Februari 28, 2014

PSA - Korek Telinga Memang Sedap Tapi....

Aku sibuk hari ni. Jadi aku nak sampaikan satu benda aje. Pagi ni, aku tengok TV, muncul seorang pakar ENT dekat TV9 dalam Nasi Lemak Kopi O. Dia mintak lah tolong pesan dekat orang ramai....

"Tolong jangan korek telinga anda pakai cotton buds."

Sebab benda tu hanya merosakkan telinga anda. Kenapa tak perlu korek?

Sebab telinga kita dah ada "penyapu" sendiri yang akan buang tahi telinga keluar.  Bila kau korek, kau sebenarnya tolak tahi telinga tu ke dalam dan ini boleh menyebabkan gangguan pada ENT kau. Lagipun, tahi telinga tu perlu ada dalam salur telinga kau. Badan kau sendiri paham bila masa tahi telinga tu perlu dikeluarkan jadi kita tak payah "tolong" sistem badan kita keluarkan tahi telinga.  Tahi telinga ada sebabnya kenapa ia terbentuk..ia adalah filter dan lubricant untuk telinga.

Manusia dah dicipta perfect sistem badan dia.
Dia Maha Besar, bro!

Gunakanlah cotton buds kau tu untuk sapu tahi telinga yang dah terkeluar. Jangan jolok dalam lubang telinga. Tapi kalau dah keluar tapi kau biarkan terjuntai..buruk benor kelakuannya. Jadi at least sapu la dengan tisu.

Ini specialist cakap lah. Aku tolong sampaikan. Tak nak percaya, terpulanglah. Nama specialist tu Dr.Vincent Tan Eng Eik tak silap aku. Kalau dia menipu, dia akan suruh kau korek telinga kau, supaya dia dapat lagi ramai customer, kan?

Sapa2 yang pegi ear candling tu pun samalah.

Kenapa nak bina pressure dalam telinga sedangkan tak perlu pun kau buat apa2? Kita ni mudah benar buat sesuatu yang pelik yang kononnya beneficial. Asal pelik aje mesti ramai pelanggannya.

Bacaan Lanjut
You shouldn't use contton bud to korek your telinga bro!

Februari 27, 2014

Tingkat-TIngkat Segan

1. Wati dan Ziana serta adik kecilnya berjalan di shopping kompleks.

2. Dari jauh mereka nampak samar-samar pelakon terkenal negara Azri Yaakob tengah berjalan keseorangan.

3. Mereka pun menegur pelakon itu kerana memang mereka berdua peminat dia siap beli DVD original lagi tu bang!

4. "Abang Azri Abang Azri, saya Wati dan ini kawan saya Ziana nak mintak bergambar sama2 boleh?" tanya Wati. Adik Ziana yang baru 5 tahun hanya melihat dari tepi.

5. Oleh kerana menjaga status selebriti, Azri pun mengiyakan sahaja kerana dia sebenarnya tengah mencari kekasih hatinya yang hilang ketika sibuk bershopping sehinggakan telefon pun tak angkat.

6. Wati pun berdiri rapat dengan Azri. Ziana ambil dulu gambar. Kemudian giliran Ziana pula bergambar. Habis berlaga pipi dia dan Azri.

7. Azri yang sudah biasa keadaan sedemikian hanya senyum.

8. "Abang jalan sorang aje?" tanya Ziana. "Tak, dengan gelfren saya tadi," jawab dia. "Ok ya, saya nak cepat! Take care ya," beritahu Azri.

9. Azri bergegas pergi. Mereka cepat2 membelek gambar yang baharu sahaja ditangkap. "Ni kalau aku bagitau Yaya ni mesti dia mengamuk dengan dia, dia kan suka betul si si Azri ni?" kata Wati.

10. Mereka pun menyambung langkah. Tah apa untungnya mereka hari tu, untuk kali keduanya mereka berjumpa lagi seorang selebriti pulak tidak lama selepas itu. Adik Ziana hanya menurut aje langkah kakaknya.

11. "Eh, ni kan Ustaz Dan Danish? Yang selalu ajar mengaji waktu malam dekat TV tu?" tanya Ziana. "Ye la. Dia la tu. Bukan ke dia dah kahwin ke? Apsal dia jalan sorang aje tu?" bisik Wati.

12. "Kau nak bergambar dengan dia?" tanya Wati kepada Ziana. "Takpelah. Segan aku. Dah la aku pakai camgini aje," ujar Ziana.

13. Ustaz Dan pun hilang dari pandangan mereka berdua. Wati dan Ziana hanya memerhatikan kelibat beliau berlalu pergi.

14. "Kau ni, kenapa segan pulak? Dah melepas peluang, bukan senang nak dapat face to face dengan dia?" tanya Wati.

15. "Dia Ustaz la kak oi! Malu la nak tegur dia," jawab Ziana.

16. "Kalaulah semua orang ada rasa segan dengan kakak macam kakak malu dengan Ustaz tu kan bagus?" tanya adik Ziana dengan wajah yang cukup innocent.

17. "Kau balik sendiri lepas ni!" marah Ziana dengan ayat ikhlas adiknya.

Februari 26, 2014

"Siapa Felixia Yeap NI? Apsal Tiba-Tiba Dia Lagi Muslimah Dari Perempuan Muslimah Ni Sis?"


Ini contoh2 komen yang aku dapat bila aku timbulkan isu hijabista atau "perempuan bertudung complicated yang dahagakan perhatian." 

Komen 1 :
Cetek nya otak. Ada buah zakar dan sperma...so? Dia bawak keluar kan ke? Reality Islam banyak pakai mentaliti Arab yang cenderung pada pemikiran sehala (one track mind) dan malas berfikir secara mendalam. Kita ikut membabi buta. Jangan marah jika ada Melayu kita yang menolak ugama disebabkan kesempitan pemikaran penyampai agama.

Komen 2 :
I think it's sad that you had to pick this at the topic. It's come to a point where right now there are ladies out there who want to wear hijab but are now being flogged just because they appear to be "seeking attention" ? Dude, these " attention seeking" hijabistas may help attract more ladies into wearing the hijab. Which comes to.. are you helping society change with your opinion? If you're not, you've just comitted a sin by posting this opinion of yours condemming people who might have had influence on other ladies into wearing hijab. Don't be so shallow my friend.

Komen 3:
kalau awak bagus sgt, apa yg awk dah buat utk membanggakan bangsa melayu? emm.. maybe awk berjaya utk menambah kemunduran melayu je kot.. good job!

Komen 4:
suka betul kau perlekeh org melayu yg buat silap kan.. kau perfect sgt kot.. setanding org kapir yg pandai n genius tu kot.. kalau kau xsehebat tu, xpayah la nak pandang rendah kat bangsa sendiri.. bantula kaum kau yg 'bangang' ni utk naikkan martabat kaum kau ni.. mmg mudah memperlekeh n mengutuk, tp pkirla bijak xbijak tindakan tu..sekian

Komen 5 :
kau sama je mcm pakcik guard kat tmpt aku.. pemikiran kau maksud aku,, kalau melayu buat silap skit, tegur mcm berani sgt. kalau cina, hampeh.. takut lak nak tegur kan.. bangsa lain kan MULIA sangat pd mata kau.. bangsa kau ni je yg HINA n LAYAK. tau x cina maju sbb dia support bangsa dia.. bkn mcm typical malay mcm kau.. yg malu dgn bangsa sendiri.. bina la jatidiri dlm diri kau tu ye..

Komen 6 :
Abis kau lebih suka tgk org x pakai tudung ke? Boddoh punya blogger!!!!

Komen 7 :
at least dengan adanya ikon2 wanita hijab tu dapatlah menarik adik2 dan para remaja untuk gemar menutup aurat. mula2 mungkin niat nak ikut ikon mereka sahaja, tapi slow2 mereka akhirnya akan menutup aurat itu kerana Allah. kau ni mantot semua benda nak kondem. baikla ko kondem majalah mangga atau perempuan2 yang masih tak menutup aurat yg lebih ramai kat luar sana tu. bangang punya mantot

...............

Aku harap, semua pemilik komen yang aku listkan ni, tolong tengok gambar kat atas tu dan kaji kenapa aku letakkan gambar tu untuk menjawab respon2 kau. Dan lagi satu, ada ke patut kau suruh aku kondem Mangga? Kau first time masuk sini? Kau tak tau ke aku adalah orang2 yang sanggup mati dulu sebelum aku kondem majalah Mangga? Aku assume kau first time masuk sini, jadi aku bagitau kau satu rahsia ;

Aku adalah Presiden kepada Kelab Peminat Majalah Mangga Malaysia Barat. Hobi aku adalah "berenang untuk kesihatan,"

.............

Ada orang tanya aku apa pandangan aku dengan Felixia Yeap.
Aku bagi kau pandangan dia terhadap aku.

"Kelakar giler!"



Felixia Yeap kata aku kelakar....giler.

Aku boleh bayang la dia tengok smartphone, ketawa2 kecil sorang, membaca ayat2 yang aku tulis tiap hari tanpa jemu...sambil membayangkan tiap2 ayat aku seolah2 melodi indah yang membawa sinar kasih dalam hidup dia. Jadi aku kena defend dia.

Kau tulis; "Sebab nak jadi star jugakla Felixia Yeap ni gedik berhijab tanpa convert dan ramai pulak yang Bela dia atas nama menyokong saudara baru which is she's haven't convert yet. Kalau dia ikhlas tentang Islam rasanya tak perlu kot nak post segala benda tentang agama yang dia baru belajar dan masih lagi dangkal dan atas controversy ini tiba2 dia menjadi icon muslimah even she's not yet."

Kau tau apa problemnya dengan pemikiran kau ni? Ayat ni ....."Felixia Yeap ni gedik berhijab tanpa convert" Problem anda adalah anda rasa hijab itu milik wanita Islam. Problem lebih besar adalah anda merasakan Islam adalah hak orang Melayu.

Jika seorang amoi pakai menutup aurat yang sempurna adalah satu kontroversi kerana dia belum kembali kepada Islam......apa label yang sesuai yang boleh kita letakkan kalau sekumpulan Muslimah yang dah sah2 Islam tapi ajak gadis2 lain pakai style hijabista dengan seluar legging?

Satu tragedi dunia besar-besaran mega apokalipstik?


Sapa pakai macam kat atas ni gila. Sama gila macam TPM yang angkat tangan amoi sebab nak menunjukkan keakraban politik.

Februari 25, 2014

Sejak Bila Perogol Adalah Ciri Lelaki Idaman Gadis Ni?

Ramai pulak cerai berai seminggu dua ni.

Aku ingat lagi masa aku menulis pasal aku nak kahwin dulu2 dalam tahun 2009, ada orang kata "kau kalau dah kahwin dengan perangai kau ni aku rasa 3 bulan aje kau kahwin sebab mesti isteri kau tak tahan kena control.." Aku tak ingat bila dan posting mana tapi macam biasalah, komen2 camtu selalunya ditulis oleh Anon.

Kau tau kenapa orang bercerai? Banyak sebab. Even sebab perbezaan politik pun boleh cerai bai! Tapi satu sebab kekal sebagai penyebab paling evergreen kenapa orang bercerai....

Masa kita bercinta, kita expect lepas kahwin benda yang sama akan maintain. Kau akan terus kekal bahagia dan nikmat aje sepanjang masa. Ye lah, bercinta, bercouple, buat benda salah ni, memang la nikmat aje memanjang. Sebab tu setan suka. Dah kahwin aje baru sedar yang dunia lepas perkahwinan ni sangat2 la berlainan berbanding masa kau boifren dan gelfren.

Adakah ada perkahwinan bahagia yang takde langsung perasaan nak bercerai berai ni? Mana ada. Semua perkahwinan mesti ada moment bila si suami nak sangat ceraikan isteri dia dan si isteri nak aje lari balik rumah mak bapak dia. Benda tu memang normal. Semua orang akan rasa.

Setan ni memang dia cukup hebat perdayakan kita, sebab itu dijadikan waktu paling seronok bercinta adalah waktu kau bercinta sebelum kahwin. Setan cuba build up perasaan kau supaya rasa nikmat yang tak terhingga sebelum kahwin ni, tunjukkan yang indah2, tunjukkan yang terbaik, dengan si perempuan punyalah control segala keburukan dia dan si lelaki simpan semua berlagak dia.

Itu setan punya kerja. Kau bercouple sebab setan suruh. Tak ada orang Melayu Islam yang bercouple2 sebelum kahwin sebab itu suruhan Allah. Itu faktanya. Masa bercinta, apa yang kau nampak adalah fantasinya. "Nanti anak kita nama Daniyal ya, nanti kahwin kita pakai baju merah ya, nanti family kita nanti nak duduk rumah banglo besar, nanti kenduri kita kena ada persembahan gangnam style.."

Semua tu fantasi belaka! Benda yang kau impikan dan benda tu lah yang akan jadi asas kepada perkahwinan kau....yang akhirnya akan membuatkan kau tak dapat terima realiti yang menyelinap lepas kau kahwin dan perubahan yang paling besar yang melibatkan kesilapan paling besar yang dilakukan oleh ramai pasangan adalah tak dapat terima yang suddenly ......


"dia suami kau, dia isteri kau."


Benda tu mungkin nampak simple ayatnya tapi percayalah, benda ni lah yang paling susah kau nak adapt sebab selama ni kau tak pernah tanggung beban realiti dia yang sebenar ; kau bercinta boifren dan gelfren. Kau tengok boifren kau, kau nampak dia lelaki, hensem, mulut manis, semua baik....fantasi....kau nampak lelaki yang si lelaki ni nak kau nampak! Lelaki pulak akan nampak seorang perempuan yang sempurna habis lah, tak ada cacat cela sehinggakan kentut awek tadi tu pun kalau boleh nak simpan dalam tupperware bungkus bawak balik.

Realitinya, sebaik saja akad nikah....semua benda tu bertukar jadi realiti!

Kita cuba lihat dari side suami, once kau dah lafaz nikah, si perempuan ni bukannya sekadar dah jadi isteri kau, dia dah jadi tanggungan kau. Makan minum pakai berak, nafkah, semua benda tu jadi tanggungan kau. SEMUA! Kau boifren, kau boleh mengelat lagi dari bayar makan dia tapi bila dia isteri kau, itu hak dia yang dia boleh mintak. Itu baru satu benda, tu tak masuk lagi bermacam2 benda lain yang isteri boleh tuntut dari suami yang selama ni kau tak payah deal langsung dengan benda tu.  Hidup kau lepas2 tu adalah untuk dia dan anak2 kau nanti.  Kau bertanggungjawab untuk create kehidupan yang terbaik untuk dia semampu mana yang kau boleh, sebab dia yang akan kandungkan zuriat kau, pastikan dia selesa dengan hidup dia dan dia dapat jalankan tanggungjawab dia untuk keluarga kau.

Si perempuan pulak, bila dia dah jadi isteri, dia dapat beberapa keistimewaan yang dia boleh tuntut dari suami tapi dia perlu ingat, dia jugak hilang beberapa keistimewaan yang selama ni dia ada. Inilah satu2 nya isu yang selalu perempuan2 ni struggle nak cuba rebut jugak....diorang tak dapat terima yang lelaki tu yang selama ni jadi boifren dia, tiba2 ada kuasa ke atas dia. Cakap boifren kau boleh buat tak layan tapi kalau suami kau mintak kau takleh la nak buat tak pedulik aje kan? Bila tersedar, perempuan tu dah hilang kebebasan ke atas dirinya, membuatkan diri rasa terikat dan tak sebebas dulu lagi. Yang sedihnya still ramai yang struggle nak jugak kebebasan.

Makin ramai perempuan bekerjaya, semakin ramai yang pandai2, semakin ramai yang berani lawan suami. Sebab perempuan tu rasa "tak ada suami pun boleh hidup lah.."

Buat apa kau kahwin dulu? Cuba ingat balik kenapa kau kahwin dulu? Tu lah kot yang jadi cerai ni? Aku tak tau lah. Ini semua spekulatif aku sendiri. Dari sinilah munculnya krisis rumahtangga bila si suami tak nak tanggung tanggungjawab dia dan si isteri pulak tak nak terima yang suami dia bukan lagi boifren dia. Dua2 nak bebas dari tanggungan. Suami taknak keluarga kongkong apa dia buat, isteri tak nak suami larang dia buat apa2.

Perempuan pulak, yang aku perasan, ramai dah berani melawan suami. Contohnya, sebelum kahwin free hair tapi lepas kahwin setahun dua, suami tiba2 dengar ceramah, ustaz pesan aurat isteri tanggungjawab suami jadi kena tegur, suami pun balik rumah....tegur isteri. Isteri pun mula melawan dan mempersoalkan kenapa baru sekarang nak tegur padahal masa bercinta dulu ok aje..."Alah, kita dulu masa bercinta awak takde pun suruh saya pakai tudung bila dah kahwin ni pandai la pulak mengarah2. baru tengok ceramah Ustaz Azhar sikit dah rasa diri alim habis.."

Nak lagi teruk, lepas kahwin baru la berani nak bukak tudung...walaupun suami dah larang. Kepada lelaki2 yang nak isteri kau pakai tudung tapi bini kau melawan...aku cakap jujur kat sini ; be a man. Grow some balls. You cannot get pregnant because you don't have a vagina.

Ada banyak lagi kes yang pelik2 pasal suami isteri ni yang terjadi dalam masyarakat kita. Tapi cerita2 camni kita tak selalu paparkan sebab tak menarik kot jalan ceritanya, haha. Dalam TV banyak ditayangkan drama untuk tonjol orang bercinta. Akhirnya masyarakat kita pun hidup dalam dunia fantasi karut marut...."Lelaki perogol pun boleh jadi cinta sejati kepada diri ini..." 

Aku tak tau lah kalau ada perempuan yang memang wish diri dia kena rogol dengan lelaki hensem dan kemudian lelaki tu terjatuh cinta dengan dia,  tapi kalau ada, tolonglah ketuk kepala kawan kau tu, kemudian suruh dia tengok benda yang bermanfaat sikit......


Februari 24, 2014

Wahai Hijabist-Hijabist Melayu.....

Tiap2 minggu aku layan rancangan "Saffiya" lat TV9 sebab aku memang suka tengok apa yang hijabist2 ni tengah trendingkan.

Aku banyak genetik feminin dalam diri aku kot? Nasib baik wife aku selalu bukak jadi aku ada la alasan kata wife aku yang nak tengok padahal dia tak tau, bila dia tak ada pun aku akan tengok.

Kau pernah tengok rancangan tu?

Kalau tak pernah tengok,  rumusannya camni.."Majalah Hijabista dalam bentuk rancangan TV." Tak pernah baca majalah Hijabista? Cuba fahami bagaimana nama majalah ni boleh berlaku...

1. HIJAB - perlindungan, penutup, cover.......
2. STAR - bintang....seseorang yang nak attention. Seseorang yang suka glemer. Seseorang yang terkenal?

Jadi bila kita gabungkan dua2 kita dapat ;
"Seorang perempuan yang nak tutup aurat tapi dalam masa yang sama juga tergila2 kan perhatian atau nak jadi terkenal atau nak publisiti atau layak jadi idola."

Berlambak kat luar sana orang camni sekarang. Adakah ini benda yang bagus? Entah. Bergantung kepada ke arah mana pemikiran itu ditujukan barangkali....ada yang negatif ada yang positif. Tapi kalau muka depan majalah dah kena Photoshop kaw2...aku rasa tujuan dia dah menyimpang lain sikit kot...

Aiseh, macam mana aku boleh terkutuk majalah ni lebih2 lak.

Aku mengerti kenapa rancangan2 dan majalah yang "hijabist-hijabist" ni makin berlambak di pasaran tapi entah lah...kadang2 aku tengok apa yang korang jualkan ni hanyalah jual imej....Imej berhijab tapi sifatnya langsung takde hijab. Produser buat sebab dia nampak ada market dan peminat. Nak ajak orang tutup aurat ni dah tak berapa berkepentingan sangat.

Jual imej dan produk semata2. Makin lama bab2 agama tu dah tolak ke tepi sebab hijab ni dah dinilai sekadar fesyen item semata2. Itu yang aku nampak la.

Minggu lepas, ada segmen seorang hijabista ni menggayakan gelang.  Hijab dah cantik dah, takde bonggol unta, dada dah tutup...tapi sebab nak jual gelang punya pasal, dia singsing lengan. Tu dah spoiled....

Minggu lepas jugak...ada segmen hijabista ajak hijabist-hijabist lain "ber-selfie." Ya aku tak salah taip tu. Rancangan Saffiya cuba mengajak hijabist2 ini berselfie. Siap ada lakonan family kena tunggu sebab anak nak selfie sambil buat muka duck face. Apa kebendanya ni? Kenapa kau cuba galakkan wanita Muslimah tangkap gambar selfie dan post dekat internet ni oi?

Come on lah...kau dah tak ada isu sangat ke sampai kena ada segmen nak panggil hijabist2 yang suka berselfie ni buat interview ceritakan kenapa hijabist2 ni tak perlu malu berselfie? Aku tak pernah nampak apa substance nya sehinggakan orang2 yang suka berselfie pun boleh masuk TV dan bagi opinion dia pasal berselfie ni....

Aku tak rasa benda tu cukup penting untuk dijadikan satu topik dalam rancangan televisyen yang nak popularkan bertudung cantik kepada gadis2 Melayu...

Semalam, ada segment tah apa tah tujuan dia tapi dipaparkan seorang hijabist ni yang memakai tudung ala2 moden gitu lah....tapi yang memakaikan tudung tu kepada dia adalah seorang lelaki lembut....

What the hell hijabist? Niat dah cantik dah....hijab pun dah cantik dah...tapi kalau lelaki yang pakaikan tudung kau, apa pointnya pakai tudung tu? Core dan fundamental pun dah songsang. Tak kiralah dia lelaki lembut ke atau kau takde rasa malu sebab lelaki itu pun part of the hijabist....tapi dia still ada buah zakar yang mampu menghasilkan sperma, kan?

Lelaki yang pakaikan tudung seorang hijabist.....
Kau tak rasa benda tu sangat kelakar ke?

Janganlah biar diri anda dieksploitasi dik...hijab ni bukannya sekadar pakaian aje senonoh....

Nota : Gambar Heliza sekadar hiasan sebab dia cute.


Februari 21, 2014

Idea-Idea Yang Mungkin Lebih Baik Berbanding Pemberian BR1M

Esok orang2 yang layak dapat BR1M akan dapat duit diorang. At least itu satu improvement berbanding beratur panjang2 macam peminta sedekah dan buat majlis gilang gemilang semata2 nak bagi BR1M dekat orang ramai. Walaupun begitu, aku still rasa BR1M tak patut dijalankan kerana BR1M adalah bukti kita adalah negara membangung yang mempunyai masyarakat bertaraf hidup tidak berkualiti.

Untuk sebuah negara yang digembar-gemburkan bakal menjadi negara maju lebih awal dari sasaran awal, BR1M bukanlah simbol kepada kemajuan. BR1M adalah simbol kepada betapa teruknya kita perlukan duit untuk hidup. Pada aku, ada banyak lagi cara yang kerajaan boleh lakukan untuk menaikkan taraf hidup orang ramai dengan cara yang lebih murni dan tak menampakkan sangat yang masyarakat kita terpaksa tadah tangan ambik duit. (atau untuk BR1M 3.0 ni, tunggu duit masuk dalam akaun)

Jika kau buat kajian sikit, sesebuah negara maju akan mempunyai kadar kutipan cukai yang tinggi dan selalunya kita boleh nampak duit tu datang balik kepada masyarakat, tapi bukan dalam bentuk wang tunai macam BR1M ni tapi lebih kepada insentif dan bantuan yang sebenarnya bukan sekadar membantu dari segi kewangan, tapi secara tak langsung membantu create budaya. Budaya bermasyarakat.

Itulah satu benda yang BR1M tak wujudkan. BR1M hanyalah pemberian duit yang tak ada soul, tak ada jiwa, tak ada pengisian. Aku melihat BR1M hanyalah sekadar pemberian duit untuk membeli undi sambil sedikit sebanyak meringankan beban orang susah. Apa yang BR1M sumbang kepada jiwa masyarakat? Tak ada apa. Kepuasan sekejap ada duit dan bila habis duit tu, habislah. Kau dapat duit kau balik kau spend...habis....kau hepi sebab kerajaan bagi kau cash.

Itu level negara susah punya pemikiran....pemikiran masyarakat sempit dan kita adalah masyarakat yang sangat sempit pemikirannya. Buktinya, BR1M adalah senjata politik yang sangat berkesan memancing undi kerana masyarakat kita lebih nampak short term gain berbanding long term. Begitulah juga kerajaan sekarang kerana mereka terpaksa bertarung untuk survival mereka sendiri jadi mereka pilih short term punya benefit...

Aku ada cadangan kepada kerajaan agar pemberian BR1M ni dihentikan dan digantikan dengan beberapa langkah yang aku rasa bukan sekadar membantu indirectly financial orang ramai malahan mampu create culture Malaysian yang lebih cantik.

1. Pemberian bantuan kewangan kepada bayi baru lahir untuk tempoh 6 bulan atau setahun pertama

Negara maju, jika kau dapat anak, kau tak payah risau langsung kos nak tanggung anak tu 6 bulan first. Pampers? Provided. Gaji? Jalan. Cuti untuk bapak? Ada. Tapi di Malaysia, orang kaya ke orang miskin ke, kalau kau lahir dekat hospital awam, kau akan dapat satu pek pampers yang dalamnya adalah 6 keping pampers yang aku sure esoknya habis. Pihak kerajaan boleh kerjasama dengan pihak swasta provide free pampers kepada bayi baru lahir untuk 6 bulan ataupun pihak kerajaan sendiri boleh provide pampers 1Malaysia yang dijual.

Even kalau tiap2 ibu dibekalkan dengan pam susu pun aku rasa sangat membantu sebelum ibu dibenarkan discharge. Takyahla yang medela mahal2 tu, cukup sekadar pam tangan manual. Yang paling penting, pengenalan kepada cuti bersalin untuk bapa perlu ada kerana untuk keluarga2 yang tak bernasib baik, yang anak yatim piatu...siapa nak tolong jaga mak yang baru bersalin ni?

Kau pernah tengok perempuan kena ceasarean berak?

Secara tak langsung, ini akan membantu menggalakkan orang ramai supaya dapat fokus kepada keluarga. Sistem yang ada sekarang ni lebih kepada "kau dah bersalin, pandai2 la kau jaga walaupun kau tak mampu."

2. Bantuan sara diri untuk yang hilang pekerjaan

Ni antara benda yang cukup merunsingkan aku. Kau tengok law kita, jika ada pekerja kena let go, dia tak ada apa2 protection financially (melainkan dia kerja GLC atau MNC yang ada VSS) jadi dah la tak ada kerja, tak ada duit. Terpaksa perompak dan peragut.

Apa yang kerajaan boleh perkenalkan adalah bagi bantuan sara diri kepada puak2 ni selama 3 bulan dengan bayaran gaji minimum dengan syarat, dia dah bekerja selama sekian2 tempoh dalam company tersebut sebelum dia dibuang atau dilepaskan. Tak kiralah dia masalah disiplin atau prestasi tak elok sebab itu bukan pokok pangkalnya.

Kita cuba nak elakkan diorang ni dari terjerumus buat jenayah sebab kalau kau ada masalah disiplin kat tempat kerja, tendency untuk kau buat jenayah amatlah tinggi. Kenapa bagi 3 bulan? Sebab itu adalah timeframe agar dia dapat survive sebelum dia dapat carik kerja lain. Lepas 3 bulan, pandai2 la. Tapi at least, dia ada time untuk adjust life dia balik.

3. Mangsa jenayah dan kemalangan perlu pengangkutan

Bayangkan kau punya kenderaan kena curik. Dah jumpa pun polis akan tahan berbulan lamanya sebelum kau boleh ambik balik. Jadi sementara kenderaan kau tu kena tahan, apa kau nak buat? Tak masuk lagi yang eksiden dan kereta sangkut kat bengkel berminggu lamanya hanya sementara nak tunggu adjuster datang.

Kita akan dibiarkan aje la terkontang kanting sambil tiap2 hari gelabah macam mana nak cope. Nilah waktunya kerajaan boleh hulurkan bantuan dengan memberikan penggunaan pengangkutan awam khas secara percuma atau ada diskaun kepada diorang ni. Bagi lah diorang touch n go yang dah direload untuk penggunaan public transport selama sebulan dan bila habis sebulan, kalau tak setel jugak, kena gi agensi, reload balik untuk bulan berikutnya sehinggalah setel masalah.

At least tak ada la bergantung tak bertali macam apa yang terjadi sekarang, kan? Sayang la jugak kerajaan kalau kerajaan buat camtu. Barulah nampak keprihatinannya kan?

............

Kerajaan nak ambik hati rakyat, memang bagus. Aku suka. Tapi cara dia selalunya agak tak kena kerana macam aku sebut di atas, ia kosong. Sekadar gesture takde makna. Kerajaan nak cuba jual keprihatinan diorang dekat orang ramai pun susah sebab orang macam aku skeptikal. Tapi kalau kerajaan cuba implement benda2 yang aku listkan ni, pada aku better....sebab orang2 tu memang memerlukan bantuan teramat sangat. Diorang bukannya sekadar tunggu duit extra masuk....diorang memang perlukan pertolongan!

Masalahnya, setakat ni, kerajaan tak dapat touch golongan macam ni. Aku tak tau kenapa...mungkin strategist politik kerajaan lebih suka buat benda2 yang tak ada makna macam BR1M. Nak bagi duit, bagilah tapi dengan BR1M ni pada pandangan aku, tak membina negara.

Kerajaan kena perkenalkan dasar2 yang mampu create culture dan subculture yang bukan setakat raih undi malahan membantu rakyat DAN melahirkan kesan positif kepada orang ramai. Orang dapat duit BR1M tu untuk apa? Macam2 benda diorang buat, positif atau negatif tak kisah. Boleh beli arak dengan BR1M? Boleh! Berjudi dan beli sport toto? Boleh! Tapi kalau dibagi bantuan dekat orang yang betul2 memerlukan bantuan, ini akan create budaya dan masyarakat yang lebih baik sebab bantuan tu akan digunakan ke arah jalan positif selalunya.

Aku ada beberapa idea lagi tapi aku malas nak tulis sebab aku nak bangkitkan kalau aku terjumpa Najib. Kalau kau ada idea lain, sila nyatakan. Mana tau ada orang kerajaan yang baca dan cuba perkenalkan.


Februari 19, 2014

Patutlah Aku Macam Pernah Tengok Puteri UMNO Yang Hot Stuff Ni



Link 2008

Macam mana nak selesaikan masalah air kalau dah hujan tak nak turun?
Dulu aku ingat lagi tahun 90 an aku hidup sekolah asrama, punyalah lama takde air.
Tiap2 hari kena turun ambik air dari lori. Tak silap aku masa fenomena el nino dulu.

Takde pun puteri UMNO concern waktu tu.
Mungkin sebab waktu tu, UMNO yang berkuasa kot?

Ni lah peliknya orang UMNO ni.
Harga barang naik ketentuan Allah.

Air empangan kering hujan tak turun, cuaca panas, salah kerajaan Selangor.
Global warming, salah Anwar Ibrahim.

Februari 18, 2014

Orang Melayu, Agamanya Islam, Tapi Kami Pengotor

Aku dah ada 2 orang anak. Anak2 aku comel2 belaka. Aku tak berapa suka keluar rumah sebab aku tak suka keluar tanpa tujuan. Tapi bila nak kena beli barang rumah, aku akan perlu bawak anak aku ni pegi ikut jalan2 sekali dengan wife aku.

Benda aku paling susah hati bila menyebut pasal bab makan dengan family ni adalah berkaitan dengan kewangan. Aku tak tau lah kalau aku seorang aje yang rasa memandangkan aku golongan miskin bandar tapi untuk sekali makan satu family, aku perlu spend hampir RM50.

Macam mana corruptnya harga makanan dan minuman ni sehinggakan air teh o ais berharga RM4.90 adalah sesuatu yang normal? GILA! Air paling murah adalah air mineral, RM2. Nak murah lagi bawak air sendiri. Untuk seorang bapak yang struggling dengan ego tak nak mintak duit bini, serius shit aku cakap...aku struggle nak bayar semua benda.

Aku nak bawak anak aku makan dekat tempat yang murah sikit tapi entah kenapalah, culture Malaysia, bila tempat makan itu tempat makanan orang kebanyakan, mesti ramai yang hisap rokok kat situ. Lantai penuh dengan habuk rokok dan kawasan makan pun kotor semacam aje. Kalau aku sorang2 tak apa...aku ok aje tapi bila ada anak ni dan anak aku selalu tanya aku apa orang lain buat sambil tunjuk2 dekat orang tu, aku diselubungi rasa bersalah.

Kita ada undang2. Undang2 kita melarang kita hisap rokok dekat kedai makan...tapi kenapa kita tak ikut?

Masa zaman aku merokok dulu, aku pun tak ikut jugak. Tak tau la kenapa. Mungkin sebab kita tengok orang lain hisap selamba bapak aje sambil atas kepala dekat signboard tertampal kawasan dilarang merokok, kita pun sama pakat ramai2 hisap rokok. Tapi lepas dah berenti ni, aku dah menyedari rokok ni bukannya sekadar berbau...tapi efek dia lebih besar...

Ia meruntuhkan kebersihan.

Dan dalam bab ni aku cukup suka apa yang kerajaan Singapura laksanakan di mana mereka melarang sekeras2 nya rakyat merokok merata2. Aku sure kalau kita implement undang2 macam tu dekat Malaysia mesti ramai yang membantah. Sebab kepala otak kita masih ramai yang standardnya standard orang dulu2 yang stuck era kolonial British.

Lagi satu sebab adalah betapa kerajaan sendiri tak nak implement undang2 ni betul kerana....diorang sendiri nak ada privilege untuk merokok merata2 yang diorang nak, mungkin? Kalau aku salah, betulkan lah...

Akhirnya apa yang terjadi kepada golongan pertengahan miskin bandar macam aku ni, sebab sayang anak2 punya pasal, bawak keluarga pegi makan dekat food court cekik darah, bawak makan franscais yang selalunya takde la sedap mana atau lebih teruk lagi terpaksa makan dekat funder2 Yahudi hanya kerana tak nak anak2 terhidu second hand smoke.GILA KAU STANDARD HARGA AIR DEKAT KEDAI MAKAN KITA ANTARA RM5 KE RM10!

Sekali makan satu family 4 orang dah RM60! GILA!

Kalau kau fikirkan balik lah....kenapa tak ramai yang komplen pasal benda ni? Makcik tepi jalan naikkan harga kuih sikit berani dia sound makcik tu tapi kedai jual teh o ais tak sedap tara mana RM5 dia boleh sedut rilek aje.

Takde choice? Market Malaysia ni penuh dengan bullshit? Kerajaan terlalu lemau sehingga biarkan peniaga ambik kesempatan atas pengguna? Entahlah.  Tiap2 kali aku bawak family aku keluar aku akan mengeluh sebab aku tau aku tak mampu nak bawak diorang keluar. Kalaulah tempat2 makan murah dekat Malaysia ni ada polis tangkap sapa2 yang hisap rokok kan senang?

Benda yang paling pelik...kita Melayu, kata Islam....tapi tempat makan kotor. Dah jadi macam standard kita pulak, "murah, kotor....mahal, bersih." Sekarang ni ada jugak "mahal...tapi kotor." GILA!

Tu tak masuk lagi bab yang suka ludah merata2.
Atas lantai tiles pun kau nak ludah ke bro?

Februari 17, 2014

Demi Kerja, Sesungguhnya Manusia Dalam Kerugian

Aku dalam proses transition dalam hidup aku. Aku dah sedar hidup aku akan kekal stable tapi stagnant kalau aku teruskan hidup aku sekarang ni. Ada masanya aku fikir, lagi 10 tahun kalau aku tengok balik apa yang aku buat sekarang, adakah aku akan gembira dengan apa yang aku dah buat?

Aku hantar surat resignation aku hari tu. Kena reject. Kau bayangkan kalau kau hantar surat resignation kena reject mesti kau hepi sebab kau rasa dihargai, tapi aku tak rasa hepi. Aku rasa benda tu beban. Aku rasa cara hidup kita di Malaysia ni tak betul sebab kita terlalu bagi banyak masa kepada kerja sehinggakan ramai yang lebih pentingkan karier berbanding anak-anak.

Aku tak pandang gaji yang dibayar hanya sebab skill yang kau ada. Dia sebenarnya bayar masa kau. Ramai antara kita yang stuck dengan rutin 9-5 redah trafik jam hari-hari. Aku nak lari. Aku nak main muzik. Aku nak menulis. Aku nak jadi Imuda. Untuk generasi baru, Imuda bukan nama besar tapi untuk orang baya aku, Imuda adalah artis serba boleh. Berlakon, menyanyi, melukis, menulis. Dari kecik aku nak jadi macam dia apatah lagi bila aku tengok filem Mat Gelap. Dari situ rasanya aku teringin nak jadi pelukis kartun dulu.

Aku dapat jadi pembuat kartun tapi entah kenapa aku rasa cita2 aku tak kesampaian lagi. Bila aku susah hati dengan kerja aku, aku selalu teringat balik dua tempat lain yang aku pernah mengajar dulu. Aku pernah mengajar kelas 3 orang budak Cina yang sangat2 appreciate ilmu yang dia dapat dan benda2 camtulah yang membuatkan aku nak terus jadi cikgu ni.

Aku jugak pernah mengajar 2 kelas 30 orang budak Melayu yang hanya separa aje kelas dia berminat dengan apa yang dia ambik (seni reka grafik) padahal diorang student business tapi bila diorang sambung belajar, diorang sambung Ijazah dalam seni rekaan. Agak bangga jugak la aku kalau2 aku yang influence diorang ambik jurusan tu....mungkin aku perasan kot? Haha. Aku mengajar beberapa tempat dari 2004 dan dua memori tu la yang aku ingat sampai sekarang. Nampak benar bread butter job aku suck ass gila sebab tak banyak bagi aku everlasting moment...

Aku kerja sekarang ni pun hanya untuk duit. Nak bagi anak makan. Banyak benda aku kena hold semata2 nak ada income stable tiap2 bulan. Banyak gila benda projek yang aku buat sekerat jalan hanya sebab aku balik aje kerja terus tertidur lepas tidurkan anak aku. Masa aku ada hanyalah pada waktu malam.

Tapi kalau aku tak tidur malam, esoknya aku kena pegi kerja balik.
Mana larat nak buat semua.

Dah berapa helai surat warning aku dapat dan dah berapa kali aku kena panggil jumpa management. Aku buat bodoh aje la. Aku dah tak peduli sebab aku rasa dah sampai masanya aku nak siapkan idea animasi aku yang dari dulu duk dormant. Aku nak buat video ajar budak2 solat dan aku nak buat aniation keretapi sebab aku tak tau kenapa anak aku berminat betul dengan keretapi sekarang ni.

Dulu waktu aku kecik2, aku pernah dengar Ustaz dekat masjid cakap "kalau kita solat, kita salah aje arahkan badan kita ke arah kiblat, lari aje berapa darjah, badan kita tu dah mengadap benda lain yang terletaknya beberapa ratus kilometer dari Kaabah.."

Jadi selama ni tiap2 kali aku solat, aku takut2 nak solat. Dua minggu lepas, aku tengok video Ustaz Azhar Idrus terangkan pasal kiblat. Rupa-rupanya benda ni mudah aje. Kalau kau tak nampak Kaabah, asalkan kau dah alignkan badan kau dengan kiblat, syarat dia sebenarnya dah cukup. Jangan risaulah lari berapa degrees berapa ratus kilometer dan sebagainya sebab kau kena yakin dalam hati....

Kau tak nampak Kaabah depan mata jadi kenapa perlu susahkan hati nak kena betul2 accurate kau punya arah Kiblat? Asalkan dah mengadap betul, yakinlah dengan arah kiblat kau tu. Mudah sebenarnya benda ni tapi tah mana ajaran yang menyusahkan orang nak solat.

Dalam bab kerja, aku tanya kau jujurlah.....kalau kau terpaksa menipu dan berbohong dalam urusan pekerjaan, sebab ada arahan suruh menipu, hanya semata2 nak memuaskan hati upper management kau, apa yang kau akan buat?

Be a team player dan berbohong atau cek balik dan kenal pasti ke mana arah kiblat kau?

Sebab dalam bab kerja ni, kadang2, kiblat kita jadi sangat tunggang langgang kan? Dah tak tau mana satu betul mana satu salah, asalkan kita remain a team player sehinggakan punggung yang diarahkan ke kiblat semata2 nak sembah Tuan Manager yang bakal tentukan performance kau.

Fuck this culture. 

Februari 13, 2014

Kalau Aku Teresa Kok, Aku Akan Anjurkan Majlis Menampar Teresa Kok

Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia yang sebelum ini menawarkan ganjaran wang untuk menampar MP Seputeh Teresa Kok, hari ini menjelaskan yang ia hanya satu tawaran untuk "tampar-tampar sayang" dan bukannya arahan untuk "mencederakan orang".

Jurucakap gabungan itu Zulkifli Shariff berkata, tawaran RM500 – dan kemudian dinaikkan kepada RM1200 itu juga bukan ugutan jenayah, sama seperti dinyatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

"Bila kita keluar tawaran kita akan beri ganjaran, kita bersedia hadapi (tindakan undang-undang).

............

1. Apa aku akan buat kalau aku lah Teresa Kok?

2. Aku akan jemput orang ramai-ramai.

3. Kita adakan karnival tampar Teresa Kok.

4. Siapa2 nak tampar pun boleh tapi dengan syarat tampar hanya sekali seorang. Bukan diorang ada sebut pun kriteria siapa yang boleh tampar dan kutip ganjaran kan?

5. Seorang peguam dan 4 orang saksi beserta seorang jurukamera perlu juga dilantik untuk merekodkan kejadian menampar.

6. Lepas tu pakatlah beratur dan tampar beramai2.

7. Kalau pipi dah merah sangat, rest lah dulu.

8. Kira berapa kali kena tampar dan disahkan oleh peguam yang dilantik.

9. Kemudian buat surat rasmi permohonan tuntutan bayaran yang disebut oleh NGO tersebut.

10. RM1200 x 100 kali orang tampar berapa? RM120,000. Penampar ambik RM300, Teresa Kok ambik RM300 dan selebihnya bagi rumah kebajikan.

11. Kita tengok apa "sponsor" kita akan cakap.

12. Kalau NGO tak nak bayar, saman lah di mahkamah. NGO Islam mesti menunaikan janji kan?

13. Bukannya dia ada sebut pun berapa kali limit boleh claim "elaun penampar."

14. Bukti dah ada kan yang diorang akan bayar kalau kita tampar dia?

15. Apa salahnya kita buat duit sikit atas "kebijaksanaan" orang lain.

Februari 12, 2014

Jika Cikgu Faizah Model Iklan Susu Sekolah Mengeluh, Pasti Aku Akan Berpeluh

Kenapa penilaian berdasarkan sekolah suck gila?

1. Cikgu cum data entry clerk.......

Kau pernah tengok jadual cikgu satu minggu macam mana? Untuk sekolah2 kampung, yang satu sekolah ada 100 orang,  satu kelas ada 20 orang, benda ni takkan jadi masalah besar. Tapi di kawasan bandar benda ni akan jadi satu burden yang sangatlah berat sebab kelayakan atau "band" lulus pelajar harus diisikan satu-satu. Kau pernah isi borang dalam internet?

Annoying kan? Bayangkan kau buat benda yang sama untuk satu kelas. Cuba bayang kalau kau ada 8 kelas? Kau duduk depan komputer kau ulang2 buat benda yang sama......cikgu jujur mungkin akan tick betul2 band budak2 tapi lama kelamaan, mesti rasa rimas tu akan datang dan membuatkan kau passkan aje semua budak tak kira lah pencapaian sebenar dia.

2. ..........dan bukan semua cikgu celik ICT

Aku tau diorang ada buat training untuk isi database. Tapi hakikatnya ramai yang agak perlahan dalam penggunaan komputer. Ada jugak golongan yang buat2 tak celik ICT. Tangan pegang smartphone baru ni....tapi claim diri sendiri tak reti pakai komputer. Last2 yang kena tolong buat? Cikgu2 celik ICT. Selalunya siapa yang jadi mangsa? Cikgu muda.

3. Website tak user friendly.

Aku tak taulah kenapa dari dulu sampai sekarang....website apa saja lah berkaitan dengan gomen memang menyakitkan mata. Semak mata memandang, rasa lemas dada melihat. Ada yang ok tapi kebanyakannya agak huru hara. Dengan font yang lagi sesuai diguna untuk printing dan icon2 yang masih lagi mengamalkan design theory tahun 1989, user experience dalam website kerajaan perlu diupgradekan. Benda paling penting sekali yang perlu diamalkan dalam mereka bentuk website2 ni adalah streamline design. Biar minimalist. Biar simple. Nak kena buat button, buat....tapi simplifykan. Ni bukak aje homepage...kita dah boleh nampak berpuluh jenis font, kenapa?

4. .....dan kadang2 website tu offline sebab overload.

Orang Malaysia, semua kerja last minute. Standard. Aku pun. Pada aku benda tu normal. Tapi hujung tahun lepas, waktu cikgu2 dah dekat dengan deadline nak isi penilaian murid2, server tu offline. Adakah sebab overload? Atau ada orang sengaja sabotage? Atau sebenarnya equipment server yang ada sebenarnya server cap ayam? Aku tak tau. Tapi hakikatnya, hujung tahun lepas, bila cikgu2 pakat ramai2 nak isi markah penilaian budak2...server tu tak berfungsi.

..............

Itu semua sebab teknikal. Mari kita bercakap mengenai perspektif humanity pulak...

5. Bila sebenarnya kerajaan nak cikgu2 isi data ni?

Tiap2 orang cikgu, jadual agak penuh, especially cikgu bandar. 30 sesi satu minggu? Normal. Jadi working hours seorang cikgu adalah 7:15 sampai 1:30 tengahari....bila sebenarnya kementerian nak isi data tu satu2? Adakah rancangan kementerian nak cikgu2 gunakan waktu selepas office hour diorang? Siapa nak? Kalau aku dah tau designated hours aku berapa ke berapa, aku akan buat semua benda dalam waktu tu. Tapi untuk sesetengah cikgu, benda tu mustahil. Jadi terpaksa buat malam, waktu dodoikan anak. Waktu suami ajak projek. Ini tidak adil. Good management sepatutnya mampu buat seseorang itu settlekan semua kerja dalam tempoh designated.

6. Bila cikgu nak ada masa consult student yang weak ni?

Dalam pelajaran, memang akan ada satu grup yang kau kena attend dan akan ada satu grup lain yang kau boleh let go. Berdasarkan kepada jadual cikgu2 ni, dengan kelas average 25 orang, bila cikgu nak carik masa nak cater kepada pelajar lemah kalau masa yang ada perlu digunakan untuk isi data?

7. Kau tau kau lemah...tapi ada ke masa cikgu kau bantu kau?

Persoalan paling penting...jika ada pelajar yang rasa dia terkebelakang, bagaimana kita boleh bantu dia? Untuk budak2 SBP atau SBT (Sek.Berprestasi Tinggi) ni tak jadi masalah sebab memang jadual cikgu akan dirombak supaya dia akan spend masa dengan kau lepas waktu sekolah tapi sekolah harian? Akhirnya budak2 terpaksa pegi pusat tuisyen.

8. Pusat Tuisyen Swasta makin banyak adalah sesuatu yang negatif...

Ehehe...jangan terasa kalau aku tulis camni. Banyak positifnya tapi lets just focus on the negative, orait?.....Kenapa kau perlu pusat tuisyen? Kenapa kau perlu pergi tuisyen? Kenapa pihak persendirian banyak sediakan pusat tuisyen?

Itu sudah jelas menunjukkan ada sesuatu yang kurang dalam sistem pendidikan sekarang sebab tanpa pusat tuisyen, murid2 dan pelajar akan ketinggalan. Bila pusat tuisyen dah jadi sesuatu yang essential dalam proses pembelajaran seseorang, yang akan menjadi jurang pemisah antara pelajar adalah kemampuan mak bapak provide duit untuk anak ke tuisyen.

Akhirnya, yang mampu akan lebih ke depan, yang tidak mampu akan terus stagnant. Ini boleh jadi satu punca kenapa nasib sesetengah keluarga tak berubah. Pendidikan ekstra dah jadi business yang hanya orang yang mampu dapat. Memang ada skim baucar tuisyen diperkenalkan untuk budak2 dulu...Tapi sekarang ni sistem dah wajibkan budak2 sekolah dari pagi sampai ke petang, bila pulak nak ada kelas tambahan.

9. Sehingga sekarang, target satu kelas 25 orang satu cikgu masih belum tercapai dan....

Kau ingat janji Barisan Nasional persekolahan satu sesi akan dijalankan jika mereka menang pilihanraya? Macam mana? Lagi tiga tahun aje ada tempoh masa ni? Adakah itu janji2 pilihanraya semata?

.............


Kau cikgu?

Kau tak suka Pentaksiran Berasaskan Sekolah? Kau tau 22 Februari ni ada perhimpunan protes secara aman dekat Kementerian Pendidikan Putrajaya. Kau nak jadi cikgu mesti kau nak jadi sampai kau pencen kan? Kenapa takut nak ubah sesuatu sistem yang sebenarnya banyak membebankan kau? Lawan la. Memang kau menurut arahan tapi janganlah menurut sampai kau terbeban hidup hanya semata2 sistem crooked yang direka separuh jalan lalu dilaksanakan untuk jadi bukti, ada orang buat kerja.

Ye, cikgu ada cuti panjang. Ya cikgu ada benefit kerja tak panjang hours dia tapi sangat pack la hours tu. Tapi kau tak rasa sistem sedia ada ni take advantage guru2? Tak ada rasa yang kau terpaksa korban masa free kau untuk buat kerja? Kau tanda buku budak2 bila? Waktu lepas anak2 kau tidur? Cukup masa nak masak untuk family?

Lepas ni nak kena duduk tercongok depan komputer isi markah budak sorang2, tick dia band apa, dia band apa, dia band apa, dia band apa, dia banda apa...Aku tulis tu pun berulang kali pun dah boring. Sistem sedia ada direka supaya kau bekerja secara tidak rasmi pada waktu tidak rasmi buat benda2 yang sepatutnya kau boleh buat waktu kerja.

Tapi jadual mengajar sendiri dah penuh...macam mana? Tu tak masuk lagi kalau ada kena relief kelas orang lain. Ramai sebenarnya kaki ponteng kelas ni yang jenis main tinggal aje kelas pegi buat benda dia suka. Orang camni, aku harap kau gi lah carik kerja lain woi.

Aku tak nak kata cikgu malas, memang ada cikgu malas, memang ada cikgu ambik jalan mudah...tapi lihat sendiri sistemnya memang jelas akan take advantage guru2 punya masa. Semalam aku dapat berita, cikgu English kena pegi ambik test ala-ala IELTS test. Siapa failed kena hadir kelas berbulan lamanya dan jadual waktu dia akan dirombak supaya dalam satu minggu 5 hari bekerja, 4 hari dia mengajar kelas dan 1 hari dia pegi belajar English.

Macam mana kau nak compress kelas 5 hari jadi 4 hari dan kemudiannya expect improvement kepada performance murid2? Magic? Magic la.

22 Februari 2014. Depan Kementerian Pendidikan. Jangan lupa pakai baju batik. Kalau Cikgu Faizah yang jadi model iklan "macam mana nak minum susu dalam program susu sekolah" dekat TV join sekali, bagitau aku. Aku nak join berarak walaupun aku bukan cikgu. Kau pernah tengok iklan tu? Serius Cikgu Faizah tu hot. Dia membuatkan aku teringat kembali kepada cinta pertama aku, cikgu aku masa aku darjah 2. Kalau dia dah kahwin, aku mintak maaf banyak2 dekat suami dia.

Kalau belum dan Cikgu Faizah membaca apa aku tulis ni, sila tinggalkan komen kalau2 sudi nak berkenalan dengan lebih mesra. Aku hidup dengan motto endless possibilities.


Februari 10, 2014

Pendidikan Kini Semakin Dekat Dengan Ilusi Optikal

Setahun lepas negara kita digemparkan dengan kes budak tak dibenarkan masuk ambik UPSR (tak silap aku) atas arahan guru besar sekolah dia dengan alasan budak tu kedatangannya tak mencukupi. Semalam pulak keluar berita ayah buat laporan polis anak kena rotan sebab tak siap kerja rumah, wahaha.

Benda2 camni berlaku kerana ada terjadinya dasar perubahan ke atas corak mendidik yang mengubah sistem dan mentaliti pendidik2 di Malaysia. Anak2 makin dimanjakan, diberikan protection dan "kekebalan" manakala pihak sekolah khasnya guru2 dimandulkan dengan pelbagai larangan yang agak menyekat kebebasan guru dalam mendisiplinkan anak murid.

Tak boleh sentuh, tak boleh rotan,  tak boleh cubit, tak boleh ketuk pakai pembaris, tak boleh penampar, tak boleh itu tak boleh ini...last2 cikgu jadi macam robot. Robot yang dah tak peduli apa jadi dekat anak2 murid dia sebab takut kena tindakan disiplin. Hasilnya...kau boleh tengoklah video2 couple cium mulut tepi tasik atau pegang kemaluan teman lelaki dan memasukkannya dalam mulut dekat Tasik di Bangi. Itulah hasilnya.

Yang dipersalahkan?
Cikgu.

Selain daripada perubahan tu satu lagi perubahan yang berlaku adalah sistem pentaksiran berdasarkan sekolah. Tidak ada lagi periksa besar. Semuanya bergantung kepada sekolah! Cikgu nilaikan anak murid tiap2 satu dan cikgu sendiri bagi grade sama ada anak murid dia ni cemerlang atau tidak.

Naluri manusia ni mudah aje; dia nak semua orang tengok dia cekap buat kerja. Seorang educator yang baik, dia tau dalam satu kelas, kalau ada 10% yang cemerlang, dia dah terbaiklah. Educator yang corrupt ni, dia target percentage tinggi,  dia nak A ramai, dia nak result kelas dia lah yang paling terbaik...sebab dalam kepala otak dia, makin ramai dapat A makin hebatlah dia. (benda ni berlaku dekat univerisiti2 kebanyakannya tapi dah mula menyelinap ke sekolah).

Pada orang macam ni, good class result means success in teaching.
Padahal naturally kau tak boleh expect macam tu pun.

Sebab benda macam ni akan menggalakkan kes2 yang terjadi dekat budak yang nak ambik UPSR tapi dihalang tu.

Aku tak tau apa jadi dengan dia dan pihak sekolah tapi aku ingin jelaskan dekat sini; ramai yang tak tau sebenarnya Pengetua dan Guru Besar serta pihak sekolah akan diberikan ganjaran wang ringgit JIKA keputusan pihak sekolah mencapai tahap kelulusan tertentu yang telah ditetapkan Kementerian. (tahun ni aku tak tau ada lagi ke tak) jadi ada Pengetua dan Guru Besar yang dengan sengaja menghalang anak murid supaya mereka tidak duduk dalam peperiksaan JIKA pelajar tersebut berisiko untuk menjatuhkan percentage lulus.

Faham tak apa aku tulis? Jadi apa yang berlaku sekarang ini adalah pihak sekolah sendiri berebut2 nak menjaga statistik sekolah supaya peratusan markah kelulusan mereka meningkat atau maintain on par.

Di sinilah besar kemungkinan akan berlaku marking simulation antara pihak sekolah dan jugak pihak guru sendiri. PIhak sekolah berebut nak percentage bagus dan pihak guru pulak nak kejar anugerah cemerlang, jadi marking dibuat bukan untuk mengajar....tapi untuk dapat imbuhan.

Mengajar kerana nak dapat statistik bukan mengajar untuk develop manusia itu.

AKU SURE ini akan berlaku tahun ni selepas pengenalan kepada sistem pentaksiran berdasarkan sekolah dilangsungkan kerana tidak ada cikgu yang mahu dilihat sebagai failure.

Selain daripada itu, sistem database yang perlu diisi oleh guru2 juga seolah2 menggalakkan cikgu2 ambik jalan mudah.....tah apa tah istilah dia, aku tak sure tapi setiap pelajar perlu melalui peringkat2 tertentu yang perlu diselia oleh guru week by week rasanya. Band 1, Band 2 Band 3 dan seterusnya....Apa yang cikgu2 malas ni akan buat adalah bagi aje kelulusan awal kepada semua pelajar dalam kelas dia dan lepas2 tu tak payah peduli lagi nak isi  atau tidak database tu.

Isi awal2 semua budak lulus dengan keputusan cemerlang kemudiannya berebut nak dapat anugerah cemerlang sebab result budak2 semua bagus2. Padahal, budak2 darjah, 5 darjah 6 pun kadang2 ada yang tak reti membaca lagi. Dalam bab ni, cikgu lah yang perlu belajar bertanggungjawab.

Apa yang aku harapkan adalah pada pihak pentadbiran sekolah, khasnya pihak pengetua dan guru besar, janganlah sekali2 letak tekanan kepada cikgu2 supaya simulate-kan grading diorang untuk naikkan prestasi sekolah sebab itu hanya akan create illusion our education system are doing well. Cikgu2 pulak, tolonglah fikir balik, kenapa kau jadi cikgu. Adakah untuk mendidik? Atau kau hanya pandang profesion cikgu sebagai satu kerja? Jika kau pandang profesion cikgu sebagai satu kerja yang kau perlu buat untuk dapat, tolonglah, resign dan gi buat MLM. You deserve it.

Saban hari kita tengok result periksa makin lama makin hebat. Makin ramai yang dapat A, semua A, berbelas A, berpuluh A pun ada. Tapi risau jugak sebenarnya sebab melalui apa yang aku nampak sekarang ni, kita dah jadi terlalu menekan kepada budak2. Pagi pegi sekolah, petang pegi sekolah agama, balik dah terlelap. Masa dengan family pun dah tak ada. Jumpa mak ayah pun masa makan malam aje.

Seolah2 budak2 tu dah kena ikut office hour.

Februari 07, 2014

Polemik Isu Kalimah Allah Bagi Orang Melayu

1. Khatib di K.Lumpur hari ini dalam khutbahnya menyebut hari ini (aku karang lebih kurang) ;

Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam merupakan ancaman kepada umat Islam. Majlis Fatwa telah memutuskan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam adalah dilarang sama sekali dan ini dapat menimbulkan masalah kekeliruan dalam kepercayaan umat Islam.

2. Tapi PM kita, Si Genius mengeluarkan statement ;

"Keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah tidak melibatkan amalan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak. " Najib berkata perkara yang terkandung dalam resolusi 10 perkara peringkat kabinet pusat itu akan dikekalkan di kedua-dua negeri.

"Baru-baru ini apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenai kalimah Allah, ia tidak menyentuh sama sekali mengenai amalan Kristian di Sabah dan Sarawak, malah 10 points agreement masih dikekalkan," katanya.

3. Jadi ini bermaksud ; adakah akan ada kemungkinan khutbah di Sabah dan Sarawak mungkin berbunyi  sangat opposite dengan nada di Semenanjung? Atau adakah di Sabah dan Sarawak benda ni bukan ancaman, malahan perkara biasa.."Umat Islam di Sabah dan Sarawak perlu menerima dengan hati yang terbuka.."

4. Ada juga beberapa statement yang agak pelik dikeluarkan Menteri sebelum ni


5. Hari ini khatib dalam khutbah kata benda itu adalah ANCAMAN! Ancaman adalah satu perkataan yang agak kuat.

6. Kalau kau refer JAKIM, even Mufti Sabah larang benda ni. (Link)

7. Jadi kenapa PM kita pandai2 buat keputusan sendiri? Najib refer pada siapa ni?

8. Adakah lepas ni Najib nak umumkan rokok adalah halal jika anda tidak mempercayai dengan keputusan majlis fatwa kerana rokok tidak boleh menjadi ancaman pada agama?

9. Aku cukup confuse dalam hal ni tapi hati aku risau sebab nampaknya, ada pihak yang sengaja nak cetuskan ketegangan antara kita semua.

10. Berhati-hatilah. Islam ajar dalam semua perkara buruk, orang yang paling tenang adalah orang Islam. Kalau kau percaya benda tu kau takkan sembelih ayam untuk hina orang.

11. Kalau kau Islam, kau sembelih untuk buat gulai ayam bagi anak yatim makan tengahari.

Februari 04, 2014

Segmen Darah Tinggi 01 : Mari Rasa Menyampah Bersama-Sama

Kadang2, pada hari yang sangat mundane,
aku suka tengok benda yang buat aku menyampah. Macam layan video ni ;


Sorilah peminat flashmob. Dari dulu aku merasakan flashmob adalah budaya yang sangat bodoh.


Aku sangat konsisten dalam membenci dan menyampah dengan budak2 Melayu
yang nak jadi KPop atau dalam video ini, makhluk asing.



Satu hari nanti, percayalah cakap aku, lelaki itu akan cipta berjuta2 alasan untuk tidak kahwin dengan kau kalau sebelum kahwin kau dah bagi dia treat kau macam dia punya hak.



Walaubagaimana pun, dia ni langsung tak pernah mengecewakan aku.
Bila2 aje aku nak rasa marah atau emo, aku akan bukak video dia ni.
Aku gelarkan dia ni Justin Bieber Malaysia.

Kepada yang masih tidak tahu, selepas dia ni jadi artis,
penyakit darah tinggi rakyat Malaysia makin lama makin meningkat.

Februari 03, 2014

Wahai Pencuri-Pencuri Ilmu Yang Masih Lagi Menuntut di IPT

Cuba kita imbas zaman sekolah kita...

Waktu sekolah, majoriti dapat bantuan buku teks. Jadi kita bergantung dengan buku2 tu. Habis form five, masuk IPT, buat sijil, diploma atau ijazah, dunia mula terbentang luas. Cita2 yang selama ni kau impikan mula terbuka jalan dia untuk kau kecapi. Kau pun register masuk IPT, niatnya nak jadi orang berguna. Dapat pinjaman pelajaran, biasiswa dan sebagainya.

Tapi culture masyarakat kita, bantuan pelajaran yang diterima, kebanyakannya bukan untuk dibelanjakan ke arah bagaimana nak dapatkan ilmu, tapi lebih terarah bagaimana nak sustain hidup dan bayar yuran. Oleh kerana kos yang tinggi untuk belajar sambil hidup, point utama kita bila belajar dah kita tolak ke tepi.

Kita mula curi ilmu. Bagaimana kita curi?

Kita pinjam buku dari library, kita fotostat satu buku tersebut dan kemudian kita bindkan dia cantik2. Ada jugak perkhidmatan kat kedai fotostat yang kau boleh browse beratus2 jenis buku yang hanya menunggu masa untuk diprint balik jilid demi jilid. Duit belanja menuntut ilmu tidak lagi digunakan untuk membeli ilmu. Kita mula curi ilmu.

Cuba kau justifykan dengan aku, adakah salah kalau aku katakan "kita ni adalah pencuri ilmu?"

Malahan pensyarah sendiri kadang2 jadi pencuri ilmu. Wajibkan pelajar beli buku yang telah dia fotostat untuk digunakan dalam kelas. Dengan alasan, kos buku mahal. Tapi student boleh beli motor!

Itu alasan semua orang pakai untuk justify kita curi sesuatu. DVD pirate, software pirate, muzik yang kau dengar, drama yang kau download, semua tu kita katakan mahal, justifykan apa yang kita buat itu halal.

Kau cuba bukak buku rujukan yang kau dah fotostat sekarang ni. Cuba tengok ada tak dislaimer yang menerangkan, no parts of this book can be reproduced without the written permission of the content author and the publisher? Jikalau ada dan kau tengah pegang buku fotostat tersebut, itu maknanya kau dah ambik hak orang lain. Sekarang cuba beritahu aku, adakah apa yang kau belajar itu, berkat? Cuba beritahu aku juga, bagaimana rasanya kalau aku curi tulisan kau dan letak dalam blog aku tanpa memberitahu kau. Apa perasaan kau? Macam aku buat dulu masa aku letak gambar2 porno gadis Melayu dalam ni?

Adakah itu bukan satu kecurian? Apa status ilmu kau belajar tu? Ada kau mintak maaf dengan penulis buku tu yang susah payah buat research nak tulis ilmu untuk kau?

Aku cukup berminat nak tau apa orang akan kata bila dia nak cuba justifykan yang ini bukannya mencuri. "Alaah, belajar aje, apa salahnya? Benda elok! Dah tak mampu nak buat macam mana!" Kereta kita mampu terima yang kita kena hutang 9 tahun untuk bayar.....kenapa buku yang mengandungi ilmu yang kau akan pakai sampai kau mati, kau curi?

Majoriti pelajar di Malaysia termasuklah kau dan aku, sama2 lah fikirkan mengenai perkara ini. "Kenapa kita tak sanggup bayar untuk buku yang kita gunakan?" Adakah itu penyebab masyarakat kita ni tak berapa nak maju ke depan?