Mei 30, 2014

Awkward Agama - Bagaimana Hendak Menangani Kes Nafsu Membuak Orang Islam Yang Tak Berapa Islam?

Sebagai orang Islam, aku tanya kau satu soalan yang cukup mudah. "Bagaimana seorang lelaki Islam yang belum berkahwin nak menangani nafsu yang mencanak?"

Macam mana?

Lelaki Islam tidak boleh ;

1. Melayan pelacur
2. Melakukan masturbasi
3. Menonton porno
4. Menggeselkan zakar pada pokok dengan tujuan mengeluarkan air mani

MACAM MANA?Kalau kau tanya Ustaz, Ustaz kata

1. Ambil wuduk
2. Berdoa
3. Solat sunat
4. Ingat Allah
5. Takut dengan neraka

..............dan bermacam2 lagi lah jawapan yang sebenarnya, realitinya, langsung tak membantu seorang lelaki Islam yang tak berapa Islam menghilangkan gelodak nafsu serakah. Jadi, lelaki akan salahkan wanita.

Wanita pakai seksi. Wanita tayang cleavage. Wanita suka bend over. (walaupun aku menulis sedemikian tetapi wanita masih lagi TIDAK PATUT menayangkan cleavage dalam apa cara sekalipun kecuali bersama suami dan menyusu anak)

Lelaki juga akan salahkan media barat. Pelakon wanita pakai seksi. Pelakon wanita tayang cleavage. Pelakon wanita suka bend over. Bila dah makin parah dan situasi tu dah tak terkawal ; apa yang lelaki akan buat?

Lelaki akan salahkan wanita mangsa rogol. Lelaki akan kata yang wanita rogol itu juga khayal dadah. Lelaki itu kata wanita itu juga gian nak rasa zakar. Lelaki akan kata wanita itu juga suka apa yang dia lalui. Lelaki itu juga akan kata yang wanita itu sebenarnya tak sebaik mana, terlalu sosial, buas dan memang suka geli-geli dengan lelaki lain. Lelaki akan kata, "kau tengok la minah tu, dia pun pakai ketat, rambut merah, kau expect apa dengan perempuan camtu?"

Itulah yang selalu terjadi kan? "Mangsa rogol yang goda saya. Mangsa rogol yang tunjuk cameltoe dia. Mangsa rogol yang jilat bibir dia dengan gaya seksi."

Kepada para ilmuwan agama yang handal2, aku ajukan satu persoalan,

"macam mana kau nak suruh lelaki buruk akhlak
jangan rogol wanita dengan gunakan alasan 
dia perlu takut Allah....
sedangkan dia langsung tak takut Allah?"


Kau boleh ganti  "Jangan rogol wanita" tu dengan "jangan melakukan masturbasi" atau "jangan tengok porno" atau "jangan mengintai perempuan berak" sebab semua tu sama relevannya.

Islam tu sempurna.

Mesti ada cara lain nak "bantu" Muslim Horny Bastard yang berada di luar sana. Mesti ada cara kau nak bantu orang2 Islam yang tak takut Tuhan dia sendiri sekurang2 nya supaya dia tak rogol orang lain.

Siapa genius cuba jawab.
Kalau kau jawab "legalkan pusat pelacuran!" kau bukan genius.

Aku harap 38 orang yang rogol minah 14 tahun tu dijadikan case study untuk kita analisa, apa kesan hudud kepada masyarakat kita. Penjara aje tak cukup untuk orang2 camni. Mungkin dalam keadaan macam ni, mati lagi elok diorang ni.


Mei 28, 2014

Hobiku Adalah Mengambil Gambar Mayat Untuk Dikongsi Bersama

"Psst psst.."

"Yo! Kau! Kau yang sedang pegang smartphone ambik gambar tu! Hoi! Sini-sini."

"Kenapa kau ambik gambar mayat aku?"

"Apa yang kau dapat bila kau ambik mayat aku? Kau wartawan ke?"

"Adakah kau perlu ambik gambar mayat aku sebab kau nak rasa diri kau cool ada kamera boleh ambik gambar mayat aku mati kemalangan?"

"Apasal kau geleng pulak? Tu aku nampak kau tengah update status Facebook kau siap upload gambar mayat aku kan! Bodoh! Kau bukan wartawan! Kau hanya orang biasa yang ada kamera!"

"Ni lah bahananya bagi monyet pegang teknologi canggih!"

"Dah habis dah kau upload gambar mayat aku? Kau tulis apa? "Kemalangan di jalan raya seorang lelaki terkorban akibat dari digilis lori?""

"Berapa orang dah "Like" kau punya status? Ramai? Bagus la."

"Bila mak abah kau mati eksiden nanti, aku harap ada orang tayang gambar mayat diorang dekat Facebook macam kau buat sekarang ni. Baru lah kau rasa macam apa aku rasa ni!"

"Apa? Kau buat ni untuk pengetahuan dan menyampaikan info terkini? Bullshit!"

"Kau pernah tengok filem Saw? Atau filem Hostel? Atau filem Cannibal Holocaust? Salo 120 Days of Sodom? Audition?"

"Kau tak pernah tengok? Kau rasa kenapa kebanyakan cerita tu kena banned dekat banyak negara?"

"At least semua benda tu lakonan semata2. Yang kau pegi share tu real life punya gambar! Bodoh! Aku doakan kau mati nanti ada orang tangkap gambar mayat kau untuk share dan kejar like dekat Facebook!"

"Hish! Bukan untuk dapat Like? Habis tu kau nak buat apa gambar mayat aku tu? Onani? Kau ada fetish dengan mayat? Kau seorang necrophiliac?"

"Apa lah kau ni! Suka ambik gambar mayat tapi tak tau apa necrophiliac!"

"Necrophilia tu adalah penyakit yang ramai orang Malaysia ada. Aku pun tak tau kenapa ramai benar yang suka simpan gambar mayat dalam fon diorang."

"Ni lah penyakit social media sekarang ni. Semua benda yang sepatutnya banned subject pun nak disharekan. Asalkan popular dan ramai orang Like aje...dah rasa diri macam mini selebriti."

"Okeh! Aku ciow dulu. Memandangkan aku dah mati, kau cuba pesan dan tanya dekat mangkuk2 ayun yang sama macam kau ni..."

"Apa pasal diorang ramai bersungut pasal cerita hantu, tahyul dan seram dalam TV tapi bila bab share gambar mayat orang betul dalam Facebook, diorang ok? Cuba kau tunjuk mayat bersepai dalam KL Gangster ke, dalam filem hantu ke....tengok apa reaksi diorang."

"Gila ke society sekarang? Dah la LGBT. Necrophilia pun ramai yang ada! Tapi itu yang aku pelik, tak ramai suka tengok filem torture porn tapi suka tayang real life necro porn. Ada masalah ke dengan society kita ni sehinggakan benda2 camtu pun takleh nak fikir?"

"Common sense diorang campak ke laut ke?"

Mei 27, 2014

Cerpen - Melayu Punya Susah, Panda Dapat Nama

Acik Amat melangkah masuk sambil memegang tangan cucunya, Hilmi. Suasana Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat itu agak sunyi. Hanya kedengaran bunyi papan kekunci ditekan sekali sekala sambil televisyen memainkan apa saja yang dipaparkan RTM1.

"Nak, Assalamualaikum!" sapa Acik Amat. Kerani cum receptionist itu mencuka memandang Acik Amat. "Ya Cik?" Mungkin dia marah kerana fokusnya kepada smartphone beliau terganggu.

"Pakcik nak mintak bantuan. Cucu pakcik ni nak masuk sekolah dah bulan depan...pakcik pun pencen ada la dalam 400 lebih, takut tak cukup la nak buat belanja cucu pakcik ni.." terang Acik Amat. Kerani yang memakai tag nama Maria itu menjeling memandang Hilmi.

"Sebelum ni ada pakcik dapat bantuan dari mana-mana badan?" tanya Maria. Acik Amat menggeleng. "Tapi ni dah lambat sangat la Cik, semua bantuan kami dah proses untuk penggal ni. Kalau dapat, akan dibawa ke penggal berikutnya..takpe ke?"

Acik Amat mengangguk lemah. Dia dah terpaksa meminta, selepas diberitahu oleh bakal cikgu Hilmi senarai barang perlu dibelinya. "Nah borang, pakcik isi kat sana. Kat sana ada pen," jelas Maria lalu tangannya terus menyambar smartphonenya.

"Tapi dik, pakcik tak pandai nak tulis rumi ni, jawi boleh la sikit-sikit, baca lagi la.." gugup Acik Amat berkata.  Maria mendengus. Dalam hati dia menyumpah kerana hari tu bukan tugas dia jaga kaunter depan tapi oleh sebab ada rakan sekerjanya yang culas kerja,

"Uukkk..uukk...ukkk..." Hilmi mendengus. Maria terkejut. Bunyi itu baru saja didengarinya dua hari lepas. Di Zoo Negara. Sama. Saling tak tumpah.

"Pakcik, cucu pakcik ni..." tanya Maria.

"Entah lah...bawak ke doktor pun dia tak tau kenapa, bawak ke bomoh pun dia tak tak tau kenapa...tapi dah makin kerapa dia buat bunyi sedemikian nak, diorang kata kena kenan panda, " jawab Acik Amat.

"Itu memang bunyi panda pakcik! Saya cam! Saya baru tengok dekat Zoo hari tu!" serentak Maria bangun merampas borang yang dipegang Acik Amat. Acik Amat terpegun. "Takpe pakcik, biar saya tolong isi!" kata Maria bersemangat.

Maria berlari ke dalam pejabat. Orang ramai mula hairan melihat kelakuan dia. Maria keluar bersama beberapa pekerja lain. "Pakcik sihat pakcik? Cucu pakcik sihat? Dah makan tengahari ke belum?" tanya mereka serentak membuatkan Acik Amat rasa tertekan.

Maria duduk di kerusinya. "Pakcik, mintak IC," tanya beliau kepada Acik Amat. Acik Amat menghulurkan. Maria terus menekan papan kekunci sambil matanya fokus kepada skrin komputer. "Nombor akaun ada pakcik?" tanya Maria.

Acik Amat pelik tetapi dia mengeluarkan cebisan kertas lusuh dari poketnya. "Pakcik ada bank BSN aje nak, boleh ka?" tanya Acik Amat. Maria mengangguk. Kemudian dia kembali menaip di komputer sambil rakan sekerja beliau cuba bergurau dengan Hilmi yang makin lama makin keliru.

"Ok pakcik. Permohonan pakcik dah diluluskan. Setiap bulan Hilmi akan dapat bantuan RM300 dan minggu depan kami akan hantar bantuan peralatan sekolah ke rumah pakcik." Acik Amat menadahkan tangan bersyukur. "Jamal!" Maria memanggil. Datang seorang lelaki berpakaian kemeja putih.

"Jamal! Kau bawak pakcik ni dan cucu dia pegi makan KFC depan tu. Dinner plate tiap2 sorang.." Maria berpesan kepada Jamal. "Pakcik datang naik apa ni?" tanya Maria.

"Naik bas nak," jawab Acik Amat.

"Lepas tu kau hantar diorang balik. Cek keadaan rumah dan pastikan semua benda lengkap. Walaupun kita dah nak dekat taraf negara maju, tapi jangan lupa, masih ada rakyat Malaysia yang hidup tanpa bekalan air bersih dan elektrik, jadi cek semua tu," pesan Maria.

Acik Amat betul-betul pelik dengan transformasi sikap pegawai-pegawai di situ. "Achoo!" Hilmi bersin.

"Ak aah, betullah. Sebijik macam panda," kata Jamal.

"Itu la, aku dah cakap, pakcik ni kata kena kenan panda. Memang untung la pakcik dan cucu pakcik ni sebab kerajaan sekarang tengah pergiat diri bantu apa saja yang berkaitan dengan panda, apa saja pasal panda, kami akan approve," terang Maria.

Acik Amat hanya mengangguk penuh persoalan. Hilmi pun sama. Mereka berdua melangkah mendekati pintu sambil Jamal membuka pintu untuk mereka.

"Atuk, panda! Atuk, panda!" jerit Hilmi sambil menuding jari kepada poster di tersebut. Acik Amat terpinga-pinga.


Mei 26, 2014

Dyana Sofea vs Nurul Izzah, Siapa Backdrop?


Dyana? Nurul?
Jom kita buat benda tak berfaedah sekali sekala.

Pilih seorang sahaja. 

Mei 23, 2014

Gadis Lari Rumah Kerana Ayah Suruh Solat

Kangar: Hanya kerana ditegur supaya bersolat, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun tergamak melukakan hati bapanya apabila bertindak keluar dari rumah keluarganya di Bintong, di sini, sejak Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, Sharifah Atiqah Syed Azharudin yang juga anak sulung daripada dua beradik menghilangkan diri tanpa membawa pakaian mahupun wang.

Bapanya Syed Azharudin Syed Bainy, 42, berkata pada malam sebelum kejadian, dia ada memarahi Atiqah kerana tidak menunaikan solat menyebabkannya merajuk lalu memberitahu ibu tirinya Siti Zubaidah Abdullah, 44, mengenai perkara itu.

Menurutnya, anaknya sebelum ini menetap di Kuala Lumpur bersama ibu saudaranya sebelum tinggal bersama mereka selama dua minggu sejak awal bulan ini.

“Memang saya menegurnya kerana tidak bersolat selain perwatakannya yang begitu sosial bersama rakan-rakannya menyebabkannya mungkin merajuk lalu keluar dari rumah.

“Namun, saya terkejut kerana dia tidak pulang semula ke rumah pada petang kejadian sebelum diberitahu salah seorang rakan isteri bahawa Atiqah ada datang berjumpa bagi mencari kerja untuk membeli tiket bas tanpa diketahui tujuannya,” katanya.

“Saya merayu orang ramai atau sesiapa terserempak dengan Atiqah dapat menghubungi talian 012-4104286 atau 012-4875231,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai orang hilang.

...................

Kita cuba tengok benda ni dari perspektif gadis tersebut menggunakan pemikiran zaman sekarang ;

1. Itu hak dia nak lari
2. Siapa kita nak judge dia?
3. Kalau dia lari dari rumah kerana tanak solat, itu adalah kehendak dia sendiri.
4. Siapa ayah dia nak paksa-paksa agama dekat dia?
5. Pahala, dosa, syurga, neraka itu hak Tuhan jadi apa pasal ayah dia nak sibuk?
6. Gadis bertudung bukannya baik sangat!

Jadi dalam bab ni, menggunakan cara berfikir zaman sekarang, ayah dia la yang salah sebab ayah dia tak sepatutnya memaksa anak dia solat. Ayah dia kena hormat dan terima yang anak dia ada fikiran dan pilihan dia sendiri. Cara hidup setiap manusia adalah berbeza jadi ayah dia kena la terima hakikat yang jika anak perempuan dia tak nak solat, paksaan hanya akan menyebabkan benda lebih buruk berlaku jadi sebaiknya, biarkan sahaja anak anda tak solat.

Woah! Rasa macam pengikut dajjal pulak bila tulis benda-benda camtu! Makin ramai sebenarnya pemikir2 yang sealiran dengan dajjal sekarang ni. Kalau kau tak percaya kau tengok la betul2. Orang2 camni senang nak kenal.

Dia pasti akan justify yang apa yang ayah dia buat tu salah kerana pada diorang agama, khasnya Islam, adalah choice, sama ada nak atau tidak ikut, hanyalah antara dia dengan Tuhan semata-mata.

Semua benda antara dia dengan Tuhan.
Orang lain jangan sibuk!

Mei 22, 2014

Jika Semua Cina dan India Balik ke China dan India, Apa Lagi Sebab Aku Nak Sokong UMNO?

Aku cukup suka tengok video orang BN mengamuk tak tentu hala. Memudahkan hidup orang. Senang tak payah berkempen nak tukar Kerajaan.Aku cuba memahami kenapa makhluk-makhluk tersebut boleh wujud tapi kadang-kadang kita terpaksa terima hakikat, ada orang yang memang dah ditakdirkan masa depan dia adalah menjadi "samseng" dan kita tak boleh lawan hakikat itu.

Kerajaan BN boleh canang pasal pelbagai cerita pasal kebaikan diorang tapi aku sure, ramai orang yang tak ikut sangat politik akan nilai keberkesanan pentadbiran kerajaan melalui orang-orang yang jadi penyokong diorang.



Dua hari lepas, aku menjelaskan yang aku cukup takjub kenapa bila aku sebut ahli UMNO, aku terbayang lelaki dan perempuan gempal. Tapi bila aku membayangkan penyokong UMNO.....aku membayangkan orang-orang samseng, orang2 tak berapa educated dan penulis2 yang sama seperti Papa Gomo.

Dan dah beberapa tahun aku menulis, masalah imej itu masih lagi berterusan. Come on UMNO! Cuba kaji kenapa kau tak dapat attract orang-orang professional sertai kau? Cuba kaji kenapa orang2 yang nak sertai kau adalah orang-orang yang nak menggunakan politik sebagai jalan mudah nak cepat kaya semata-mata?Itulah yang aku nampak pada penyokong UMNO. Ramai yang menyokong UMNO kerana nak ada peluang cepat kaya.

Dalam kes video di atas, aku tak tau lah apa yang membuatkan dia puas hati benar dengan Kerajaan Barisan Nasional sebab nampaknya seolah2 dua orang dalam video tu ;

a. Tak berapa berpelajaran
b. Tak berapa berkemampuan
c. Mengalami kesempitan hidup

Adakah aku kurang ajar jika aku menulis sedemikian rupa? Dengan mempunyai pendidikan sivik yang sangat basic pun kita tau aksi yang dibuat kedua2 orang dalam video tu (termasuk mamat yang pakai helmet tapi takut orang nampak dia siapa tu) adalah perbuatan yang kurang bermoral.

Apa nak jadi UMNO? Apa nak jadi? Macam mana kau nak repair UMNO tu sendiri? Bila sebut aje UMNO, aku terbayang kan hierarchy dia camni ;


Senang cerita.....jika Dyana Sofea adalah ahli UMNO, aku pasti, apa yang dia tengah buat sekarang ni adalah tengah tolong kempen untuk calon BN lengkap dengan baju kurung dan kain pink sambil tersengih2 bergambar selfie beramai2 dengan Puteri UMNO yang lain.

Ini adalah beberapa persoalan yang aku ajukan kepada semua ahli sayap UMNO. Berapa lama kau nak tunggu? Takkan kau tak ada cita-cita? Kau jadi ahli parti politik mesti sebab kau ada impian kau sendiri, kan? Adakah dengan style kepimpinan UMNO sekarang ni kau rasa impian kau boleh terlaksana atau kau akan sekadar jadi ahli2 tempelan UMNO? Tak ke kau rasa you can do better than orang2 atas yang dah berkurun kat situ?

.................

Kenapa kadang2 aku....seorang Melayu.........malu nak mengaku yang keluarga aku sebenarnya, sangat kuat UMNO dia zaman sekarang ni? Borak ngan kawan2 aku yang pro UMNO, balik2 ayat diorang nak buat duit. Nak main golf. Nak beli kereta mewah..........

Persoalan aku kepada orang2 macam aku setiap hari adalah ;

1. Apa yang menariknya UMNO pada orang macam aku?
2. Adakah dengan keadaan sekarang aku akan galakkan anak aku join UMNO?
3. Adakah aku akan bagi kalau anak aku nak jadi Puteri UMNO?
4. Kenapa aku takde rasa bangga dengan UMNO sekarang?

Ada something yang sangat2 salah mengenai fundamental dan imej UMNO itu yang nampaknya, tak ada orang dalam UMNO yang cuba nak perbetulkan. Jadi akhirnya yang kelihatan pasal imej UMNO? Semua yang terkandung dalam video di atas. Itu imej UMNO zaman sekarang! Betulkan dulu itu.

Imagine beginilah; Jika tiada orang Cina dan India di Malaysia, apa dia UMNO pada orang Melayu? Bagaimana UMNO nak berjuang untuk Melayu dalam kelompok Melayu?UMNO mesti berubah. Buat permulaan, terimalah yang Melayu tak semestinya kena sokong UMNO sahaja. Aku dah boring dengar alasan tu bila berdebat dengan orang2 tua yang semangat UMNO nya kuat.

Mei 21, 2014

3 Siri Realiti TV Yang Menunjukkan Tempoh Dunia Sudah Sangat-Sangat Dekat Penghujungnya

1. Sex Box


Sex Box adalah satu rancangan talk show Britain di mana pasangan (sama ada sudah berkahwin atau tidak) dijemput untuk naik ke pentas dan berasmara di dalam sebuah kotak yang tertutup, kalis bunyi dan sangat privacy di hadapan orang ramai.

Tetamu akan melakukan hubungan seks dan kemudiannya selepas selesai projek, mereka akan ditemubual oleh pengacara dan juga penonton mengenai pengalaman mereka ketika berasmara di dalam kotak tersebut.

2. Adam Zkt. Eva


Sebuah rancangan dari Belanda, Adam Zkt. Eva atau "Adam dan Eva" adalah sebuah rancangan realiti di mana seorang lelaki dan seorang perempuan akan ditempatkan di sebuah pulau terpencil.........dalam keadaan tanpa seurat benang pun.

Dalam setiap episod, akan dihantar pihak ketiga, selalunya seorang lelaki lain untuk "mengganggu" hubungan pasangan bogel tersebut dan pada akhir episod, wanita bogel tersebut perlu memilih sama ada ingin memilih Lelaki Bogel A atau Lelaki Bogel B. Rancangan ini disiarkan secara uncensored di Belanda.

3. Naked and Afraid


Naked and Afraid adalah sebuah rancangan terbitan Discovery Channel. Dalam rancangan ini, sepasang couple akan ditinggalkan di tengah-tengah hutan dalam keadaan tidak berpakaian dan hanya dibenarkan memakai sejenis rantai dan beg lilit, itupun kerana dalam rantai tersebut, ada microphone. Pasangan juga boleh memilih satu kelengkapan seperti parang atau sumpit untuk dibawa dari mula.

Untuk tempoh selama 21 hari, pasangan tersebut perlu berusaha hidup dan survive di dalam hutan tersebut.

Sebagai maklumat tambahan, pengambaran rancangan tersebut telah pun di pelbagai lokasi di seluruh dunia. Antaranya Tanzania, Maldives dan Hutan Amazon.Malaysia amat bertuah kerana telah menjadi satu2 nya negara yang telah terpilih sebanyak dua kali sebagai lokasi pengambaran rancangan tersebut, sekali di Borneo dan sekali lagi di Semenanjung Malaysia. Siapa yang approve permit diorang ni? Malaysia Boleh?

ps - hanya masyarakt negara yang mundur dan terkebelakang aje yang rasa ghairah tengok gadis bogel. Ingat, kalau kau terasa ghairah tengok rancangan2 kat atas, kau pervert dan otak kau tak betul.

Akhir sekali, jika kau diberi peluang, rancangan mana yang kau nak sertai? 

Mei 20, 2014

Penjelasan Kenapa Dyana Sofea Kelihatan Lebih Cun Berbanding Biasa Berdasarkan Teori "The Backdrop Effects"

Beberapa hari ni nama Dyana Sofea menjadi bualan hangat. Kita pun sebenarnya tau kenapa. Sebab dia hot la jugak jika dibandingkan dengan politician2 yang selalu kita nampak.

Aku jelaskan awal2, aku tak rasa dia hot...sebab pada aku dia biasa aje.

Tapi bila dah diletakkan sebaris dengan pemimpin2 pembangkang yang lain (sori bro, especially Mat Sabu!) membuatkan dia nampak macam bidadarilah. Ini pun ilusi sama yang terhasil apabila kau nampak satu grup perempuan jalan ramai2, mesti ada sorang yang hot dan yang selebihnya nampak seperti backdrop untuk "mencantikkan" lagi yang hot tu.

Adakah kau seorang backdrop?

Kau cuba la tengok siapa kawan2 kau dalam grup kau. Kalau kau nampak ada seorang yang macam outstanding sikit, itu bermaksud....kau backdrop dia. Kau nak konfemkan, kau perhatikan aa, bila dia nak pegi keluar mana2 aje, mesti dia ajak kau.

Apa yang aku gemar mengenai Dyana Sofea punya lantikan sebagai calon ini adalah menunjukkan yang parti belah Pakatan lebih mudah memberi laluan kepada orang muda berbanding parti BN kita tu. Sebab berdasarkan pandangan rambang aku aje la, aku nampak kebanyakan calon2 dari Pakatan jauh lebih muda berbanding calon2 dari BN. Jika kau ada statistik purata umur calon BN dan Pakatan bagitau aku, kita boleh compare betol2.

Itulah persoalan aku selama ni. BN cuba mendekati anak muda. BN buat konsert belia, hari belia, minggu belia, pertubuhan belia.....tapi bila waktu nak bagi peluang jadi pemimpin, yang dicariknya, adalah orang2 tua atau orang2 yang dah berumur. Dalam BN sendiri peluang Pemuda UMNO untuk naik ke atas seolah2 agak malap kalau aku lihatkan sejarahnya. Nak naik, kena tunggu tua, tunggu berumur, atau pemimpin yang lama KO. Bila dah tua, macam mana kau nak dekat dengan pengundi muda?

Setakat menari sikit2 dekat konsert tak dapat bang. Malu orang muda tengok. Kalau ada yang percaya pun, itu mesti yang jenis macai2 yang tak ada kemampuan berfikir sendiri dan suka dengan pendidikan spoonfeeding.

Sekarang ni kita tengok kerajaan selalu kata UITM adalah kilang pengeluar Melayu yang berjaya. UITM adalah pusat di mana Melayu2 masa depan dilatih untuk jadi pemimpin. Tapi kenapa pula graduan UITM perlu melalui tiket parti "Cina Komunis DAP" untuk dapat peluang jadi wakil rakyat?

Apa usaha BN untuk buka ruang lebih besar supaya pemimpin2 yang dah berhabuk ni diganti dengan orang2 muda yang lebih segar? Kau cuba tengok balik berapa umur pemimpin2 kita masa merdeka dulu dan comparekan dengan sekarang. Kenapa average age pemimpin sekarang ini jauh lebih tinggi? Sedangkan, pada satu masa dulu, belia2 berumur belasan tahun, 20 an, 30 an sudah mampu jadi suara kepada rakyat?

Sekarang ni golongan2 macam tu, Kerajaan BN ajak pegi konsert! Pegi layan KPOP! Aku rasa itu satu percubaan membodohkan rakyat untuk memastikan pemimpin berhabuk ni kekal berkuasa dan tak diganti selama mungkin.

Itulah yang aku persoalkan bila aku tengok si Dyana Sofea ni. Dia lulusan UITM dan itu pun jadi isu kepada macai2 BN. "Hoi! Belajar UITM HARAM lawan Kerajaan! Belajar UITM tapi lawan kerajaan bermaksud tak kenang budi!" Bodoh siot sapa yang fikir camtu. Apa yang sepatutnya kau persoalkan adalah apa yang dah jadi dengan BN sampaikan graduan UITM pun bangun lawan diorang?

Jadi berbalik kepada isu backdrop tadi. Jika kau isolatekan Dyana Sofea ni sorang2, kau akan sedar, dia sebenarnya takde la hot mana. Tapi, at least dia dapat la jugak shoulder the burden yang Nurul Izzah selama ni tanggung. Cuma letak sebelah Nurul Izzah, dah sah sah la pemenang dia sapa...


BN kena mula gunakan taktik backdrop ni secepat mungkin sebelum PRU akan datang. Kita bercakap mengenai first impression dan kebanyakan calon wakil rakyat pilihan BN ni ramai yang fail dari first impression, yang boleh membuatkan kerajaan BN jatuh. Memang aku akui ada cubaan oleh wanita2 dalam BN khasnya UMNO dalam menggunakan taktik backdrop ni tapi masalahnya....kau tengok la sendiri.

Bila bercakap mengenai Wanita UMNO....ini adalah benda2 yang terlintas first sekali dalam kepala aku. Aku bagi kau contoh sebab aku nak jelaskan secara visual apa yang aku fikir bila orang sebut "Wanita dan Puteri UMNO."

Gambar 1 - Puteri UMNO

Mengikut sejarah UMNO, kebanyakan pemimpin wanita mereka adalah jenis gempal dan free hair. Jadi kita dah tau siapa yang paling berkemungkinan akan naik jadi pemimpin Wanita UMNO dalam gambar di atas. Aku doakan kau berjaya dik.

Gambar 2 - Wanita UMNO


Aku tak pasti, adakah bila kau jadi aje ahli Puteri dan Wanita UMNO, automatically, kau hanya mampu buat 6 jenis raut wajah di atas? Tak boleh bersopan sikit ke? Itu wajah orang kuat bekas Menteri? Mak aih! Adakah selepas kau dah tak layak jadi Puteri UMNO, kau upgrade jadi Wanita UMNO...terus wajah kau pun jadi sedemikian rupa?

First impression matters! Dalam bab ni, BN memang agak ketinggalan berbanding Pakatan. Dari yang tua, sampai ke muda, aku tak tau lah kenapa imej lelaki gempal dan perempuan gempal yang mempunyai angan2 tinggi terlalu sinonim dengan Barisan Nasional.

Apa imej orang Melayu ni gemuk2 ke?

Mei 19, 2014

Masyarakat Yang Progressive Mesti Lah Pakai Common Sense dan Logik Akal

Komen 1

Raja, sultan serta keluarga mereka tak kena hudud, jadi adakah mereka lebih tinggi dari hukum Allah? Anak kau kalau ditangkap zina sanggup kau suruh dia kene rejam? Cakap boleh lah brader.. Be careful what you wish for.. Kita orang melayu la, aku tak rasa ada yg tergamak nak tengok, apa lagi nak rejam orang sampai mati.. Lagi satu kalau anak lu kena rogol, lu rasa lu atau anak lu bole dapat ke 4 saksi lelaki yang beriman, yang menunjukkan kejadian rogol tu berlaku? Menolak hudud tak bermakna menolak Islam.. Tak boleh guna common sense ke brader..

Jawapan aku untuk komen 1.

Ada satu kisah diriwayatkan, ada seorang wanita dari kalangan keluarga berada yang telah mencuri, kemudian ditangkap. Lalu dia di bawa menghadap Rasulullah dengan harapan agar diberikan kemaafan atau pengampunan.

Jawapan Rasulullah terhadap permohonan itu? "Jika anak aku Fatimah ditangkap mencuri, aku akan potong tangan dia." Jadi wanita yang ditangkap mencuri itu pun kudung lah tangannya selepas itu.


.................

Komen 2

Pelik kenapa negara2 yang fokus pada pemulihan pesalah daripada hukuman berat lebih kurang kadar jenayahnya daripada negara2 hukuman berat.

Pasti sangatkah kau hukuman berat tu boleh turunkan kadar jenayah? Ada siapa2 dah buat kajian? Sokong dan laksanakan membuta tuli tanpa fikir kebersanannya pun tak boleh. Mana datang keyakinan kau tot?

Lagipun, undang2 Tuhan sempurna macam mana sekali pun, dilaksana setan tak guna. Luar cantik, dalam? Fikir balik betul2. Kau salah faham kenapa orang tak sokong. Kau tak dengar. Kau ingat diaorang serang agama kau. Diaorang cuma lindung diri diaorang. Cuba jangan emosi sampai jadi rasis.

Jawapan aku untuk komen 2

Ini video persembahan "seni" di Cologne, Germany.



Berbogel bukan jenayah di Cologne, Germany. Mengambil gambar bogel menggunakan kamera DSLR di Cologne,Germany bukan jenayah. Melukis menggunakan pantat atas nama seni di khalayak ramai juga tidak salah di Cologne, Germany.

Jadi, tidak mengejutkan bukan, jika jenayah di sana rendah? 

Mei 12, 2014

Orang Cina Yang Tak Sokong Hudud Kerana Takut Tak Dapat Buat Jenayah Sila Keluar Malaysia

Apabila diperkatakan mengenai hudud, tinjauan rambang aku menerusi penulisan kaum Cina kebanyakannya takut benar dengan hudud. "Tak mahu Malaysia terkebelakang! Malaysia kena progressif! Ini undang2 Islam jadi kenapa nak implement!"

Wahai orang Cina, jika kau adalah orang2 yang takut dengan hudud kerana kau takut ;

1. Ekonomi maksiat anda terjejas
2. Peluang anda main gadis Melayu hilang
3. Anda takut pusat spa tak menawarkan lagi perkhidmatan seks...
4. Sokong LGBT

Sila tolong keluar Malaysia dan pergi jadi warganegara lain, tetapi jika anda seorang Cina dan anda takut hudud dilaksanakan, tetapi anda masih;

1. Mencari apa jawapan kepada masalah jenayah yang makin meningkat?
2. Mencari jawapan kenapa masalah penyalahgunaan kuasa?
3. Mencari jawapan bagaimana keadilan mampu ditegakkan dalam negara?

Tanya diri sendiri, jika anda orang Cina tak nak menyokong kerajaan, tak nak diperintah oleh orang2 korup ini, apa yang perlu ditakutkan dengan hudud? Jika sistem sedia ada tidak berfungsi untuk membetulkan amalan negara kita, kenapa perlu takut ditukar? Adakah kerana adanya label Islam tu? Adakah kerana undang2 itu adalah based on agama? Undang2 sekarang ni, based on apa sebenarnya?

Jika anda tak buat salah, siapa pulak nak potong tangan anda? Jika anda tak mencuri, takkanlah akan ada orang yang suka2 nak potong tangan anda. It will always comes back to this questions; are you a criminal now? Do your life depended on crime to survive?

Jika ya jawapan anda kepada kedua-dua soalan tu, memang patutlah anda takut hudud tapi jika kau sama aje macam aku, yang sedaya upaya hidup takut nak mencuri, takut nak langgan pelacur dan takut nak makan rasuah...apa yang kau takutkan?

Hudud bukannya penyebab a civilization jadi runtuh, jadi teruk. Hudud doesnt make people thinks backwardly. People think backwards because they want to be backwards. Jika kita nak jadi progressive dengan hudud, there's a lot of ways to do it. A safer nation is good for everybody kan? Progressive!

Ramai orang gunakan label "backward ruling" dalam menjenamakan hudud. But here is the question ; what is the way forward?

Most of the law around the world are being ammended to support

1. Free sex
2. LGBT
3. Ridiculous human rights obligations
4. Invincibility for law makers

Kalau itu yang anda rasakan progressive, then we better not be progressing at all. You want a law yang prohibit same sex marriage atau yang promote same sex marriage? Maybe it is easy for you to say but fikirkan la anak kau. Fikirkan kalau anak kau gay. Fikir kan kalau anak kau nak buat sex change operation. Would you let him or her do it? Apa yang kau takut sangat?

This is a Muslim majority country. Kami tak nak LGBT. Kami tak nak perkahwinan sejenis berlaku. Kami tak nak penjenayah bermaharajalela tanpa hukuman. Kami tak suka bisnes pelacuran. Dan aku sure perkataan "kami" tu sebenarnya merangkumi ramai parents2 non-Muslim juga sebenarnya.

.............

Lagi satu benda yang aku dapat tangkap dari respon orang Cina; kebanyakannya risau the keepers of the law themselves yang tah hapa-hapa. Politician being politician, they will always try to find a way to escape and misuse the law. Tapi should that discourage you from supporting hudud? Ramai orang2 yang dah fed up mencari jawapan kepada segala masalah di negara kita dan selagi kita hanya bertindak mengekal dan mengubah undang2 sedia ada, takkan ke mana punya kerana kita seolah2 menampal perahu yang bocor di tengah2 lautan.

Orang2 Cina lah yang paling ramai guna CCTV dekat rumah, yang letak CCTV dalam kereta, yang pasang alarm, yang paling concern pasal safety, bela anjing kat rumah sebagai guard dog......kenapa? The law nowadays not enought aa to protect you?

...............

Jika isu hudud ini sengaja dimainkan hanya untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat, it's okay. Aku tidak ada masalah jika parti2 dalam Pakatan berpecah hanya kerana tidak setuju isu hudud. Pada aku amat berbaloi perjuangan tu diteruskan kerana aku percaya, ramai dalam UMNO yang mempunyai pandangan yang sama mengenai hudud. Dua geng ni boleh bersatu sebab nak mengharapkan pemimpin2 sekular kita, agak susah.

Sekarang ni banyak pulak sesi dialog yang dimulakan oleh orang Melayu, orang Cina dan orang India nak berhujah mengenai betapa tak sesuainya hudud dilaksanakan di Malaysia kerana bermacam aspek antaranya; "bagaimana nak menjamin tidak ada berlakunya tekanan pihak tertentu dalam pelaksanaan undang2 hudud dan bagaimana nak menjamin takkan berlakunya ketidakadilan kepada orang bukan Islam?"

Undang2 sekarang adalah penjenamaan semula sistem perundangan British! Islam cant be worse than British kan? Melainkan anda percaya propaganda Amerika yang Muslim =Terrorist.

Bukannya semua orang bukan Islam tu penjenayah kan sebab lagi ramai yang baik2 dan elok2 berbanding yang tak elok. Jadi kenapa nak dipertahankan golongan minoriti ni wahai kaum Cina? If they are criminals, they SHOULD get the punishment they really deserved,  don't they?

Aku sangat sokong semua hukuman dalam hudud. Jika anak aku ditangkap berzina, kau nak rejam dia, kau rejam la. Kita sebagai bapak, kena pastikan dia membesar dan benci zina sebab aku sure, kita tak nak dia kena rejam. That's the beauty of hudud.

Itu adalah benda yang undang2 sekarang tak ajar kepada masyarakat. We live by fines, by money, by economic loss. But morally, we are at loss.

Mei 09, 2014

Otak Lembap, Muzik Simpan Sendiri dan Kasih Ibu

Aku mula menyedari otak aku semakin lama semakin lembap lepas aku kena promote jadi "small time manager" ni. Bidang tugas aku sekarang ni dah kena buat kerja2 management yang selama ni berjaya aku avoid tapi sebab dah terpaksa, aku turutkan aje la.

Aku betul2 benci benda ni. Walaupun aku suka buat paperwork pasal syllabus benda baru tapi bila masuk kena buat paperwork "management" aku selalu cuba elakkan. Apatah lagi bila kau terpaksa staff bawah kau "Yo bro, you suck." Kau bayangkan lah kau terpaksa cakap camtu dekat orang yang dah ada Master, aku sure keyakinan dia mesti terganggu.

Sebab kalau keyakinan dia terganggu, itu bagus sebenarnya. Masalah sebenarnya adalah apabila ramai orang2 yang ada Master ni bajet sebab dia ada Master, probability dia untuk suck adalah 0%.

Kepala otak aku memang penuh dengan benda2 camtu...sehingga mengakibatkan kesihatan mentaliti aku agak terganggu. Ada sesetengah kerja bila kau dah habis, otak kau akan switch off dan kau boleh let go semua benda...tapi bila kau dalam education, kalau otak kau boleh switch off lepas habis office hour, kau tak buat benda tu betul2 sebenarnya.

Apatah lagi bila culture education di negara kita ni makin lama makin mementingkan budaya spoonfeeding. Lagilah penat bai! Kau nak tau kenapa budaya spoonfeeding makin menular?

Sebab makin ramai student yang fikir, jika dia bayar yuran, dia sebenarnya bayar untuk diberikan knowledge tu, especially student2 IPTS. Bukan semua la tapi makin lama makin ramai yang assume, buat apa dia bayar jika dia kena carik knowledge tu sendiri.

In one way, benda tu ada betulnya, tapi......at the end of the day, pelajar yang bakal dihasilkan oleh sistem tersebut adalah pelajar-pelajar template yang acuannya sama. Yang berbeza hanya lah dia minat atau tidak dengan apa yang dia belajar.

Aku ada buat satu exam hari tu yang jelas menunjukkan result berikut ;

a. Aku tak suka dimanage
b. Aku tak suke nak manage

Semenjak aku buat benda ni dari bulan 8 sampai la sekarang, aku perasan otak aku jadi terlalu letih dan tak mampu nak fikir benda2 lain lepas balik. Once otak hanya memikirkan masalah orang lain (managing) aku perasan banyak betol benda aku tinggalkan.

Main game? Last sekali aku main game bulan 12 hari tu.
Jamming? Aku pun dah tak ingat bila last aku jamming.

Semenjak 3 minggu lepas, aku dah start balik pegang gitar aku. Aku mula revise balik semua material yang aku dah kumpul selama ni dan bila aku buat benda tu, barulah aku rasa bernyawa balik. Tiap2 aku peluk gitar aku, aku akan teringat mak aku.

Mak aku cukup anti aku main muzik start form 2 dulu. Siap rampas membership card Black Widow Studio PJ aku dulu. Aku cukup tak paham kenapa pada waktu tu. Aku tak nampak apa salahnya tapi aku paham kenapa mak aku bertindak demikian. Memang betul imej budak2 yang main muzik waktu tu agak huha-huha. Aku pegi jamming pun memang kerap jumpa dengan makhluk2 yang kelihatan agak mengerikan. Nampak tak senonoh.

Tapi bila duduk dan borak dengan dia, yang berambut panjang, yang kononnya metal makan telur kambing ni, normal aje sebenarnya.

Aku agak terkilan sebenarnya sebab kadang2 bila tengok balik, aku merasakan masyarakat Malaysia pandang rendah seseorang yang nak buat arts ni. Kita seolah2 tak nak anak2 kita buat sesuatu gunakan imaginasi dia. Ramai nak anak dia jadi engineer, jadi doktor, jadi manager...ramai nak anak2 dia jadi seseorang yang buat benda yang sahih, yang tampak.

Mak aku jurusan ekonomi. Bapak aku banking.
Tiba2 aku waktu tingkatan 2....nak main muzik. Hahaha.

Even kat sekolah aku sendiri, batch aku, geng2 yang serius main muzik ada dua. Band aku, Margerinehead (gila original nama) yang hanya mempunyai satu lagu original dan lagi satu band member aku yang 5 kali ganda lagi gempak dari kitorang. Yang masih lagi kekal buat seni sampai sekarang, aku rasa aku, itupun sebab aku buat kerja2 seni digital, sorang lagi Pegawai PTD yang masih lagi main gig dan seorang lagi dah jadi pelakon separa terkenal. Aku rasa ada lagi dua orang, Manager BSN dan seorang programmer yang hati tu masih lagi menaruh harapan jamming balik macam zaman muda2.

Yang lain2 semua benda yang sahih dan dah tak berapa mementingkan imaginasi.

Pada orang kita, budaya barat tu buruk. Kita tak nak anak2 kita terdedah dengan budaya barat. Kita tak nak anak2 kita jadikan ikon2 muzik dan filem barat sebagai idola diorang. Tetapi pada masa yang sama, bila anak2 kita nak mula belajar2 benda2 pasal seni ni, kita cantas minat diorang kerana kita nak dia jadi engineer, doktor atau manager.

Macam mana kita nak create idola local sebagai alternatif kalau camtu? Akhirnya, yang jadi ikon, orang luar lah. Atau ikon2 suam2 kuku yang kita boleh nampak dalam TV kita sekarang. Kita perlu ubah benda tu.

Aku perlukan maintain buat sesuatu yang menggunakan minda sebab aku takut gila otak aku stagnant. Dan aku sedar otak aku agak stagnant kebelakangan ni. Tapi beberapa minggu lepas, bila mak aku kata kat aku yang lagu aku sedap...aku jadi bersemangat. Punyalah lama aku tunggu encouragement dia. Bila dah ada anak dua baru dapat! Hahaha. Terus aku start projek baru aku. Target aku bulan 7 siap. Aku nak try take time dan tak rushing2 kali ni.

11 Mei adalah hari ibu. Selamat hari ibu kepada semua ibu. Tidak ada apa2 benda lain yang lebih penting dalam hidup seseorang melainkan seseorang itu hidup dengan tau yang mak dia iktiraf apa yang dia cuba lakukan hari2. Itu, adalah green light kepada kebahagiaan.

Mei 08, 2014

Setiap Keluarga Perlukan Powerbank

"Tu lah ayah. Alia pesan beli powerbank tak nak belikan.." rintih Alia, sambil memandang ibunya yang duduk di depannya.

Faizal diam sahaja. Rahimah pun sama. Kedua-dua anak mereka sedang duduk di atas sofa melunjurkan kaki. Alia hanya merenung siling dan kipas yang padam. Ahmad pula sedaya upaya membaca buku dalam cahaya samar2 yang diterangi lilin.

"Mad, baca apa tu?" tanya Rahimah.

"Buku Upin Ipin mak.." jawab Ahmad dengan pelat budak 3 tahun yang baru nak bercakap fasih.

"Tu bukan yang dah lama ke?" Faizal berminat kerana dia teringat kembali detik dia dan Ahmad membeli majalah tersebut. "

"Haa.." jawab Ahmad.

"Ayah ayah, nanti ayah belikan Alia powerbank ye. Kawan-kawan Alia semua dah ada powerbank. Pegi sekolah pun boleh cas smartphone, bukan mahal pun bah," pinta Alia.

Rahimah memandang Faizal sambil menggeleng kepala sedikit. Faizal paham benar kelakuan isterinya. Dia tak setuju Faizal memanjakan benar anaknya. Tapi anak perempuan punya kesan dengan ayah, bukan semua ibu faham.

Faizal duduk di sebelah Ahmad. "Ni siapa?" tanya Faizal sambil jarinya menekan wajah karakter Upin. "Upiiinn!" jawab Ahmad.

"Ni?" tanya Faizal lagi.

"Jarjit!" jawab Ahmad. Faizal senyum. Rahimah bangun lalu duduk di sebelah Alia.

" Hari sukan Alia minggu depan kan?" tanya Rahimah. Alia menggeleng. "Bulan depan la umi."

"Oh, umi ingat minggu depan. Kasut sukan kita tak beli lagi kan bang?" tanya Rahimah kepada Faizal.

"Belum lagi. Saya rancang hujung minggu hujung bulan ni," jawab Faizal.

"Awak ingat ye tarikh hari sukan dia? Saya dah terlupa!" kata Rahimah. Faizal hanya senyum. Semua benda ada direkodkan dalam smartphone beliau. Dari sekecil-kecil benda hinggalah tarikh cuti-cuti awam negara. Tapi pada ketika itu, dia tak ada tempat rujukan. Baterinya dah habis dipakai.

"Ayah ingat minggu ni kita gi beli Pesta Buku Antarabangsa, nak?" tanya Faizal.

"Tak payah lah. Rimaslah saya orang ramai. Nak browse buku pun tak selesa," jawab Rahimah. Alia kecewa melihat reaksi ibunya. Dia berharap benar dapat ke sana untuk membeli novel remaja terbaru tulisan penulis kegemarannya, Mawar Impian.

"Ada Upin Ipin tak mak?" tanya Ahmad tiba-tiba.

"Tak tau la. Ada kot. Jom la kita gi tengok?" tanya Faizal kepada Rahimah. Rahimah mengangguk mengiyakan sahaja. Dah terbayang emosi sesak dengan manusia dalam kepalanya.

Cahaya lilin bergoyang apabila ditiup angin. Hembusan malam sekurang-kurangnya menyejukkan sedikit suasana malam yang sedikit hangat selepas hampir 5 jam duduk dalam kegelapan apabila malam berlabuh.

Rahimah memandang suaminya yang duduk sambil memangku anaknya yang sedikit terbuai lena. Faizal senyum. Alia pula duduk sambil menayndarkan badan pada Rahimah. Dah lama mereka tidak berpeluang duduk sebegitu bersama-sama.

Lampu menyala terang. Kipas mula meningkatkan kelajuan. Televisyen kembali menyalakan lampu stand-by.

"Yes! Dah ada elektrik!" Bingkas Alia bangun. Alia laju menapak ke biliknya sambil tangan menjinjing smartphone yang padam.

Faizal memandang isterinya," Mah, charger mana?"

Rahimah menjuihkan bibir. "Saya dah cucuk fon saya dulu awal-awal, hihi..." Faizal menarik wajah mencuka. Dia bingkas bangun mencari pengecas simpanan.

Ahmad terus nyenyak di sofa sambil memegang komik Upin-Upin di dada.

Mei 07, 2014

Ya Allah, Please Died Me Tonight (Hashtag)


Ya Allah, sila bukakan pintu hati dia ni untuk memahami
"died" hanya digunakan bila sesuatu itu sudah tidak bernyawa lagi.

Lastly, please, tolonglah hentikan trend penggunaan hashtag kepada semua benda!


Mei 05, 2014

Pondan Pengeluar Partikel Busuk

Satu masa dulu, aku sama saja macam mereka.

Hembusan asap laju keluar dari mulut. Memenuhi suasana menyamankan minda, membebankan jiwa mereka. Tetapi sedikit sebanyak apabila aku sedar orang-orang keliling aku mahu makan tapi wajahnya sedikit mencuka, aku sedar asap hembusan aku ini rupanya sangat sarat mengganggu jiwa.

Jadi sedikit sebanyak aku nekad, jika aku mendambakan asap-asap itu, akan aku lari jauh dari orang ramai. Biarkan duit yang ku bakar itu aku hidu seorang diri.

Kemudian bila aku dah berdua, sang isteri mula berbicara yang ciuman yang aku rasakan hangat sebenarnya hangit. Bibir ku hitam kelam. Nafas ku yang aku rasakan mampu membangkitkan gelora rupanya hanya berbau bencana. Tapi itu belum cukup untuk membuat aku tinggalkan ketagihan itu.

Sehinggalah bila aku peluk zuriat aku dan ada lelaki di sebelah aku dengan selamba menghembuskan asap durjana kepada zuriat aku yang nak aku jaga, supaya dia sihat sentiasa.

Oh what the shit. Bagaimana aku tak nak anak aku jadi hamba asap jika aku masih lagi kaki pembakar asap? Bapak dan datuk dan nenek segala hipokrit semua bapa yang marah anaknya membakar diri tetapi diri sendiri jarinya tidak pernah lekang dengan gabus basah yang berair hujungnya.

Jadi pada satu hari, pada 18 haribulan September 2012 aku nekad aku berhenti. Memang menggigil jiwa. Memang merana nyawa. Memang semua yang buruk aku dengar mengenai berhenti merokok benar-benar belaka. Seminggu dua, tengok muka isteri, rasa seperti mahu diterajang setiap masa. Tapi lama-lama, barulah dunia ni nyata. Asap sudah tiada dari sistem jiwa barulah sedar busuknya mereka.

Busuk! Kepada hamba-hamba asap, anda busuk. Anda boleh pakai deodoran pelbagai deria tapi tidak ada ayat lain yang lebih layak untuk menyatakan yang satu masa dulu aku busuk, kini aku sedar kenapa ramai yang tak selesa.

Hamba-hamba asap yang kaya raya ini memang manusia durjana.

Merosakkan suasana. Menyahsedapkan deria. Membangkitkan derita makan. Kadang-kadang ada yang memangku anak sambil merosakkan deria orang lain. Dia tidak kisah. Bukan dia peduli. Yang penting dia mahu mengisi ketagihan hati, jadi yang salah adalah orang yang berada disekelilingnya yang tak nak cuba mengerti kelemahan diri.

Bukan dia. Hamba asap tidak pernah bersalah. Yang salah adalah mereka yang marah. Satu masa dulu aku sama macam mereka. Oh bila teringat balik, betapa buruknya angkara.

Tapi bangsa Malaysia dah terbiasa. Boleh berasap tak kira masa. Cuba kau bakar sampah depan rumah dia, tengok dia meraung tak, kalau kena gaya. Cuba kau kentut tepi mereka, kau tengok la muka dia masam macam mana. Hamba asap adalah orang paling annoying dalam dunia. Mereka sangka mereka unggul padahal lebih elok bercakap dengan cangkul.

Jangan sesekali diberitakan kebenaran, yang diri mereka sebenarnya pondan.

Ikhlas dari,
Bekas pondan yang berhenti mengejut menjadi pondan walaupun semua orang kata benda tu mustahil. 

Mei 02, 2014

Kerajaan Akan Perkenalkan Dasar Hujung Minggu Pejabat Mesti Tutup Bila Matahari Terbit Dari Barat

Membaca surat khabar hari ini, ada dinyatakan kerajaan akan mengambil langkah menggubal dan menambah baik akta dan undang2 berkaitan hak pekerja.

Oleh kerana kita tahu kerajaan kita adalah sebuah kerajaan yang bekerja cara "at the moment", jadi lebih selamat kalau aku assume ini semua hanyalah hot air propaganda kerajaan. Nak tau beberapa contoh lain? Tunggu hari guru nanti dan tengok berapa banyak janji2 kerajaan akan tabur kepada guru-guru untuk sedapkan hati guru-guru. Perlu diingatkan, ini semua aku reka sendiri dan aku tak rujuk mana2 buku pun jadi tak perlu kau bukak buku dan carik frasa "management using the system of at the moment concept."

Dalam bidang pengurusan pun sama. Banyak majikan dan pengurus yang lebih mengutamakan at the moment concept ni. Kalau kau nak kenal orang2 camni dalam hirarki pejabat kau, dia ni adalah orang yang ada pangkat yang akan buat apa saja keputusan yang sesuai untuk pada masa itu, tanpa memikirkan masa depan nanti. Dia plan untuk hari ni dan petang tu.

Banyak manager2 yang aku dah lalui yang lebih mengamalkan konsep ni dalam mentadbir sebab, aku tak tau lah kenapa, orang2 yang dilantik akan lebih mementingkan periuk nasik sendiri dan kedudukan sendiri terlebih dahulu. Tidak ramai orang yang nak buat sesuatu untuk long term gain, semuanya kejar short term gain.

Ramai yang takut mati dulu kot sebelum rasa benefit?
Entah lah.

Di Malaysia, benda yang paling merencatkan development negara kita sebenarnya adalah cara kita bekerja, Kita bekerja menggunakan Chinaman System. It's all about now and it's all about me. Kalau kau tak percaya benda tu kau cuba kerja dalam 4-5 tahun, kemudian kau tengok balik dah kat mana kau sekarang. Apa perubahan yang berlaku pada kau? Adakah kau dah improve? Improve tu bukan bermaksud dari segi gaji tapi dari segi human capabilities.

Kita, kerja untuk capital. Kebanyakan kita bekerja, target kita adalah gaji. Gaji, gaji, gaji, gaji. Skill development kita terencat. Tapi kita tau benda ni. Kita sedar. Kita bukan bodoh benar sampai tak sedar benda tu. Cuma, kita tak tau macam mana nak kembangkan lagi diri kita. Sebab kebanyakan antara kita, ditekan oleh the Chinaman System.

Pagi petang siang malam untuk kerja. Hari Rabu, wife aku pegi talk guru-guru, penceramah kata guru-guru sepatutnya pentingkan kepentingan tugas guru dulu sebelum kepentingan peribadi. Bullshit gila kau nak apply The Chinaman System kepada sistem pendidikan kita.

Bagaimana nak mengenal pasti sama ada kau adalah sebahagian daripada sistem Chinaman ini? Hidup kau untuk kerja, sehinggakan pada bila-bila masa pun jika kau diarahkan bertugas, kau akur, tanpa ada apa2 imbuhan tambahan. Paling senang, kau takut dengan  majikan kau jika kau tak dapat bekerja pada waktu yang kau tak sepatutnya bekerja.

Itu, adalah masalah mental yang dibawa oleh The Chinaman System.

Dari dulu, aku dah kata, masalah paling besar mengenai kualiti hidup di Malaysia adalah bila kerajaan membenarkan syarikat2 meletakkan frasa "Syarikat boleh meminta anda bekerja pada mana2 waktu yang diperlukan tanpa syarikat perlu membayar apa2 imbuhan melainkan atas budi bicara syarikat."

Ramai yang tak setuju dengan frasa tu tapi sebab nak kerja, ramai yang sign. Cek kontrak kau! Mesti ada.

Bila kerajaan dah benarkan syarikat2 ni letakkan syarat2 macam tu dalam kontrak, yang mangsanya nanti, adalah pekerja. Tengok lah betapa berat sebelahnya bargaining power pekerja dengan majikan, ramai pekerja yang kena tindas, takut nak mengadu sebab takut kehilangan kerja.

Dan di sinilah failure terbesar kerajaan Malaysia sekarang ni. Jika kita nak menuju menjadi negara maju, ada beberapa benda yang perlu diubah dan perlu diperkenalkan.

1. Pengenalan dasar tutup pejabat selepas 6 petang compulsory
2. Pengenalan dasar triple pay jika perlu bekerja overtime meliputi SEMUA LEVEL
3. Pengenalan dasar hari minggu adalah hari untuk keluarga atau skill enhancing time COMPULSORY
4. Pengenalan dasar severance package untuk semua khasnya pekerja swasta
5. Pengenalan dasar gaji minimum mengikut jam
6. Perubahan kepada akta untuk menghalang syarikat mengenakan syarat2 yang tidak munasabah dalam kontrak pekerja dan majikan

Nak jadi negara maju...kita kena let go The Chinaman System ni. Tapi yang menghairankan aku bila aku selalu menghadapi situasi camni;

"Seorang pekerja punyalah berapi nak mengubah apa saja yang dia rasakan tak betul dalam sistem management pejabat dia dengan bermacam idea dan dia juga sedar pelbagai improvement yang boleh dilaksanakan. Tapi bila dia telahpun dipromote ke atas, dia akhirnya jadi macam orang2 yang dia duk kutuk selama ni dan jadi tukang angguk dan tukang geleng."

Pelik bang. Apasal la benda tu terjadi kat majoriti orang2 yang dapat pegang kuasa? Takut? Dah kena pegang telur? Tau yang meredah lautan api akan membuat kulit terbakar? Tak ramai yang berani nak redah lautan api kot?

Itulah dia mangsa2 The Chinaman System, satu sistem yang sangat efektif untuk memastikan yang pekerja, terus patuh bekerja.