September 22, 2014

Sajak Melayu Moden : Atuk Kau Ada Tanah, Atuk Kau Ada Rumah


Atuk ada pokok
Atuk ada kambing
Atuk ada kebun
Atuk ada tanah

Nenek ada hutan
Nenek ada ayam
Nenek ada lembu
Nenek ada tanah

Atuk kau ada tanah
Atuk kau ada sawah
Ayah kau ada rumah
Ayah kau tak ada sawah

Kau tak ada rumah
Kau tak ada tanah
Apatah lagi sawah
Setiap tahun pindah randah
Kau gelabah sewa rumah

Kerajaan kata jadilah maju
Kerajaan kata Melayu maju
Mari hidup macam semua
Jadi inovatif membina bangsa
Bangun Melayu Bangun Negara

Tapi atuk kau ada tanah
Tapi ayah kau ada rumah
Kau kaki pun tak pernah jejak sawah
Tak payah nak cerita pasal rumah lah...

Jom jadi kaya
Jom jadi cepat kaya
Jom buat duit mudah
Jom carik duit cepat
Jom ke bandar
Jom kita pakat-pakat
Jom duduk dalam taman
Jom duduk dalam komuniti berpagar

Jom bangunkan negara
Kata mereka

Akhirnya

Semua duduk di rumah sama rekanya
Makan dan minum tempat yang sama
Berkongsi tanah berkongsi salur najisnya
Kongsi jalan tanggung derita
Sama-sama kongsi jalan raya
Hidup pun lama-lama untuk bayar sewa
Hujung tahun keluar carik rumah untuk disewa

Atuk kau ada tanah
Ayah kau ada rumah
Atuk kau ada sawah
Ayah kau agak mewah
Atuk kau seorang petani
Atuk kau ada tanah

Kita ada rumah teres
Orang lain pun ada rumah teres
Sama macam kita
Kita ada rumah pangsa
Ada berpuluh lagi rumah pangsa
Yang sebijik macam kita punya

Atuk kau ada rumah
Atuk kau ada tanah
Kita kata kita dah mewah
Tapi mana dia kau punya tanah?

Atuk kau punya rumah
Rumah dia, rumah dia
Rumah orang, rumah orang
Takkan kau jumpa rumah yang sama tiang

Mampu kah dipesan anak cucu kau
"Tu haa warisan atuk untuk kau..."
"Tanah adat kita.."
"Pusara atuk sebagai pusaka."
Jaga baik-baik ya
Mana tahu nanti boleh kongsi pusara

Minyak mungkin kena GST
Hihihihi.
Warisan turun temurun adat pesaka
Kita punya rumah yang kita sewa
Harap anak cucu terus menyewa
Nak simpan sepuluh ringgit nak beli gula

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ia pusaka. Bukan pesaka.
~ k.yah

Tanpa Nama berkata...

Semalam baca cam pedih
Baca kali ke-2 lagi sedih
Sajak kasi gegar kepala ngn hati ni
Camne nak cari harta waktu2 camni
Skg ni dah xde nya nk idup mewah
Cukup la dpt bg mkn org rumah
Duit ada tp xla banyak
Mslh rumah mahal sbb tu x layak
Takkan smpi ke tua nk duk menyewa
Nk wat camne kerajaan buat dek je

Man

Cikgu Abah berkata...

semua nak lepas pucuk masing-masing...yang kaya main kaya...menghabiskan kekayaan..yang miskin makin merana...

Tanpa Nama berkata...

Atok aku dulu ada banyak tanah kat kawasan daerah muar . tapi sebab lepas bersara dari jadi ketua kampung , takde keje nak buat jadi dia jual tanah tanah yang kerajaan bagi .

ada seekar dia jual rm50 . GILA!

- kacak

buTTerFLowEr berkata...

Dulu aku ada tanah
Dalam pasu
Dengan pokok kaktus seketul
Dah mati
Aku dah takde tanah lagi

Whatever! berkata...

ya Allah,
mengapa susah?
hidup dah punah ranah,
dimamah dek tuan tanah,
kenapa hidup ni susah?

dan Tuhan jawab pakai wahyu

(pasal kau bodoh,
tak sedar diri tu bodoh,
dahlah bodoh tau mengeloh,
nah! ambik duit sejuta,
pi lah berpya-poya!) - dan duit pun turun dari langit!! so what is the point of living?

kalau kau intelek kau faham maksud aku...

err...kalau aku ada blog aku dah komen kaw kaw kau nih...tapi blog aku dah dihinggap malware porn...bukak aje keluar website lucah...so? aku komen kat sini aje laa!

bro, aku sentimen dengan niat lu bro...maafkan aku bro kalau komen aku kat blog aku selama nih menghantui kau...sampai inspirasi pulak kau nak tulis benda nih ha ha!kalau aku perasan aku mintak maaf nooo...

bro, sebenarnya kita nih suka mengeluh, kita lupa bro Tuhan jadikan kita berakal waras...kita takut kesusahan...padahal kita belum lalu lagi susah tu bro...macam aku laa contohnya, sebelum aku kena buang kerja aku cukup takut...takut duduk bawah jambatan...tapi dah setahun aku kena buang kerja...Tuhan bagi satu rahmat besar bagi aku...aku dapat luangkan masa dengan anak aku, aku lebih kenal anak aku...dan lebih sayang anak aku...

kadang-kadang bro, kita kena tau hikmah Tuhan nak bagi bro, maaf masa aku tulis nih air mata aku menitik bro, bukan apa...aku nih bukan lelaki lembik nak nangis, tapi aku bersyukur dengan hikmah Allah beri kat aku bro...memahami sesuatu yang tak mungkin orang lain yang senasib dengan aku akan faham...it is not the end of everything bro...take it from me, yang dah kena naya kena zalim dituduh sakit mental sampai dekat setahun tak ada kerja sebab siapa nak ambik orang gila kerja?

Tapi bro, makin sakit kau kena, sebenarnya itulah tanda Allah sayang dengan kau bro tatkala dalam kesakitan tu dia bagi rahmat besar pada kau, dalam kes aku...aku rasa tenang bersama dengan anak aku 24 jam...

Ini janji Tuhan bro!

"dalam kesusahan ada kesenangan".

Allahuakbar!!!

Eddeved @ Shaffarizan Mohamad


Emma Ismail berkata...

tu lah
tu lah
tu lah..
aku pun ada tanah
tanah aku dlm rumah
rumah aku bukan atas tanah
rumah aku bukan rumah
aku sewa dari cina yg tgl di sebelah
aku pun ada tanah
tanah aku dlm rumah
bawah rumah aku ada rumah
cina tgl di sebelah ada bnyk rumah
aku pun ada tanah
tanah aku dlm rumah
harganya cuma tiga ringgit setengah