterday.

Ezam labelled Anwar a “traitor” to the Malays because he was also willing to do away with the New Economic Policy and bumiputra special privileges as long as he received support from the non-Malays.

“Anwar has now shown his true colours. He is a man who cannot be trusted and I hope the Malays will fight him by rejecting him in the coming by-election in Permatang Pauh,” he said.

Mohamed Ezam said PKR was not democratic in the sense that its president Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail did not inform anyone in the party when she announced she would vacate her Permatang Pauh parliamentary seat to make way for Anwar.

“Anwar is shouting about reformation and to reform the country. How can he do that when there is no democracy in his own backyard?” he asked.

- The Star

Aku hanya ingin mempersoalkan disini dan bertanya kepada saudara Ezam sendiri,siapa anda?
Apa sumbangan anda kepada Malaysia?Apa yang anda telah lakukan untuk menentukan mana satu hala tuju fikiran kami rakyat2 Malaysia ni?

Siapa anda?Bukankah satu masa dulu anda salah seorang yang ada di belakang Anwar Ibrahim?Siapa pula minta anda menjadi wakil orang2 Melayu?Aku orang Melayu,aku tak nak anda.Aku lagi suka Lim Guan Eng jadi wakil orang Melayu.

Siapa kau?Kau nak bercakap soal bumiputera tapi siapa yang mintak kau bercakap untuk kami?
Tak ada siapa yang nakkan anda menjadi wakil kami.Takde siapa yang nak seorang tali barut yang jauh lebih keji berbanding tali barut zaman komunis dulu bercakap pasal Hak Ketuanan Melayu.

Aku tak peduli pandangan kau Ezam.
Aku tak kisah siapa2 pun jadi Perdana Menteri.Asal bukan dari BN,bukan dari UMNO,bukan suku sakat keluarga Abdullah Badawi,bukan anak Tun Razak juga bukan kau.Fikirlah pakai otak sekerat anda tu,pandai sangat ke pakar2 ekonomi dalam UMNO,kalau yang pandai sekadar menaikkan harga itu ini,tak pandai nak reti kontrol turun naik inflasi?Pandai sangat kah orang2 UMNO sampai Malaysia ni mereka ingat mereka saja yang boleh perintah?

Mereka dalam UMNO saja yang pandai,yang geliga,yang bijaksana?
Otak rakyat hanya untuk menerima dusta?
Sayang,kalah dekat Azmin Ali,hanya UMNO lah tempat mengadu.
Berlagak macam Raja Tujuh Benua,padahal diri terlupa sini hanya dunia.

Baca sendiri bukti Ezam tali barut yang takde pendirian
Aku ambik dari website GERAK sendiri.


Propaganda 4 Ogos 2008

PROPAGANDA KERAJAAN DESPERATE YANG NAK TUMBANG


Jangan Campur Aduk Politik dan Undang-Undang - Sharbery Link

Keh keh keh.Tengok tajuk agak menarik,tengok nama tuan punya tukang kata tu terus terkucil perut.Kamon la Sharbery,bila lu bahas pasal minyak tapi lu nak cerita zaman Anwar seorang pemuda yang rebellious,nampak sangat ko tu sendiri yang tak paham apa benda yang ko cakap.

Bila orang tanya pasal camne nak turunkan harga minyak,ko jawab "Dulu tahun 1976 apa yang Datuk Seri Anwar buat?" siapa yang tak paham bahasa ni.Dah la berbuih mulut,lagi berbuih dari Pantai Merdeka.Patutla mak aku selalu gelak2 dulu bila ko keluar TV.Bila aku tengok barulah aku paham.

Fikirkan Masa Depan Negara Link

Ni lagi sorang,Ali Rustam ni.Ape ke benda la lu punya komen ni.Satu,jangan takutkan rakyat kalau rakyat sanggup dan berani ambik risiko nak tukar kerajaan.Sama la macam tabiat kita,kita selalu makan dekat satu kedai yang kita tahu rasa dia ok2 la,sebelah kedai tu ada lagi satu kedai tapi kita selalu tertanya2 kedai tu sedap ke tak?Padahal kita tak pernah pun cuba kedai sebelah tu.

Sama la macam situasi sekarang,selagi kita tak berani nak berubah,sampai bila kita nak tau?Mungkin kerajaan Pakatan Rakyat nanti memerintah jauh lebih baik dari BN.

Fikir dan ingat pasal masa depan?Kenapa ni,kau ingat BN saje ke yang mampu berfikir untuk masa depan negara?Orang luar BN tak boleh ke?Propaganda bodoh camni jugak diorang try guna pakai.

Dan berita paling bangang untuk hari ini...

Lembaga Disiplin tentukan kelayakan calon - Najib Link

Ahaa...satu fakta,wujudnya Badan Pencegah Rasuah atau BPR adalah untuk membanteras kejadian rasuah di semua peringkat,tak kira lah kerajaan ke rakyat ke polis ke.Jadi sesiapa yang telah disiasat dan didapati bersalah menerima atau memberi rasuah adalah patut di dakwa di mahkamah.

Tapi,pada Najib Tun Razak@Suami Kena Kontrol@Hamba Rosmah,BPR punya keputusan siasatan tak cukup power.Yang paling tere siasat atau ayat betul dia "Lebih arif"pasal rasuah2 ni Lembaga Disiplin UMNO.Jadi,kalau jatuh hukum BPR kata calon ni rasuah ni,tak layak jadi calon UMNO ni,Najib akan kata,takpe,dia tak didapati bersalah lagi oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Jadi,kalau BPR kata calon ni rasuah dan Lembaga Disiplin kata rasuah tapi boleh dimaafkan,boleh la dia bertanding kerusi2 UMNO tu.

Mahukah anda semua calon UMNO anda kaki rasuah?
Mahukah anda calon yang bertanding untuk UMNO?