September 10, 2014

Siapa Yang Lebih Penting? Anak atau Kerja? Pilih Satu

Kau, sebagai mak bapak, kau suka ke jadual harian kau?

Kita punya culture kerja di Malaysia ni...aku cakap betul2, suck my ass punya level. Semua orang tak suka jadual kerja dia (kecuali beberapa kelompok) tapi semua orang terus hidup, patuh dan menurut sahaja kerana semuanya sudah "jadi sebegitu rupa jadi siapa kita nak ubah."

Jadual tipikal orang kita; priority first...kerja. Jadual kita berkisar mengenai kerja 9-5 kita.

Jadi kita create family kita punya timetable melalui jadual tu. Revolve our life around a schedule that is created by someone else. Ada masanya kita akan struggle, sebab sebagai mak bapak, banyak gila benda yang unexpected akan berlaku. Hantar anak gi klinik? Kena mintak kebenaran. Hantar anak pergi hospital? Kena mintak kebenaran. Nak hantar kereta pergi workshop? Kena mintak kebenaran.

Kita kata kita bebas...tapi kita tak sebenarnya bebas.

Sebab kita duduk dalam satu sistem di mana orang lain buat untuk kita, kita adjust hidup kita untuk itu, kemudian bila kita tak dapat nak follow the rules set, kita boleh dihukum.

Semuanya untuk duit.

Jadi, bila kita dah ada duit....kita mampu provide macam-macam. Tapi restrictions dari schedule kerja yang mengikat kau....membuatkan kau mampu provide macam2 tapi tak membolehkan kau buat macam2.

Bila kita mampu provide....tapi kita tak mampu buat, apa kita buat?

Kita mintak tolong orang lain....Kita outsourced.  Tapi aku tanya kau, sampai bila kita nak jadi mak bapak yang outsourcing ni? Sampai bila? Kau tak ada ke rasa nak betul2 hands on development anak kau?

Semua orang ada rasa camtu, kan? Tapi kenapa tak buat? "Ah Tot, kau cakap senang la. Kau cuba la duduk bandar dengan satu income dan anak 3 orang."

Tiap2 benda yang kau buat, ada benda lain kau kena korbankan. Kau nak duit banyak?  Ada banyak benda kau kena korbankan. Selalunya...time dengan anak lah. Semalam, ramai jugak la yang sebut "early development" untuk budak2 ni penting. Memang la penting. Aku akui. Tapi aku tanya kau balik," kenapa kau kena outsourced development anak kau yang kau katakan penting sangat tu, dekat orang lain?"

Tanya la diri sendiri satu soalan. Dalam early development stage ni....siapa individu yang paling penting dalam tumbesaran anak kau? Kau tau siapa. Tapi cuba kau kira, dalam satu hari, berapa lama anak kau spend masa dengan orang paling penting dalam hidup dia?

Jadi, kenapa kita perlu terus hidup ikut sistem yang sudah sedia ada ni yang kita sendiri pun tak suka? Budaya kerja kita memang berat sebelah. Tak balance life dengan work. Kalau work lawan dengan personal life, work menang, betul?

Aku tak kutuk kau. Tolong paham niat aku. Tapi selagi majoriti orang kita hanya menurut aje sistem yang kita sendiri tak suka ni, sampai bila2 pun benda ni akan berterusan dan anak kau, yang kau hope punya potential tinggi, punya masa depan cemerlang....satu hari nanti, dia akan terperangkap dalam cycle yang sama yang kau lalui.

Cycle "Kerja vs Personal Life = Kerja Menang."

Kau nak anak kau happy masa depan dia? Rujuk macam mana negara2 Scandinavia revolusikan education dan working culture diorang. Tengok macam mana beraninya diorang tukar mentaliti diorang (atas bantuan kerajaan jugak) supaya mak bapak mampu pentingkan anak-anak terlebih dahulu berbanding kerja.

Sebab apa yang kita buat hari-hari, suck gila kan? Tapi sampai sekarang aku tak nampak apa inisiatif kerajaan untuk imbangkan work life balance ni. Balik2 nak suruh ramaikan entrepreneur.....tapi, ramai jugak yang selesa makan gaji (not a bad thing aa). Takkanlah nak semua orang jadi entrepreneur. Kalau dah semua orang bukak syarikat sendiri...siapa nak jadi pekerja? Cuma, mana protection untuk pekerja dan counter culture yang mampu mewujudkan sistem yang lebih baik...especially untuk pekerja syarikat swasta?

Balik2 yang mengamalkan sistem yang healthy....MNC. MNC. MNC. Local?

Berapa jam sangat kau dapat jumpa anak kau? Berapa lama kau mampu spend dengan anak kau kalau setiap weekend kau terpaksa beratur panjang dekat pasaraya hanya kerana kau dan berjuta orang lain hidup dalam satu sistem yang sama yang membuatkan semua orang akan queue pada hari yang sama, pada waktu yang sama, pada detik yang sama, setiap mingu, setiap bulan, setiap tahun.

Hidup kau, penuh dengan buang masa untuk beratur tak?

Kalau kau sayang anak2 kau dan kau nak dia bahagia....kita kena mula tukar sistem hidup kita ni untuk diorang.

Sebab sistem sekarang....cyclenya dah jelas "kerja > balik > main dengan anak sekejap > dapat gaji > pegi shopping > bayar orang2 yang kita upah untuk outsource kan job kita sebagai mak ayah > kerja."

Semua orang selalu sebut, mak bapak kena berkorban untuk anak-anak. Tapi ramai yang tak sedar, legasi jadual "kerja nombor 1dalam hidup ni" bakal jatuh dekat anak dia jugak.

Ada aku salahkan kapitalis? Tak ada. Aku salahkan kita semua kerana kita cuba selesakan diri kita dalam satu sistem yang langsung tak menyelesakan diri kita. Pepatah menyebut, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.

Majoriti orang kita, bukan setakat berebut buat rumah tepi pantai....malahan cuba bina benteng nak tahan ombak dengan harapan, rumah tu selamat.

Ini perubahan mental yang kau perlu lakukan. Evaluate diri kau...tanya diri kau sendiri, jujur dan ikhlas, "anak atau keluarga? Mana lebih penting?"

Tolonglah hentikan budaya gemar outsourcing kebanyakan tanggungjawab parents ni....sebab kalau makin ramai buat camtu, anak kau nanti akan buat benda yang sama dekat cucu kau. Cucu kau akan buat benda yang sama dekat cicit kau...

Dan orang kita akan terus dipaksa mementingkan kerja terlebih dahulu sebelum family. Kalau itu legasi yang kau nak anak ikut, terpulanglah. Tapi aku nak anak aku mampu jaga cucu aku tanpa perlu meletakkan kerjaya sebagai benda paling penting dalam hidup dia.

Mak bapak yang baya 30-an dan tahu apa yang aku maksudkan, ubahlah benda ni. Kalau kau naik jadi menteri, tolonglah, ubah benda ni. Bukan untuk kita, tapi untuk anak2 kita.

Kalau kau tak nak, teruslah bekerja lebih kuat. Sebab aku pasti...kos2 untuk kau outsource parenting responsibilities kau akan meningkat. Sampai satu masa nanti, akan ada masa di mana kau akan dikejutkan, apa2 yang kau mampu bayar sebelum ni...sudah jadi  tak mampu untuk kau.

Selagi ada orang sanggup bayar, selagi tu lah harga takkan turun dan standard harga, akan terus dinaikkan. Sebab itulah ada yang bayar RM4.90 untuk segelas teh o ais sekarang ni. Gila? Memang gila. Tapi ada orang beli. Siapa yang gila?

Atau mungkin, kita semua yang gila...kerana membayangkan "work life balance" itu wujud, padahal sebenarnya, ia langsung tak wujud dan hanya diwujudkan frasa itu supaya kita semua terus akur bawah telunjuk kapitalis? Argh..sudah. Aku dah kutuk kapitalis pulak.

ps - semalam ada orang komen pasal outsource ni. Bang, kita sependapat. 

33 ulasan:

honey bedazzled berkata...

setuju, kena kerja sendiri untuk lebihkan keluarga dan bukan hidup di kota raya. dimana banyak masa spent di jalan raya dan pasar raya

Tanpa Nama berkata...

MOhd Hafizee BIn Md. Zin
017-2552993

Asalamualaikum wbt,
alhamdulillah..ade juge yang same pandangan cam aku..aku ingat xde sape yang nampak..yes..aku ayah 30an..family tu utama sbenarnye keje no.2..tp xramai yang berani dan sanggup ubah diri masing2..aku dah try buat dah..dpt surat merah admin,maklum la keje gomen..tp itulah hakikat sebenar nye..keluarga no. 1

Unknown berkata...

Jgn keje ler.. Buat mlm hehe

Tanpa Nama berkata...

I dont understand.
Are you proposing a solution or are you pointing out the obvious?

- IzzyM

Tanpa Nama berkata...

Apa kerajaan buat menolong golongan laki bini yg bekerja?sebagai pekerja gomen aku masih menunggu kewujudan nursery di tpt kerja spy mudah menengok anak waktu rehat....

Tanpa Nama berkata...

untonglaa... aku xde anak.

anak perlu lebih perhatian daripada kedua org tua di kampung (kecuali org tua sakit).

x payah aku rasa bersalah sebab outsource kerja ibu bapa kt org lain, lebihkan kerja daripada keluarga etc..

mengeluh, mengeluh juga.. tapi apa solution ko tot? apakah cadangan penyelesaian yg memberi faedah kepada anak tapi pada masa yg sama x membuatkan keluarga papa kedana?

Unknown berkata...

"Kita berduit, kita outsource la."

Wife aku bekerja 9-5 tapi masih dapat meluangkan masa untuk masak masa weekdays, hampir 5 kali seminggu. Kami sekeluarga tak de masalah, walaupun lauk sejenis je pun cukup.

Bagi org lain yg bekerja dan berduit, rasa tak de masalah je nak tapau makanan untuk makan malam, atau makan kat luar. Pasal korang mampu. Pasal korang rasa duit itu membeli masa korang. Ye la, kalau nak masak, kurang2 kena luang masa 30 minit nak masak, lepas masak kena basuh pinggan. Jadi kita outsourcekan penyediaan makanan dan basuh pinggan kat orang lain. Dgn itu korang ada lebih masa dgn anak2. Betul?

Kenapa tak gunakan masa masak itu sebagai bonding time dengan famili? Cuci pinggan itu tanggungjawab bergilir2 dgn anak2? Oh ya, zaman sekarang anak2 bukan senang nak suruh2 buat kerja rumah, kan?



Oranje berkata...

Pernah..sewaktu di luar negara..tgh lepak2 minum kopi kat office.. supervisor aku dengan gembiranya cakap "tomorrow i'm on leave..my son's birthday" kat sana harijadi anak2 dan isteri tak dikira sebagai annual leave..cuti free
Cuti bersalin pun 4-6 bulan. Kekdahnya baby awal2 lahir perlukan 'strong bonding' dengan mak dia.
Ada banyak lagi perkara yang aku belajar tentang sistem di sana yang sangat pentingkan kemanusiaan dan kebajikan. Aku harap suatu hari nanti sistem di Malaysia kan berubah ke arah yang lebih baik. Tak guna kita dikelilingi infrastruktur canggih..bangunan tinggi..tapi sebenarnya jiwa kita kosong.

Tanpa Nama berkata...

bila hang tulis camni...
ade tak hang terpikir...orang pompuan especially mak2 ni sepatutnya tak perlu keje..duduk rumah, didik anak..
tapi itulah...kat negara malaysia ni..macam takde jaminan..lelaki tah hapa2 je ada..duk pukul2 bini..duit gaji abis beli rokok..berkecamuk sangat laa...
tapi rasa macam penah baca jugak laa post hang pasai pompuan takyah kerja ni..ada ke ek?

kalo kat mekah, madinah..kedai2 or mana2 restoran..memang xde pompuan keje..kat malaysia boleh ke gitu? pompuan dieksploitasi..huhu~

pasal outsourcing tu kan..ade je surirumah hantar anak pi tadika jugak..bukan sebab dia takleh ajar pon...tapi sbb nak bagi anak dia belajar bergaul dengan orang selain mak pak dia..ok?

Tanpa Nama berkata...

Samalah dengan ironinya bila kau sedar human resource kat co kau sebenarnya protect co, dari protect pekerja. Heh.

s.h.i. berkata...

masa kecik2 dulu saya ngan adik-adik membesar kat taska sebab mak ayah keje.gov servant..
now, of course they expect benda yang sama dari saya - cari keje..keje makan gaji (dengan gov lebih secure katenye).
jenuh dah interview x pnah lepas buat saya terpikir nape laaa mak ayah saya xde bisnes sndri..so, xde laa susah2 sangat nak cari keje pas grad..
hurmm..terpikir nak start bisnes sendiri supaya kalo ade anak nanti, dorang tak perlu pikir cam saya...lagipon kalo keje sendiri, masa kita x terikat ngan sapa2..nak cuti balik kampung? gi melancong? ikot suka hati..kalo keje makan gaji, cam mantot cakap laa..duk asik terpikir bos marah je...
emm...tapi tak reti la pulak nak buat bisnes....modal sume nak kena ada..utk knowledge..utk start bisnes..cemane ekk? taknak pinjam bank sbb riba..huhu~

Tanpa Nama berkata...

salam.
sy sgt setuju dgn artikel ni walaupun takde solusi yg dicadangkan. solusi? pohonlah pd Allah untuk ilhamkan solusi supaya ibu kpd anak2 dpt spend lg byk ms mendidik anak2 sendiri drpd cuba mendidik org dewasa kat ofis. pengalaman sy sendiri, ibu kpd 4 org anak, pernah berkerja selama 13 tahun, pernah guna khidmat taska, pengasuh dan indon maid - hanya Allah yg boleh bukak jalan. Dan bila Allah buka jalan dan beri bantuan, nothing is imposssible termasuklah berkeluarga dgn 4 org anak yg masih bersekolah, suami bkerja sorang duduk di KL..La quwata illa billah..tiada daya tanpaNya. Para ibu yg ingin jd surirumah, mengadulah padaNya agar dibukakan jalan...sy dah cuba dan mmg terbukti berkesan Alhamdulillah

mohd. hafidz berkata...

Untuk s.h.i., ini respon aku.....

Setelah hampir berbelas company aku kerja dan berhenti, aku skarang berniaga sendiri, berniaga frozen food....

Aku dulu fikir macam kau juga, bisnes perlukan modal....

Actually tanggapan tu salah sama sekali....

Bisnes pada zaman ini hanya memerlukan 'apa yang kau ada'....

Maksudnya, kemahiran or ilmu yang kau ada, kau exploit supaya buat duit....

Lagi satu, 'guna apa yang kau ada'....

Tak perlukan modal pun, tapi mula dulu dengan 'apa yang kau ada'.....

Dari situ kembangkan modal sikit sikit......

Jap g aku beri link yang mungkin membantu kau.....

Tanpa Nama berkata...

Untuk s.h.i.,

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10202815735939831&set=a.1012641441668.2001779.1393989750&type=1

Tanpa Nama berkata...

Untuk s.h.i.,

Lagi link.......

http://www.nasihatniaga.com/tips1/

Tanpa Nama berkata...

freelance buat kerja kat rumah, dulu masa sangat2 flexi skang bila anak dah sekolah susah skit,

tapi puas hati dapat tgk anak membesar...

Mantot berkata...

takleh bagi pandangan sendiri ke?

s.h.i. berkata...

bro mohd hafidz...
thanks bro! baru je abes tgk video 1..
walopun cam xde idea je lagi nak mula..
tapi it's remind me of someone that i know who's now boleh dikatakan success in bisnes..
terima kasih banyak2 atas perkongsian! ^^,

Tanpa Nama berkata...

Penat baca artikel panjang, looks promising in the beginning tapi sebenarnya cuma artikel whining.

Whiners are losers, you know?

Boleh je bagi pendapat sendiri, tapi rasa tak berguna lah, sebab orang yang tulis panjang-panjang ni kerja dia komplen je (dalam artikel ni la) tapi tak bagi pendapat dia sendiri.

Buang masa.

Tanpa Nama berkata...

bagi aku, benda ni simple jer. aku org islam, bila aku langkah keluar rumah jer utk pi kerja, aku niat dalam hati nak cari rezeki utk keluarga aku kerana Allah.

apa ada hal, lepas waktu kerja, keluarga aku no 1. masa di tempat kerja pun keluarga aku tetap no. 1.

so far, alhamdulillah jadual kerja atau masalah di tempat kerja tu bukan halangan. rezeki yg aku dapatpun cukup utk aku hidup selesa dgn keluarga aku.

apa masalah kau tot?

1C2J3U4M5M berkata...

bila parents tak jaga anak, nanti bila dah besar, anak tak nak jaga parents.
nanti parents dihantar ke rumah org2 tua...menyesal nanti...

nadtravellerina berkata...

Mantot, dulu aku tak perasan benda ni. Sekarang aku tengah praktikal dekat syarikat farmasi jerman dan apa yang perhatikan suasana kerja diorang memang lain dari Malaysia. Tiap2 hari aku tengok, ada yang masuk kerja pukul 9 atau 10 pg dan ad juga yang pukul 3 petang dah cabut balik rumah. Aku pelik sebab aku selalu tengok mak aku pukul 7 malam baru sampai rumah lepas kerja. Bila aku tanya, diorang kata waktu bekerja kat situ flexible, tak kisah la bila kau nak balik rumah atau bila kau nak mula kerja yang penting seminggu kau kena kerja 40 jam. So diorang gunakan advantages camtu untuk adjust masa bersama keluarga. Dan kebanyakan company kat sini family-friendly, ada special treatment utk ibu2 mengandung, ada nursery untuk anak2 dll.

Dan berkali2 aku fikir, Malaysia patut buat macam ni. Pada aku sistem diorang ni sangat sesuai untuk family malaysia yang kebanyakannya ada ramai anak.

Tanpa Nama berkata...

ada juga waktu opis hour asyik main game online je kat tab dia... lepas kul 5 baru nak keje sampai kul 10 mlm... ckp kat bini sibuk padahal.....masuk keje awal tapi kul 9 pegi sarap...baik sarap dulu sebelum masuk keje

Tanpa Nama berkata...

Tot, aku perlukan org macam kau yang menulis untuk 'mencelikkan' mata orang yang selama ni mata hati dia kecik je sebab 'redho' je dengan semua benda...kadang2 mmg penulisan kau ni membangkitkan persoalan dan kau tak pulak memberi sebarang penyelesaian...tapi persoalan2 kau tu la yang boleh menyebabkan orang2 macam aku ni berfikir..takde la asyik mengikut arus je...takpe tot teruskan menulis. aku pun pening tengok blog lain yang sibuk nak menayangkan baju, stroller, car seat, mainan mahal yang anak dia pakai. Dah la aku tak mampu nak beli. Cisss. hahaha.

nurul

Tanpa Nama berkata...

tot,

ai laik yu.

Tanpa Nama berkata...

Ada duit outsource lah... Dulu aku kerja,anak rapat n patuh cakap aku. Pastu aku benti kerja jd surirumah kekonon nak bonding lebihlah.skang anak2 jd degil susah dgr cakap sbb dh xtakut sbb hari2 dhbbiasa dgr aku meleter.

Pesan aku pada semua...jgn la dgr nasihat xberguna mcmni.sbb nasihat mcmni dtg dari org yg xde duit pastu jeles kt family yg byk duit sbb laki bini kerja or nasihat dr dtg surirumah yg jeles tgk ibu2 bekerjaya ni.

Mak surirumah slalu nya dpt anak bebal bodoh dan degil dan xeducated sama skali.

Tanpa Nama berkata...

Mak aku surirumah kitorang membesar elok je semua bijak pandai perangai elok alhamdulillah.

Mak aku kata, kalau taknak anak degil, kerja kena jujur dan amanah. Sebab dgn duit gaji kau tu lah kau bagi anak bini kau makan.

So kalau kau curi tulang, siket sebanyak berkat dlm rezeki tu hilang. Sebab tu anak tak mendengar kata.

Tanpa Nama berkata...

Untuk anon kat atas ni..

Ke sebab kau gagal untuk mendidik anak kau dengan betul? Dah hari2 membebel memang la budak tu jadi jelik nak dengar..duhh

Tanpa Nama berkata...

Mak surirumah slalu nya dpt anak bebal bodoh dan degil dan xeducated sama skali.

Bahasa kau macam tu, memang patut lah anak kau taknak dengar cakap kau.

Tanpa Nama berkata...

bukan masalahny mak suri rumah. dia sndri yg tak reti didik anak. mak aku suri rumah tanpa banyak bebelan sejak kecik still alhamdulillah akhlak ktorg ok jek..

Tanpa Nama berkata...

arini aku masuk opis lpas abis cuti bersalin. insyaallah, next week bermulalah kisah baru sebagai surirumah. family 1st!

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kepada mantot sebab wujudkn blog ni..byk "mengejutkn" aku yg "tertido" nih..teruskan mantot..teruskan..

Tanpa Nama berkata...

anak bebal salahkan diri la wey.. kecik2 diri sendiri rebel bebal..tanya suami kau perangai bebal datang dari sapa..kalau dkt rumah confirm2 datang dari orang dalam rumah..

JADINYA JARI TUNJUK DIRI SENDIRI LA..,Bebal punya orang