Satu fenomena yang selalu kelihatan yang menunjukkan kita ni tak berapa reti berbudi bahasa, adalah apabila kita queue panjang untuk bayar barang yang nak dibeli, sehinggakan kita blok jalan untuk orang lalu. Aku termkan benda ni, koridor neraka. Aku perasan ni kat semua tempat aku shopping, tak kiralah apa brand sekalipun shopping kompleks dia.
Apa salahnya kalau kau tinggalkan sikit gap antara barisan tu, especially orang yang "akan berdiri tengah2 laluan" supaya orang yang nak lalu situ, boleh lalu dengan mudah, takyah nak mintak laluan, takyah nak tunggu kau alihkan troli dengan muka bengkek...
Bengkek..
Satu frasa yang dah lama aku tak gunakan!
Kenapa kita takut sangat nak create gap supaya orang boleh lalu? Takut ada orang cilok depan kita dan potong queue? Takut orang belakang suruh kau ke depan supaya "queue pendek cepat habis" ? Kalau ada orang potong queue kau sebab dia ingat line tu pendek, suruh dia ke belakang sopan2. Tak susah pun. Kalau dia tak nak pegi belakang? Baru susahkan keadaan.
Aku tak tau lah kenapa benak benar, tapi bagi aje lah gap, jarakkan aje la diri kau. Aku illustratekan supaya yang tak paham apa aku tulis ni senang paham.
Tak susah pun. Bagi la gap sikit. Yang kau nak jugak blok jalan orang lain kenapa?
Kita bukannya atas jalan raya pun.
18 ulasan:
Kena panggil JKR buat laluan kuning. Mih3
benda2 macam ni bukan budaya orang malaysia, sebab tu kita semua takde rasa bersalah pun sebab kita rasa benda tu tak salah. orang malaysia ni kita kena bagi arahan, letak peringatan, buat line kuning baru kita nak ikut, walau itu pun mesti ada yang tak nak ikut jugak.
sama macam kemas meja sendiri lepas makan mekdi atau kepsi, kat luar negara benda tu memang budaya diorang tapi bukan budaya kat malaysia. kat sini kalau nak buat macam tu juga, kat atas meja tu kena tulis notis "sila kemaskan meja selepas makan untuk kegunaan pelanggan lain", baru diorang akan buat. satu lagi sediakan tong sampah dan tempat letak pinggan dan tulis, "buang sisa makanan di sini dan pinggan di sini"
ini pun boleh kira salah interior shopping mall/ supermarket jgk..kalau interior tu di design dgn praktikal..xperlu rasanya org ramai kena lalu kat bahagian queue..plus..pihak supermarket kena buat sticker kat lantai besar2 mcm dlm diagram ko buat ni..orang selagi xnmpak salah/arahan..selagi tu dia akan buat..
aku penah buat, kesudahannya, orang lain sailang masuk depan aku, baik punya cilok.
kau memang suka pakai bahasa melampau laa...
dah ada koridor multimedia sudah laa, ni koridor neraka apa cerita nih?
laluan mahsyar di simulasikan ke?
tak faham...minta pemahaman.
aku biasa gak shopping kat Giant setiap sabtu ahad memang betul laaa kan? aku faham...
tapi aku rasa laa kan, ikut intelek kepala otak aku yang berjambul nih...ada satu lane besar kat setiap pintu masuk pasaraya...
aku kalau rasa malas nak beratur aku lalu lane tuh...aku tinggal aje troli aku...
tak apa...aku ada lesen...kalau orang tanya "kau gila kaa? dah ambik barang blah macam tu aje?"
aku cakap...sori bro aku belum makan ubat!
HA HA HA HA!
Kau x rasa ke kau komen bukan2 ni cuma nk menunjukkan kau ni sebenarnya loserr? Yg sentiasa cuba tarik perhatian dgn cara menampakkan kebodohan melampau kau. Eh "bro" come on la.. live ur life.. butthurt ke org sll kondem? HA HA HA
Kau x rasa ke kau komen bukan2 ni cuma nk menunjukkan kau ni sebenarnya loserr? Yg sentiasa cuba tarik perhatian dgn cara menampakkan kebodohan melampau kau. Eh "bro" come on la.. live ur life.. butthurt ke org sll kondem? HA HA HA
Mmg betul...tapi aku pernah masuk toilet awam...ada notis kat cermin sinki "sila buang sampah dlm tong sampah"...bwh notis tu elok terletak satu pampers bertaik....
Buta huruf???
Eddeved Petrucci - who de hell this guy? menyampah pulak aku baca komen dia ni..manjang ke laut!
definisi koridor neraka ;
sebuah koridor yang wujud ketika waktu peak hours hypermarket dan perlu dilalui oleh sesetengah orang dan dia terpaksa meminta laluan berkali2 kerana laluannya terhadang oleh manusia2 yang rasa diganggu oleh permintaan anda untuk dia ke tepi atau buat2 tak dengar atau tak nampak yang anda memang nak kena lalu depan dia.
Manusia paling kejam dalam koridor tersebut adalah manusia2 yang dah tau anda akan lalu depan dia tapi dia tunggu anda mintak laluan baru dia nak bagi laluan sebab merasakan diri dia terlalu berharga.
this is malaysia....
entry terkini...Kenapa Homeopathy yang menjadi pilihan???
isu x penting pun utk diperbahas
isu camni nampak tak penting tapi sebenarnya benda camni la yang build mentaliti masyarakat.
benda2 remeh yang common yang orang kita kurang courtesy nak anjurkan
aku paling benci bila nak 'cucuk' duit kat ATM, ada mangkuk terintai2 kat belakang aku. more gap please!
anon 8:42,
ko cucuk jer mata diorang tu...
menyibuk sangat!
Aku lak paling benci yg cucuk2 atm dekat 4,5 kad, padahal queue panjang sampai 10 org.
Orang malaysia ni ..
Kerana dirimu begitu berharga...sebab tu perangai pun mcm tu. Senang ckp org malaysia ni mmg tak reti beratur..bukan kat shopping mall jer ...kat mana2 pun sama..kat lrt..kat atm...tak menyempat.
tak boleh nak bagi laluan. sebab orang lain akan assume line queue to kosong dan akan dia pun terus masuk. Ada dia kesah ko tunggu kat belakang? Sapa suruh ko berdiri jauh sangat !!
Catat Ulasan