September 05, 2014

Awkward Agama : Bak Sini Bini Kau Bagi Aku Peluk

Dari dulu lagi aku tak dapat memahami satu benda.

Benda ni kau boleh tengok dekat dalam media kita. Aku bercakap mengenai "macam mana seorang yang kau kahwini, kau boleh biarkan dia berpeluk dengan orang lain yang bukan kau?"
Ini semua perkara-perkara yang kita boleh nampak jadi dekat pelakon. Penyanyi rasanya kurang, melainkan diorang berduet dan ada "memerlukan" peluk-peluk pinggang.

Aku cukup tak faham macam mana seseorang itu boleh terima kau punya jodoh, boleh pegang dan bermesra dengan orang lain, boleh peluk-peluk berpimpin tangan dengan orang yang bukannya mahram dia pun.

AKU TAK PAHAM KENAPA KAU BOLEH ACCEPT BENDA TU?

Aku sebagai seorang lelaki pun panas aje hati kalau aku bayangkan ada orang lain peluk bini aku. Itu baru bayangkan. Belum lagi masuk alasan "perlu dipeluk untuk mencari rezeki yang halal" macam ramai pelakon kita buat.

Nak jadi pelakon, kenala bersedia memeluk atau dipeluk pelakon lain.

Baru fikirkan aje dah menyirap kepala aku, ini pulak kalau benda tu dah la betul-betul terjadi dan yang paling ajaibnya, dia boleh bagi satu Malaysia tengok pasangan dia bermesra dengan orang lain....dan bangga kalau pasangan dia dapat award atas "kerja mencari rezeki" yang dia lakukan tu.

AKU TAK PAHAM MACAM MANA KAU BOLEH ACCEPT BENDA TU!

Macam ada something wrong dengan kau, kalau kau boleh bagi bini kau, suami kau, pegang-pegang dengan orang lain. Macam aku boleh peluk bini kawan-kawan aku atau aku bagi kawan2 aku peluk bini aku. Itu tanda kau dah gila la kan kalau kau dah mampu terima benda camtu?

Kau tau apa penyebab mentaliti camni?

Kita mengasingkan bab professional dan bab personal.

Seperti yang dinasihatkan oleh seorang lelaki Morocco kepada kawan aku dan kawan aku sampaikan dekat aku..."kau ada berapa hati? Kau ada berapa akal? Mana logiknya seseorang manusia itu boleh asingkan hal professional dan hal personal dalam hidup dia?"

Tak logik.

Sebab bila kau asingkan benda tu, kau dah buang satu benda paling penting, spirituality kau. Kau takkan sukses kalau kau bukan seorang personality yang baik dan kau tak akan ada disiplin akhlak yang baik jika kau tak professional.

Bila kau asingkan dua2 part tu, kau sebenarnya buang kau punya sempadan diri.

Tapi masyarakat kita digalakkan untuk asingkan benda tu. Work life asing. Personal life asing. Memang ada part kita kena asingkan, macam seorang cikgu yang sedang PMS tak sepatutnya maki kelas dia tanpa sebab atau seorang engineer tak sepatutnya rosakkan machine drilling dekat laut hanya kerana bini dia tak bagi apa yang dia nak sebelum dia bertolak ke offfshore.

Masalahnya, bila kau asingkan benda tu, kau bukan normal lagi dah.

Jadilah kau golongan macam "suami aku peluk-peluk untuk berlakon, dalam drama, boleh. Tapi jangan peluk laki aku depan aku aa!"

Aku rasa orang yang dapat terima suami atau isteri dia perlu bermesra dengan orang lain, atas dasar professionalisme...adalah orang2 yang sebenarnya mentally tak betul.  Mulut aje cakap sayang laki, sayang bini...tapi....realitinya, professionalism mengatasi rasa sayang dia ke atas jodoh dia.

So, macam mana aku nak dapat jawapan pasal "wabak" ni?

Aku perlu melaluinya sendiri la kot. Mungkin aku perlu peluk perempuan lain, rekod dalam video dan tunjuk dekat bini aku. Kalau bini aku marah, itu maknanya dia peduli. Kalau dia suruh buat lagi video camtu....mungkin dah tiba masanya aku perlu ambik kelas lakonan dan cuba nasib sebagai pelakon.

Hopefully isteri aku tak marah dan faham, ini semua hal professional dan aku, takkan arouse langsung, kalau berlakon adegan ranjang dalam filem.

21 ulasan:

nowy2ku berkata...

well say lah

eddeved berkata...

ini pandangan aku bro, aku tak mewakili mana-mana agama...kalau nak jadi artis, kena profesional...yang penting kau kena tahu bini kau jujur dengan kau ke atau tak, aku rasa mungkin itu pedoman yang artis-artis nih guna...dan sebagai artis cara hidup depa bukan sama macam kita...atas dasar kerja maka artis kena open minded..tak luak kot kalau kau tgk filem bini kau peluk lelaki lain...it takes a strong man to accept that. kita kena faham...artis nih dugaan dia lain...lain laa kalau kau jadi artis tetiba nampak bini kau berpeluk dengan orang lain (nak menjwai watak pun agak-agak laa ha ha!) luar set filem...Aaron Aziz pun berbulu bro! Nak jadi artis bukan senang bro...takkan kau berlakon filem jadi laki bini lepas tu kau duduk jauh-jauh pandang tempat lain...mana realiti dia ha ha! one of these days kalau ada filem cenggitu kau tak rasa awkward ke? he he!

Tanpa Nama berkata...

bro kt atas..niat x menghalalkn cara, sila kembali kepada al-quran dan hadis..belajar daripada org2 yang berilmu dan stop being freethinker..boleh rosak aqidah..

Tanpa Nama berkata...

aku suka tgk cerita ketika cinta bertasbih..rasanye tiada cerita seperti itu di malaysia lagi walaupn byk bertitle islam..

Tanpa Nama berkata...

-Nurul-

Yup. Haram is HARAM. Takkan terHALAL dek professionalisme.

Noob berkata...

Yup. Setuju. X kisah la kau kuat mana, professional tahap gaban, tp manusia ni hakikat dia ada PERASAAN & NAFSU. Kau boleh agak ke bini kau gersang x bila jantan lain peluk dia? Tambah2 kalau bini kau berlakon dengan jantan yg lagi tough badan dia. Ketul2 gitu berbanding kau kurus keding. Betul cakap anon ni, niat x halalkan cara. Halal & berkat ke rezeki tu kalau dpt hasil kau bg bini kau dipeluk lelaki lain bro? DAYUS! Jawab la dgn munkar nakir nanti kot2 dia terima kau cakap kau professional and open minded tu sbb kau bg bini kau berpeluk dgn jantan, kot2 dia x jadi tibai kau sebab terharu..

asa berkata...

eddeved bangangnya la komen macam ni.

lkjhgfdsa berkata...

aku memang daripada dulu tak boleh nak hadam orang islam yang kita tau bukan laki bini in real life tapi berlakon mesra bukan main. yang lagi aku tak faham, produser atau pengarah filem/drama ni takkan takde rasa bersalah bagi arahan macam tu kat pelakon diorang?

kpd eddeved, kau nak jadi artis ke, jadi perdana menteri ke, jadi tukang sapu sampah ke, tak kira la ape skop kerja kau; FIRST AND FOREMOST kau adelah HAMBA TUHAN. so ikutlah ape yang Tuhan suruh baru ikut ape bos suruh.

hidup ni ade sempadan, bro. kita tak boleh buat agama kita macam topi, bila nak kita pakai, bila taknak kita tanggal. agama ni kau kena ibaratkan mcm baju; kena pakai all the time.
kalau baju kita tak pernah nak letak tepi, kenapa kita nak letak tepi agama kita?

aku dah kawin berkata...

couple melayu pun khabarnya ramai yg dah jadi 'swinger' kat msia ni. ntahla. ada ke? budaya baru kot.

aku masa bujang dulu ada jugak berfantasi peluk-peluk bini org utk buat 'modal', especially pelakon laa mcm zarina zainuddin, nasha aziz, noralbaniah. itu dulu laa.

heheh tapi diorang still hot MILF.

Tanpa Nama berkata...

bagi aku ada bende kena asingkan dan ada bende yang tidak..

Tanpa Nama berkata...

Aku nk berlakon babak katil dgn wife kau bole tak....jgn risau aku profesional,aku muslim,pasal hukum hakam itu terpulang pada niat....yg penting jujur....5 babak ja ok, kalo ko nk masuk sekali aku mintak tolong adjust dgn produser....baru basaaaaahhh...

Tanpa Nama berkata...

Memang terang dan nyata dah haram lah. Personally rasa lelaki kalau bagi wife dia dipeluk memang dayus lah. Tapi perempuan ada spesis yg lain macam sikit. Though dia jealous gila husband dia dipeluk pelakon lain, at the same time dia bangga bila bersuamikan 'lelaki yg menjadi pujaan ramai wanita dan popular', lebih2 lagi kalau dah dapat award. Masa tu lah timbul statement "Peluk utk kerja takpelah, jangan depan aku."


Nina

Unknown berkata...

boleh peluk atau tak boleh peluk bergantung pada hukum agama seseorang ... ada agama yang bolehkan, maka penganut agama itu boleh buat ... ada agama yang tak bolehkan, penganut agama itu tak boleh buat ... siapa yang hendak buat, dia kena anut agama yang membolehkan ... simple kan.???

Paradox berkata...

Bukan tak logik. Tapi logik. Logik sangat sebab DUIT menguasai SEGALANYA.

Sebab DUIT, penulis novel cinta tulis babak sentuh/romen/sex suami isteri menyebabkan novel meletup.
Sebab DUIT, producer buat movie/drama yg merealisasikan babak romen suami isteri dari novel adaptasi.
Sebab DUIT, pelakon berlakon adegan hot lalu rating tinggi, lalu DUIT masyuk ke penulis, producer & pelakon.

Mengutamakan DUIT berbanding tanggungjawab sosial/agama adalah perbuatan yg logik. Maka, balasan kemudiannya juga logik. Good luck kpd semua pencinta DUIT.

Prince of Noob berkata...

tapi yang sebenarnya drama2 cinta melayu ni la yang banyak pengajarannya, seperti 5 pengajaran cinta dari drama benci awak 800% ni

Tanpa Nama berkata...

yang aku tak faham cuma macam mana ko tak faham...tu jer

berapa ramai dah tengok niples angelina jolie, dia sendiri yang tayang dalam movie...apasal dia keluar tapi masih nak tutup bukan satu dunia dah pernah tengok ker?...

cuma satu benda yang aku tahu... ni memang sah sah kerja setan...

dia rasuk penerbit, penerbit rasuk pengarah ...pengarah rasuk pelakon..pelakon akhirnya merasuk minda masyarakat melayu... lebih lebih lagi kaum hawa...simple

tak perlu heran dengan kepelikan benda yang haram..

Tanpa Nama berkata...

Mak aku pun kalau tv tayang drama, mesti tanya "ni laki bini ke kat luar?".

Unknown berkata...

sadap bha

Tanpa Nama berkata...

Porn star juga professional. Hehehehehe

Tanpa Nama berkata...

Habis sda ka benda halal di msia... miskinnya...orang tengok filem nak tengok ceritanya bukan setakat peluk dan cantik nya heroin.... cuma orang2 yang terlibat dgn filem kat msia ini... terlampau banyak kurangnya...semua otak kuning jadinya remaja malaysia

Tanpa Nama berkata...

pandangan aku manusia kalau tak kenal tuan tanah (tuhan yang bagi manusia nafas hari2) tak takut dengan tuhan dan tak percaya tuhan dia macam kau cakap gile atau hari2 mabuk, silap2 mungkin dia fahaman komunis keturunan tak stalin atau putin, test la skali genggam besi panas menyala 1 minit tengok tahan ke tak kalau gagah nak lawan neraka tuhan yang cipta manusia ni