September 09, 2014

"Doktor, Apakah Ubat Terbaik Untuk Menangani Masalah Terlalu Percayakan Apa-Apa Saja Yang Private Sector Pada Mak Bapak?"

Sebagai ibu bapa, semua orang nak yang terbaik untuk anak diorang. Betul, aku tak nafikan. Aku pun. Tapi kadang2 kalau kau teliti betul2, golongan mak bapak adalah golongan paling mudah untuk diekspoitasi. Satu, kita emosional apabila benda tu berkaitan dengan anak. Nombor dua, kita assume semua benda yang kita dah bayar lebih, adalah yang terbaik untuk anak kita.

Kau nak marah aku lepas ni? Marah lah. Aku percaya dengan apa aku tulis dan setiap apa yang aku tulis, akan ada orang suka dan ada orang marah. Nak buat camne? Kau takkan mampu puaskan hati semua orang.

Tapi aku nak korang bukak mata kau, buang segala prasangka buruk yang kau ada dekat aku dan fikir elok2 apa yang aku tulis ni. Aku pun macam kau, seorang bapak. Tapi aku tak suka bila aku rasa diri aku dieksploitasi....hanya kerana aku seorang yang peduli pasal anak aku.

Kau pun sepatutnya sama. Jangan mudah terjerat dengan wabak yang dinamakan "wabak sayangi
swasta" seperti yang telah menjerat terlalu banyak parents.

Apa itu wabak sayangi swasta?

Wabak sayang swasta adalah satu wabak di mana mak bapak akan berusaha sehinggakan dia sanggup tak berjumpa anak2 dia, untuk dapat duit, supaya anak dia dapat yang terbaik yang dia boleh bagi.

Tahap kronik wabak "sayangi swasta" ini adalah apabila ada mak bapak yang kerja kuat2 untuk bagi anak dia something sehingga dia tak sedar, jika dia tak kerja, dia boleh buat semua benda yang dia sanggup bayar tu. Jangan lupa, cikgu yang terbaik untuk anak2 bukannya "cikgu" tapi mak bapak sendiri.

Wabak sayangi swasta ini boleh dijumpai dalam 4 cabang perniagaan;

1. TV Swasta

"Aku perlu ada Astro kat rumah kerana anak aku perlu ada Tutor TV. Anak aku boleh tengok National Geographic. Anak aku boleh tengok itu, ini..bla bla bla.."

Itu alasan yang kita selalu dengar. TV Swasta bagus. Tanpa TV swasta anak tak belajar. Takde TV minda anak tak berkembang. Dulu kita boleh aje layan TV1,TV2 dan TV3 setiap hari, besar ok aje.

"Oh, apa dia, zaman dah berubah? Anak kena seiring dengan teknologi?"

Tu ada internet tu. Daripada kau bayar TV swasta bulan2, kau belikan anak kau laptop touchscreen satu, kau pasang internet kat rumah. Itu lagi seiring dengan teknologi. Tapi pastikan kau mampu pantau apa dia buat sebab porn amat mudah didapati sekarang ni.

2. Klinik/Hospital Swasta

Aku bagitau kau satu benda yang kau mungkin tak sedar....

Budak2 kecik ni, bila dia batuk atau selsema, kalau kau pegi klinik swasta, diorang akan bagi ventolin atau piriton (nama ubat dia). Ada jugak setengah doktor yang akan suggest kat kau supaya gaskan anak kau guna mask untuk "mencairkan kahak" dia.

Tapi kalau kau pergi klinik kerajaan, anak kau batuk ke selsema ke, diorang akan bagi paracetamol. Sebab itulah ada lawak,"kau pegi aje klinik kerajaan, kau sakitlah apa2 pun, kau akan dapat panadol."

Kau tau kenapa? Sebab budak2 bawah 2 tahun sebenarnya tak digalakkan untuk ambil ubat batuk dan selsema ni. Kenapa? Aku tak pasti tapi rasanya ada kaitan dengan asthma...dan World Health Organization kata jangan.

Doktor kat klinik swasta sedaya upaya akan push kau supaya ambik ubat batuk dan selsema. Aku dah try. Aku cakap aku datang nak cek up aje, aku tak nak ubat. Doktor tarik muka pelik dan kemudian try yakinkan aku yang dosage dia bagi tu ok....

Tapi kenapa klinik kerajaan takkan buat benda camtu? Bukan sebab diorang nak save cost kak. Tapi sebab benda tu sebenarnya not recommended tapi klinik swasta......diorang adalah entiti bisnes yang perlu jual ubat untuk sustain bisnes dia.

Jika anak kau batuk dan selsema tak kronik, janganlah bagi dia ubat batuk dan selsema ni. Biarkan aje dia batuk. Kesian? Memang kesian.

3. Sekolah Swasta

DALAM BANYAK2 PARENTS YANG AKU JUMPA, ORANG YANG PALING MENJENGKELKAN AKU ADALAH PARENTS2 YANG NAK ANAK DIA PERGI SEKOLAH SWASTA DAN KEMUDIAN DIA KUTUK SEKOLAH BIASA NI SEBAB DIA KATA TAK ADA KUALITI!

Aku tak tau la kenapa camtu. Seolah-olah dia lupa yang dia pun sebenarnya sekolah biasa aje dulu. Kau nak hantar anak kau sekolah swasta? Hantar lah. Tapi aku tak rasa kau perlu kondem sekolah biasa ni sebab pada kau, sekolah biasa ni murid2 dia hooligan dan cikgu2 dia pemalas.

Kalau cikgu2 kau pemalas, kau tak mampu jadi orang la mangkuk sebab dulu2 mana ada sekolah2 swasta ni dan kalau ada pun, orang biasa mana mampu nak hantar.

Cuma persoalan aku adalah, orang2 yang kata sekolah swasta ni bagus hanyalah tergolong ke dalam dua jenis;

a. Owner sekolah swasta ni
b. Mak bapak yang hantar anak sekolah swasta ni

Macam mana dia tau sekolah swasta ni bagus? Aku pun tak tau la. Mungkin dia assume2 sendiri sebab dia tengok anak dia pandai semacam aje.

Sampai satu masa nanti, adakah orang2 yang hantar anak ke sekolah swasta adalah orang2 kaya dan orang2 yang hantar anak ke public school ni orang susah belaka? Macam mana kita nak satukan masyarakat kalau dari awal lagi sistem persekolahan pun dah ada kasta sendiri?

Kalau kau adalah mak bapak yang hantar anak ke sekolah swasta kerana kau rasa sekolah biasa tak bagus, kau adalah seorang douchebag. F U. Obnoxious Douchebag.

4. Tadika Genius Swasta

Hehehe. Hari Sabtu hari tu, sekadar menguji bagaimana respon orang, aku persoalkan mengenai tadika2 genius yang tumbuh macam cendawan sekarang ni. Responnya? Menarik.

Aku pergi survey tadika2 tu sebenarnya. Ada 3 tempat aku pegi. Semuanya buat kat rumah kedai. Itu satu isu. Isu paling aku menyampah, pemilik tadika bangga menceritakan ramai mak bapak yang telefon bertanyakan mengenai progress anak diorang dan siap dia cerita ada mak bapak datang dan bagitau dia, apa expectation dia dekat anak dia.

Come on la mak bapak yang disebutkan tu.... anak kau umur 3 tahun, 4 tahun, kau dah letak expectation macam-macam.

Yang paling menyedihkan aku, bila memikirkan, mak bapak kena duduk berbincang dengan cikgu dia untuk tau perkembangan anak dia sendiri. Ini bukan level sekolah...ini level pra-pra-pra tadika. Dalam tempoh umur macam tu, jika kau perlu refer kepada orang lain mengenai perkembangan anak kau, aku rasa itu sesuatu yang tak sihatla.

Bukan kesepatutnya kau yang lebih tahu dan kau yang sepatutnya ajar benda2 tu. Bukan orang lain. Ini bukannya masuk bab akademik lagi. Semua mak bapak ada skill ajar anak time umur dia 6 tahun ke bawah.

Yang menariknya, macam mana pulak kalau expectation kau tak tercapai?

Antara benda aku paling menyampah dari survey aku adalah bermacam2 fees bullshit yang dikenakan. Computer fees? Science project fees? Little scientist fees? Fees untuk lawatan sambil belajar?  Tu tak kira lagi bulan yang tak hantar tapi kena bayar jugak. Total cost untuk hantar anak ke tadika2 genius ni....gila. RM600 untuk full day sebulan? Tak masuk overtime RM10 sejam? Kira balik total semua adalah dekat seribu sebulan.

Dah la jadual semuanya sampai 12.30. Siapa balik kerja 12.30 tengahari? Jika kau terpaksa mengular keluar dari tempat kerja hanya semata2 nak ambik anak kau, aku suggest kau refer majalah Solusi bulan lepas mengenai bab "keluar dari pejabat waktu pejabat tanpa kebenaran majikan."

Kalau dah dekat seribu, baik jaga sendiri anak. Tak payah risau benda buruk2 terjadi. Takde la risau anak kena culik ke masa pergi lawatan sambil belajar.

Semenjak dari hari aku survey tu, aku merasakan, tadika genius ni kebanyakannya aku rasa jual benda yang tak perlu. Cuma diorang dapat easy pass semua benda, sebab dikaitkan dengan "Islamic." Tapi sebagai seorang bapak, aku selalu bertanya dekat diri sendiri, "kenapala aku kena hire orang lain untuk ajar anak aku doa makan sedangkan aku mampu buat benda tu sendiri?"

...............

Aku tau kau mampu. Ramai orang kita dah mampu. Tapi walaupun kau mampu, jangan lah sampai kau biar diri kau dieksploitasi.

Sebab bisnes is bisnes. Kau ada duit...diorang nak duit kau. Jangan sampai kita lupa nilai value sesuatu hanya kerana kita terlalu mengidamkan apa yang kita nak.

21 ulasan:

Unknown berkata...

Well said...

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju pasal hospital swasta. Bini aku pernah bekerja utk both side, swasta dan kerajaan. Masalah hostipal swasta ni dekat dos yang diberi. Bila tubuh kau dah biasa sembuh dgn dos tinggi, kebarangkalian untuk kau sembuh untuk demam biasa tu susah padahal orang lain just makan panadol je. Hospital kerajaan follow prosedur, kadang-kadang panadol pun tak bagi awal2. Just masuk air dan monitor antibodi kau bole lawan atau tak. Diorang tau peringkat mana yang kau perlukan ubat.

Sebab tu aku nasihat kat kawan2 aku kalau kau baru rasa sakit kepala, panas badan, sakit urat ke apa tu tolonglah jgn mengelabah cari panadol bagai. Just minum air banyak2, rehat dan tidur secukupnya. Also kalau kau pergi hospital swasta atas alasan sakit kepala bagai, diorang inject kau dgn ubat tidur jugak.

Tanpa Nama berkata...

ala mantot dulu lu jugak selalu kutuk hospital, pekerja gomen, skg lu kutuk sektor swasta plak... pelik la lu ni ntah apa yg ko nk dlm hidup ni xtau la

Tanpa Nama berkata...

aku setuju dengan artikel ni..tapi aku nak komen sket la pasal tadika tu..aku hantar anak aku kat tadika swasta sebab tadika kemas kt tempat aku tak memuaskan langsung..dpt feedback dari kawan kawan yg anak derang hantar kt tadika kemas..derang sekadar menyanyi dan menari..so aku amek keputusan hantar ke swasta..nasib baik tpt aku bayar sebulan baru RM115 dan alhamdulillah dah bole membaca..takde la nak high expectation pon..tapi siyes tot..silibus sekolah darjah satu buat aku pon terkial kial berpikir..jauh advance dari aku darjah satu dulu

odeng

Tanpa Nama berkata...

bdn bdk bwh 2 thn xbsedia utk proses ubt batuk / selsema ~~ asben ak farmasi

Tanpa Nama berkata...

benda xbetul kutuk la bukan asal gomen setuju asal private xbagus

Kekanji berkata...

Tang Astro tu aku setuju.
Tang sekolah swasta tu pun aku setuju.

Dan aku kesian kat budak2 yang belum masuk sekolah pun da macam expectation mak bapak dia ada. Bagi aku kalau anak kau tak masuk sekolah lagi, asalkan dia da pandai membaca dan mengira basic2 tu da kira cukup la tu. Yang lain, kalau dia da pandai, bagus. Kalau belum, jangan la pressure anak2.

Tanpa Nama berkata...

Biasa la tu. Hidup semua nak standard. Anak selsema pun mesti nak letak dalam wad 1st class hospital swasta yang ada lukis2 kartun kat dinding tu. Heheee, dah biasa tengok perangai kawan2 macam tu. (Claim insurans. Both part buat duit). Mindset~ private is high standrad of living.

Tanpa Nama berkata...

saidina Ali pernah berkata, "didiklah anak-anakmu mengikut zamannya, jgnlah kamu mendidik mereka mengikut zaman kamu kerana anakmu hidup di zaman yang berbeza dengan kamu."

seriously mantot?

yang pasal tv swasta, hospital swasta tu tak kisah sangat.

tapi kalo tadika swasta ni..better buat kajian betol2..cuba tengok method tadika swasta biasa (affordable) dan tadika swasta elit..pastu tengok behaviour budak2 kat situ...pastu compare lagi dengan budak2 prasekolah kebangsaan..yang mana yang paling macam hooligan?
didikan awal kanak2 sangat penting..hang cakap level pra-pra-pra je tak penting eh? sbenarnya level pra ni la waktu paling sensitif dalam perkembangan minda kanak2..kalo nak tahu, amik la kursus pendidikan awal kanak2..ada parents kat area saya ni sanggup hantar anak dekat tadika yang mahal sikit sebab bila hantar dekat tadika biasa, anak dia balik slalu lebam2 sana-sini dekat badan...mungkin bukan cikgu dera...mungkin sbb dia main bergaduh dgn kawan2..tapi benda2 macam tu takkan jadi kalo budak2 ada proper activities kat tadika/taska tu..
pasal high expectation parents pada anak2 tu mungkin la macam agak tah pape..tapi x salah kalo method dia betul dari didikan awal dia..
banyak je skarang ni kita tengok masalah remaja jadi tah pape..takkan kita nak lentur buluh masa buluh dah keras? pepatah melayu pon cakap melentur buluh biarlah dari rebungnya..
quote "Semua mak bapak ada skill ajar anak time umur dia 6 tahun ke bawah."
betulll sangattt...tapi tak ramai pun yang nak ajar anak2 dia tulis baca dekat rumah..yelah...dah penat keje nak rehat aje bila dah balik umah..benda ni berkait2 dan berlarutan sampai budak masuk skolah..pastu skolah menengah...bila anak tak pandai, salahkan cikgu pulak..

jangan persoalkan usaha parents yang berhabis duit untuk dapatkanyang terbaik untuk anak dia..dah duit dia...suka hati dia laa nak guna duit tu untuk apa pon...hahahaha

eddeved berkata...

i) kat rumah aku tak pernah ada Astro...anak aku belum sakit teruk lagi Alhamdulillah sebab tak ada Astro...aku dgn wife aku fikir, "buat apa ada Astro kalau kat rumah aku dah umpama perpustakaan Bluray dan DVD?".

ii) anak aku terpaksa aku bawak pi klinik swasta kalau dia sakit sebab cepat...kalau nak tunggu hospital kerajaan kau kena faham...kerajaan mana ada yang cepat? semua kena ada protokol!

iii) sekolah swasta? tak...aku home school anak aku.

benda nih tak boleh nak lari mana-mana...kita kena hadap dan kita kena jawab...

kau tak nak orang marah kau, kau tutup ruangan komen...macam blog aku...selamat! habis cerita...sampai mati pun kita tak boleh puaskan semua orang kecuali bini kita ha ha!

Tanpa Nama berkata...

Anak aku kecik lagi. Tapi aku ada rasa nak hantar anak aku pegi sekolah private suatu hari nanti. Sebab aku rasa skolah kebangsaan biasa dah jadi kacau bilau bila politik dah masuk campur dlm kementerian pelajaran. Lain menteri lain syllabus. Budak2 makin pening makin bodoh jadinya

Unknown berkata...

Outsourced.

Benda yang kita boleh buat sendiri, tapi kita malas atau kalau buat sendiri ambil masa lama. Maka kita outsource kan.
Contoh:-
a. Cuci kereta
b. Gunting rambut anak
c. Ajar anak baca Quran

Kita nak kan budak2 tu jadi pandai, balik rumah selesai semua tanggungjawab kita pasal kita dah outsource.

Maka timbullah kata2 angkuh..
"we pay to get the knowledge, not to respect you"

Amru berkata...

Seigt aku, aku xpernah/jarang xbersetuju dgn statement ko. Tp kali ni mmg aku xbersetuju kecuali no 1. Anak aku hantar tadika start 6 bulan n selalu batuk selseme selalunya teruk tgh2 mlm, cuba bayangk klu pg hospital kerajaan. Dah la ramai slow plk tu. Bilik kosong pn susah nk cari.Paracetamol(painkiller) tu pn ko igt elok ke utk baby? setakat batuk ngn selseme xda la senang2 aku nk bg panadol.

Bab tadika genius swasta, abis tu nak hantar kt tadika kerajaan/tadika kemas? really?

Bab sekolah swasta, montot zaman dlu ngn sekarang lain. Ko pergi tgk sekolah men biasa skrg, kakak aku cikgu baru kene kaco diorg mengorat. Smpai minta tukar sekolah, kt situ mcm2 background bdk, ada yg elok dan xelok. Sek swasta pn mesti ada bdk ada family prob tp kebarangkalian nya lebih rendah. Klu kita boleh elak kenapa tidak.

Lgpn lumrah manusia, kita bekerja bermotivasikan duit, klu sedikit, mentaliti dh set buat apa kerja kuat2 gaji takat tu je, xsemua tp kebanyakkan nya.

mimi berkata...

Ni semua based on experience masing2 la..for me personally, mmg kalau boleh nak avoid govt hospital, bukan sbb nak jaga standard ke apa..tapi sbb BAD experience..not once but twice aku bwk anak ke situ, high fever, MO and nurse beramai2 (4-5 org) cari vein utk nak drip, sampai trauma baby aku, then dah setel tu, ubat tak masuk sbb salah urat, bengkak kaki dia..ko imagine la baby tak sampai 6 mths time tu..then MO and nurses tak cakap sorry pun, dok kerumun nak cari urat nak cucuk lagi, terus aku angkut anak aku masuk private, nurse yg cucuk drip tu pun sorg je, tapi boleh handle, siap comfortkan lagi anak aku..2x beb jadi mcm ni..bukan la aku saje2 takmo kasik chance kat govt hospital tapi dah terkena..

Ni la antara benda2 yang buatkan org lg prefer gi private hospitals sbb ini berkaitan dgn life n death anak kita sendiri..

Tanpa Nama berkata...

kalo mampu pegi la hosp private tinggalkan hosp gov utk kami yg xmampu ni kurang la q x adil yg mampu pon nk q dgn kami yg mampu

Tanpa Nama berkata...

untongla... aku xde anak.

x payah nak pening pala pk masalah mcm ni sampai berjela2 bebelan

Tanpa Nama berkata...

Aku nak komen pasal 1)hospital swasta. Kita yang mampu ni..ada insurans company dan mampu beli insurans sendiri..kita pergi hospital swasta. Kurang sikit org pergi dptkan rawatan kat hospital kerajaan. Biar org yang kurang berkemampuan mendapat rawatan yg selesa di hospital kerajaan. Pasal dos ubat..kita ada hak untuk terima atau tolak prescription yang diberikan.

belumadanak berkata...

aku baru balik dari satu perkampungan Islam...di Sarawak..
tinggal rumah keluarga angkat.

tak perlu pun hantar swasta bagai..anak lelaki umur 4 tahun keluarga aku duduk tu, sangat bijak.

dah boleh baca doa makan, dah boleh cakap dengan lancar. pandai. penuh curiosity. macam2 dia tanya aku. tadika biasa je dia kat kampung.

teringat anak buah yang sama tinggal di bandar, masih lagi delayed speech, tak boleh bercakap, doa makan apatah lagi.

punca? anak kurang perhatian di bandar.

tq

hafizah berkata...

Anonymous said...

kalo mampu pegi la hosp private tinggalkan hosp gov utk kami yg xmampu ni kurang la q x adil yg mampu pon nk q dgn kami yg mampu
September 10, 2014 at 9:43:00 AM GMT+8
>>> SETUJU SANGAT2

Tanpa Nama berkata...

Entahnya. KAlau dah mampu g private, watpe nak beratur dgn kami yg tak mampu ni kat govt hosp.

Master Yoda berkata...

Aku tak setuju pasal sek swasta tu...

aku nak provide environment yg bagus je tuk anak2...

environment tu penting beb...

kat rumah, kalau ko dah didik baik mcm Nabi pun, tapi kat luar rumah, environment mcm neraka (lagi2 dah nak akhir zaman ni) pun tak guna gak....

ko kena ingat Tot,

Organism = Genotype + Fenotype (cari sendiri ilmu psl ni...)

Fenotype ni memainkan percentage yg byk compare to Genotype