September 03, 2014

Balada Pantun : Aku, Drama Islamik Moden dan Ustazah Mee Segera


Bukak TV hari-hari,
Aku nampak benda sama,
Semua orang Melayu kini,
Galak berlakon drama agama.

Tajuk drama mesti Islamik
Yang free hair pun jadi hijabista
Tapi kadang-kadang aku pun pelik
Laki perempuan rapat bersama

Yang lelakinya dijadikan alim
Yang perempuan dituliskan baik
Skrip ditulis "Drama Muslim"
Tapi hasilnya banyak bertaik

Atas katil bermanja-manja
Konon dah kahwin jadi tak apa
Kepala hotak kau la gila
Dalam drama mana boleh kira

Si lelaki mulut sebut "ingat Tuhan"
Si wanita asyik ingatkan "kuasa Tuhan"
Kau bukannya laki bini pun setan!
Apahal berjalan nak pimpin2 tangan?

Itulah dia drama Islamik kita
Nak buat pahala terbuat dosa
Habis shooting "ARGH RIMASNYA!"
Tudung tanggal tah ke mana

Tah hapa la kita ni
Orang kita ni taksub sangat
Asal "Islamik" semua jadi
Tak peduli dah pasal aurat

Satu persoalan tak ada ubatnya
Dari dulu lagi aku bertanya-tanya
"Drama Islamik" ni tak ada kisah lain ka?
Balik-balik drama bertemakan cinta

Drama Islamik, bertemakan cinta
Asal Islamik, semua cuba suka.
Sebab tu la kot Ustazah Ekspress bercambah
Gejala "Aku Islamik" excited berhijrah

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wah, gambar atas tu pelakon la ye? tiada hubungan di luar lakonan?

muhammad hatim berkata...

bro saya dah kopipes kat fb saya , minta halal ye . tp dah kredit tok blog ni . kita sememangnya sebulu-bulu =)

Seriously berkata...

no wonder geng x suka islam jadi salah faham... org yg buat drama bila time islamik cinta ja topik utamanya zzzzzzzzzzz

Tanpa Nama berkata...

yang menambahkan islamiknya drama ini ialah ia akan ditayangkan pada waktu maghrib..maka ramailah yang akak2.. isteri2...mak2...melanggok depan tv..ending cerita sebenarnya dah boleh agak ..jalan cerita lebih kurang sama dengan drama sebelumnya..isi cerita banyak fantasi semata2...x logik x apa yang penting rating gila2..bila tunjuk pelakon lelaki mengaji alih2 ..sadakallahullazim..yang perempuan alih2 tengah doa bercucuran airmata..yang peliknya mekap tebal gila...watak dengki jahat mesti ada heo atau heroin akan teraniaya difinah...dengki mesti gila2..angkara cemburu kadang2 kerja mak mertua..nak menambah sadisnya penderitaan mangsa..agar penonton sambung melanguk ptg esok pula

Tanpa Nama berkata...

Nak buat camne.. Melayu kan kuat berangan.

Kenapa laa most citer melayu sampah belaka?

Tanpa Nama berkata...

La ko baru tau ker...

Bob lokman dah bitau aku 10 tahun lepas dah...

Paradox berkata...

Drama diadaptasi dari novel sampah yg bestseller. Mmg ramai minat sampah la kot.

Tanpa Nama berkata...

Aq pon kadang2 terfikir ape yg ko tulis ni tot. Kadang2 sakit hati tgk "watak asli pelakon" xselari dgn konsep drama islamik. Mmg hijabista habis kalo ppuan, kalo llaki ustaz siap ade tanda d dahi tppppppp konsep "watak asli pelakon" buat aq jd perjudis. Kadang2 terfikir dorg xrs "segan" ke dgn melakonkan watak tsebut mcm hipokratos gila. Well.. kate pelakon kene pegembaraan rasa barangkali.

Tanpa Nama berkata...

ada sorang pelakon tu jiran aku jer...

ada satu drama tu dia berlakon jadi doktor! sialll jer penipu betul! bedah sana la bedah sini selamatkan pesakit dia ingat aku bodoh! aku tau dia bukan doktor!

tgk lembu korban pon pengsan! doktor bedah konon...cis!! penipu punya pelakon!

eddeved berkata...

bro, you can call me a freethinker, anti Islam apa semua tapi one thing for sure, I have faith that we all knew what we did dan Tuhan hanya lihat niat kita bro...kalau gitu senang laaa orang masuk neraka...we should empathise more...seorang karyawan perlu melihat sesuatu yang realiti bro...takkan kau berlakon jadi laki bini lepas tu kau kena duduk jauh-jauh tutup pandangan kau antara satu sama lain...setau aku...aku tak pernah lagi rasa ghairah bila tgk lakonan laki bini yang bukan muhrim berpeluk bagai...selagi depa tak bikin adegan bersetubuh yang melangkau tahap xxx rated aku rasa okay kot...biar Tuhan aje hukum, kita ni siapa? Tuhan?

Tanpa Nama berkata...

bodoh sombong orang atas aku ni..nak komen balik guru aku pesan pulak..orang kalau bodoh boleh ajar ..tapi kalau sombong ngan kebodohannya dia..biarkan..aje..kau bagi fakta dan hujah yang handal sekalipun tetap dia cari jalan yang menyimpang

Tanpa Nama berkata...

" Tuhan hanya lihat niat kita bro"...wow..dengan niat semua boleh buat...mari aku mandikan kan ko ngan air longkang ..tuhan tahu niat aku nak membetulkan ko...hoo..hoo...bongok ko tegok lakonan laki bini berpeluk memang la x ghairah..abis suami atau isteri pelakon tu kat umah macamana...abis pelakon lelaki tu xkan xde rasa stim kot..

ruqayya berkata...

Well said...
Dunia dah akhir zaman. And orang melayu suka drama fantasi. Realitinya...hmm ntah lah...

Ruqayya menulis.... Sesi Magika Eksklusif

Tanpa Nama berkata...

Kebnyakan melayu kononnya urban akan berbangga gelar dirinya freethinker,atheist or agnostic....weh korang tau tak korang ri memperbodohkan diri korang sendiri untuk diterima golongan non muslim,nasihat aku sbb bergantung pada niat tk ada sapa yg tau niat korang, sblm mati buat wasiat mcmana nk uruskan mayat anda,nk tanam ka nk bakar ka mk bubuh kt sampan mcm style viking ka.....senang!konon freethinker

Tanpa Nama berkata...

TV Al Hijrah boleh je berlakon semua bertudung. Lakon laki bini takde touching2. TV1 dulu ada je drama wardina dengan faizal husain jadi laki bini tak bersentuh pun.

Tanpa Nama berkata...

eddeved hang guru kat sekolah mana..?kat sarawak??

nurulhuda berkata...

Salam Mantot,

I always enjoy your writing.
Nak menjemput saudara ke launching buku #WahaiMelayu on 11 Sept, if you are available. How to contact you directly?

My email: nhudashah@gmail.com

nurulhuda berkata...

tot, link buku :
http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx?&pcode=9789671109977

perasmian oleh Tun M.
Hope you can make it! :)

lkjhgfdsa berkata...

Sape yang komen pasal al-Hijrah tu? Yeah aku sokong. Takyah pun nak peluk peluk bagai.

Walaupun sebenarnya nak termuntah gak tengok drama cintan kat al-Hijrah tu.

Layan drama omputih gak yg besttt dah sah sah diorang tu bukan Islam ape ade hallll