September 04, 2014

Cerpen Masyarakat : Ayah, Daughter dan Eddie Vedder

Maliki menaip-naip di komputernya sambil mendengar lagu "Daughter" dendangan Pearl Jam bermain. Dalam kepalanya sayu memandangkan tidak banyak lagu sebegitu ditulis pada zaman moden ini. Jiwa "rock and roll" sudah dikuasai oleh penyanyi-penyanyi seperti Taylor Swift atau yang lebih menaikkan darahnya, bila dia dapat tahu penyanyi bernama Lorde kini boleh dikategorikan sebagai muzik "rock."

"Don't call me daughter, not fit to...the picture kept will remind me.." Suara kasar Eddie Vedder mengalunkan lagu membuat Maliki terbuai-buai sambil mulutnya mengikut rentak lagu.

"Abah....Ina tak boleh tidur la.."

Maliki berpusing memandang anaknya. Maliki senyum melihat rambut anaknya yang agak bergulung-gulung yang diwarisi dari rambutnya. Orang kata rambut dreadlock free.

"Mak dengan Sin dah tidur ke?" tanya Maliki, mahu tahu sama ada Izana dan Hussin, anak ke dua mereka sudah terlelap.

"Dah bah.." jawab Ina. "Hussin tadi dia tak bagi Ina peluk mak," rungut Ina. Maliki mengangguk. Dia dah faham benar "perang dingin" yang berlaku antara kedua-dua anaknya yang selalu berebutkan ibunya.

"Abah buat apa tu bah?" tanya Ina lalu melangkah masuk ke bilik Maliki, sebuah pejabat mini lengkap dengan komputer dan sistem teater rumah sebagai tarikan utamanya. "Ni ha, abah tengah siapkan slide untuk pakai esok. Esok abah ada presentation besar Na," jawab Maliki. Ina mengangguk konon faham.

Ina melangkah lalu memanjat riba Maliki. Maliki sedar Ina memang lebih rapat dengannya berbanding Hussin. Apatah lagi semenjak Hussin ada. Kadang-kadang mahu juga terpacul ayat "Ina anak ayah" dari mulut Maliki ketika dia sangat bahagia tapi dikawal sebaik mungkin takut Hussin terasa hati. Dia cuba sedaya upaya berlaku adil agar tidak ada gejala "siapa pilihan aku" berlaku.

Tapi hatinya terpaksa mengakui, Hasnah Zarina memang manja dengannya.

"Abah abah! Esok kita pergi jalan-jalan nak tak?" tanya Ina.

"Nak pergi mana?" tanya Maliki sambil tangannya terus menekan butang tetikus.

"Kita pergi beli patung Frozen, nak tak?" tanya Ina berhasrat besar. Maliki diam sebentar. Bulan tersebut dia memang sesak sedikit memandangkan insurans kereta perlu diselesaikan. Lagu "Daughter" tadi masih lagi bermain tapi sudah diperlahankan. Maliki melakukan sedikit kira-kira dalam otaknya. Almaklumlah, barang permainan kanak-kanak sekarang ni, harganya paling kurang sama dengan gaji sehari pekerja am di merata tempat.

"Kita pergi hujung minggu ni ye," jawab Maliki. "Ok!" sahut Ina girang. Ina tiba-tiba menguap besar.

"Tutup mulut tu....nanti syaitan masuk.." pesan Maliki. Ina sengih. Matanya kuyu nak terlelap. "Abah, sedap la lagu ni...siapa nyanyi?"

"Pearl Jam..." jawab Maliki.

"Macam jam yang kita makan tu ke bah?" tanya Ina ikhlas.

"Haha, taklah..." Maliki mendukung Ina yang rasanya semakin berat kerana badannya sudah hampir terlelap. Maliki bangun mengangkat Ina lalu mula melangkah ke bilik tidur mereka. Ina yang baru sahaja 4 tahun masih lagi tidur bersama-sama mereka untuk sementara kerana ida takut anaknya itu rasa diabaikan selepas ada adik kecil.

Lampu berwarna kuning bercahaya melimpah keluar dari pintu bilik mereka. Maliki memulas tombol pintu sambil mendukung Ina sebelah tangan. Nampak anaknya Hussin sedang memeluk lengan isterinya. Botol susunya sudah habis diteguk dan masih lagi digigit oleh mulutnya.  Maliki senyum.

Barulah dia perasan, Ina sedang berbaring di sebelah ibunya sambil memeluk ibunya dari belakang.

"Don't call me daughter, not fit to be...sedap lagu Pearl Jam tu kan abah....."  Ina yang berada dalam pangkuannya berbisik perlahan.

Pandai pulak Ina berbahasa Inggeris tiba-tiba.

5 ulasan:

Seriously berkata...

ingat2 lah mati dan bersedia dengan persediaan untuk mati :)

Akie D berkata...

x paham, selalu ending macam ni untuk cerita hantu.. tapi apsal x seram? lebih kepada cerita sedih jek.. :p

eddeved berkata...

aku tau kau memang jaki dengan nick blogger aku ha ha ha!!!

Tanpa Nama berkata...

apa bendalah ni!! Mcm drama melayu sial!

Tanpa Nama berkata...

Anon..ade mksud tersirat..dlu xstadi buat esei ke