September 23, 2014

8 Situasi Yang Menunjukkan Dengan Jelas Wanita Adalah Pakar Taktik Pasif-Agresif

1. Lelaki dirogol wanita beramai-ramai

Lelaki berogol beramai2 akan jadi bahan gelak....kalau dia dirogol oleh sekumpulan perempuan. Pandangan satu dunia mudah dalam benda ni; lelaki suka seks. Jadi jika lelaki dirogol, dia sepatutnya "enjoy" dirogol. Kau paham maksud aku kan?

Hanya kerana lelaki suka/nak/gila kan seks, tak semestinya lelaki nak dirogol.  Seks adalah consensual, rogol tidak. Jadi, jika kau gelak dengar lelaki dirogol wanita, kau sepatutnya gelak jugak bila dengar perempuan dirogol sekumpulan lelaki.  IT IS THE SAME THING.

2. Lelaki berlaku curang itu normal

Ini benda paling banyak berlaku dalam dunia sekarang. Lelaki dari awal lagi dah diletakkan stigma yang mereka ni akan berlaku curang. "Dalam perkahwinan kau, mesti akan ada sekali suami kau buat jahat.." tu ayat biasa orang kita.

Masalahnya, bila perempuan pulak berlaku curang, benda tu sebenarnya tak normal, sebab kata mereka ni, "naluri perempuan mana nak berlaku curang. It's not a woman thing!"Bukak mata luas2. Tak ada bezanya lelaki dan perempuan dalam bab ni. Cuma lelaki agak ketara sebab lelaki dikhabarkan "semualajadi gatal." Perempuan tak gatal ke?

Dan kau tau kenapa lelaki selalu berlaku curang? Sebab bila dia baru gurau2 aje nak kahwin dua, korang dah tarik muka masam. Belum kahwin lagi.

Hakikatnya; kahwin dua = tidak curang. Accept it.  Jangan ajak kawan2 kau pandang slack dekat lelaki yang kahwin dua. Kau tak nak suami kau curang tapi kau juga tak nak dia kahwin lagi sorang.

Pick your battles. You cannot win everything, everytime.

3. Lelaki pakai seluar ketat sehingga timbul objek pada seluar

Ada kontroversi yang berlaku apabila pelakon komedi terkenal negara pakai seluar ketat sehingga menampakkan bentuk zakar...

Tenangkan fikiran dan fikir.....apa bezanya benda tu dengan gadis2 yang pakai baju ketat kat dada? Atau gadis2 pakai seluar bontot ketat? Atau gadis2 yang pakai kain baju kurung lembut sehingga menampakkan jalur seluar dalam? Apa bezanya? Adakah kerana zakar lelaki funny dan badan wanita itu indah?

Wahai perempuan, kadang2 korang bodoh benarlah. Kalau kau rasa apa yang dibuat oleh artis komedi tersebut kurang sopan.....jadi, kategori mana pulak jatuhnya seorang artis perempuan menayangkan cleavagenya?

Lucah? Indah? Indah tetapi lucah?

4. Lelaki ditumbuk teman wanita

Lelaki yang menumbuk teman wanitanya adalah lelaki yang paling jahanam dalam dunia, Beliau tidak deserve perempuan tersebut dan perempuan tersebut sepatutnya cari orang lain.

Lelaki yang ditumbuk oleh teman wanitanya deserve the treatment sebab mesti dia dah buat sesuatu yang melampaui batas sehingga membuatkan wanita tersebut menumbuknya dan lelaki itu sepatutnya minta maaf kerana dia patut sedar, dia takkan dapat yang lebih baik berbanding perempuan tersebut.

Kau nampak tak betapa skewednya pandangan masyarakat bila berkaitan gender dan violence? Mungkin sebab ramai yang assume kena tumbuk dengan perempuan tak sakit.

5. Lelaki yang dimarahi oleh isteri queen control

Sama lah jugak seperti point nombor 4. Cuma kalau kau terjumpa seorang lelaki yang setiap hari kena marah dengan isteri, kena tengking dengan isteri, mesti kau rasa sedikit kelakar. "You are the man of the house kan? Kenapa tak sound balik isteri atau tegur isteri balik?" fikir kau.

Here is the big question;

Kenapa perempuan marah lelaki boleh tetapi lelaki marah perempuan tak boleh?

6. Lelaki yang pandai menjaga anak itu special

Faktanya begini; Tuhan ciptakan manusia itu berbeza jantinanya supaya mereka tertarik antara satu sama lain, lahirkan zuriat dan kembangkan susur galur manusia di bumi ini. Orang Islam percaya yang keturunan mereka perlu berkembang untuk menegakkan syiar Islam di bumi.

Tak ada apa yang specialnya mengenai seorang lelaki yang pandai menajaga anak. "Oh, he's the one! Oh yes, you got the rare one! Oh, you chose well!" Kata2 makcik separa moden bajet dia orang putih jika dia dapat tau anak buah dia yang dah kahwin boleh duduk goyang kaki sebab suami buatkan semua kerja rumah dan jaga anak.

Pandangan aku mengenai benda ni? Tak ada bezanya. Malas tak mengenal jantina. Orang yang rajin adalah orang yang pandai menjaga anak tak kiralah dia mak atau bapak. Dalam urusan bab rumah ni, ada dua jenis aje parents wujud, yang rajin dan yang pemalas.

7. Lelaki diexpect tidak akan menangis

Kalau lelaki diexpect tidak menangis, kenapa mata lelaki dijadikan Tuhan boleh menangis?

Lelaki boleh mengandung? Tak. Lelaki boleh mengeluarkan baby ikut vagina? Tak. Lelaki ada cleavage? Sesetengah lelaki ada cleavage. Jadi kenapa masyarakat selalu kata lelaki tak sepatutnya menangis? Adakah dapat tahan menangis itu sumber kekuatan? Menunjukkan kejantanan? Lelaki macho takkan mengalirkan air mata?

Ada masanya lelaki boleh menangis. Jika semua lelaki yang menangis adalah seorang pantsy ass wuss, maknanya negara kita dulu pernah diperintah oleh seorang pantsy ass wuss bernama Mahathir Mohamad.

8. Lelaki is expected to be pervert

Ya. Aku setuju dengan kenyataan ni. Hakikatnya, kita semulajadi pervert. Lelaki perempuan....macam aku tulis dulu2, nafsu is a good thing when we use it on the right place dan nafsu adalah tenaga yang menggerakkan manusia. Cuma bila kita sebut nafsu aje...kita fikir seks. Padahal, nafsu makan, nafsu membaca buku dan nafsu menulis adalah nafsu jugak. Kau sambung belajar tinggi2 sebab nafsu bang.

Ada satu persoalan yang selalu berlaku tiap2 kali bab lelaki pervert timbul; siapa patut tutup; lelaki patut tutup mata tengok perempuan seksi atau perempuan seksi patut tutup badan jika tak mahu ditelanjangkan mata2 lelaki. Siapa patut tutup dulu? Jawapannya amat rumit sekali. Dua-dua patut tutup.

Tapi aku tak berapa setuju dengan kenyataan lelaki lebih pervert berbanding perempuan Sebab kalau kau fikirkan, ramai perempuan sebenarnya lebih pervert.

Ada berapa ramai lelaki yang kau kenal sanggup tayang badan untuk tarik perhatian perempuan? Ada lah beberapa orang yang kadang2 aku sendiri konfius dia ni straight atau gay. Berapa ramai perempuan yang tayang badan mereka? Ramai. Berlambak-lambak.

Tapi lelaki jugak yang dikatakan "golongan pervert" padahal kalau kau fikirkan, perempuan2 yang suka tayang badan ni lah yang sebenarnya pervert paling besar. Dah la pervert, exhibitionist (suka diri sendiri ditengok orang lain) dan kemudiannya, hidup in denial.

Jadi, kesimpulannya, lelaki memang pervert. Tapi jika kau seorang perempuan exhibitionist yang sentiasa hidup in denial dengan mengatakan semua lelaki yang tengok kau pervert.....kau perlu sedar....kau sebenarnya the bigger pervert. 

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pompan.. haish..

Unknown berkata...

Bro the best....gender equality konon..haha

Tanpa Nama berkata...

KLAKAR..TERGELAK BACA..THEN TERSEDAR..MCM MNTERTAWAKAN DIRI SNDIRI..DLM MASYARAKAT..CONTOH BILA LAKI ORG CURANG..KATANYA LELAKI MMG MACM TU SIFATNYA..SO MCM KURANG SALAHNYA DI MATA MASYARAKAT..CER KALAU BINI ORG CURANG..HAAAA BERGUNI LA KATA NISTA..WALHAL KEDUANYA SALAH..HUKUM TUHAN : REJAM SMPAI MATI..TAKDE BEZA GENDER DISITU..SO..EMM..DAN SBENARNYA,,HEHEHHE

Laici berkata...

angry feminist comments in 3....2...1


*grab cikedis

Aku Lelaki berkata...

Ok jap g aku dtg blik nk tgk comments angry feminist..hikhik

Berodo berkata...

Exhibitionist. Correct. Live in denial. Correct.

Tanpa Nama berkata...

circumpunct ke 2?

Tanpa Nama berkata...

"Kau ni sexist" kata si kiah

Totol berkata...

Slm. Prejudice hasil disogok dengan fatwa2 dan fakta2 yg tidak berlandas agama. Tambah lagi dgn tok guru TV yg sesat lagi menyesatkan. Sama cam janji melayu, janji ditepati, cina suka menipu, janda jahat. Kena berfikir dan bertindak dgn adil berlandaskan islam. Kritikal thinking bila sesiapa keluarkan statement,, terutama bila mula ngan 'orang cakap', 'aku dengar' atau pun statement tak bernam cam Anon, Tanpa Nama. Tanya balik.. Orang tu sapa... Ko dengar dari sapa... Dia tu dengar dari sapa. Kalau Anon... Mesti takda telur ni ataupun saja nak buat kecoh. Jgn ambik buta2. jgn sebar buta2, silap2 menambah dosa.

Tanpa Nama berkata...

aku rasa ni konsep untuk membezakan mana lebih teruk kena baham jerung atau buaya...

sukar nak bezakan mana lebih teruk kecuali kalau satu orang ada dua nyawa dan rasa kedua duanya sekali dalam seumur hidup. Cuma yang pasti dah tentulah kedua duanya sangat sangat teruk.

aku rasa masalah mcm ni, sampai kiamat pon tak sudah...

paling bagus kalau kita boleh bincangkan macam mana nak selamatkan diri dari jerung dan buaya tu..

nak aku copy paste ker?... ermmm tak yah lah kot...



Whatever! berkata...

Bro, aku suka baca blog kau pasal kau ni kelakar siott...bukan kelakar tahap pariah, kelakar tahap intelektual aje faham...lain laa blog aku kelakar tahap pariah. oh ye blog aku dah kena bom pasal kurang ajar banget kata Ahmad Dhani jadi tak payahlah datang blog aku...ini blog wife aku...girl power beb! Siapa laa anak setan pi letak malware porno kat blog aku macam aku nak klik! aku setia dengan wife aku aje ha ha ha...

aku kurang setuju laa kau kata lelaki akan curang pada wife dia at least sekali...err...aku tanya kau, kalau lelaki ada kawan pompuan dan dia sangat innocent macam watak lelaki TV maghrib (cinta awak 200% ha ha!) itu boleh kata curang ke?

Aku dah lima tahun kawin belum ada pompuan yang sudi bercurangan dengan aku...mungkin aku tak cukup hensem macam hang kot? itu sebab inspire hang tulis benda nih...

my advise...love your wife! cukup dah sorang!

Eddeved - the one (ha ha!) and only.



Tanpa Nama berkata...

Dah la pervert, exhibitionist (suka diri sendiri ditengok orang lain) dan kemudiannya, hidup in denial.

hamik ko pompuan. beringat skit kalau nak tuduh laki pervert.